AKTA PENDIDIKAN telah dipinda beberapa kali selepas 1996 semasa Menteri Pendidikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Dalam Akta Pendidikan 1996 lebih banyak memfokuskan untuk menjadikan Malaysia sebagai "Hub Pendidikan" selaras dengan konsep "langit terbuka" dalam bidang pendidikan pada era ICT ini.
TB hanya mahu memperkatakan soal pengiktirafan ijazah dalam negara dan luar negara sebelum Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan. Sebagai contoh, semasa UPM sebuah universiti ternama dalam negara ,mula mengadakan program B.Ed./ Bacelor Pendidikan yang bertaraf kepujian (Sarjana Muda Pendidikan) mulai awal 1980-an sehingga hampir penghujung 1980-an pihak universiti dan mahasiswanya belum mendapat kepastian bertulis secara rasmi sama ada program itu diiktiraf atau tidak oleh JPA.
lni memandangkan program tersebut satu-satu program baharu atau program sulung dalam negara. Selama ini, universiti negara kita telah terbiasa dengan program ijazah asas "B.A (Hons) atau B.Sc (Hons). Bahagian/Unit Pengiktirafan ijazah JPA sentiasa sedia membantu dan memberi maklumat dan perakuan berhubung pengiktirafan ijazah asas tersebut.
Setelah pihak UPM memohon dan menghantar segala kurikulum dan segala perakuan yang membuktikan kejayaan tersebut maka para graduan daripada FPP UPM yang berkonvo tahun 1985/86/87 telah amat selesa dan gembira apabila mendapat kesahihan program Bacelor Pendidikan keluaran UPM diiktiraf setara/setaraf dengan ijazah kepujian. Selepas itu segala-galanya menjadi rentetan sejarah sehingga kini.
Manakala lepasan ijazah pertama universiti-universiti luar negara seperti di lndonesia, lndia, negara-negara komenwealth, Eropah dan USA tidak menjadi masalah seandainya mereka memperoleh daripada "universiti-universiti negeri" (state/ govt. universities). Namun ada kes, tertakluk kepada kursus-kursus yang telah disenaraikan iktiraf setara oleh JPA; ini termasuk tidak semua universiti negeri di lndonesia, lndia, Taiwan, Mesir atau di negara-negara Teluk Arab diktiraf.
Program ijazah perubatan mendapat pengiktirafan; bergantung universiti yang tersenarai sahaja. Negara-negara blok komunis seperti China, Russia dll. tidak ada dalam senarai pengiktirafan sebelum Akta Pendidikan (AP)1996. Kini pasca AP 1996 telah berubah mengikut arus politik kepemimpinan.
Bagi ijazah Master (Sarjana) dan Doctoral (Doktor Falsafah/PhD dll yang setara) sebelum AP 1996, pihak JPA menyatakan.." mana-mana ijazah pertama yang diiktiraf untuk lantikan perkhidmatan awam dalam kerajaan sama ada dalam negara atau luar negara maka ijazah-ijazah berikut yang diperoleh (Master atau PhD) sama ada dalam negara atau luar negara maka JPA mengiktirafkan dan menerima pakai kelulusan/kelayakan akademik tersebut.
KINI selepas Akta Pendidikan 1996 khususnya selepas tahun 2000 apabila LAN berubah menjadi MQA dsb.yang mana pendidikan telah dijadikan "komoditi bisnes" maka senario telah banyak berubah. Yang jelas, kelayakan masuk belajar di mana-mana universiti (IPTA/IPTS) termasuk Open University (di Malaysia) telah tidak begitu ketat..
Sesiapapun kini boleh belajar di universiti; asalkan ada wang dan cita-cita. Soal kebijaksanaan, kepandaian dan kecerdikan bukan soal utama lagi (kecuali kes-kes terpilih yang tertentu). Begitu juga soal pengiktirafan dan nlai tambah yang banyak bergantung kepada iklim politik semasa dan faktor-faktor yang tidak kita duga.Bagi yang "rajin" banyak peluang luas terbentang dan bagi yang "malas" banyak peluang akan menghilang! (TB).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan