PRESIDEN Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa),
Datuk Ibrahim Ali menafikan dirinya dan pertubuhan tersebut sebagai
rasis mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh
Perlembagaan Persekutuan.
Ahli parlimen Pasir Mas itu turut menambah, label rasis itu timbul
oleh kerana Perkasa memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera walaupun
ianya termaktub dalam perundangan tertinggi negara semenjak Malaysia
mula merdeka pada tahun 1957.
“Saya perjuangkan agenda Melayu dan agenda Bumiputera, mengikut
Perlembagaan, saya mempertahankan asas Perlembagaan dan Perkara 153 hak
keistimewaan orang Melayu, ada pihak menuntut pada sesuatu perkara yang
pada pandangan saya secara tidak langsung bertentangan dengan
Perlembagaan, atau tuntutan yang bertentangan dengan dasar-dasar
nasional,” kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian
Online.
Tambah Ibrahim, jika benar beliau adalah seorang rasis, mengapa
sepanjang beliau menjadi pemimpin semenjak 1986 sehingga menjawat
jawatan timbalan menteri, beliau tidak pernah dituduh rasis.
“Sepanjang saya memimpin Perkasa, orang tuduh rasis dan macam-macam
lagi, saya tidak pernah menerima laporan polis terhadap saya, orang lain
yang tidak kata rasis, mereka menerima banyak laporan polis, saya tak
ada,” katanya.Ibrahim turut mempersoalkan mengapa orang tidak mengatakan apa-apa
kepada pertubuhan Dong Zong dan Hindraf sedangkan menurutnya
pertubuhan-pertubuhan tersebut lebih rasis kerana membuat tuntutan
bertentangan dengan perlembagaan.
“Sebagai contoh bila Dong Zong tuntut macam-macam hal pendidikan,
kita hanya tekankan kerajaan kena tegas, sebab ada tuntutan-tuntutan itu
bertentangan dengan perlembagaan, begitu juga Hindraf sebelum ini
mereka buat memorandum, mereka tuntut macam-macam, mereka burukkan nama
negara, jadi kita kritik Hindraf mengapa mereka patut buat demikian,
kenapa mereka perlu ke luar negara dan burukkan nama negara, jadi ini
akhirnya mereka kata kita (Perkasa) rasis.
“Tidak pernah dalam sejarah sejak saya tubuhkan Perkasa, pernahkah
saya mengeluarkan kenyataan yang menyuruh jangan bantu orang India,
jangan bantu orang Cina?,” tambah beliau.
Menurut Ibrahim, dalam mempertahankan Perlembagaan negara, mereka
bukan sahaja mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kedaulatan Raja Melayu, hak Melayu
termasuk juga hak kerakyatan semua warganegara.
“Siapa saja persoalkan hak kerakyatan kita tentang mereka, pasal kita
inklusif, kita mempertahankan kontrak sosial dalam Perkara 153 termasuk
kerakyatan, malah sekarang pun kalau orang India layak dapat
kerakyatan, sebab ramai orang India bising kerana soal kerakyatan, kita
tidak tentang, kalau kita rasis, kita akan tentang, cuma kalau kita nak
tegur kerajaan, lakukan dengan betul, maknanya, orang yang layak saja
boleh terima kerakyatan, kalau dia baru datang Malaysia satu atau dua
tahun, mereka tak boleh dapat kerakyatan, tetapi kita tidak menentang
supaya tidak beri kerakyatan ini, di mana yang dikatakan saya atau
Perkasa rasis?,” tambah beliau lagi.
Menurut Ibrahim, Perkasa dituduh rasis kerana dilabel oleh surat
khabar Cina, termasuk terus memutar belitkan isu pemberian angpau
bersampul putih walaupun dibuat dengan ikhlas tapi isu ini dibesarkan
oleh portal berita Malaysiakini.
Ahli parlimen Pasir Mas itu menambah, mereka lakukan itu kerana sebab
politik sebab mereka tengok pendirian Perkasa sebagai NGO tidak
menyokong pembangkang. Pada pilihan raya 2008, Ibrahim Ali memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS.
Walaubagaimanapun tidak beberapa lama selepas itu, beliau
mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas dan menubuhkan NGO
yang digelar Perkasa.
Perkasa aktif dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan
seringkali mengkritik Pakatan Rakyat (PR) – gabungan PKR, PAS dan DAP
yang dikatakan menggugat kepentingan Melayu dan bumiputera sepertimana
yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.
Kehadiran Perkasa tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya
dari PR yang menggangap pertubuhan tersebut sebagai perkauman dan tidak
menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.(sumber:TMI.15/12/12)
TB: Apa yang dinyatakan oleh Datuk lbrahim Ali itu betul dan benar. Beliau dan Perkasa berjuang bersandarkan PerlembagaanNegara. Usahlah gundah gulana...tuduhan 'rasis' kepada orang Melayu sudah wujud sejak zaman Mat Kilau dahulu. Sebelum merdeka...kenang semula Tok Janggut, Dol Said, Dato Bahaman, lbrahim Yaakob; semuanya dianggap rasis. Yang diam tidak bersuara kerana mereka pendatang asing sebelum 1957 ialah orang-orang Tamil/lndia di estet-estet dan orang-orang Cina di lombong-lombong bijih timah dan kawasan-kawasan pekan. Mereka tidak ambil 'part' kerana mereka mahu cari makan. Cuma konco-konco yang datang bersama Sun Yat Sen dari China dan Chandra Boses (jika tidak silap) dari lndia yang membawa nasionalisme untuk kemerdekaan negara masing-masing...bukan untuk Tanah Melayu.
Justeru semua orang Melayu dipersilakan hadir pada Sabtu 15/12/12 di hadapan astaka Stadium Titiwangsa,Kampung Baharu,Kuala Lumpur pada pagi jam 8.45 pagi. kita berhimpun dan mahu menyatakan sesuatu.Datanglah beramai-ramai wahai Melayuku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan