SALAH siapa adakalanya ungkapan yang sudah klise dan membosankan. Apatah lagi jikalau di pihak sini atau sana saling menuding menyalahkan antara satu sama lain. Kesudahannya isu pokoknya terus berlalu: 'pi mai pi mai tang tu juga..'Begitulah apa yang terjadi program RTM/TV 1 yang berinfo dan berilmu seperti rancangan "Lanskap' yang disiarkan secara langsung pada malam 11 November 2014 lalu. Syabas diucapkan kepada perantaranya Sdr Suhaimi dan Sdr Sayed yang berkesan dan terkesan mengendalikan program yang berkualiti seperti itu.
Tiga ahli panel yang tidak kurang hebatnya dalam bidang kejuruteraan alam sekitar ,pengairan serta di bidang ekologi dan geologi sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Ada baiknya susulan berikunya diundang pihak yang berkuasa seperti SPRM, D.O Majlis Daerah Cameron Highland, MP Cameron Highland, Penguasa lmigresen dan PBT.
lsu rasuah dan pecah amanah serta pengkhianatan sentiasa berlegar di benak TB. TB yakin semua ahli panel dan para perantara pun mula menyebut elemen-elemen tersebut. Tetapi oleh kerana adanya 'kengkangan dalaman' program tersebut lebih memfokuskan isu-isu yang berkaitan ilmiah dan penyelidikan yang menyentuh faktor mendapan, banjir dan perubahan cuaca dek akibat kerakusan pembukaan tanah hutan secara rakus,tamak dan mementingkan keuntungan baik oleh pekerja,majikan atau peneroka 'halal' mahupun yang haram!
Seorang pemanggil talian terus yang menamakan dirinya 'Hisham Rais' begitu emosional tetapi berfakta menyingkap serba ringkas sejarah pembukaan Camerong Highland sebelum merdeka 1957 oleh peneroka lnggeris bernama 'Cameron' semata-mata bertujuan untuk membuka kawasan peranginan di kawasan tanah tinggi untuk tujuan berehat. Tetapi selepas merdeka, C.H ini telah dikomersialkan dengan pembukaan kawasan pertanian secara galak dan berterusan bagi tujuan keuntungan dan kekayaan banyak pihak. Mungkin ada sebab tertentu hujah-hujah 'Hisham Rais' kemudiannya diputuskan atau terputus!
lsunya SALAH SIAPA? PATI ? Pendatang dengan izin? Majikan? Ahli politik tempatan? Taukeh-taukeh di belakang tabir? Orang-orang dalam Majlis Daerah Cameron Highland? PBT? Justeru, marilah semua pihak dedahkan,bongkar dan selongkar segera; bawa ke muka pengadilan dan jatuhkan hukuman setimpal. Adalah sesuai dan bertepatan dibuka kertas SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA kerana ini melibatkan kepentingan awam!
TB yang pernah melawat ke sana pertama kali, 1976 ketika belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Ketika itu sejuk dingin. Namun kini C.H telah tidak seindah masa lalu. C.H kini sudah cacamarba. Nepalis, Bangladeshi, lndian, lndonesian, pendatang Myanmar, pekerja Thai dll. bersepah di sana sini seperti negara ibu bapa mereka! Bertindaklah segera...bukan tindakan segera seperti Palanivel yang minta segera bantuan RM40juta bagi membantu mangsa dan C.H yang dilanda banjir dan tanah runtuh!
Oh tanah airku! (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan