Salam Perjuangan

06 Julai 2011

MENYUSURI SEBAHAGIAN KARYA "TB" PADA MASA SILAM

  DR. RAJIEE HADI  DAN  DOKUMENTASI  KARYA


Judul
Pengarang
Akhbar
Keluaran
Perkahwinan
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.08.1981
Surina
Rajiee Hadi
Bacaria
20.08.1985
Aidilfitri
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.08.1979
Ibu
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.08.1980
Kongkalikong
Rajiee Hadi
Watan
28.01.1986
Kalendar
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.01.1982
Hamparan Hijau
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
07.08.1994
Meredah Metropolitan
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
18.12.1994
Pesisir Aidilfitri
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
18.01.1998
Iktikaf Malam
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
26.04.1998
Amison BTN
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
07.06.1998
Sungai Mati
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
06.09.1998
Suatu Perjalanan
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
07.08.1994
Amison BTN
Rajiee Hadi
Watan
01.03.1985
Abahku Sayang
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.02.1983
Kini Rindu
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.05.1982
Dalam Kenangan
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.05.1982
Kini Rindu
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.05.1982
Surat Layang
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.02.1982
Iktibar Zulhijah
Rajiee Hadi
Berita Minggu
15.07.2001
Di Laman Syawal
Rajiee Hadi
Berita Minggu
28.10.2007
Pujangga baru didebat
Rajiee Hadi
Berita Harian
25.07.1994
Monolog Seorang Bukhari
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
26.03.1995
Mendepani Kota Dumai
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
17.05.1998
Empat Puluh Satu
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
23.08.1998
Usaha guru diperlukan
Rajiee Hadi
Berita Harian
15.02.1986
Kekalkan kepimpinan Pena
Rajiee Hadi
Berita Harian
18.06.1994
Di Pusara Ayahanda
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
28.08.1994
Monolog Sang Pejuang
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
01.05.1994
Penyair dan isteri
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
15.07.1982
Sumpah Anak Palestine
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.01.1983
Suara Seorang Pemuisi
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.12.1981
Menjelang Tirai Malam
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.05.1980
Warung Sri Serombong
Rajiee Hadi
Warta Terbau
01.01.1982
Lagu Bumi Afgham
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.05.1984
Suaramu Oh Palestin
Rajiee Hadi
Berita Minggu
01.05.1983
Di Ruang Kabus
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
10.02.1991
Getar Penghujung Ogos
Rajiee Hadi
Berita Minggu
17.08.2003
Mendepani Kota Suci
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia (Seni dan Sastera)
17.12.2000
Sebenarnya puisi tidaklah sukar
Rajiee Hadi
Berita Harian
18.10.1990
Tandus drama di jawab
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
25.02.1982
Beri perhatian persoalan sosiobudaya
Rajiee Hadi
Berita Harian
11.10.1990
Pidato Akhir Sang Iblis
Rajiee Hadi
Utusan Zaman
25.06.1995
Pendedahan Faisal amat berani
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
23.08.1997
Penulis harus mempunyai idea
Rajiee Hadi
Berita Harian
11.04.1991
Wajarkah kelab kritik ditubuhkan
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
19.08.1993
Penulis perlu membina nama
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
02.10.1994
Jangan ketepikan anugerah kritikan
Rajiee Hadi
Berita Harian
18.07.1994
Rumusan BPPM masih samar
Rajiee Hadi
Berita Harian
02.02.1991
Plagiarisme satu jenayah sastera?
Rajiee Hadi
Watan
14.10.1985
GAPENA baru: satu alternatif?
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
23.04.1994
Jamaludin penyair yang periang
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
26.11.1994
Sudirman (Padamnya sebutir mutiara)
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
01.01.1992
Sudirman (Padamnya Sebutir Mutiara)
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
01.03.1992
Suatu Permintaan (Buat Ngumba)
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.02.1982
Gerak segar sastera kampus
Rajiee Hadi
Mingguan Wanita
04.05.1984
Melahirkan kreativiti, persepsi yang tajam
Rajiee Hadi
Berita Harian
14.09.1990
Saat : Sejarah mengalir dalam dirinya
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
17.12.1981
Penyair muda: kemana haluan mereka?
Rajiee Hadi
Berita Harian
21.11.1983
Kelab sastera DBP terbit Jurnal
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
09.08.1992
Kesimpulan tentang dialek-dialek Melayu
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
10.02.1987
Masalah 'iktiraf' wakil penyair muda
Rajiee Hadi
Berita Harian
03.01.1991
Di Ruang Makan Yang Dingin
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
03.02.1991
Panduan menjawab soalan berbentuk puisi
Rajiee Hadi
Berita Harian
04.10.1990
Anak (Memori 3.9.83)
Rajiee Hadi
Mingguan Wanita
01.10.1983
Gunung Asahan, Kasihku Setia Tertumpah
Rajiee Hadi
Mingguan Tanahair
01.11.1982
Cetusan (Buat Penghuni Kampung Serom)
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.02.1982
Cetusan (Buat penghuni Kampung Serom)
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.02.1982
Malam Sastera Malaysia di Frankfurt
Rajiee Hadi
Mingguan Watan
30.10.1994
Wujudkan kelab penulis di sekolah
Rajiee Hadi
Berita Harian
22.10.1994
Di Ruang Makan Yang Dingin
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
10.02.1991
Muar jadi pusat kegiatan penerbitan
Rajiee Hadi
Berita Minggu
29.07.1984
Lee Keok Chih tidak boleh lari
Rajiee Hadi
Berita Harian
11.10.1990
Catatan manis hari puisi nasional '84
Rajiee Hadi
Berita Minggu
02.09.1984
PPJ perlu bergiat mencari penyair pelapis?
Rajiee Hadi
Berita Minggu
19.05.1985
Siapa layak duduk kerusi Dewan Negara?
Rajiee Hadi
Berita Harian
02.07.1994
Anugerah kali ini milik Abdullah Hussain?
Rajiee Hadi
Mingguan Malaysia
07.08.1994
Aripin Said: seorang perasa yang berserah
Rajiee Hadi
Berita Harian
21.06.1990
Tiru boleh ... tetapi bukan terus meniru
Rajiee Hadi
Berita Harian
12.01.1991
Rancangan sastera patut ada di TV
Rajiee Hadi
Mingguan Tanahair
16.12.1982
Ketika Anakku Kutimang (Fragmen Sebuah Keluarga)
Rajiee Hadi
Mingguan Wanita
01.11.1983
Ketika Anakku Kutimang (Fragmen sebuah keluarga)
Rajiee Hadi
Mingguan Wanita
01.11.1983
Skop dan panduan BM Kertas 2
Rajiee Hadi
Berita Harian
10.10.1992
Meniti Ke 25 (Memori Hari Kebangsaan)
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
01.09.1982
Karya bermutu lebih penting dari nama pena
Rajiee Hadi
Mingguan Perdana
24.03.1985
Dalam kesibukan lahir seruan puteri Gunung Ledang
Rajiee Hadi
Warta Tebrau
24.12.1981
Di Dunia Permata: pernyataan penyajak pelbagai kaum
Rajiee Hadi
Berita Minggu
27.03.1994
Dilema guru Bahasa Malaysia: Siapa hendak disalahkan?
Rajiee Hadi
Berita Minggu
15.07.1984
Di Sisi Abah (Alfatihah! Kembali pada 25 Ramadan 1414)
Rajiee Hadi
Berita Minggu
18.09.1994
Muar lahirkan banyak tokoh penulis silih berganti sejak dahulu
Rajiee Hadi
Berita Minggu
24.06.1984
Wakil Muar ke pertandingan drama dan tari peringkat negeri
Rajiee Hadi
Berita Minggu
19.10.1980
Penulis Johor dijangka menangi peraduan drama Daerah Muar 10-11 Okt.
Rajiee Hadi
Utusan Malaysia
07.10.1980
Bosnia
Rajiee Abdul Hadi
Mingguan Malaysia
12.11.1992
Menjejaki Hidupmu
Rajiee Abdul Hadi
Berita Minggu
01.04.1992


05 Julai 2011

JORDAN : MENJEJAKI BUMI ANBIYA....





Di bekas kubur Al-Khafi

Melintasi Petra Yang Kaya Dengan Peninggalan Arkeologi


Melintasi Bandar Raya Amman,Jordan

PARA pembaca budiman TB ada yang menyedari bahawa sejak awal Mei 2011, blog TB tidak begitu banyak memuatkan isu-isu atau komen harian sebagaimana biasa. TB ucapkan terima kasih atas adanya keprihatinan antara pembaca blog ini. Sayugia dimaklumi sejak 9 Mei 2011 TB berada nun jauh di luar negara, ke Jordan termasuk kota Amman, Petra dan hingga ke sempadan Jericho yang tidak jauh dengan sempadan lsrael yang sentiasa bergolak.Jauh berjalan, luas pandangan dan penglihatan. Begitulah lumrah dan fitrah serta sunnahtullah.lnsya-Allah TB akan memuatkan beberapa kisah dan foto-foto bergambar kelak.Salam perjuangan!
Pemandangan sebahagian Kota Amman Jordan  pada Musim Panas  Hawa Sederhana
Penulis ketika berada di Kota Amman Jordan

TB berada di pantai Laut Mati ,Jordan
 Berada di pintu masuk Gua Sahilbul Khafi  

Ketika berada di luar makam Nabi Shuib A.S
Berada di sisi makam Nabi Shuib A.S

SURAT TERBUKA PM NAJIB: RUMAH BUKAN ALAT BUNCITKAN KAPITALIS!

 


SAYA sempat melawat ke Ekspo Hartanah dan Perumahan yang diadakan di PWTC pada 1-3 Julai 2011, baru-baru ini. Harapan saya cukup besar, diharap melalui pameran ini dapatlah saya menemui rumah idaman.

Saya lulusan universiti dan seorang eksekutif di tempat saya bekerja. Dengan pekerjaan dan pendapatan saya, seharusnya saya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan rumah yang sesuai dengan saya.
Tetapi, hasil lawatan ke ekspo tersebut amatlah mengecewakan saya. Rumah teres dua tingkat di sekitar Selangor yang ingin dijual oleh pemaju rata-ratanya berharga RM450,000 hingga jutaan ringgit.
Harga tidak munasabah yang diletakkan pemaju ini rupa-rupanya bukan sahaja bagi kawasan di sekitar Lembah Klang, tetapi sudah merebak ke kawasan-kawasan lain seperti Sungai Buloh, Rawang, Semenyih dan Nilai.

Bagi rumah teres dua tingkat di kawasan Lembah Klang apatah lagi, harganya tidak kurang setengah juta walaupun hanya untuk lot tengah. Saya sebenarnya tidak kisah sangat akan jenis rumah yang ingin dicari.
Pangsapuri atau rumah teres setingkat juga sudah memadai asalkan rumah itu bersesuaian dan harganya mampu dimiliki. Tapi malangnya, amat sukar mencari rumah yang berharga sekitar RM200,000-RM300,000 dalam ekspo tersebut. Kalau adapun, letaknya di Melaka atau Perak!

Paling aneh, wakil penjual menyatakan harga yang ditawarkan dalam ekspo tersebut hanya untuk tempoh dua minggu sahaja, kononnya early bird promotion kerana selepas itu harganya akan naik lagi.
Malah, wakil penjual sempat memberitahu bahawa harganya bakal naik sekali lagi dalam tempoh sebulan dua akan datang. Bagi saya, fenomena ini amat pelik kerana tidak mungkin harga hartanah naik secara drastik hanya dalam tempoh sebulan atau dua bulan.

Mengapakah pemaju mengawal dan menetapkan harga rumah dengan sesuka hati? Pembeli nampaknya menjadi mangsa dalam hal ini. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan usahlah berpeluk tubuh sahaja. Lakukanlah sesuatu untuk membela nasib rakyat. Dasar perlu digubal agar pembeli tidak ditindas dan pemaju tidak mengambil untung atas angin semata-mata.

Kalau dibuat perbandingan, hartanah di bandar raya besar seperti Tokyo atau London memang mahal berbanding di kawasan bandar biasa. Tetapi, penduduk di bandar raya Tokyo dan London menerima gaji dua hingga tiga kali ganda lebih besar daripada penduduk di kawasan luar bandar.

Oleh itu, harga rumah yang mahal dianggap sepadan dengan gaji yang mereka terima.
Sedangkan di Malaysia, penduduk di kawasan bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Pulau Pinang menerima gaji yang tidak jauh beza dengan penduduk di tempat-tempat lain tetapi terpaksa menanggung harga rumah yang jauh lebih mahal.
Dalam ekspo tersebut, saya juga ada terlihat pendaftaran rumah mampu milik yang berharga sekitar RM200,000.

Malangnya, syarat yang ditetapkan ialah pembeli mesti berpendapatan kasar tidak lebih RM3,000. Dalam hal ini, saya pula tidak layak mendaftar kerana pendapatan saya melebihi RM3,000.
Apakah yang perlu dilakukan? Mahu beli rumah mampu milik atau rumah kos rendah tidak layak, hendak beli rumah biasa pula tidak mampu kerana harganya yang mencecah setengah juta ringgit.
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan untuk membela nasib golongan pertengahan seperti saya? Kami golongan pertengahan sering tersepit di tengah-tengah kerana tidak dapat masuk ke dalam mana-mana kumpulan.

Akhirnya saya pulang dari ekspo tersebut dengan tangan kosong, hati yang hampa dan terkilan.( sumber: UM,5/7/11)

RAKYAT TIDAK DIUTAMAKAN: AWAS BN KALAH PRU KE-!3



Najib Tun Razak memasukkan kad pintar sebagai gimik pelancaran Program Perumahan 1Malaysia sambil disaksikan oleh Nor Mohamed Yakcop dan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Putrajaya, semalam. - bernama


DATUK  Seri Najib Tun Razak  melancarkan projek perintis Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini membabitkan pembinaan 560 unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga bermula RM120,000 seunit.

Sebanyak 20 lokasi strategik di Lembah Klang termasuk di kawasan seluas 3.04 hektar di Presint 11 tersebut dikenal pasti di bawah fasa pertama PR1MA yang menyaksikan 42,000 unit rumah dibina.
Rumah-rumah pada kadar harga diskaun sekitar RM150,000 hingga RM300,000 itu akan dijual pada harga yang sama untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Menurut Perdana Menteri, pemohon rumah PR1MA boleh mendapat pinjaman sehingga 105 peratus untuk menampung kos insurans dan yuran guaman dengan tempoh bayaran sehingga 30 tahun.

Kata beliau, PR1MA ditujukan khusus kepada warganegara yang berpendapatan sederhana dengan gaji bulanan tidak melebihi RM6,000 tanpa mengira mereka bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.

''Saya juga ingin mengumumkan bahawa duti setem akan dikecualikan bagi pembeli rumah di bawah PR1MA.
''Keluasan setiap unit rumah PR1MA adalah antara 800 hingga 1,400 kaki per segi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Pembeli boleh memilih untuk menggunakan sebahagian daripada wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau mendapat nilai pinjaman lebih tinggi daripada institusi kewangan untuk beli rumah.

"Pemohon adalah pembeli kali pertama bagi skim PR1MA dan perlu mendiami rumah tersebut, pembeli tidak dibenarkan menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun bagi mengelakkan aktiviti spekulasi," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Najib berkata, Perbadanan PR1MA yang berperanan untuk merancang dan menyelaras pembinaan PR1MA serta membuat pengagihan rumah akan ditubuhkan selepas satu akta khas mengenainya diluluskan pada sesi Parlimen seterusnya.

''Program PR1MA ini akan dilaksanakan melalui kaedah usahasama awam swasta dan kerajaan bersedia mempertimbangkan bantuan kepada pemaju-pemaju yang terlibat dari segi penyediaan tanah dan dana mudah cara bagi memastikan rumah dapat ditawarkan pada harga yang ditetapkan kerajaan.
''Untuk projek di Presint 11, kerajaan bersetuju memberi dana mudah cara sebanyak RM9 juta kepada Putrajaya Holdings. Saya tegaskan kepada pemaju bahawa rakyat mesti diberi peluang seluas-luasnya untuk membeli rumah.

''Kerajaan juga akan membantu pemaju mendapatkan laluan hijau bagi mempercepatkan kelulusan pemajuan perumahan daripada pihak berkuasa berkenaan," katanya.
Mengenai projek perintis yang dilancarkan di Presint 11 Putrajaya pada hari ini, Perdana Menteri berkata:
"Ia terdiri dari rumah-rumah yang berkeluasan 1,006 kaki persegi dan 815 kaki persegi dan projek perumahan ini dilengkapi dengan dewan serba guna, taska, tadika, surau, lot perniagaan dan kedai."
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Noriyah Ahmad berkata, rakyat yang berminat membeli rumah PR1MA dijangka boleh berdaftar menjelang awal tahun depan selepas Perbadanan PR1MA ditubuhkan.

''Harga jualan adalah sama untuk kumpulan bumiputera dan bukan bumiputera kerana ia dijual pada kadar diskaun.
''Kerajaan masih meneliti mekanisme pelaksanaannya, kita akan melihat pendekatan yang digunakan di negara lain seperti Hong Kong dan Singapura," katanya. (sumebr: UM,5/7/11)

04 Julai 2011

BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA PUNYAI HUBUNGAN KERJASAMA PELBAGAI BIDANG





MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berkata Negara Brunei Darussalam dan Malaysia merupakan dua buah negara berjiran terdekat yang mempunyai pertalian bangsa yang serumpun dengan hubungan sejarah panjang serta mempunyai banyak persamaan di bidang kebudayaan serta diperkukuhkan lagi oleh ikatan kesultanan Melayu, bahasa dan agama.



Dalam aspek sosial dan ekonomi Brunei Darussalam dan Malaysia katanya, mempunyai hubungan kerjasama yang meluas dan sangat baik di pelbagai bidang seperti Perkhidmatan Awam, keselamatan dan ketenteraan perdagangan, pelaburan, kesihatan, pendidikan, pelancongan serta kebudayaan.






MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah memberi ucapan alu-aluan di majlis makan malam.(Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)
Tambahnya sebahagian besar jalinan kerjasama di antara Malaysia dengan Brunei Darussalam didukung oleh penandatanganan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama di antara kedua buah negara.
Yang Berhormat menyatakan perkara tersebut semasa Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Kerja Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek ke negara ini.
Namun yang penting, tambah Yang Berhormat, sebagai pemangkin kepada hubungan kerjasama yang kukuh dan sangat baik itu kerana ianya diterajui dan dihasilkan daripada hubungan yang sangat akrab serta mesra di antara pemimpin atasan kedua-dua buah negara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dengan hasrat mereka untuk terus memperkukuh dan mempertingkatkan hubungan rakyat dan kerajaan melalui memperluaskan bidang-bidang kerjasama yang mendatangkan manfaat kepada pembangunan rakyat dan negara serta menyumbang kepada keamanan dan pembangunan serantau dan antarabangsa.

YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berbual mesra bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.
(Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)
Jelas Yang Perhormat lagi, hubungan yang sedia wujud perlu diasuh dan dikembangkan serta seharusnya 'not to be taken for granted' kerana ianya perlu diangkat, tanamkan, fahami kembangkan dan teruskan oleh generasi seterusnya di kedua buah negara melalui platform belia dan sukan.
"Ini memandangkan belia-belia adalah merupakan sebagai aset negara yang berharga dan pemimpin masa depan kita," jelas Yang Berhormat.
Manakala menerusi kesukanan menurut Yang Berhormat kedua buah negara akan dapat memupuk semangat setia kawan dan persaudaraan yang sihat di kalangan generasi muda Brunei Darusalam dan Malaysia.
Menyentuh mengenai keperluan untuk mengadakan MoU bagi kerjasama di bidang belia dan sukan di antara Brunei Darussalam dengan Malaysia, jelas Yang Berhormat, ia ditekankan lagi di dalam Mesyuarat Perundingan Tahunan Ketua Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia Ke-14 pada September tahun lepas.

MENTERI KKBS Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Hazair menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.
(Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)
Dalam konteks ini, terang Yang Berhormat, Negara Brunei Darussalam sangat menyambut baik cadangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia itu bagi mengadakan MoU kerjasama di bidang belia dan sukan di antara kedua buah negara kerana ia dapat memperkukuhkan dan memperkembangkan lagi kerjasama yang sedia ada.
Dalam waktu yang sama, tambah Yang Berhormat, kerjasama di bidang belia dan sukan adalah sangat signifikan ke arah lonjakan pencapaian kecemerlangan pembangunan belia dan kemajuan sukan di kedua buah pihak khususnya Negara Brunei Darussalam.
Melalui MoU yang akan ditandatangani, ujar Yang Berhormat, akan lebih banyak lagi program-program pertukaran lawatan, perhimpunan, latihan dan kerjasama belia yang menjurus kepada kepimpinan, keusahawanan, intelektual, kebudayaan dan kemasyarakatan akan dapat dilaksanakan secara meluas di antara Negara Brunei Darussalam dengan Malaysia.(sumber : Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Pelita Brunei , 1/7/11)
(

AGONG BERTITAH : JANGAN DERHAKA



ISTANA  Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara". (sumber: UM, 04/07/11)

02 Julai 2011

BRUNEI: PENGIRAN PERDANA WAZIR BERANGKAT KE KAZAKHSTAN




Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, petang kelmarin berkenan berangkat ke Astana, Republik Kazakhstan.
Pengiran Perdana Wazir akan menghadiri Sesi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-38 pada 28 hingga 30 Jun.

Berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat berangkat ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Gambar menunjukkan Pengiran Perdana Wazir berkenan menerima junjung ziarah dari pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan sejurus sebelum berangkat.(sumber: Sim Y.H, MP , 02/7/11)

JANGAN BIAR IDEOLOGI KOMUNIS BERTUNAS



Font: [ BB B M S ]
Pandangan Surat 2011-07-01 08:20 Click: 6 Disediakan oleh Berita Harian
AKHBAR tempatan kelmarin melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa pemimpin utama serta pengikut Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikatakan sedang berkonvoi dari Sungai Petani menuju ke Pulau Pinang bagi mempromosikan Perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

PDRM juga berjaya merampas beberapa bahan bukti yang dikatakan mengandungi elemen mengagung-agungkan komunisme dan sosialisme termasuk beberapa kemeja-T berwarna merah dan dicetak wajah bekas pemimpin pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Abdullah CD, Suriani Abdullah dan Rashid Maidin dan beberapa pemimpin sosialis dunia yang lain. Pada asalnya tujuan perhimpunan BERSIH adalah untuk menuntut supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan melaksanakan satu sistem pilihan raya yang telus, berintregiti dan diyakini semua pihak. Apa yang mendukacitakan ialah perhimpunan BERSIH yang dicadangkan ini dimanipulasikan seluas-luasnya oleh semua pihak berkepentingan untuk tembolok selera politik masing-masing. Dengan termeterainya perjanjian damai peletakan senjata pada 1980-an di Hadyai, selatan Thailand, kita seolah-olah kian lupa ancaman komunisme dari dalam. lni ekoran daripada dasar keterbukaan kerajaan kini yang agak berlebihan.

Sebagai peringatan faktor berikut boleh memungkinkan segalanya berlaku; bahan bercetak seperti buku biografi mengenai tokoh PKM dan pejuang kiri seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Suryani Abdullah dan ramai lagi yang dijual cetak secara bebas di kedai buku tempatan dalam bahasa Melayu, lnggeris mahupun Mandarin.

Dasar terbuka kerajaan yang mengizinkan rakyat dari negara komunis khususnya dari Republik Rakyat China (RRC) yang masuk ke Malaysia dengan pelbagai tujuan tanpa sekatan. Tidak mustahil fahaman komunisme boleh diseludup secara halus melalui unsur chauvinisme sempit.

Kunjungan bebas rakyat Malaysia ke negara RRC juga bukan mustahil mendorong mereka membawa balik elemen dan simpati kepada perjuangan negara berkenaan. Saya pernah mengunjungi RRC beberapa tahun dulu dan ketika di Beijing, saya temui beberapa orang tempatan di sana yang cuba menjual atau memberi secara percuma buku ideologi komunis, Maoisme dan Marxisme kepada saya. Namun saya menolak dengan baik. (oleh DR RAJIEE HADI, Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur , sumber: Pusat Berita Cari, Berita Harian, 01/07/11)

AFRIKA: APAKAH AKTIVITI MEREKA DI MALAYSIA?


AMAT hairan juga apabila dengan mudah kita dapat melihat warga asing kulit hitam berjalan mundar-mandir sama ada secara berseorangan mahupun berkumpulan pada hari bekerja.

Apa yang mereka buat? Bukankah warga asing terutama orang Afrika yang datang bertandang ke negara ini atas pas pelajar dan permit lain dan sama sekali bukan atas permit kerja!

Bagi yang wanitanya begitu bangga dan tidak berasa apa-apa walaupun baju yang dipakai membelah dada serta kain atau seluar ibarat secebis kain menutup tubuh mereka yang gelap legap itu.

Bukti telah banyak menunjukkan penglibatan mereka dalam pelbagai kes jenayah melibatkan penipuan Internet, penyeludupan atau keldai dadah, mengedar syabu dan aktiviti wang haram.

Oleh itu, atas dasar keselamatan dan keselesaan rakyat yang didahulukan, ada baiknya kerajaan menghentikan kemasukan tanpa sebab munasabah warga Afrika ke negara ini termasuk tindakan keras terhadap warga tempatan yang bersubahat membawa masuk mereka ke sini.(sumber: Arif Atan, Rawang Selangor)

TB ingin bertanya kepada pihak Jabatan  imigresen Malaysia, PDRM dan pihak penguatkuasa yang lain , apakah mahu bersikap sudah terantuk baru terngadah.?  Jangan disangka tiada sebab burung tempua bersarang rendah dan air yang tenang jangan disangka tiada buaya . Ayuh bertindaklah!

01 Julai 2011

TANJUNG PAGAR: "JASAMU NAJIB TETAP DIKENANG" -Kah3!


SELURUH  rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih
mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak
selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana
 diserahkan kepada pihak Singapura.Sebagai balasannya, pihak Singapura akan
menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa
 di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP),
 Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah
KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu
sejarah penting kepada negara dan
memberi banyak pengajaran kepada
generasi akan datang.
Menurut beliau, pangajaran yang paling
 besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup
menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan
material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan
 negara tercinta ini.
Katanya, Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka
ini kerana ia tidak sepatutnya dialami oleh seluruh rakyat Johor dan Malaysia.
"KTMB mempunyai  tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999
tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini
adalah dari Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah
(lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16)," katanya dalam kenyataan
kepada Harakahdaily, hari ini.
Tanah tersebut, menurut beliau, cukup strategik kerana terletak
di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland
hingga ke Selatan di Tanjung Pagar.
Katanya, perjanjian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British
telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan
untuk tujuan keretapi sahaja.
Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi,
 katanya, maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak
 untuk merampas tanah tersebut.
"Persoalannya, mengapa perjanjian yang mengikat negara ini tidak
dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?" tegasnya.
Hari ini, ujarnya, tanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita dan
digantikan dengan tanah di empat lot Marina South dan satu bidang
di Ophir Rochor yang akan dibangunkan oleh syarikat usahasama
Malaysia dan Singapura, M-S Pte Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti
 oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti oleh Temasek
 Holdings. 
"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan
 sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan
kepada Singapura?
"Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat
 M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan
kepada Singapura?" katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan, tanah
di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh
M-S Ptd Ltd itu bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan.
"Oleh itu, tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas
. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang
daripada pegangan Khazanah Nasional.
"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura
 yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah
jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas
kepada pihak luar?" ujar beliau.
(sumber: MK, 1/7/11)

BERSIH : BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

Bagi anak-anak, dunia mereka inginkan dan dambakan kasih sayang,tiada sengketa tanpa permusuhan,tiada dendam, tiada duka dan tiada perpecahan. Namun orang dewasalah yang mengajar mereka apa itu sengketa, dendam dan duka serta permusuhan di mana jua. Berikanlah anak-anak sebuah dunia mereka. Dunia mereka penuh gembira dan kasih sayang. Bagi golongan dewasa, didiklah mereka dengan erti penuh makna tanggungjawab, berbudi bahasa dan berbaik sangka. Kepada kita, dunia mereka kita corakkan untuk hari muka.Hargailah kasih sayang untuk mereka dengan waspada tidak terleka. Kasih sayang terlalu indah untuk dikenangkan!