Salam Perjuangan

04 Disember 2012

DR. HASAN : KISAH DAN TELADAN

KETUA  Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  
Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
  
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.(sumber:MK, 04/12/12)

TB: Semalam Bahagian Tatatertib SPA mengenakan hukuman tindakan tatatertib kepada pasangan ini dengan menurunkan gred pangkat Dr Hasan dan menurunkan tiga pergerakan gaji pasangannya.Mujur ini bukan kes kesalahan mahkamah sivil. Walaupun tindakan ini tidak menyebabkan mereka kehilangan semua, tetapi sebagai individu yang bermaruah; bagi TB adalah lebih baik Dr Hasan bersara. Tambahan pula usia persaraan telah tiba pada usianya. Jika beliau mahu juga melanjutkan kariernya TB rasa beliau boleh menyumbangkan kepakarannya di sektor swasta.Apapun terpulanglah kepada Dr Hasan. Sayugia harus diingat; kita tidak boleh mengejar semua perkara dalam satu masa! Beringat-ingatlah. Dunia ini hanya kehidupan sementara! Terserahlah...

Tiada ulasan: