KEBETULAN tarikh hari ini 24 Julai maka bukan tujuan TB mahu mengagung-agungkan apatah lagi bersikap riak mahu mengwar-warkan keturunan TB. Secara kebetulan cuma berdasarkan buku 'Sejarah Johor' (DBP) tulisan Buyong Adil bahawa pada tarikh 24 Julai 1877 lalu TEMENGGUNG ISMAIL Muar yang menguasai daerah Muar, Johor telah menandatangani surat peristiharan menyokong ketuanan MAHARAJA JOHOR (Sultan Sir Abu Bakar) bersama penghulu-penghulu mukim dan jajahan dalam daerah Muar yang luas.
Muar dianggap bagaikan sebuah 'negeri' pada zaman itu.Antara penghulu besar yang menandatangai peristiharan itulah PENGHULU LATIS (moyang TB) yang menguasai/mengurus mukim/ jajahan TEMIANG yang termasuk kawasan Sungai Terap hingga ke Tanjung Selabu.Justeru sempena mengingati hari ini, semoga kita sama-sama pada bulan Ramadan yang mulia ini bersedekah al-fatihah kepada roh-roh mereka dan didoakan agar dicucuri rahmat oleh-Nya dan dihimpunkan ke dalam bersama-sama ahli-ahli syurga. Al-Fatihah.
TB: Rajiee bin Abdul Hadi bin Manja bin Sintal bin Latis (PENGHULU LATIS). Sekiranya ada para pembaca budiman yang tahu dan ada info mengenai Penghulu Latis dan sejarahnya serta salasilahnya sila beri maklumat kepada TB. Segala jasa baik tuan/puan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan