SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah, 58, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah yang dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu, adalah seorang yang bijaksana dan berjiwa rakyat.
Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Harvard University, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah sebelum istiadat pemakaman ayahanda baginda.
Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam yang dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah semalam.
Sultan Nazrin Shah, yang berkahwin dengan Tuanku Zara dan mempunyai seorang putera Raja Azlan Muzaffar Shah, empat tahun, dan seorang puteri Raja Nazira Safya, dua tahun, dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Perak ke-34 pada 16 Feb 1984.
Mengikut hirarki sistem penggiliran Kesultanan Perak, kedudukan Raja Kecil Besar adalah di tempat ketiga selepas Raja Di-Hilir dan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Sultan.
Sementara itu, kedudukan di bawah Raja Kecil Besar adalah Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah dan Raja Kechil Bongsu.
Pada 1987 apabila Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin Almarhum Sultan Iskandar Shah mangkat, Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik, 80, Raja Di-Hilir pada masa itu telah memberi laluan kepada Sultan Nazrin Shah untuk naik menjadi Raja Muda atas faktor usia.
Semasa ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak mulai April 1989 hingga 1994.
Sultan Nazrin Shah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, telah melanjutkan pelajaran menengah di St. John Institution.
Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Oxford University.
Sekembalinya dari luar negara, baginda bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Petronas dari 1979 hingga 1983.
Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Awam di Kennedy School of Government, Harvard University.
Sultan Nazrin Shah yang merupakan Pro-Canselor Universiti Malaya adalah juga Felo Kehormat Kolej Worcester, Oxford University.
Pada tahun lepas, baginda dilantik sebagai Ahli Canselor Court of Benefectors, Oxford University serta Ahli Pemegang Amanah Pusat Kajian Islam Oxford University.
Selain itu, Sultan Nazrin Shah merupakan Felo ISIS (Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia) Terbilang.
Baginda juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC).
Mengikuti jejak ayahandanya, Sultan Nazrin Shah pernah memegang jawatan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia selain menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak.
Baginda pernah menerima Anugerah Melvin Jones Fellowship daripada Lions International Foundation berpangkalan di Chicago, anugerah tertinggi yang diberi kepada individu untuk khidmat kemanusiaan, selain menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2012.
Terkenal dengan sifat merendah diri dan berjiwa rakyat, baginda turut mengejutkan banyak pihak apabila menolak dengan hormat peruntukan kerajaan negeri untuk urusan perkahwinan pada 2007.(sumber:HD 29/05/14)
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
30 Mei 2014
28 Mei 2014
SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT
SULTAN Perak Sultan Azlan Shah Azlan Shah mangkat pada jam 1.30 petang hari ini.
Perkara itu diumumkan oleh menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari ini.
Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.
Semua bentuk hiburan, keramaian dan keraian dibatalkan dalam tempoh tujuh hari.
Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung.
Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas asar.
Sementara itu, Bernama melaporkan, baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
Penghormatan terakhir bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang.
Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.
"Seluruh rakyat jelata negeri Perak telah kehilangan Sultan yang
dikasihi dan berjiwa rakyat.
"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin," katanya dengan sebak.
Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.
Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.
Sementara itu Bernama melaporkan kenderaan yang membawa jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah beredar dari Institut Jantung Negara (IJN) di ibunegara petang ini menuju ke Kuala Kangsar.
Kenderaan itu beredar dari perkarangan IJN pada kira-kira 5.08 petang dengan diiringi kenderaan kerabat diraja Perak dan polis.
Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah turut dilihat berada di IJN.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mengumumkan Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari ini.
Sementara itu, PKR merakamkan sembah takziah di atas kemangkatan Sultan Azlan Shah.
Dalam satu kenyataan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mudah-mudahan Allah SWT memberikan keampunan-Nya dan melimpahkan rahmat-Nya buat Almarhum Sultan Azlan.
Manakala dalam satu kenyataannya, sekretariat akhbar kerajaan Selangor berkata, bendera akan dikibarkan separuh tiang di negeri Selangor sebagai tanda berkabung atas kemangkatan Sultan Azlan Shah. (sumber:Mkini,28/05/14)

17 Mei 2014
UPM : PBMP 1983-1986
Kepada teman-teman UPM /PBMP 1983-1986 tidak lupa diucapkan Selamat Hari Guru 16 Mei semalam; baik kepada yang telah bersara sejak berusia 50-an hinggalah yang akan bersara wajib menginjak usia 60 sama ada tahun ini atau tahun hadapan. Janganlah gubra ada dunia indah di sebalik persaraan. Hahaha mana tahu ada di antara anda akan menikah lagi atau mungkin juga terpaksa hidup sendirian setelah kehilangan teman di sisi buat selama-lamanya.
Jagalah kesihatan sebaik-baiknya. Kesihatan adalah amat bernilai daripada mengingatkan gred 54 atau jusa yang hanya tinggal kenangan. Adalah lebih baik tidak meletakkan kebendaan atau kewangan dalam aras kehidupan. Memadailah mensyukuri menerima nikmat apa yang ada.
Tahniah yang memperoleh gelaran 'dato,datuk,datuk seri' daripada mana-mana pembesar negara atau negeri.Dan tidak lupa yang memperoleh cucu demi cucu.Tahniah dan syabas.

TOKOH GURU KEBANGSAAN 2014: Dari Perspektif Lain.....
TIDAK datang mudarat andainya setiap tahun kita mengangkat seorang tokoh sebagai ikon atau idola kaum guru di peringkat kebangsaan bahkan juga di peringkat negeri dan daerah.Apatah lagi sekarang Tokoh Guru Kebangsaan diberikan imbuhan bukan setakat tropi dan sijil-sijil penghargaan bahkan juga kini diberikan wang ringgit.lnilah perjuangan para pemimpin kesatuan guru terdahulu dan pegawai-pegawai atasan KPM yang menyarankan agar bentuk wang ringgit juga diberikan.
Kini nasib kaum guru lebih beruntung kerana pada sambutan hari guru juga diberikan imbuhan kenaikan pangkat dengan laluan mudah tidak seperti dahulu. Alangkah sedihnya nasib para pesara guru zaman sebelum TPM menjadi Menteri Pendidikan yang terpaksa menelan pahit duka bersara dengan gred jawatan yang sama walaupun telah berkhidmat 30-35 tahun!
TB juga 'gembira' kerana Tokoh Guru Kebangsaan 2014 tahun ini dipilih hanya seorang sahaja. lnilah yang dikatakan 'tokoh'. TB tidak seronok jikalau pada masa-masa lalu tokoh-tokoh guru yang ramai berdiri di atas pentas hanyalah untuk menyedapkan mata yang mana seolah-olah 'mesti' ada guru Melayu, guru Cina, guru lndia dan guru Kadazan atau lban atau Sikh ataupun suku kaum lain.Tahniah kepada AJK Pemilihan Tokoh Guru Kebangsaan tahun ini hanya 'berani' memilih seorang tokoh sahaja .Cuma apa yang TB mahu sentuh janganlah 'tokoh' itu dilihat dari aspek pangkat/gred. Tokoh guru tahun ini Tengku 'A' memperoleh gred Jusa C tetapi sepanjang yang TB ketahui sejak TB berkhidmat dengan KPM Januari 1978 TB tidak pernah pun mengenali atau mengetahui nama tokoh ini di mana-mana peringkat pun. Kemungkinan nama beliau menonjol semasa Tan Sri Mahyuddin Yassin TPM merangkap Menteri Pendidikan. Tahniah!
TB yang pernah 'berjaya' memilih tokoh guru kebangsaan 2002 Haji Karim Abdullah berasa teruja kerana pernah berpengalaman memilih tokoh bersandarkan beberapa kriteria. Seperti Tuan Haji Karim yang banyak berjuang dan menyuarakan nasib kaum guru pada era perkhidmatan hinggalah pasca perkhidmatannya melalui persatuan pesara guru. (PBPPP). Kita tidak mahu 'tokoh' itu hanya dikatakan tokoh jika hanya berfokuskan kepada sebagai pentadbir sekolah sahaja.Biarlah tokoh itu merangkumi semua aspek kehidupan sama ada dalam komuniti sekolah,masyarakat,NGO, kecemerlangan akademik dan ikhtisas, sahsiah dan sebagainya.
Berkenaan tokoh kepemimpinan yang kali ini dimenangi TS Alimuddin adakah tokoh kategori ini akan diikuti seterusnya mana-mana KP KPM yang telah bersara menanti?Kerana IPTA, IPTS dan sebagainya di bawah KPM bagaimana pula ketokohan kepemimpinan bekas dekan, bekas TNC, Naib Canselor dan sebagainya yang turut menyumbangkan kepada dunia pendidikan tanah air. Sebagai contoh ramai pesara guru yang mengenali Datuk Dr Kamaruddin Haji Kachar dan adakah beliau tidak layak dicalonkan tokoh kepemimpinan pendidikan? (TB)

15 Mei 2014
SELAMAT HARI GURU 2014 - Catatan Di Pinggiran
TB tidak menyangka anak kecil TB yang baharu berusia satu tahun dua bulan dengan bahasa belum sepenuhnya mengucapkan 'Selamat Hari Guru, ayah...' Rasa terkedu jauh di sanubari TB lanataran diam tidak diam masa dan waktu pantas datang dan berlalu pergi.....
Tahun 1961 TB mula belajar (masuk sekolah tumpang lebih awal..seakan prasekolah) di Sekolah Kebangsaan Sagil Estate,Ledang, Tangkak,Johor. Di sekolah ini nama-nama guru yang TB masih ingat ialah Cikgu Mahmud (Allahyarham), Cikgu/Ustaz Misdi, Cikgu Haris Abu Samah(usia 80-an)guru TB darjah 4 dan yang lain-lain TB tidak pasti lagi. Kemudian TB masuk darjah lima bertukar ke Sekolah Kebangsaan Lelaki Serom 3, Muar hingga darjah 6. Cikgu Yusof Saman (Allahyarham, guru darjah 5) dan Cikgu Mohd.Dom Abdul Rahman (Allahyarham,guru darjah 6) dan guru-guru lain antaranya guru agama Cikgu Redzuan, Cikgu Md.Nor (Guru B.I), Cikgu Mohd Nor Rashid dan Guru Besar Tuan Haji Ali bin Haji 0mar. Semasa TB di sekolah rendah belum pun ada sambutan hari guru secara rasmi ketika itu. Seingat TB ketika berada di sekolah menengah barulah sambutan Hari Guru disambut di seluruh negara.
Masa terus berlalu, sehinggalah pada suatu ketika, suatu waktu daripada seorang murid sekolah TB kemudiannya menjadi seorang guru pelatih (Sekolah Rendah Brickfield,1976 dan Sek.Men.Taman Sea,Petaling Jaya,Selangor,1977) dan kemudian bermula sebagai guru penolong terlatih di sekolah Menengah Bukit Gambir,Muar (1978) Sekolah Menengah Tengku Mahmud lskandar,Sungai Mati,Muar (1984, ) Sekolah Menengah Taman Seri Serdang,Selangor (1986), SMK Dato Mohd Said, Nilai,Negeri Sembilan (1987), Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur (1989), Sekolah Menengah Taman Desa, Kuala Lumpur (1992) dan Sekolah Menengah Sungai Besi, Kuala Lumpur (1992). Banyak kenangan manis sepanjang khidmat sebagai guru sekolah dengan sambutan hari gurunya yang berwarna-warni. Yang amat manisnya, TB pernah dilantik menjadi AJK lnduk Hari Guru Peringkat Wilayh Persekutuan Kuala Lumpur dan dua tahun berturut-turut diundang baca puisi sempena hari guru.
Mulai 1995 TB bertugas di Bahagian Pendidikan Guru KPM dan dihantar berkhidmat di Maktab Perguruan lslam, Bangi (pada mulanya ke IPSI,Tg.Malim tetapi TB menolak) sebagai pensyarah. Di maktab (kini IPGM) gaya dan cara menyambut Hari Guru agak sedikit berlainan lantaran tahap usia para pelajarnya juga berbeza. Di peringkat kebangsaan TB seterusnya dilantik sebagai AJK lnduk Hari Guru Kebangsaan. Di peringkat maktab TB hanyalah sebagai 'pemerhati yang memberi sumbangan apabila diminta'. Selepas berhijrah ke Brunei TB juga berkesempatan menyambut Hari Guru di Brunei yang biasanya disambut oleh semua peringkat sama ada sekolah,maktab, ipta mahupun ipts.
Begitulah sambutan Hari Guru di Malaysia kini apabila Menteri Pendidikan yang sekali gus juga Timbalan Perdana Menteri maka senario telah bnyak berubah. Selain peluang dan prospek kenaikan pangkat profesion keguruan kian cerah, kesedaran dan kepritinan orang ramai tentang kewujud hari guru kian terasa menjelang 16 Mei. Kini pihak media massa turut sama memeriahkan sambutan dengan beranaeka program. Dan yang gembiranya, siaran langsung di kaca TV adalah petanda suatu penghormatan yang dinanti-nanti sejak sekian lama dahulu. Apa khabar sahabat-sahabat saya dalam kesatuan guru dahulu: Siva Subramaniam (Datuk), Cikgu Chong, Cikgu Haji Muhammad Mustaffa, Cikgu Kassim, Cikgu Kamal Shukri, Cikgu Tengku Long, Cikgu Muharam Atan dan ramai lagi. Doa TB agar anda semua sihat ceria dan dapat menyambut Hari Guru 2014 ini.
Selamat Hari Guru, saya pun sayang cikgu! (TB)

ADAM AHMAD PERGI JUA.....
Penyanyi Era 80-an, meninggal dunia
Posted by TIUB BOCOR, 15th May 2014.
AMPANG: Penyanyi Adam Ahmad, 50, yang popular era 1980-an dengan lagu Kau Pergi Jua selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai Ampang di sini sekitar pukul 11.30 pagi Khamis.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jangkitan kuman pada paru-paru kira-kira pukul 12.15 malam Khamis.

Gambar Adam Ahmad bersama isterinya Norliza. |
Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak mencipta lagu-lagu hit seperti Di Hari Persandingan Mu dan Di Pantai Cinta Berahi nyanyian Yunizar Hosein.
Lagu Janji Manismu nyanyian Aishah dan ditulis oleh beliau pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-5 pada tahun 1990 manakala lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff turut merebut gelaran yang sama pada 1993 (AJL ke 8).
Jenazah sebelum itu dibawa pulang ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai di sini. Al- Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya.
09 Mei 2014
A.SAMAD SAID MAHU MATI DI MASJID…….
|
|
Masih istiqamah berkarya demi
anak bangsa dan agama... legenda hidup yang penuh warna dan rona.
Malah beliau sering berpuasa selang sehari kerana mengikut amalan Nabi Daud dan mengamalkannya sejak beberapa tahun yang lalu.
“Kebanyakan daripada hidup saya, saya telah berpuasa tetapi sebelum ini saya hanya berpuasa tiga hari sebulan. Kini dengan usia yang semakin tua , saya lebih hampir dengan kubur dan lebih hampir dengan kehidupan akan datang. Saya perlu lebih suci,”

Dia sering berada di Masjid Negara pada setiap
hari Selasa dan Khamis. Pada hari Jumaat dia biasanya berada di masjid KLCC.
Banyak masa dihabiskan untuk solat dan membaca al-Quran.
“Saya mahu berada di masjid apabila saya mati
,”
Allahuakbar...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui……..
Langgan:
Catatan (Atom)