Salam Perjuangan

07 Disember 2012

DR.ZAKIR NAIK


Dr Zakir Abdul Karim Naik (lahir 18 Oktober 1965 di Mumbai ) merupakan ulama, pendakwah dan penceramah bebas dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari University of Mumbai .Pada tahun 1991 berhenti daripada kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah  


Zakir Naik adalah pengasas dan presiden Yayasan Penyelidikan Islam (PRF) yang memiliki channel TV Keamanan di Mumbai,India. Beliau mendapat inspirasi dari Ahmed Deedat - rakyat Afrika Selatan keturunan India . Tujuannya untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan remaja Islam yang meragui agamanya sendiri dan merasakan Islam agama kuno.

Larangan ke Britain

Pada 18 Jun 2010, Zakir Naik dilarang memasuki Britain dan memberi ceramah di Sheffield utara England kerana pendirian kerasnya. Beliau dituduh menggalakkan keganasan dan menentang idea George W Bush tentang peristiwa 9/11.

Kontroversi dan Kritikan
  • Sekiranya Osama bin Laden menentang musuh Islam, maka umat Islam hendak menyokongnya. Jikalah Osama penganas berjuang menentang pengganas, maka setiap umat Islam hendaklah menjadi penganas.
  • Jika mendokong kebebasan bersuara, maka jurucakap muslim hendaklah dibenarkan berucap. Sebelum ini ulama Qatar Yusuf al-Qaradawi dan Abu Ameenah Bilal Philips muslim dari Jamaica dilarang berceramah di Sheffield Arena, London's Wembley Arena dan LG Arena di Birmingham NEC.
  • Walaupun kempen anti Islam meningkat, tetapi 34,000 rakyat Amerika Syarikat memeluk agama Islam dari September 2001- Julai 2002. Edward Said menulis dalam majalah Time bahawa 60.000 buku-buku tentang Islam dan Timur telah ditulis antara tahun 1800 dan 1950 sahaja.
  • Ketika kuliah di Universiti Melbourne , Zakir Naik menyatakan bahawa hanya Islam memberi perempuan keadilan sebenar. Pakaian Barat mendedahkan kepada perogolan. Oleh itu wanita hendaklah menutup kepala.
  • Pada 21 Januari 2006 , Zakir Naik berdialog dengan Sri Ravi Shankar tentang konsep Tuhan dalam Islam dan Hindu. Acara ini diadakan di Bangalore , India , 50.000 hadir di Istana Grounds
  • Setelah kuliah dengan Paus Benedict XVI pada bulan September 2006, beliau menjemput berdebat tetapi tiada jawapan.
  • Pada 31 Julai 2008 di Peace TV , Zakir Naik menyatakan peristiwa 9/11 dirancang oleh George W Bush sendiri.
  • Zakir Naik menyatakan Evolusi manusia hanyalah teori, bukan fakta. Saintis menyokong teori itu kerana teori itu bertentangan dengan Bible dan bukan kerana kebenaran. Ramai saintis menentang teori Darwin dan mereka memenagi Hadiah Noble.
  • Beliau memimpin 'Persidangan Damai' 10 hari di Somaiya Ground, Sion, Mumbai dengan cendekiawan lainnya, termasuk politikus Malaysia, Anwar Ibrahim pada 2008.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Zakir_Naik

Tiada ulasan: