TAN Sri Dr Awang Had Salleh yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini akibat komplikasi paru-paru, seorang yang gemar melukis.. Menurut menantunya yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, kerana minatnya itu meskipun sudah bersara, bapa mentuanya itu masih mengikuti pengajian jarak jauh dalam bidang berkenaan.
Beliau
berkata sejak mengenali keluarga Allahyarham sejak 1997, satu perkara yang
paling dikagumi ialah bapa mentuanya juga sangat menitikberatkan pendidikan."Kerana
terlalu cintakan ilmu, arwah bapa mentua akan membeli hadiah bahan bacaan buat
cucu-cucunya, arwah juga gemar bertutur menggunakan bahasa sastera sehingga
kedua-dua anak lelaki saya dinamakannya Kencana Putra dan Karisma Putra,"
katanya.
Sementara
itu, isterinya Datin Norazlina, anak keenam Allahyarham berkata ayahnya telah
sakit hampir lapan tahun dan sering keluar masuk hospital."Keadaannya
semakin serius sejak tiga hari lepas dan terpaksa dimasukkan ke Hospital
Putrajaya akibat sukar bernafas, bapa juga sudah lama tidak dapat bertutur dan
hanya berinteraksi dengan gerak mata dan riak muka," katanya.
Tokoh akademik itu menghembuskan nafas terakhirnya
pada usia 79 tahun,meninggalkan isteri Puan Sri Salmah Abu Bakar, 69, tujuh
orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan.Jenazah dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Presint 20 di sini selepas solat Zuhur. (Sumber : BERNAMA 1/7/2013)
TB: Ucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. TB telah bersama mengikuti beliau ketika Konvensyen Pendidikan pertama 1977 di Sekolah Menengah Sains, Air Keruh (sekarang Sekolah Sultan Muzaffar Shah,Melaka). Dunia pendidikan di Malaysia dan Dr Awang Had Salleh begitu sinonim dan tidak dapat dipisahkan sejak lebih 40 tahun. Kali terakhir TB bertemu dan berbicara dengan beliau sewaktu sama-sama menghadiri Pertemuan Dunia Melayu di Jeddah,Saudi Arabia pada tahun 2000.Pemergiannya suatu kehilangan yang tiada tolok banding dan sukar dicari ganti. Alfatihah. (TB).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan