Salam Perjuangan

13 Disember 2014

PENDATANG ASING MALAYSIA

APABILA timbul isu banjir dan tanah runtuh di 'pusat peranginan' Cameroon Highland,Pahang pada bulan lalu maka gemparlah satu negara. lsu pembalakan haram, penerokaan tanah haram, perkebunan sayur haram dan termasuk isu pendatang haram (PATI) duperkatakan hangat hingga ke Dewan Rakyat, mesyuarat dalam kabinet dan turut disuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO baharu-baharu ini.

Tidak kita duga bahawa ada kira-kira 6.5 juta pendatang asing yang membanjiri seluruh Malaysia dewasa ini. Daripada jumlah tersebut kira-kira 2.2 juta adala PATI. Angka-angka ini sungguh menyeramkan! Jumlah ini sebenarnya yang dapat direkodkan dan dapat dikesankan. Bayangkan berapa banyak lagi yang tidak dapat ditangkap dan 'ghaib di tengah-tengah komuniti rakyat Malaysia yang begitu berbangga dengan masyarakat majmuknya!

Apabila PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (yang British sebut "Malaya") mencapai kemerdekaan pada 1957, penduduk  Tanah Melayu (Semenanjung termasuk Singapura) yang mana rakyatnya berbangsa Melayu berjumlah 11 juta orang. Manakala kaum-kaum lain (Cina,Tamil dan lain-lain) tidak lebih 1 juta orang sahaja. Cuba para pembaca dapatkan daripada Jabatan Perangkaan terkini berapa pecahan kaum terkini pada Malaysia? Jika para pembaca menggunakan aras pemikiran tinggi, anda akan dapat menyimpulkan apa yang tersurat dan tersirat. lsunya: 1.Bagaimana kelompok 1 juta bukan Melayu pada 1957 atau pascamerdeka boleh meningkat hingga kini? 2. Bagaimanakah mereka boleh mendapatkan taraf warganegara 'kad pengenalan biru'? 3. Bagamanakah mereka boleh mendapatkan 'kad pengenalan merah' (PR)? 4, Bagaimana mereka yang tiada sebarang dokumen boleh mendapat taraf kerakyatan?


TB ambil contoh terkini mengenai kebanjiran pendatang asing. Jika TB ke hujung kampung di daerah Muar seperti di Bukit Kepong atau di Kundang Hulu dan di kampung-kampung pedalaman di kawasan Johor Lama, bukan mustahil dan aneh apabila TB boleh bertemu komuniti Nepal, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya. Yang datang dari lndonesia tidak perlu disebut.Sehingga sukar mahu membezakan khususnya di daerah Batu Pahatdan Tangkak antara Melayu keturunan Jawa dengan pendatang Jawa/dsb dari lndonesia.

Dipendekkan cerita, sungguhpun Malaysia telah mencapai 57 tahun meredeka, tetapi sebenarnya 'hati jiwa nurani' rakyat Malaysia sebenarnya resah,gelisah bagaikan masih dibelenggu penjajahan.Apa guna 2020 negara maju tetapi jiwa kita tidak merdeka. Kita saling mencurigai. Apatah lagi warganegara bukan Melayu masih mengidentifikasikan kaum asal migran negara leluhur mereka. Apabila kita mahukan perpaduan kebangsaan dan bersifat penyatuan kemalaysian dikatakan rasis atau perkauman. Justeru adakah salah jika TB minta kerjasama DBP memasukkan entri baharu dalam Kamus Dewan istilah baharu yang TB cipta daripada isu ini:

i. PATI: Pendatang Tanpa lzin.

ii. PADDI: Pendatang Asing Dengan Dokumen  lzin

iii. PAWAR: Pendatang Asing Warganegara

iv: PAPEM: Pendatang Asing Pelancong Melencong


TB: Fikir-fikirlah wahai anak bangsaku yang dikasihi!

Tiada ulasan: