PEMOHON Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau berkata kementerian itu telah menerima aduan orang ramai tentang munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank.
"Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan dan bukannya nombor akaun bank mereka," katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Lim berkata sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M, dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.Mereka boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan, katanya.
Lim berkata sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M, dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.Mereka boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan, katanya.
Pendaftaran permohonan BR1M bermula pada 10 Disember lepas dan tarikh akhir menghantar borang adalah pada 10 Jan tahun depan (2012).
Maklumat lanjut mengenai BR1M juga boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my.
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan memberitahu satu sidang akhbar lain di sini pihaknya akan 'turun padang' Ahad ini membantu masyarakat India yang masih keliru dengan syarat kelayakan BR1M.
Mohan berkata Pemuda MIC akan mengedar lebih 50,000 borang BR1M percuma dan membantu dalam mengisi borang.
"Tindakan ini diambil selepas menerima panggilan mengenai BR1M dan bagaimana mendapatkan borang.
"Pendaftaran BR1M secara besar-besaran akan dibuat bagi memastikan tidak ada sesiapa yang tertinggal di kalangan masyarakat India untuk mendapat bantuan khas ini," katanya..
Pada pembentangan Belanjawan 2012 Okt lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan RM500 kepada seorang lelaki dan wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah, dan berpendapatan kasar isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Mohan meminta Kementerian Kewangan mengadakan talian khas dalam bahasa Tamil bagi memudahkan kaum India memahami tentang BR1M.
"Sekiranya ada bahasa Tamil lebih senanglah masyarakat India memahami cara memperoleh bantuan itu," katanya. - (sumber:BH, 14/12/11)
1 ulasan:
hai..inilah akibatnya jika 'buta ICT'. Dalam internet ada terpapar borangnya. MIC pula janganlah raih dan ambil kesempatan politik pula..jangan pula yang tidak layak, pendapatan lebih RM3ribu mahu tuntut pula..tak puas hati nanti komplen kepada MIC...jangan opurtunis.
Catat Ulasan