Hati ayah tatkala sepi bertahun-tahun
akhirnya puteri ayu ini mewarnakan alam
setiap saat adalah gelak wajah cerianya
menjangkau ke dunia tanpa sengketa\
antara kasih sayang, semadi dan abadi
hasrat yang kita impikan bersama
esak tangis yang telah kita padamkan
erang duka pada malam hari lalu
ratib yang telah mengirimkan khabar
anakku menjengok dengan senyum soleha
Syukur pun terucap pada-Nya
ya Rabbi yang mengurniakan rahmat-Mu
akan kami bina mahligai ilmu
fikir filusuf dibina dalam tamadun zaman
indah pesona takwa duniawi ukhrawi
quran hadis pedoman jalan hidup kami
anakku hasmaheera syafiqa, pesan ayah umi.
Bukit Mahkota,Bangi.
2013.
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
29 Julai 2013
PERANG JEMENTAH 1879
'PERANG JEMENTAH' merupaKan satu lagi peristiwa atau tragedi
terpenting pernah berlaku di bumi Jementah dalam daerah Segamat Johor (kini). Daripada sumber-sumber diperolehi
jelas menunjukan bahawa Perang Jementah yang berlaku dalam tahun 1879. Tragedi
berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:
Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.
Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.
Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).
Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor khususnya mulai tahun 1880 iaitu setahun selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.
Melalui perang ini, Mohammed Salleh bin Perang yang memegang jawatan Dato' Bentara Luar, salah seorang daripada elit lohor moden telah memperlihatkan kecekapannya dalam mengepalai angkatan perang.
Meletus perang Jementah pada 25 Oktober 1879 adalah disebabkan oleh 'Sekeping Kertas' yang merupakan wasiat Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ali, Yang Dipertuan Negeri Kesang. Beberapa jam sebelum mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan penggantinya iaitu Yang Maha Mulia Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan isteri ketiganya iaitu orang kebanyakan.
Perlantikan melalui wasiat ini telah ditentang oleh Tengku Alam, putera sulong baginda dari isteri tuanya. Tengu Alam yang tidak berpengaruh itu telah membantah tindakan Kolonel Archibald AAnson, Pemangku Gabenor yang meletakkan jajahan Kesang di bawah pentadbiran Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar buat sementara waktu.
Tindakan awal yang dilakukan oleh Tengku Alam ialah menyuruh dua orang saudara sepupunya Tengku Nong dan Tengku Mat menghasut penduduk-penduduk sekitar kawasan Kesang supaya menyebelahi pihaknya. Tengku Mat dan Tengku Nong termakan dengan janji-janji manis Tengku Alam telah berjaya mempengaruhi segelintir orang-orang tempatan dan beberapa orang Panglima Melayu yang handal.
Di antara Panglima-panglima yang handal itu ialah:
Panglima Besar Layot.
Panglima Besar Salim.
Panglima Besar Kadir.
Panglima Besar Tok Siban.
Panlima Besar Sancu.
Raja Berambut Panjang.
Wan Daud.
Wan Abas.
Atas persetujuan Tengku Alam Panglima Besar Sancu dilantik menjadi 'Kepala Perang'. Kononnya kesemua pahlawan Melayu tersebut mempunyai ilmu Kebal.
Perang Jementah bermula apabila angkatan Tengku Nong menyerang Kesang, Pertempuran awal dipercayai berlaku di Relau dan Air Kertau. Di kedua-dua tempat itu angkatan Tengku Nong tidak mendapat tentangan hebat justeru itu timbullah rasa bongkak dan angkuh di kalangan pengikut-pengikut Tengku Nong.
Pada 25 Oktober 1879 angkatan Tengku Nong disertai oleh Panglima Besar Sancu telah menyerang Jementah dalam jajahan Muar Kiri. Pada masa itu Jementah merupakan sebuah kampung yang penuh dengan dusun buah-buahan dan sawah padi. Dalam pertempuran di Jementah inilah Panglima Besar Sancu telah bertindak liar. Selain merampas harta benda penduduk-penduduk di situ, mereka juga membakar beberapa buah rumah. Mujurlah Penghulu Jementah sempat melarikan diri dan terus membuat aduan kepada pihak pemerintah di Johor.
Kemenangan dalam pertempuran di Jementah itu telah mendorong Tengku Nong mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Muda sementara Wan Daud diisytiharkan sebagai Temnggong Paduka Tuan. Kesannya, pemerintah Johor lantas mengirimkan sebuah angkatan perang diketuai oleh Ungku Ahmad iaitu saudara sepupu kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor ke Jementah.
Kepintaran Ungku Ahmad dalam tipu muslihat perang telah menyebabkan beberapa buah kubu musuh dalam kawasan Lubuk Bandan ditawan. Tengku Nong dan Panglima Sancu beserta pengikut-pengikut mereka berundur ke hulu sungai Jementah berhampiran dengan kaki Gunung Ledang. Di satu tempat bernama Kampung Lela mereka telah mendirikan sebuah kubu berbentengkan tanah. Sementara itu, pada 2 Disember 1879 Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah dihantar oleh kerajaan Johor untuk membantu Ungku Ahmad dan Encik Esa yang sedang bertahan di sebuah kubu dalam jajahan Jementah.
Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah membawa sebanyak 400 laras senapang jenis Senader dan meriam bersama. Memandangkan pertahanan musuh masih kuat, Tengku Ahmad dan Dato' Bentara Luar telah membuat satu strategi untuk menyerang kubu-kubu musuh. Empat buah pasukan telah dibentuk dan setiap pasukan mengandungi 100 orang.
Panglima Besar Esa memimpin pasukan pertama.
Panglima Kiri Awang memimpin pasukan kedua.
Panglima Besar Yusuf memimpin pasukan ketiga.
Panglima Dalam Lamit memimpin pasukan keempat.
Kira-kira dua belas hari selepas pembentukan pasukan perang itu, angkatan perang Dato' Bentara Luar pun sampai di satu tempat bernama Dusun Dedap. Di Dusun Dedap dan di kawasan sekitarnya beberapa kubu dan benteng telah dibina. Yang anehnya kubu-kubu dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan itu terletak berhampiran antara satu sama lain.
Menurut Haji Hassan bin Putih, sekurang-kurangnya lima buah kubu telah dibina oleh pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar dan pihak Tengku Nong di kawasan sekitar Dusun Dedap. Tiap-tiap kubu itu mempunyai namanya sendiri. Di antara kubu-kubu yang penting ialah Kubu Dedap, Kubu Lubuk Bandan, Kubu Sungai Siput, Kubu Macang Padang dan Kubu Raja Lela. Kononnya di salah sebuah kubu kepunyaan Tengku Nong sebuah meriam bernama 'Gegak Gempita' telah diletakkan di atas sebatang dahan pokok Dedap.
Haji Hassan bercerita lagi, bahawa satu peristiwa ganjil telah berlaku sebelum Kubu Dedap yang termasyhur itu dibina. Manaf Khatib, orang yang ditugaskan membersihkan kawasan sekeliling dusun dedap itu telah jatuh pengsan sebaik saja beliau memulakan kerja menebang anak-anak pokok hutan. Pada waktu itu hujan panas turun berderai. Hanya setelah campur tangan seorang Pawang barulah kerja membersihkan kawasan disitu dapat diteruskan.

Haji Yahya bin Kubu pula mengaku bahawa datuknya Pawang Abib turut
terlibat dalam pembinaan Kubu Dedap itu. Kononnya semasa Kubu itu dibina
beberapa peristiwa ganjil telah berlaku antaranya dengan semena-mena hujan
panas turun berderai diikuti dengan tiupan angin kencang. Pada sebelah malamnya
pula bunyi burung-burung hutan dan binatang-binatang liar bertalu-talu hingga
ke waktu subuh. Kubu Dedap tempat pertahanan orang-orang Dato' Bentara luasnya
40 kaki dan bentengnya dibuat daripada tanah setinggi dua belas kaki.
Semasa membina Kubu Dedap itulah, orang-orang Tengku Nong dan Panglima Sancu telah membuat serangan secara mengejut ke atas pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar. Tektik pukul curi itu telah menyebabkan tiga orang pengikut Dato' Bentara Luar terkorban sementara enam orang mendapat cedera.
Pada pertengahan bulan Disember 1879 pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar berjaya menawan sebuah kubu musuh di Padang Juling. Mengikut catatan Encik Daud bin Sulaiman, seorang ahli sejarah di Batu Pahat, Johor bahawa semasa bertahan di kubu Padang Juling Dato' Bentara Luar telah menyusun satu rancangan yang rapi dan lengkap bertujuan untuk menamatkan Perang Jementah dengan segera. Beliau telah memerintahkan seratus orang menebang pokok buluh dan setiap orang dikehendaki mengikat buluh-buluh itu menjadi seberkas.
Pada keesokan harinya, tiga ratus orang Dato' Bentara Luar 'berpura-pura' menyerang kubu Tengku Nong dan Panglima Sancu. Dan semasa serangan olok-olok itu dibuat, Dato' Bentara Luar menyuruh enam puluh orang pengikutnya membuat satu jalan pintas menuju ke arah kubu musuh.
Empat buah meriam dipasang dengan arah muncungnya dihalakan ke arah kubu musuh. Panglima Besar Yusuf dan Panglima Kiri Awang merangkak perlahan-perlahan mengambil tempat berhampiran pagar kubu musuh. Panglima Lamit bersama orang-orangnya mengangkut berkas-berkas buluh itu sementara Dato' Bentara Luar dan Panglima Esa disertai oleh lima orang pengikutnya membuat benteng.
Kebetulan pada malam itu hujan turun dengan lebatnya. Ini memudahkan lagi kerja Dato' Bentara Luar. Menjelang pagi Dato' Bentara Luar mengarahkan semua meriam dan senapang ditembak secara serentak. Serangan mengejut waktu subuh itu menyebabkan orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu dalam kubu menjadi kelam kabut. Kebanyakan mereka sedang tidur nyenyak ketika itu.
Pihak musuh yang mulai panik lantas memukul gendang dengan tujuan menaikan semangat mereka. Mereka sempat juga membalas tembakan dengan secara membuta-tuli. Ekoran daripada serangan pada waktu subuh itulah akhirnya membawa kepada tamatnya Perang Jementah pada 30 Disember l879.
Perang saudara itu berlaku dengan kemenangan di pihak Dato' Bentara Luar. Tengku Nong dapat ditawan dekat Gunung Ledang kira-kira sehari perjalanan dari Cohong. Wan Daud pula diberkas setengah jam selepas Tengku Nong ditangkap. Turut diberkas pada hari itu ialah ketua-ketua pemberontakan iaitu Tengku Mat, Panglima Besar Sancu, Panglima Besar Layot dan Raja Berambut Panjang.
Panglima Sarip, seorang lagi panglima yang handal ditugaskan untuk mengawal keselamatan Tengku Mat semasa diberkas cuba melawan tetapi telah ditembak oleh Panglima Perang Awang. Manakala saki baki musuh terus diburu.
Pak Yusuf bin Kamit atau dikenali dengan panggilan Pak Osop berasal dari Muar dan sudah menetap lebih 40 tahun di Segamat mendakwa bahawa pembukaan beberapa penempatan dan kampung di Segamat ada kaitan dengan tamatnya Perang Jementah.
Menurut Pak Osop menjelang tamatnya Perang Jementah, ramai pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu telah melarikan diri. Mereka seolah-olah sudah terasa kemenangan akan berada di pihak Dato' bentara Luar dan Ungku Ahmad. Malah ramai daripada pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu mulai insaf. Mereka sedar perjuangan mereka adalah sia-sia belaka. Menentang Dato' Bentara Luar dan Ungku Ahmad samalah seperti menentang Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar.
Justeru itu ramai daripada mereka tanpa mematuhi arahan ketua-ketua mereka lantas melarikan diri ke Segamat menaiki perahu menghilir Sungai Legeh dan Sungai Muar dan terus ke Segamat. Dipercayai mereka merupakan pendatang-pendatang awal yang membuka beberapa buah kampung di daerah Segamat.
Di Segamat tempat yang didatangi oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu itu dipercayai kebanyakannya berhampiran dengan sungai. Mengikut kajian sekurang-kurangnya sepuluh buah kampung atau kawasan telah dibuka oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu. Kampung-kampung tersebut ialah:
Kampung Pogoh.
Kampung Alai.
Kampung Lubuk Batu.
Kampung Paya Dalam.
Kampung Hulu Gemereh.
Kampung Batu Badak.
Kawasan berhampiran Danau Lanjut.
Kawasan berhampiran Danau Kongkong.
Kawasan berhampiran Tebing Tinggi.
Kampung Tenang.
Mengikut Pak Osop lagi, di Kampung Paya Dalam, empat kilometer dari Bandar Segamat, dua buah kubur yang masih dapat dilihat hingga sekarang dipercayai adalah kubur-kubur pengikut-pengikut Panglima Besar Sancu yang melarikan diri itu dan kemungkinan mati di Kampung Paya Dalam. Di Kampung Paya Dalam juga terdapat kesan peninggalan Perang Jementah seperti kubu-kubu dan benteng-benteng.

26 Julai 2013
SEJARAH TEMENGGONG MUAR
HASRAT seorang pengkaji sejarah
dari Jepun, menjejakkan kakinya ke daerah ini, akhirnya tercapai apabila beliau
dibawa meninjau kesan sejarah pemerintahan Temenggong Muar, di Kampung
Pengkalan Kota, Durian Condong, di sini, baru-baru ini.
Profesor Mika Okushima, 39, dari Kanda University of International Studies, Jepun, itu juga dibawa melawat kesan peninggalan sejarah Temenggong Muar di Kampung Lubuk Batu, Segamat.
Beliau diiringi Pengerusi Persatuan Waris Temenggong Muar (Pewaris), Raja Abdul Rahman Raja Basok, dalam usaha membantu beliau menerbitkan buku sejarah mengenai pemerintahan Temenggong Muar untuk dijadikan bahan rujukkan di universiti berkenaan.

Okushima,
39, berkata beliau dengan kerjasama Kementerian Pendidikan di negaranya sedang
berusaha menerbitkan buku sejarah mengenai pemerintahan Temenggong Muar yang
dikatakan berkaitan dengan pemerintahan Kesultanan Johor Lama.
Beliau mendakwa, dia sudah menjalankan kajian mengenai pemerintahan Kesultanan Johor Lama sejak 10 tahun lalu termasuk mengadakan lawatan di beberapa daerah di Kalimantan, Indonesia, Sabah dan Sarawak.
"Lawatan kami ke daerah ini dan Segamat dapat melengkapkan lagi hasil kajian yang dilakukan sebelum ini, sekali gus membolehkan buku yang bakal diterbitkan itu mengandungi bahan sejarah tempatan yang lengkap.

"Saya
gembira dan bersyukur kerana berpeluang melihat sendiri enam keturunan makam
Temenggong Muar, di Segamat dan satu lagi di daerah ini iaitu, di Kampung
Pengkalan Kota,” katanya yang fasih berbahasa Melayu/Indonesia ketika ditemui
di kampung berkenaan.
Hadir sama ialah Ketua Kampung Pengkalan Kota, Anuar Hamzah dan Tengku Khairul Azuan Tengku Saedin, 26, iaitu salah seorang waris keturunan Almarhum Sultan Hussin Shah, Sultan Johor ke-16 yang kini menetap di Bukit Siput, Segamat.
Awal Januari lalu, Okushima menghantar beberapa e-mel dalam bahasa Melayu kepada Pewaris dengan menyatakan hasrat untuk datang ke Muar bagi meninjau kesan peninggalan sejarah pembesar Muar itu.
Antara isi kandungan e-melnya, beliau menyatakan beliau dari Jepun dan seorang pengkaji antropologi serta pernah menyelidik sejarah daerah Sabah dan Kalimantan, Indonesia.

Beliau
mendapatkan maklumat mengenai sejarah pemerintahan Temenggong Muar melalui
laman lama web Pewaris.com selepas beberapa laporan mengenai disiarkan di
akhbar ini, baru-baru ini.
Hasil kajiannya selepas bertemu dengan penduduk tertua di wilayah Kalimantan, Sabah dan Sarawak, beliau berjaya mengumpul sejarah lisan mengenai Kesultanan Bulungan, di sempadan Sabah-Indonesia.
Katanya, kajian itu mendapati seorang putra Sultan Johor dikatakan berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Bulungan, Kaharudin 1 dan meninggal dunia pada 1850, di mana keturunannya menjadi bangsawan Muar.
Abdul Rahman berkata, di Segamat, Okushima diberi penerangan mengenai kesan peninggalan sejarah Temenggong Muar oleh mantan Penghulu Mukim Sungai Segamat, Ahmad Sulaiman, 59, bersama Tengku Khairul Azuan.
Katanya, Okushima dibawa melawat makam Temenggong Muar serta kerabat di Kampung Lubok Batu.
Beliau berkata, Okushima juga diberi penerangan mengenai sejarah pembukaan Segamat oleh Bendahara Tepok atau Bendahara Lubok Batu iaitu keturunan Bendahara Kesultanan Melayu Melaka terakhir pada 1511.
Anuar pula berkata, mengikut Sejarah Melayu, Bukit Kepong dan Lenga, hulu Sungai Muar, asalnya dikenali sebagai Teluk Dalam, kerana di situ terdapat sebuah telok yang dalamnya 14 meter.
Beliau berkata, di tepi tebing teluk yang tinggi di Teluk Dalam itu dikatakan tempat membina istana pemerintah Muar yang berpusat di hulu Sungai Muar.
Menurut Tengku Khairul, sejarah pemerintahan Temenggong Muar berkait rapat dengan pemerintahan Sultan Hussin Shah dan Sultan Ali yang bermula pada 1707.

Beliau berkata, pemerintahan Temenggong Muar bermula pada 1707 dan berakhir
pada tahun 1935.
Sumber : oleh Jamaludin Husin, Berita Harian 20/Mac/2009.
24 Julai 2013
PENGHULU LATIS MUAR
KEBETULAN tarikh hari ini 24 Julai maka bukan tujuan TB mahu mengagung-agungkan apatah lagi bersikap riak mahu mengwar-warkan keturunan TB. Secara kebetulan cuma berdasarkan buku 'Sejarah Johor' (DBP) tulisan Buyong Adil bahawa pada tarikh 24 Julai 1877 lalu TEMENGGUNG ISMAIL Muar yang menguasai daerah Muar, Johor telah menandatangani surat peristiharan menyokong ketuanan MAHARAJA JOHOR (Sultan Sir Abu Bakar) bersama penghulu-penghulu mukim dan jajahan dalam daerah Muar yang luas.
Muar dianggap bagaikan sebuah 'negeri' pada zaman itu.Antara penghulu besar yang menandatangai peristiharan itulah PENGHULU LATIS (moyang TB) yang menguasai/mengurus mukim/ jajahan TEMIANG yang termasuk kawasan Sungai Terap hingga ke Tanjung Selabu.Justeru sempena mengingati hari ini, semoga kita sama-sama pada bulan Ramadan yang mulia ini bersedekah al-fatihah kepada roh-roh mereka dan didoakan agar dicucuri rahmat oleh-Nya dan dihimpunkan ke dalam bersama-sama ahli-ahli syurga. Al-Fatihah.
TB: Rajiee bin Abdul Hadi bin Manja bin Sintal bin Latis (PENGHULU LATIS). Sekiranya ada para pembaca budiman yang tahu dan ada info mengenai Penghulu Latis dan sejarahnya serta salasilahnya sila beri maklumat kepada TB. Segala jasa baik tuan/puan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

22 Julai 2013
SUBJEK TITAS WAJAR DITERUSKAN
SUBJEK TITA bukan bertujuan untuk mengembangkan agama Islam atau mengislamkan pelajar bukan Islam tetapi adalah untuk menggalakkan persefahaman antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini."
Demikian ucapan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis berbuka puasa di Putrajaya baru-baru ini.
Pengenalan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia atau TITA mengundang pelbagai reaksi di mana akan diperkenalkan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mulai sesi pengajian September ini. Reaksi pelbagai pihak itu dapat diikuti dengan melayari blog tertentu di media sosial.
TITA mula diperkenalkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sejak 2006. Subjek ini wajib diambil oleh semua pelajar Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah serta Sarawak. Pada umumnya pelajar tidak menghadapi sebarang masalah untuk mempelajarinya malah terdapat pelajar bukan Islam mampu mendapat keputusan cemerlang.
Penawaran subjek ini boleh memberi kefahaman dan mendedahkan pelajar kepada pelbagai tamadun yang telah menyumbang kepada pembentukkan jati diri, sahsiah dan sistem nilai yang diamalkan pada masa kini.
Apakah sebenarnya matlamat dan isi kandungan TITA?
TITA bertujuan memperkenalkan ilmu ketamadunan yang mencakupi tamadun Islam, Melayu, Cina, Jepun dan India. Kandungannya meliputi perbincangan isu kontemporari serta dialog peradaban berkaitan dengan sejarah, budaya dan pembinaan negara bangsa.
Umumnya perbincangan tentang perkembangan tamadun-tamadun besar di dunia bukanlah suatu yang asing kerana iaadalah suatu tradisi ilmu yang dipelajari sejak sekian lama.
Sebagai contoh perdebatan isu tamadun pernah dikemukakan oleh penulis terkenal Samuel P Huntington tahun 1993 yang mengemukakan teori pertembungan peradaban atau clash of civilizations.
Berdasarkan penulisan itu perbincangan boleh dilakukan untuk menunjukkan bahawa sejarah tamadun di Asia bukanlah semata-mata hasil daripada pertembungan atau konflik tamadun. Sebaliknya perkembangan tamadun boleh terjadi melalui interaksi elemen pembangunan, pertukaran idea dan proses pinjam meminjam antara tamadun.
Sesungguhnya pengenalan kepada kursus ini berkaitan juga dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menekankan tentang peri pentingnya disebarkan idea kedamaian dan kesejahteraan sejagat di kalangan negara-negara anggotanya. Sebagai tindakan susulan pertubuhan itu telah mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Antara Tamadun.
Subjek TITA turut menekankan aspek nilai-nilai sepunya yang terkandung dalam pelbagai tamadun. Nilai ini perlu dihargai dan dikongsi bersama kerana ia berupaya menyelesaikan berbagai masalah dan memupuk semangat perpaduan khususnya dalam kalangan masyarakat majmuk.
Selain itu kursus ini diharap dapat menimbulkan minat pelajar terhadap nilai-nilai tradisional dan menghayati sejarah zaman silam. Kajian terhadap pelbagai tamadun turut memberi perspektif baru kepada mereka untuk memahami dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Adalah diakui tidak semua tamadun dunia dapat diajar dalam kursus TITA. Sebagai kursus pengajian bernilai sekadar dua unit adalah mustahil untuk memuatkan pengetahuan dan perbincangan tentang semua tamadun manusia. Pemilihan dilakukan secara bijaksana hanya tamadun tertentu dipilih untuk dijadikan bahan pembelajaran para pelajar.
Justeru isu perpaduan kaum menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Oleh itu, pengetahuan mendalam dan penghayatan terhadap perkembangan tamadun bangsa dan negara adalah selaras kepada usaha untuk mencapai agenda tersebut.
Apabila pengumuman pelaksanaan subjek ini di IPTS mulai September maka berbagai pandangan dan pendapat telah diluahkan yang dapat diikuti melalui laman-laman blog tertentu di media sosial.
Premis utama hujah mereka adalah mengapa tidak TITA dijadikan sebagai subjek elektif dan tidak dijadikan kursus wajib. Mereka menyatakan kebimbangan subjek baru ini merupakan usaha dakwah dan tarbiah yang berunsur keagamaan untuk mempengaruhi pelajar bukan Islam.
Tambah mereka, subjek ini tidak mempunyai hubungan signifikan terhadap bidang utama yang sedang dipelajari. Bagi mereka kursus ini tidak membantu kebolehupayaan pelajar untuk bersaing di pasaran pekerjaan nanti.
Ada juga di antara mereka mempersoalkan subjek ini seolah-olah tidak memberikan pembahagian yang adil di mana pemberatan hanya kepada tamadun Islam dan tidak kepada agama-agama lain.
Satu lagi isu yang dibangkitkan adalah penggunaan Bahasa Malaysia dalam pengajaran subjek ini. Dikatakan akan menimbulkan kesukaran kepada kebanyakan pelajar di IPTS kerana hampir keseluruhan pembelajaran adalah dalam Bahasa Inggeris.
Namun demikian penggunaan bahasa ini bukan merupakan isu besar kerana mengikut Akta Pendidikan Tinggi Swasta sesuatu pengajaran boleh dilakukan menggunakan bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan asalkan mereka membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.
Hampir semua mereka membangkitkan isu kos dan perbelanjaan yang perlu ditanggung untuk pengajaran TITA. Alasan mereka perlu menyediakan pensyarah baru, dewan kuliah dan pertambahan masa pembelajaran.
Ada yang berpendapat suatu penilaian semula perlu dilakukan terhadap tajuk, isi kandungan dan kurikulum subjek ini. Mereka mencadangkan jawatankuasa penilaian semula hendaklah daripada tokoh akademik dan pakar terdiri daripada berbagai kaum.
Sesungguhnya pelaksanaan TITA di IPTS perlu mendapat sokongan kuat daripada semua pihak. Ini disebabkan pelaksanaan subjek ini akan membawa natijah yang besar kepada usaha memupuk keharmonian dan perpaduan kaum khususnya untuk generasi yang akan datang. Pelaburan dalam pendidikan hari ini akan membuahkan hasil untuk masa hadapan negara.
Dalam konteks ini Kementerian Pendidikan tidak seharusnya tunduk kepada tekanan kelompok tersebut. Hakikatnya pendedahan mengenai peradaban Islam dan peradaban Asia akan dapat mengayakan pengalaman dan persefahaman dalam kalangan generasi muda di negara ini.
PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UNISZA.(sumber : Alimuddin Mohd. Dom, 22/07/13)
SURAT UNTUK NAMEWEE
Saudara Namewee,
PENULIS berharap agar anda sihat dan bahagia dengan kehidupan anda sekarang. Walaupun anda pernah menghina agama Islam dengan cara anda, menghina lagu Negaraku dengan RAP anda, menghina bendera Malaysia bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati anda dan sebagainya, anda tetap hero dan idola kepada kaum anda. Ini jelas terbukti melalui filem arahan anda yang box-office selain mendapat sokongan daripada korporat Cina serta penggiat industri filem Cina.
Pada Ramadan tahun ini, selepas lebih enam tahun anda menghina Islam, Melayu dan Malaysia, seperti yang kami jangka, didikan dan hasutan anda kepada jutaan Cina lain khususnya anak muda remaja yang lain telah berjaya. Alvin dan Vivian hanya merupakan dua orang daripada berjuta apprentice anda yang akan meneruskan legasi 'rasis jahat' anda.
Sebagai anak ibu Cina, saya mengaku ibu saya mempunyai sikap perkauman yang kuat kepada bangsanya iaitu Cina. Namun ibu juga mendidik saya agar saya juga bangga dengan kaum saya sama ada Melayu atau Cina, dengan menjadi seorang 'rasis baik' yang menghormati hak dan perasaan kaum lain.
Tidak seperti anda Namewee, anda sebaliknya dididik ibu anda untuk berbangga menjadi 'rasis jahat' yang hanya menghormati hak dan perasaan kaum anda sahaja dan menghina hak dan perasaan kaum lain.
Saudara Namewee,
Saya berdoa kepada Allah agar anda diberi kesihatan dan nyawa yang panjang. Hidayah jika itu kehendakNYA. Saya amat berdoa agar anda terus hidup untuk menyaksikan kesan daripada satu tindakan anda. Tindakan yang pada anda mudah, senang dan heroic tetapi kesannya panjang dan amat mudarat kepada rakyat Malaysia yang bakal didiami oleh anak cucu anda.
Sejarah Wikipedia mencatat anda sebagai ahli seni yang berjaya dan tidak langsung menceritakan yang anda meminta maaf kepada rakyat Malaysia bagi mengelak tindakan ke atas anda. Tetapi saya pasti, sejarah akan mencatat anda sebagai pencetus utama kepada hubungan serta keharmonian kaum di Malaysia.
Terma ini amat dibanggakan anda buat masa ini kerana anda akan terus dianggap hero oleh kaum Cina. Walaupun Buddha mengajar penganutnya berdamai dan menghormati hidupan lain waima semut, maka jelaslah ramai penganut Buddha seperti anda sudah banyak terpesong daripada ajaran Buddha. Saya katakan anda terpesong kerana saya pernah membaca 'kitab' rakan Cina saya, seorang Buddha SGM. Jelas ajaran Buddha adalah baik hati, baik tutur, baik makan, baik badan, baik nafas, baik penglihatan dan baik segala yang ada di dunia.
Mungkin bila anda mati Buddha akan mengecilkan anda kerana memesongkan pemikiran serta mengotorkan hati penganut Buddha Malaysia.
Saudara Namewee,
Apa jua kepercayaan agama kita, kita semua tidak dapat lari daripada hukum alam. Kita akan tua, akan berkahwin, akan mempunyai anak dan akan mati.
Pada masa itu, anda mungkin masih tidak akan menyesal walaupun berjuta orang Cina dikotori jiwa mereka oleh anda, dihina tamadun dan nilai bangsa Cina yang sopan oleh bahasa kesat anda.
Anda sudah pasti tidak menyesal walaupun beratus Melayu Islam ditangkap polis kerana marahkan anda serta anak-anak didik anda. Jauh sekali anda tidak akan peduli walaupun berjuta Melayu terus dihambat masalah nilai maruah kerana tiada tindakan diambil terhadap anda dan banyak lagi kesan yang anda tidak pernah fikir, jauh sekali menyesal.
Tindakan anda pada masa lepas telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada berjuta orang. Saya pasti agama anda mengajar anda nilai kemanusiaan tapi mungkin anda bukan seorang penganut agama yang baik. Sebagai rakyat Malaysia, saya memberi anda jaminan, saya dan ramai lagi akan mengingati anda sebagai punca kepada 'segalanya'.(Sumber:MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Kuala Lumpur, UM, 22/07/13)
Kuala Lumpur, UM, 22/07/13)
13 Julai 2013
Abu Zahar Ithnin meninggal dunia
MELAKA ,Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin meninggal dunia di kediamannya di Merlimau di sini pukul 6 petang semalam
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Makam Pahlawan di masjid negeri Melaka sebelum zohor Sabtu.Semoga Allah cucuri ke atas rohnya,al-fatihah.
TB: Setahu TB Allahyarham Abu Zahar adalah bekas pelajar Maktab Perguruan Bahasa era 1960-an lalu.Beliau adalah bekas guru yang berdedikasi sebelum aktif dalam politik Melaka.

12 Julai 2013
ISU PENEMPATAN GURU : WAJUD DASAR 'MESRA KELUARGA'
ISU pertukaran guru bukanlah isu kecil. Justeru diharapkan Kementerian Pendidikan mengambil berat isu ini dan berusaha sebaik mungkin untuk mewujudkan dasar mesra keluarga. Ini penting bagi menyelesaikan isu pertukaran guru, terutama guru perempuan yang telah berkeluarga dan terpisah daripada suami dan anak-anak.
Bagaimana perasaan kita jika perkara ini berlaku kepada diri kita sendiri? Bayangkan perasaan dan kesusahan isteri yang berjauhan daripada suami dan terpisah daripada anak-anak.
Contohnya, jika guru itu mempunyai tiga anak yang masih kecil, seorang tinggal dengan suami, dua lagi yang kecil tinggal dengan isteri. Suami dan anak itu pula berulang alik setiap minggu dengan pengangkutan awam dan kenderaan sendiri. Bukankah ini terdedah kepada risiko kemalangan?
Bayangkan jika si isteri bertugas sebagai guru, bolehkah menumpukan sepenuhnya pada kerjaya mendidik anak-anak bangsa, sedangkan anak-anak sendiri menderita dan terabai?
Saya juga difahamkan ada langkah yang menambahkan keparahan dalam isu ini iaitu penempatan awal (first posting) guru ke negeri asal masing-masing dengan alasan tidak mahu menimbulkan masalah pertukaran pada masa akan datang. Maka ada yang bujang belum berkeluarga, berjaya ke negeri asal.
Bayangkan bagaimana guru-guru yang telah berkeluarga mahu mengikuti suami akan berjaya dalam permohonan pertukaran mereka jika tempatnya telah diambil oleh guru-guru baru ini? Bukankah langkah ini menambahkan penderitaan, bukannya menjadi ubat?
Sementara itu, ada guru yang mengalami masalah kesihatan seperti lelah juga tidak berjaya dalam permohonan mereka. Adakah kita mahu menunggu dia mempunyai masalah kesihatan kronik sahaja untuk dipertimbangkan permohonannya? Sedangkan untuk menikmati kehidupan berkeluarga yang bahagia bersama anak-anak ialah ketika sihat.
Saya menyeru Kementerian Pendidikan melakukan penambahbaikan dan transformasi dengan segera dalam isu ini. Begitu juga persatuan dan kelab guru hendaklah membela guru-guru dalam masalah ini.
Kementerian Pendidikan tidak boleh lagi terikat dengan prosedur dan cara lama, contohnya menetapkan berapa tahun berkhidmat baru boleh dipertimbangkan pertukaran. Ubah dengan dasar mesra keluarga.
Contohnya, walaupun guru tersebut berkhidmat 10 tahun mohon tukar, tetapi tinggal bersama suami isteri; atau guru yang berkhidmat lima tahun ke atas mohon tukar tetapi masih bujang atau tidak mempunyai anak, dibandingkan dengan guru yang dua tahun berkhidmat tetapi terpisah dengan suami dan anak-anak. Mana yang mahu didahulukan mengikut perikemanusiaan? Lihatlah keperluan secara perikemanusiaan bukannya tahun perkhidmatan.
Selain itu, Kementerian Pendidikan juga tidak boleh lagi terikat dengan opsyen kekosongan guru. Setiap guru dilatih untuk berkhidmat dengan semua opsyen jika diperlukan, kecuali opsyen yang kritikal seperti bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Jika kita lihat situasi sebenar, ada guru yang bukan mengajar opsyen yang sebenar tetapi mampu mengajar dengan baik dan tiada masalah. Sebabnya guru ini semasa belajar telah dilatih dengan ilmu keguruan secukupnya. Jadi apa yang paling penting dasar mesra keluarga ini perlu diterjemahkan, bukan dasar opsyen lagi.
Pihak kementerian juga perlu menghargai sokongan guru-guru yang sentiasa menyokong dan mempertahankan dasar kerajaan. Mereka ini perlu dihargai dan dibantu termasuk menolong dalam meluluskan permohonan pertukaran mereka.
Akhir sekali semoga isu pertukaran guru ini ditanggani secara bijak dan betul. Semoga Kementerian Pendidikan ini akan sentiasa ke hadapan. (sumber: Alnorulhadi Abd. Hamid, UM, 12/07/13)
10 Julai 2013
RAMADAN OH RAMADAN
MASA berlalu pantas meninggalkan kita sehingga
tidak terasa Ramadan menjelang lagi dengan cabaran baru bakal ditempuhi setiap
Muslim. Sunnatullah terhadap masa yang berlalu dan bakal mendatang akan terus
dirasai sehinggalah tibanya hari penentuan.
Ramadan adalah bukti Allah memuliakan hambanya dengan rahmat dan keampunan. Tanda keimanan jelas terpancar pada wajah mereka yang beriman menandakan kegirangan menyambut bulan mulia ini.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Sesiapa bergembira
apabila datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api
neraka.” (Al-Hadis).
Allah juga menyebut mengenai iman pada permulaan
ayat puasa dalam firman bermaksud: “Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas
kamu menunaikan ibadat puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka yang datang
sebelum kamu semoga kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183).
Ibadat puasa dilakukan dengan penuh keikhlasan bagi menyahut seruan Allah serta menuntut keredaan-Nya menunjukkan keimanan seseorang. Hadis menyebut ibadat semua anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa kerana puasa adalah untuk Allah dan Allah melipatgandakan pahala mengikut kehendak-Nya.
Pembersihan jiwa serta pencetus amalan kebaikan wujud melalui ibadat puasa yang dilakukan bersungguh-sungguh.
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan kesungguhan akan mendapat keampunan dari segala kesalahan dilakukan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Jelaslah jiwa bersih daripada dosa akan melahirkan amalan baik dan mulia. Doa berterusan pada Ramadan amat digalakkan Allah sehingga ada ayat menyebut mengenai doa disusun selepas datangnya ayat puasa.
Firman Allah bermaksud: “Apabila hambaku berdoa, maka aku amat hampir kepadanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).
Ramadan diserikan lagi dengan pembebasan umat daripada musuh utama mereka iaitu syaitan dan pintu langit dibuka seluas-luasnya untuk menerima amalan kebajikan dilakukan.
Sabda Nabi SAW: “Apabila tibanya Ramadan, dibuka pintu langit dan ditutup pintu neraka serta syaitan dibelenggu pada bulan itu.” (Hadis sahih).
Orang beriman berhak mendapat keampunan dan janji syurga disebabkan kejayaan mengekang hawa nafsu yang sentiasa menginginkan kelazatan. Ulama menyebut kelazatan dunia empat perkara utama iaitu makan, minum, tidur dan bersetubuh.
Bersempena Ramadan yang diturunkan al-Quran, maka puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada umat pada hari kiamat. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada tuannya pada Hari Kiamat.” (Al-Hadis).
Ada riwayat menyebut, puasa akan menjadi saksi dengan
berkata: Aku menghalangnya daripada makan dan minum pada Ramadan dan al-Quran
berkata: Aku mengurangkan tidurnya. Maka kedua-duanya akan memohon syafaat
daripada Allah untuk mereka yang berpuasa.
Imam Malik yang juga ahli hadis terkenal meninggalkan pengajaran hadisnya dan beralih kepada tilawah al-Quran apabila tibanya Ramadan.
Fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal sudah mula tersenyum kerana tangan mulia akan menghulurkan bantuan kerana gandaan pahala pada Ramadan. Semua kebajikan itu menolak bencana dan bala kerana sedekah akan memadamkan api kemurkaan Allah.
Malam Ramadan dihiasi solat tarawih yang tiada pada bulan lain dan padanya ada satu malam lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.
Diriwayatkan oleh Anas: “Sesiapa yang menghadirkan diri ke majlis ilmu pada Ramadan, Allah akan menulis pahala ganjaran pada setiap langkah selama setahun dan mereka yang berterusan solat berjemaah akan disediakan baginya sebuah singgahsana dipenuhi nikmat bagi setiap rakaat dilakukan.” (Hadis Fadilat Amalan).
Marilah kita memanfaatkan Ramadan kali ini dengan ibadat berterusan dan memastikan kelainan berbanding tahun lalu.
(Sumber daripada Ustaz Zamanuddin Jusoh.Beliau ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press)
TB: Kepada Ibu TB Hajah Misah Mos dan kaum keluarga semua serta para pembaca/pengunjung TBD yang setia melayari dan membaca nukilan blog TB, TB ucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Semoga Allah memberkati amalan kita dan memperoleh rahmat. Maaf zahir dan batin daripada TB. Salam Ramadan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN
Walaupun kesihatan TB terganggu beberapa hari ini, namun TB tidak lupa mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al Mubarak kepada semua pembaca TB blog di mana-mana jua. Harapan TB agar ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan ini akan diterima dan mendpat ganjaran serta barakah daripada Allah S.W.T. Biarlah bersederhana dalam serba-serbi, jauhilah membazir. (TB)
01 Julai 2013
AWANG HAD SALLEH MENINGGAL DUNIA
TAN Sri Dr Awang Had Salleh yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini akibat komplikasi paru-paru, seorang yang gemar melukis.. Menurut menantunya yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, kerana minatnya itu meskipun sudah bersara, bapa mentuanya itu masih mengikuti pengajian jarak jauh dalam bidang berkenaan.
Beliau
berkata sejak mengenali keluarga Allahyarham sejak 1997, satu perkara yang
paling dikagumi ialah bapa mentuanya juga sangat menitikberatkan pendidikan."Kerana
terlalu cintakan ilmu, arwah bapa mentua akan membeli hadiah bahan bacaan buat
cucu-cucunya, arwah juga gemar bertutur menggunakan bahasa sastera sehingga
kedua-dua anak lelaki saya dinamakannya Kencana Putra dan Karisma Putra,"
katanya.
Sementara
itu, isterinya Datin Norazlina, anak keenam Allahyarham berkata ayahnya telah
sakit hampir lapan tahun dan sering keluar masuk hospital."Keadaannya
semakin serius sejak tiga hari lepas dan terpaksa dimasukkan ke Hospital
Putrajaya akibat sukar bernafas, bapa juga sudah lama tidak dapat bertutur dan
hanya berinteraksi dengan gerak mata dan riak muka," katanya.
Tokoh akademik itu menghembuskan nafas terakhirnya
pada usia 79 tahun,meninggalkan isteri Puan Sri Salmah Abu Bakar, 69, tujuh
orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan.Jenazah dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Presint 20 di sini selepas solat Zuhur. (Sumber : BERNAMA 1/7/2013)
TB: Ucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. TB telah bersama mengikuti beliau ketika Konvensyen Pendidikan pertama 1977 di Sekolah Menengah Sains, Air Keruh (sekarang Sekolah Sultan Muzaffar Shah,Melaka). Dunia pendidikan di Malaysia dan Dr Awang Had Salleh begitu sinonim dan tidak dapat dipisahkan sejak lebih 40 tahun. Kali terakhir TB bertemu dan berbicara dengan beliau sewaktu sama-sama menghadiri Pertemuan Dunia Melayu di Jeddah,Saudi Arabia pada tahun 2000.Pemergiannya suatu kehilangan yang tiada tolok banding dan sukar dicari ganti. Alfatihah. (TB).

Langgan:
Catatan (Atom)