STATUS Shah Alam
yang selama ini dikenali sebagai bandar raya bebas daripada aktiviti hiburan
bagi membendung gejala sosial, tercemar apabila Voyage, sebuah kelab malam
dipercayai pertama seumpamanya beroperasi di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima,
Setia Alam di sini sejak 12 Disember lalu.
Lebih mengecewakan, kewujudan kelab
bertemakan live music dance itu dipromosikan secara terbuka
melalui pemidang di sepanjang jalan ke lokasi tersebut selain menyediakan laman
Facebook sendiri, Voyage Setia Alam.Kewujudannya ternyata mencemarkan
wasiat Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang tidak membenarkan pusat
hiburan dibuka di bandar raya yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam
ini.
Dalam laporan yang dipetik dari sebuah
akhbar mingguan, Siasah baru-baru ini, Voyage dikatakan
mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat setempat sekitar Klang, Meru
dan sebahagian pengunjung dari ibu kota untuk menyaksikan persembahan kumpulan
pop tempatan yang menampilkan gadis jelita, Stephanie Tan sebagai daya tarikan
utama.(sumber: Hakimi lsmail)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan