BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.

16 September 2011
MAPIM CADANG TOLAK PPSMI
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) meminta kerajaan supaya tidak tunduk kepada golongan yang masih mempertikaikan keputusan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012.
Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, menukar keputusan dan tunduk kepada desakan golongan yang kurang arif tentang soal bahasa dan implikasinya kepada negara akan mengakibatkan kredibiliti kerajaan dipersoalkan oleh rakyat.
"Sehubungan itu, kerajaan hendaklah dengan tegas menolak saranan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya PPSMI diteruskan berikutan dakwaan kajiannya dikatakan menunjukkan lebih 54 peratus responden dari 33 buah sekolah di seluruh negara menyokong PPSMI dikekalkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Azmi berkata, Mapim berpendirian bahawa keputusan untuk meneruskan PPSMI tidak boleh bersandar kepada penemuan JMM kerana perbahasan ilmiah daripada golongan ahli ilmuwan dan pakar bahasa berjaya melihat secara mendalam kesan PPSMI ke atas pelajar Melayu terutama di kawasan luar bandar.
Malah katanya, implikasi budaya dan jati diri bangsa sudah dibahas secara mendalam sebagai akibat daripada pelaksanaan PPSMI. – Bernama
AWAS : PEMINTA DERMA WARGA ASING
LELAKI disyaki warga Pakistan menutup muka bagi mengelak gambarnya dirakamkan selepas dikesan meminta derma anak yatim di Yan.
YAN: Kegiatan meminta derma di kalangan warga Pakistan dengan menggunakan sijil kebenaran palsu yang kononnya dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kedah, kini bergerak aktif di beberapa daerah di negeri ini sejak sebulan lalu.
Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan bagi mengelak lebih ramai rakyat tempatan ditipu. - Mohamed Hassan, Pesara tentera.
Bagi meraih simpati orang ramai, warga Pakistan itu menunjukkan beberapa keping gambar yang didakwa anak yatim dari negaranya yang memerlukan bantuan segera.Tinjauan Berita Harian baru-baru ini di daerah ini turut menemui seorang warga Pakistan berusia 30-an sedang menjalankan kegiatan mengutip derma dengan mengunjungi rumah penduduk setempat.
Lelaki yang mendakwa tidak berapa fasih berbahasa Inggeris itu turut menunjukkan sekeping gambar bangunan lama yang didakwanya asrama anak yatim yang perlu dibaik pulih, selain menunjukkan sekeping salinan surat dari JAIK kononnya memberi kebenaran mengutip derma di negeri ini sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, dia melarikan diri ketakutan selepas menyedari kegiatannya terbongkar, selain menutup muka bagi mengelak gambarnya diambil.
Seorang pesara tentera, Mohamed Hassan, 51, mendakwa sejak kebelakangan ini ramai warga asing terutama warga Pakistan datang meminta derma di sekitar daerah ini, kononnya membantu anak yatim.
“Saya percaya ini adalah jalan untuk mereka mendapatkan wang secara mudah, yang mana dalam sehari mereka boleh mendapat antara RM300 ke RM400 dengan penipuan itu,” katanya.
Mohamed berkata, dia berasa ragu-ragu apabila didatangi peminta derma lelaki warga Pakistan, namun terpaksa menghulurkan derma bagi mengelak daripada terus diganggu.
“Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan bagi mengelak lebih ramai rakyat tempatan ditipu,” katanya.
Seorang kakitangan kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mohidin, 44, mendakwa peminta derma rakyat asing itu juga sering mengganggu urusan orang ramai.
“Kita tengah sibuk bekerja, dia datang berceloteh panjang sambil meminta derma untuk anak yatim di negaranya. Bagi saya lebih baik saya memberi sumbangan anak yatim di negara ini daripada anak yatim yang tidak pasti kewujudannya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JAIK, Datuk Khairudin Zin, ketika dihubungi mengingatkan rakyat tempatan supaya tidak terpedaya dengan peminta derma warga asing berkenaan.
Katanya, JAIK tidak lagi membenarkan warga asing mengutip sebarang derma di negeri ini, kecuali pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan yang dibenarkan oleh antara dua kerajaan.
“Saya percaya surat salinan JAIK yang dibawa peminta derma warga asing itu adalah palsu kerana kami sudah tiga tahun tidak mengeluarkan surat seumpama itu kepada warga asing,” katanya. (sumber:BH,16/9/11)
PPSMI: YANG BUKAN PAKAR JANGAN BERLAGAK PANDAI
SAYA tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut hasil kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berhubung isu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang bakal dimansuhkan sepenuhnya tahun hadapan.
Menurut Presidennya, Azwanddin Hamzah, berpandukan sejumlah responden mencakupi 15,000 ibu bapa di seluruh negara, beliau menyimpulkan bahawa 55 peratus responden mahukan kaedah PPSMI diteruskan dalam sistem pendidikan nasional.
Menurut beliau, kajian JMM yang bermula sejak April lalu berjaya mengesan kehendak respondan untuk melihat anak-anak cemerlang dalam subjek Sains dan Matematik jika diajar dalam bahasa Inggeris.
Begitu bersemangat JMM memperjuangkan isu PPSMI yang dilihat mampu menjana kecemerlangan anak bangsa. Di sebalik keghairahan mendepani isu yang telah sekian lama berlegar dalam dunia pendidikan nasional, ada beberapa perkara yang masih kurang jelas sewaktu kita berusaha menganalisis sekali gus mentafsir hasil kajian ini.
Pertama, menyatakan seluruh negara telah dijelajahi untuk mencari responden cukup meruntun saya melihat bukti kukuhnya. Apakah penggunaan istilah seluruh negara bermaksud JMM telah merentasi Laut China Selatan menyusuri Sabah dan Sarawak?
Berapa lurah, bukit dan sungai yang berjaya diredah untuk bertemu ibu bapa yang menghuni daerah pedalaman di negeri tersebut untuk mendapatkan pandangan dan isi hati mereka? Apakah jumlah 1,5000 responden satu angka yang realistik mewakili jutaan golongan ibu bapa di seluruh negara?
Persoalannya, JMM menyebut bahawa 84 peratus daripada 70 peratus responden yang dijejaki berada di luar bandar menyokong penuh PPSMI diteruskan. Dalam erti kata lain, ibu bapa di pedalaman amat faham dan prihatin dalam isu PPSMI yang bermula sejak 2003.
Walaupun sangsi, kita berharap kajian JMM ini telah sampai ke ceruk rantau pedalaman Sabah dan Sarawak untuk melihat sendiri unsur-unsur demografik yang dikatakan tidak sama sekali mempengaruhi aspirasi dan iltizam ibu bapa.
Secara jujurnya, isu pemansuhan PPSMI telah muktamad. Beberapa pendekatan drastik telah diambil oleh pihak kementerian, yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdapat beberapa program dan pelan pendidikan yang sedang dikaji dan bakal dilaksanakan. Maka itu, kita amat berharap agar JMM tidak seperti 'rumah siap, pahat baru berbunyi'.
Apakah JMM tidak sedar, sebelum 2003 pun, telah ratusan ribu pelajar Malaysia belajar di luar negara? Apakah hanya dengan PPSMI saja anak-anak Malaysia akan menjadi lebih mudah sampai ke destinasi 'menara gading' di luar negara?
Adalah juga menjadi persoalan yang amat menghantui fikiran apabila JMM membuat kesimpulan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik memberi impak yang besar dalam suasana pengajaran dan pembelajaran serta mampu membawa pelajar ke dunia ilmu yang lebih jauh.
Sebenarnya JMM terlepas pandang untuk melihat kemajuan negara luar secara global. Negara China, Korea, Perancis, Jepun sebagai antara contoh, tidak pula menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi pendidikan nasional, namun mereka tetap menjadi antara negara maju dan mampu menguasai ekonomi di persada antarabangsa. Jati diri bangsa mereka tetap utuh dan tulen. Mereka membina kemajuan dan kekuatan bangsa dengan wacana dan budaya mereka sendiri.
JMM perlu melihat isu PPSMI ini secara rasional, telus, menyeluruh dan tidak berkepentingan semata-mata. Pendekatan berbaur tekanan secara teknikal seperti kajian yang dijalankan, di samping mewujudkan kekeliruan pentafsiran di kalangan ibu bapa, bukanlah jalan penyelesaian ke arah mencari hala tuju kecemerlangan bangsa dan negara. Mudah-mudahan bangsa Malaysia mampu dikenali dan dihormati kerana identitinya tersendiri dan bermartabat.
Berilah peluang kepada Kementerian Pelajaran menyusun program dan merombak semula sistem pendidikan nasional agar lebih sesuai, mempunyai natijah jangka panjang dan diterima oleh semua lapisan masyarakat. Polimek yang berpanjangan, sedang keputusan kerajaan telah diketahui, hanya akan merencatkan lagi usaha kerajaan yang telah berlangsung sekian lama.(sumber:UM,15/9/11)
15 September 2011
DATUK HASSAN AHMAD 'PERGI' BERMAKNA TAMAT PERJUANGAN BAHASA MELAYU?
KETIKA sampai berita sedih "Datuk Hassan Ahmad meninggal dunia" pada tengah hari 31 Ogos 2011, yang pertama terlintas dalam hati saya: "Pada tarikh bersejarah ini, tamatlah sudah perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu di Tanah Melayu".
Saya tidak nampak ada lagi pejuang dan pencita bahasa Melayu yang komited, gigih, konsisten dan berhemah seperti Hassan. Yang masih terus perjuangkan bahasa Melayu melalui tulisan hanya Ku Seman Ku Hussain dan Awang Sariyan dan sekali sekala kenyataan Gabungan Penulis Nasional (Gapena).
"Perjuangan bahasa" di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah pun lama sepi. Tidak lagi jadi sumber inspirasi dan pusat gerakan para pencinta bahasa ibunda.
Biasanya pejuang dalam bidang apa pun, termasuk agama, akan 'bersara' setelah tidak lagi memegang apa-apa jawatan atau menjelang umur 70 tahun. Tetapi Hassan tetap meneruskan perjuangan dan usaha yang dilakukannya selama 25 tahun di DBP (1963-1988).
Beliau tidak saja berusaha "memartabatkan" bahasa Melayu, dari segi pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, tetapi juga dari segi penggunaan rasmi dan status politiknya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Yang terakhir ini belum juga tercapai setelah 54 tahun merdeka hinggalah beliau meninggalkan kita.
Datuk Hassan bukanlah seorang pejuang yang nampak gagah dan agresif. Tetapi terus berjuang secara tegas dan berhemah melalui tulisannya dengan hujah-hujah ilmiah yang kukuh dan juga berlandaskan sejarah bangsa-bangsa maju di dunia.
Selama 17 tahun bersama beliau di DBP dan dalam gerakan bahasa dan sastera, saya pasti betul, dalam hidupnya hanya satu saja perjuangannya iaitu "memartabatkan" bahasa dan kepustakaan Melayu di Malaysia dan di Nusantara. Dan perjuangannya ini berjalan sepanjang masa, tiada bermusim dan tidak terikat oleh gelora politik, walau siapa pun jadi Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri.
Beliau kagum dan sangat menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi tidak boleh bersetuju apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengajaran Ilmu Sains dan Matematik, kerana ini bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan (salah satu warisan penting Tun Abdul Razak) dan implikasi sosial-politiknya amat besar.
Bagi beliau bahasa pengantar pendidikan adalah faktor penentu yang utama dalam pembentukan dan survival suatu bangsa yang berdaulat dan bermaruah.
Setelah melihat perjuangan secara berhemah semakin tidak dipedulikan dan martabat bahasa Melayu semakin jatuh - dan yang tinggal hanya dasar, akta, janji dan kata-kata - secara tiba-tiba, Hassan bertukar jadi pejuang yang agresif. Dengan badannya yang kurus melidi dan kelihatan lemah tak bertenaga, ketika berumur 73 tahun, tiba-tiba beliau muncul mengepalai suatu gerakan bahasa, melanggar arahan polis dan berarak ke Istana Negara.
Perubahan ini mengejutkan saya, kerana itu bukanlah sikap dan watak Hassan yang saya kenal. Lagi pun semangat perjuangan bahasa di kalangan rakyat, termasuk badan-badan bahasa, penulis, guru, mahasiswa dan kebudayaan, sudah tiada lagi.
Maka tidak ada yang merasa gerakan demonstrasi tokoh kerdil ini akan membawa kejayaan. Kerajaan cukup kuat dan di belakang Hassan tiada siapa-siapa pun, kecuali beberapa kawan-kawan lama. Kekuatan Hassan hanyalah keyakinan pada perjuangannya yang benar dan tulus ikhlas tanpa kepentingan politik dan peribadi. Maka beliau rela ditangkap dan dihukum.
Alhamdulillah, Datuk Hassan berjaya mencapai kejayaan yang tak terduga oleh siapa-siapa pun. Menteri Pelajaran berjanji "akan" mengembalikan bahasa Melayu kepada tempatnya, seperti yang termaktub dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Namun timbul keraguan, ketika bahasa pengantar Inggeris masih diteruskan, diumumkan pula dasar atau konsep baru MBMMBI (Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris). Dasar ini seolah-olah menunjukkan komitmen kementerian terhadap pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan masih goyang.
Mengapa usaha "Memartabatkan Bahasa Melayu" mesti dirangkaikan dengan usaha "Mengukuhkan Bahasa Inggeris"? Apakah ini bermakna kalau Bahasa Melayu hendak dimartabatkan, Bahasa Inggeris juga mestilah diperkukuhkan? Pada hal kedua usaha ini tiada ada kaitan sama sekali.
Pengajaran Bahasa Inggeris boleh diperkukuhkan sekukuh-kukuhnya. Tidak ada seorang pun yang menentang, termasuk pejuang Bahasa Melayu. Tetapi penggunaan Bahasa Melayu sebagai "bahasa kebangsaan" dan "bahasa rasmi", masih ramai yang menentang. Syarikat-syarikat besar dan kecil, milik Melayu apa lagi bukan Melayu, SBK (GLC) maupun swasta, masih terus boleh berurusan dengan kerajaan dalam Bahasa Inggeris.
Maka dasar baru - MBMMBI - menyerlahkan keraguan, kekeliruan dan kecelaruan pemikiran Kementerian Pelajaran yang sangat aneh, yang sekali gus menampakkan tidak ada komitmen yang serius pihak kerajaan untuk betul-betul memartabatkan Bahasa Melayu.
Dasar yang aneh ini nampaknya diterima umum. Justeru bersama kembalinya Hassan, perjuangan bahasa pun akan ikut bersemadi juga sudahnya. Tanggal 31 Ogos 2011 jadi batu nisan. (sumber:Datuk M.Noor Azam: UM , 12/9/11)

14 September 2011
SHAHRUKH KHAN DUPLICATE: TERGAMAK ISTERI CURANG KHIANATI SUAMI DAN ANAK-ANAK
KEMARUK cinta lelaki Bangladesh persis wajah 'Shahrukh Khan', seorang isteri muda sanggup menolak ajakan suaminya untuk pulang beraya di kampung mereka di Teluk Intan kelmarin semata-mata mahu memadu asmara dengan kekasih barunya itu.
Lebih mengejutkan, wanita berusia 30 tahun itu tergamak menyuruh tiga anaknya mengikut bersama bapa mereka pulang ke kampung beberapa hari bagi membolehkannya membawa pulang ‘kekasih gelap’ berusia 20- an itu ke rumahnya di kuarters kerajaan di pekan ini.
Bagaimanapun, temberang wanita berkenaan berakhir apabila dia dicekup sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Gerik kira-kira jam 2 pagi kelmarin.
Dalam serbuan dijalankan itu, wanita berkenaan yang juga pekerja sebuah kedai makan di pekan ini ditemui dalam rumah bersama lelaki warga Bangladesh itu.
Dalam serbuan dijalankan itu, wanita berkenaan yang juga pekerja sebuah kedai makan di pekan ini ditemui dalam rumah bersama lelaki warga Bangladesh itu.
Penolong Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Gerik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, empat pegawainya menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi. (sumber: HM, 12/9/11)
13 September 2011
BRUNEI DARUSSALAM : KERJASAMA DENGAN MALAYSIA

MALAYSIA dan Brunei bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk sektor minyak dan gas menerusi satu perjanjian serta tiga Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Rundingan Tahunan ke-15 antara ketua kerajaan kedua-dua negara di sini malam ini.
Kerjasama itu dimeterai dalam MoU yang membolehkan Petronas serta Syarikat Petroleum Nasional Brunei (PetroleumBRUNEI) meneroka bersama sumber minyak di dalam Blok N dalam wilayah Brunei menerusi kontrak berkongsi hasil pengeluaran.
Kerjasama itu dimeterai dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, di sini malam ini.
Kedua-dua pemimpin dalam kenyataan bersama mereka yang dikeluarkan selepas pertemuan empat mata turut membincangkan pelaksanaan projek bersama membina Jambatan Sungai Pandaruan yang menghubungkan Limbang di Malaysia dengan Temburong, Brunei.
Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah pada pertemuan itu turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembinaan jambatan berkenaan yang ditandatangani oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor dengan Menteri Komunikasi Brunei, Datuk Seri Setia Awang Abdullah Begawan.
Shaziman dan Awang Abdullah dijadual menghadiri majlis pecah tanah projek berharga RM25 juta itu di Temburong esok.
Projek itu memberi makna yang besar kepada rakyat di sempadan kedua-dua negara sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan di kawasan tersebut khususnya pada waktu puncak.
Pada masa ini, kerajaan Malaysia dan Brunei bekerjasama menanggung kos operasi feri di sungai tersebut dengan caj minimum RM8 untuk kenderaan persendirian dan maksimum RM150 untuk kenderaan berat.
Turut sama dalam delegasi Malaysia sempena Rundingan Tahunan ke-15ini ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. (sumber:UM, 13/9/11)
11 September 2011
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
ISLAM amat menekankan betapa perlu beristiqamah atau mengekalkan amalan baik dalam kehidupan terutama selepas menjalani ibadah puasa. Inilah visi sebenar ibadah puasa yang akan membentuk jiwa yang bertakwa dan sentiasa beristiqamah dengan amalan kebajikan.
Sifat ini amat sukar untuk dipraktikkan kerana kita dibelenggu dengan gangguan syaitan yang sentiasa berusaha mengurangkan prestasi KPI umat manusia dalam perkara kebajikan.
Firman Allah SWT bermaksud: Maka tetaplah (istiqamah) engkau wahai Muhammad di jalan yang benar seperti yang diperintahkan bersama orang yang bertaubat dan janganlah melampaui batas. ( Hud ayat 112).
Dalam surah Syura ayat 15 menyebut: Oleh kerana keraguan ahli kitab dengan kebenaran, maka serulah mereka dan beristiqamahlah seperti yang diperintahkan dan janganlah melayani keinginan mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya mereka yang berkata Tuhan kami adalah Allah kemudian mereka beristiqamah tidak akan berasa gentar dan gundah gulana. (Al-Ahqaf 13).
Seorang sahabat Sufian bin Abdullah As-Saqafi bertemu Baginda SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku agar tiada lagi perlu aku bertanya orang lain lagi selepas ini. Jawab Baginda SAW: Katakanlah, aku beriman kepada Allah dan beristiqamah. (HR Muslim).
Ilmuwan Islam berkata: Istiqamah itu adalah lebih baik dari seribu keramat.
Tiga golongan manusia akan muncul setelah selesai Ramadan iaitu:
Bagi warga kota yang baru pulang dari kampung, kemeriahan hari raya akan disambut pula dengan menganjurkan rumah terbuka bagi menjemput sahabat handai rakan dan taulan serta saling menziarahi antara satu sama lain. Amalan ini sangatlah baik dan dipuji kerana Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Maka usahakanlah untuk mendamaikan mereka. (Al-Hujurat ayat 10).
Janganlah kita jadikan medan rumah terbuka sebagai tempat untuk berbangga dan bermegah-megah dengan kemewahan yang dikurniakan Allah SWT. Baginda Nabi SAW telah mengajar kita bagaimana mensyukuri nikmat itu dengan doa bermaksud: Ya Allah, jadikanlah aku hambamu yang sentiasa ingat dan bersyukur. Sikap bermewah-mewah ini kadang-kadang boleh membebankan setengah pihak dengan bebanan hutang dan akan membawa kepada pembaziran yang tidak digalakkan di dalam agama Islam. Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya. (Al-Israk 27).
Apa yang lebih hebat ialah mengadakan pertemuan antara sahabat lama bagi mengeratkan lagi silaturahim. Medan ini juga dijadikan platform untuk mengetahui perkembangan sahabat lama yang jarang bertemu selepas masing-masing meninggalkan alam persekolahan.
Apa yang malang ialah kita mendapati masih ada dalam kalangan sahabat yang menganggap pertemuan ini adalah sama ketika alam persekolahan dulu. Ini dirasai oleh penulis sendiri ketika mengadakan pertemuan beberapa hari yang lalu. Seolah-olah tiada roh persaudaraan antara mereka. Gurau senda mereka masih tidak berubah. Pertuturan masih tidak dijaga sehingga terkadang mengguris perasaan sahabat sendiri.
Sepatutnya majlis seumpama ini akan lebih bermakna jika diadakan program kekeluargaan dan menggunakan ruang ini untuk mempersoalkan isu semasa atau dengan pengisian yang terbaik bagi mengukuhkan persaudaraan Islam dalam kalangan masyarakat. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: Muslim yang sebenar ialah mereka yang dapat mengawal lidah dan anggotanya daripada menyakiti orang lain. Baginda SAW juga berwasiat kepada Sufian dalam hadis yang sahih apabila ditanya maksudnya: Wahai Sufian, inilah anggota yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat (sambil mengisyaratkan kepada lidah Baginda SAW).(HR Tirmizi ).
Marilah sama sama difikirkan di manakah kedudukan kita selepas Ramadan berlalu bagi mencapai matlamat sebenar kewajipan ibadah puasa iaitu menjadikan ketakwaan sebagai asas kehidupan kita. (sumber: Zainuddin Jusoh,10/9/11)
Sifat ini amat sukar untuk dipraktikkan kerana kita dibelenggu dengan gangguan syaitan yang sentiasa berusaha mengurangkan prestasi KPI umat manusia dalam perkara kebajikan.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya mereka yang berkata Tuhan kami adalah Allah kemudian mereka beristiqamah tidak akan berasa gentar dan gundah gulana. (Al-Ahqaf 13).
Seorang sahabat Sufian bin Abdullah As-Saqafi bertemu Baginda SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku agar tiada lagi perlu aku bertanya orang lain lagi selepas ini. Jawab Baginda SAW: Katakanlah, aku beriman kepada Allah dan beristiqamah. (HR Muslim).
Ilmuwan Islam berkata: Istiqamah itu adalah lebih baik dari seribu keramat.
Tiga golongan manusia akan muncul setelah selesai Ramadan iaitu:
- Mereka yang beribadat pada Ramadan seperti seorang wali Allah dengan solat, tilawah, sedekah dan segala kebajikan lain dan kembali seperti sediakala apabila selesainya Ramadan.
- Mereka yang tiada berasa apa-apa sama ada Ramadan atau tidak. Baginya semua sama dan tiada apa-apa makna dalam kehidupannya.
- Mereka yang menerima Ramadan dengan gembira dan melakukan ibadat padanya dengan penuh keikhlasan dan meneruskan ibadat sehingga selesainya Ramadan dan beristiqamah dengannya.
Bagi warga kota yang baru pulang dari kampung, kemeriahan hari raya akan disambut pula dengan menganjurkan rumah terbuka bagi menjemput sahabat handai rakan dan taulan serta saling menziarahi antara satu sama lain. Amalan ini sangatlah baik dan dipuji kerana Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Maka usahakanlah untuk mendamaikan mereka. (Al-Hujurat ayat 10).
Janganlah kita jadikan medan rumah terbuka sebagai tempat untuk berbangga dan bermegah-megah dengan kemewahan yang dikurniakan Allah SWT. Baginda Nabi SAW telah mengajar kita bagaimana mensyukuri nikmat itu dengan doa bermaksud: Ya Allah, jadikanlah aku hambamu yang sentiasa ingat dan bersyukur. Sikap bermewah-mewah ini kadang-kadang boleh membebankan setengah pihak dengan bebanan hutang dan akan membawa kepada pembaziran yang tidak digalakkan di dalam agama Islam. Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya. (Al-Israk 27).
Apa yang lebih hebat ialah mengadakan pertemuan antara sahabat lama bagi mengeratkan lagi silaturahim. Medan ini juga dijadikan platform untuk mengetahui perkembangan sahabat lama yang jarang bertemu selepas masing-masing meninggalkan alam persekolahan.
Apa yang malang ialah kita mendapati masih ada dalam kalangan sahabat yang menganggap pertemuan ini adalah sama ketika alam persekolahan dulu. Ini dirasai oleh penulis sendiri ketika mengadakan pertemuan beberapa hari yang lalu. Seolah-olah tiada roh persaudaraan antara mereka. Gurau senda mereka masih tidak berubah. Pertuturan masih tidak dijaga sehingga terkadang mengguris perasaan sahabat sendiri.
Sepatutnya majlis seumpama ini akan lebih bermakna jika diadakan program kekeluargaan dan menggunakan ruang ini untuk mempersoalkan isu semasa atau dengan pengisian yang terbaik bagi mengukuhkan persaudaraan Islam dalam kalangan masyarakat. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: Muslim yang sebenar ialah mereka yang dapat mengawal lidah dan anggotanya daripada menyakiti orang lain. Baginda SAW juga berwasiat kepada Sufian dalam hadis yang sahih apabila ditanya maksudnya: Wahai Sufian, inilah anggota yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat (sambil mengisyaratkan kepada lidah Baginda SAW).(HR Tirmizi ).
Marilah sama sama difikirkan di manakah kedudukan kita selepas Ramadan berlalu bagi mencapai matlamat sebenar kewajipan ibadah puasa iaitu menjadikan ketakwaan sebagai asas kehidupan kita. (sumber: Zainuddin Jusoh,10/9/11)
10 September 2011
DATUK HASSAN AHMAD, SEBUAH PUISI AKHIR
Dr Rajiee Hadi |
(Al-Fatiha, kembali pada 31 0gos 2011)
Meninggalkan sebuah nama besar, Datuk Hassan Ahmad Di penghujung hayat dalam degup kebangkitan rakyat Nafas bara cintamu sebuah tamadun bahasa berdaulat Tinta perjuangan tamadun bangsa mengangkat darjat Di gedung dewan bahasa di persada dunia kata-katamu keramat Meninggalkan sebuah nama besar, Datuk Hassan Ahmad Anak jati Muar putera Johor Parit Sakai Mewarisi jejak Abdullah Munsyi ,Zaaba Pendeta Syed Nasir panglima bahasa pasal satu lima dua Obor dinyalakan buat solidariti muda di saf hari muka Meninggalkan sebuah nama besar, Datuk Hassan Ahmad Gerakan mansuhkan sebuah minda yang dijajah Dengan pena dan sinis lembut suara bernas hujahnya Segala logika semantik kata makna sebuah pembinaan bangsa Erat bahasa lestari jiwa resah Melayu yang kian rebah Meninggalkan sebuah nama besar, Datuk Hassan Ahmad Teknorat rakyat yang rela turun bersuara di jalan raya Birokrat marhaen yang sejati kasih akan bahasa ibundanya Kerdil tubuh degup usia dikemudikan bahtera nusa Sebuah perjuangan anak bangsa buat selama-lamanya! Muar, Johor. 31 0gos 2011.
(sumber:Harakahdaily, 4/9/11)
|
SYARIKAT TELEKOMUNIKASI : TIDAK MESRA PENGGUNA
|
ROSLI DHOBY : SIAPAKAH INSAN INI ?
SEBELUM tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Malayu masih lagi 'dijajah' oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak.
Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan
kerajaan penjajah British?
Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?
Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.
Sekali lagi kita tegaskan bahawa apa yang Mohamad Sabu maksudkan bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.
Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby, adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?Adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero?
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang Sarawak yang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir DuncanStewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember
1949.
Beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut atas permintaan ibu beliau yang diugut akan ditembak.
Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut? Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan.
Kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati.
Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero.
PAS juga minta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.
PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutar belitkan kenyataan Mat Sabu kononnya PAS menyokong komunis.(sumber: Jofri Jaraiee, 10/9/11)

DATUK ABADUL GHANI OTHMAN : MB JOHOR TERSILAPKAH ?
PAKAR perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, yang menegaskan Ahmad Indera atau lebih dikenali sebagai “Mat Indera” bukan seorang pejuang mendapatkan kemerdekaan tetapi komunis, sebagai “tindakan tidak jujur” selaku ketua kerajaan negeri.
“Kenyataan Menteri Besar (Ghani), sebagai seorang bekas ahli akademik, dapat mengatakan begitu... ia tidak wajar memandangkan buku (Pengukir Nama Johor) dikeluarkan oleh kerajaan negeri (pada 2004),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa ini menambah, “lebih parah kerajaan negeri tidak tahu apa yang dia lakukan. Beliau sebagai Menteri Besar sewajarnya ambil tahu kandungan dalam buku kerana ia diterbitkan oleh kerajaan negeri. Ia memperlihatkan satu kebodohan dan memalukan.”
Menteri Besar itu ada menyediakan prakata dalam buku itu yang menyenaraikan sejumlah pejuang kemerdekaan dan tokoh negeri Johor.
Sebelum ini, Yayasan Warisan Johor (YWJ) berkata walaupun nama Mat Indera disenaraikan menerusi penulisan yang diterbitkan dalam Pengukir Nama Johor namun dia tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara.
Sebaliknya jelas YWJ, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada lelaki itu seorang pengganas komunis atau pejuang.
Selain artikel hasil penyelidikan Allahyarham Ismail Adnan, buku itu juga memaparkan penulisan mengenai Mat Indera berdasarkan kajian Sahgidon Dirhan bertajuk Bajuri Siraj, yang mendedahkan Mat Indera pemimpin komunis Melayu melakukan keganasan dan kekejaman terhadap bangsa sendiri.
Hasil kajian dan penulisan mereka dibukukan untuk tatapan masyarakat, termasuk buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan pada 2004.
Aziz menambah, sepatutnya Ghani hanya mengatakan kandungan dalam buku itu hanya pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian kerajaan negeri.
“Cukup setakat itu, selamat... tidak mengatakan sehingga bahawa Mat Indera itu pengganas, bukan pejuang kemerdekaan dan ahli komunis.
“Ini (kenyataan Ghani) satu perkara yang menjatuhkan kredibiliti Umno, negeri Johor dan juga Putrajaya,” kata beliau lagi.
Dalam pandangannya, Aziz juga menekankan bahawa sejarah yang sedia ada tidak perlu ditulis semula dan bagaimana ia ditafsir, ia bergantung pada persepsi seseorang.
“Sejarah itu ada sejarah, tak perlu, tak guna kita menulis semula sejarah... ini kerana tafsirannya bergantung pada persepsi seseorang.
“Jadi, kalau hendak menulis, ia sia-sia sahaja. Jadi lebih baik kita berikan kebebasan dan ruang kepada orang ramai membincangkan dan memberi pandangan... tak perlu ditulis semula,” katanya lagi.
Dalam pendiriannya dikeluarkan semalam, Ghani berkata, Mat Indera telah merancang serangan ke atas Bukit Kepong pada 1950 selain mendakwa beliau berusaha keras mempengaruhi orang Melayu menyertai “kegiatan haramnya” dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

Menteri Besar juga mendakwa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen Ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.
Kelmarin, keluarga Mat Indera mempertahankan beliau bukan merupakan komunis dan mahu kerajaan membersihkan namanya.
“Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun,” kata Ghani(gambar kanan) lagi.
Ghani menulis, apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan darurat pada 19 Jun 1948 semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan PKM diharamkan dan ramai ahlinya mengambil tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Umno.
“Perjuangan melalui parti dan gerakan Umno yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pascamerdeka di negara ini.
“Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” kata Ghani dalam rencananya.
Tulisan ini diterbitkan sehari selepas Ghani berkata, Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Ghani menulis, sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen Ke-10 PKM, Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.
Malah kata beliau, Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.(sumber: TMI, 10/9/11)
09 September 2011
BRUNEI DARUSSALAM : KAMPUNG AIR , SUNGAI DAMUAN DAN PASAR TAMU KIANGGEH SUMBER INSPIRASI
KAMPUNG Air di Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam telah wujud ratus tahun yang silam.Kampung air ada cerita kisah dan warisan yang tidak kunjung padam; antara tradisi,tragis, kasih sayang dan ikatan persaudaraan.Kampung air di Brunei kini telah menjadi warisan yang dipelihara dan dipulihara serta tersusun menjadi aset tarikan pelancongan.Walaupun pernah berlaku kebakaran, tetapi kini kampung air telah digazetkan pemerintah dan tidak dibenarkan dengan pembinaan rumah-rumah baru.Bahkan kini yang sedia ada diperkemaskan termasuk kini telah ada balai polis, balai bomba, sekolah menengah,sekolah rendah dan masjid.(SILA KLIK DALAM KOTAK TERTERA DI BAWAH UNTUK MELIHAT FOTO-FOTO BERKAITAN)
Penulis Bersama Pemandu Bot Awang Mohamad Sedang Menyusuri Sungai Damuan
|
Dan antara kampung air yang terkenal ialah Kampung Burung Pingai, Kampung Sungai Kedayan, Kampung Pandai Besi dan Kampung Tamoi.Manakala masjid yang terkenal yang terletak di atas air ialah Masjid Pehin Dato'lmam Haji Mokhti,Masjid Jame Kampung Tamoi dan ada beberapa masjid kecil yang lain.
Apabila penulis menyusuri Sungai Damuan yang kaya dengan udang,ketam dan berbagai-bagai jenis ikan air masin begitu mempesona.Alangkah bertuahnya jika sungai yang kaya dengan ikan,udang dan ketam ini dapat dikomersialkan oleh penduduk tempatan dengan lebih aktif.Sepanjang penulis bermudik arah ke hulu sungai ini ini tidak kedapatan pun sesiapa memancingl atau menjala.Tentang mengapa air sungai Damuan ini masin ada cerita legendanya.
Apabila memudiki arah ke hulu sungai ini (penulis menaiki bot laju yang begitu selesa) kelihatan di tengah-tengah sungai yang lebar ini tersergam sebuah pulau kecil berbatu yang dikenali jong batu .Kononnya jong batu wujud akibat kapal Nakhoda Manis yang dimakan sumpah menjadi batu kerana menderhaka terhadap ibunya.Kisah ini seperti kisah si Tanggang di Malaysia atau Malim Kundang di lndonesia.Kapal Nakhoda Manis membawa sarat dengan garam.Dengan sebab sumpahan itu garam tumpah ke dalam sungai.Dan sungai Damuan menjadi masin hingga kini.lni adalah cerita rakyat.Benar atau tidak, wallahualam.
Sepanjang menyusuri di hulunya penulis menemui Makam Diluba iaitu makam Sultan Abdul Karim, salah seorang Sultan Brunei. Kita juga akan melewati lstana Nurul lman,istana bersemayam Sultan Hasanal Bolkiah yang memerintah Negara Brunei sekarang. Yang menarik di hutan bakau yang asli kelihatan monyet-monyet yang berbulu merah yang mana hanya memakan buah-buah hutan sahaja.Terasa sungguh pesona melihatkan telatah sang monyet hingga kian jauh kian terserlah hutan-hutan bakau yang masih dibaluti keasliannya.
Manakala Pasar Kianggeh bukan sahaja terdapat pelbagai jenis hasil pertanian,sayur-mayur,barangan keperluan dapur,berbagai-bagai jenis makanan tradisional bahkan bermacam-macam cita rasa yang menjadi idaman termasuk herba tempatan dan ubatan tradisional. Yang menariknya purata harganya sederhana,tidak mahal bahkan harganya semurah sehingga 50sen dan satu ringgit wang Brunei bagi selonggok ikan atau sayur-sayuran
Penulis berada di Pasar Tamu Kianggeh
Pemandangan penumpang bot singgah di Pasar Tamu Kianggeh
Kesibukannya kian terasa sewal pagi dengan pemandangan hilir-mudik bot-bot laju yang melalui terusan bagai terusan Kota Venice ltaly.Terusan ini terus menuju ke muara sungai yang luas terbentang ke beberapa buah kampung air yang menghadap Laut China Selatan.
Suasana waktu pagi di Pasar Tamu Kianggeh Bandar Seri Begawan
Pasar Tamu Kianggeh yang berada di persisian degup jantung Bandar Seri Begawan,Negara Brunei Darussalam terus hidup segar meniti setiap pagi yang mana setiap pengunjung tidak jemu bertandang untuk membeli-belah barangan keperluan yang dingini dan diidamkan.Penulis yang kini berada di Negara Brunei Darussalam setiap Ahad akan merasakan Pasar Kianggeh bagai pengubat rindu di kejauhan sang perantau (foto & tulisan oleh TB)
07 September 2011
MAHASISWA: KUASAILAH ILMU HADAPI CABARAN KINI
MAHASISWA hari ini berdepan cabaran dan persaingan dunia kerjaya cukup hebat kerana bukan saja berdepan kehendak sengit majikan, malah dibelenggu isu kualiti graduan yang dikatakan sukar menepati standard industri.
Meskipun banyak usaha dilaksanakan bagi membantu menaikkan lagi taraf dan imej mahasiswa menjadi lebih berketrampilan, berdaya saing, kompetitif serta
kompeten, namun bukan semua berjaya menakluk hati majikan.
Antara pihak paling terkesan mengenainya sudah tentu institusi yang menjadi tempat naungan mahasiswa menimba ilmu menyebabkan kewibawaan sesetengah institusi terbabit dipersoalkan.
Bagaimanapun, isu utama sering diketengahkan ibarat sudah lapuk, antaranya kurang mahir berkomunikasi bahasa Inggeris dan lemah penampilan sahsiah diri menyebabkan ada pihak mengaku kalah dan bersikap lepas tangan.
Persoalannya, adakah hanya dua isu ini saja yang dilihat menjadi ‘musibah’ kepada mahasiswa? Bagaimana isu lain lebih dramatik antaranya melahirkan graduan bukan saja mampu menguasai dua bahasa utama, malah lebih yang kini menjadi antara agenda penting kebanyakan institusi ternama dunia juga industri global.
Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Nor Azmi Mostafa, berkata ‘kesibukan’ kebanyakan pihak menekankan kepentingan hanya dua bahasa utama saja menyebabkan mereka terlupa masih ada bahasa lain yang turut mempunyai nilai komersial tinggi.
Menurutnya, graduan yang memiliki kelebihan menguasai lebih dua bahasa kini menjadi aset dan buruan penting pelbagai industri kerana tahu mereka mempunyai kebolehan istimewa yang jarang dimiliki graduan lain.
“Kepentingan menguasai lebih dua bahasa adalah aliran terbaru yang mewarnai pasaran kerjaya global masa kini. Jika dulu, sudah memadai andai kata graduan boleh menguasai bahasa Melayu dan Inggeris, kini tidak lagi.
“Dengan kata lain, meskipun ramai menganggap bahasa Inggeris sangat penting, kini mahasiswa yang boleh berbahasa selain dari itu turut menjadi buruan. Ini menunjukkan mereka memiliki pilihan luas untuk mencorakkan masa depan.
“Justeru, janganlah ada pihak asyik menghentam atau berbalah jika mahasiswa kita kurang mahir berbahasa Inggeris kerana penguasaan bahasa lain juga boleh membantu meningkatkan nilai diri di pasaran kerjaya global,” katanya.
Beliau mengakui apabila bahasa lain seperti Korea, Jepun, Mandarin dan Jerman kini sudah mula menakluki dunia kerana negara terbabit turut menjadi antara kuasa besar ekonomi global.
Menurutnya, kecenderungan itu menjadikan pasaran kerjaya tiada sempadan dan membuka pintu kepada semua masyarakat dunia untuk merebut peluang yang ada.
Mahasiswa tempatan juga, katanya, perlu membuka minda dan melihat keperluan dunia pekerjaan secara global bukan hanya menumpukan pada kehendak menceburi kerjaya dengan pihak tertentu semata - mata.
“Kebanyakan mahasiswa masih tidak nampak kepentingan menguasai kepelbagaian bahasa kerana mereka hanya fokus pada satu matlamat sedangkan corak permintaan dunia hari ini sudah berubah.
“Tiada lagi batasan atau kongkongan untuk berjaya atau hanya menempatkan diri dalam pasaran kerjaya tempatan saja, malah boleh pergi ke seluruh pelusuk dunia. Bayangkan apakah yang boleh mereka peroleh jika berjaya menguasai bahasa negara penyumbang ekonomi terbesar?
“Sedangkan negara berkenaan kebanyakannya tidak mengagungkan bahasa Inggeris selain bahasa ibunda. Sebenarnya ini adalah peluang yang sangat besar dan tidak boleh dilepaskan, namun kepentingannya tidak dapat dinilai sepenuhnya oleh mahasiswa tempatan,” katanya yang sangat optimis keupayaan menguasai pelbagai bahasa boleh mewujudkan peluang cerah kepada graduan.
“Masalahnya sebahagian besar graduan tidak mahu merebut peluang disediakan ini dengan baik sebaliknya sangat mudah berpuas hati dengan apa yang ada selain menyalahkan pihak tertentu andai kata terus menganggur.
“Sedangkan banyak cara boleh dilakukan untuk memperbaiki kekurangan diri, yang penting semangat untuk berubah dan berusaha kerana saya percaya semua institusi sudah cuba melakukan yang terbaik untuk membantu.
“Apakah mereka berharap, institusi akan terus ‘memanjakan’ hingga dapat kerjaya? Inilah konsep salah menyebabkan ramai mahasiswa ketinggalan, tidak mahu berusaha sedangkan pihak lain terus mengambil kesempatan.
“Gunakan aspek kepelbagaian bahasa sebagai wadah paling tepat mempertingkatkan keupayaan dan nilai diri. Jangan bersikap sambil lewa selain memberi pelbagai alasan untuk selesa pada takuk sama sebaliknya perlu lebih realistik,” katanya.
Kajian di Barat menunjukkan seseorang yang berkemahiran menguasai lebih dua bahasa mempunyai keupayaan untuk memainkan peranan lebih berkesan sebagai seorang warganegara dunia bersifat global. Menguasai pelbagai bahasa akan mendedahkan individu kepada himpunan ilmu yang lebih luas dan menerapkan sudut pandangan dunia lebih global.
Selain itu, ia juga menjadi pemangkin kepada mahasiswa untuk mencapai hierarki lebih baik di kalangan rakan sebaya, sejawatan mahupun pengurusan tertinggi.
“Lazimnya, syarikat bertaraf antarabangsa sangat menghargai pekerja yang boleh berbahasa ibunda menjadikan mereka aset penting syarikat. Masa depan juga cerah, namun ini semua perlu disertakan dengan usaha keras kerana standard disasarkan sangat tinggi.
“Jika hanya bersandarkan pada kepandaian berbahasa saja, namun tidak ada kegigihan, sesiapapun akan gagal apatah lagi semua syarikat mahukan pekerja yang bukan saja berdedikasi, malah menampilkan semua imej positif,” katanya yang menyifatkan mahasiswa bijak adalah pandai mengambil peluang.
“Mereka perlu akur, cabaran dunia pekerjaan hari ini tidak seperti dulu, siapa pandai mengambil peluang, dialah yang akan berjaya. Dan peluang itu pula ada pelbagai cara.
“ Jika tahu ada kelemahan, perbaikilah dan jika ada kelebihan mantapkan lagi.
Sebagai graduan, mereka harus berfikir di luar kotak dan menyimpan cita-cita lebih tinggi daripada sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada,” katanya.
Pada masa sama menekankan penguasaan bahasa akan membantu meningkatkan diri dalam pelbagai bidang selain merealisasikan hasrat negara melahirkan modal insan berfikiran terbuka, berdaya saing dan berbudaya positif.(sumber:Hmetro: 7/9/11)
06 September 2011
MAT INDERA : PETUALANG ATAU PEJUANG?
![]() |
MAT INDERA |
Di akhir biografi ringkas Mat Indera di dalam buku tersebut, penulis ada menyebut: "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.
Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".
Sementara itu, walaupun Mat Indera dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, namun menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang.
Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.(disesuaikan daripada Bharian , 6/9/11)
PUASA ENAM SUNAT Vs UNDANGAN HARI RAYA
SALAH satu amalan terpuji yang menjadi budaya besar-besaran umat Islam di negara ini ketika sambutan Aidilfitri ialah ziarah atau kunjung mengunjung satu sama lain. Ini juga termasuk dalam konsep rumah terbuka.
Amalan ini memberi manfaat besar dan faedah berguna dalam konteks persaudaraan serta perpaduan ummah. Amalan ziarah ini membolehkan yang jauh menjadi dekat, renggang menjadi rapat, bersengketa menjadi damai, susah menjadi mudah.
Melalui amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan. Ini disebabkan asal keturunan manusia berpunca daripada ibu bapa manusia yang sama iaitu Nabi Adam dan Hawa. Sebab itulah Islam mengajak manusia saling mengenali, hormat-menghormati, kerjasama dan memahami sesama insan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujuraat, ayat 10)
Islam adalah agama yang mempunyai sistem cara hidup sempurna merangkumi bidang politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Islam agama yang sempurna maka ketika mengadakan ziarah, bertamu dan makan pun mempunyai adab tertentu yang melambangkan tamadun, keperibadian dan tama’ninah seseorang.
Berdasarkan ayat al-Quran dan amalan Rasulullah SAW, antara peraturan dan adab yang perlu diberi perhatian umat Islam ketika berziarah dan bertetamu ialah:
Berniat baik atas kunjungannya.
Jangan dibezakan antara orang kaya dan miskin ketika membuat jemputan.
Jangan tolak undangan hanya semata-mata berpuasa sunat, sebaliknya terimalah undangan dan hendaklah berbuka untuk menimbulkan kegembiraan pihak yang mengundang.
Hendaklah menolak undangan yang ada aktiviti munkar atau orang yang mengundang itu bersifat fasik, zalim serta suka membesar diri.
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah engkau makan melainkan makanan orang yang bertakwa dan jangan pula makan makananmu itu melainkan yang membawa kepada takwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Ketika berkunjung hendaklah memilih waktu sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaannya waktu itu pihak tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga.
Mohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.
Selaku tetamu adalah sangat digalakkan berjabat tangan dengan tuan rumah. Bagaimanapun amalan berjabat tangan ini mesti dilakukan mengikut lunas Islam.
Sabda Nabi SAW riwayat dari al Barra’ RA yang bermaksud: “Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu, lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah SWT sebelum berpisah.”
Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa saja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah.
Jaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah, jangan mengangkat suara ketika berada dalam rumah dan jangan duduk lama ketika berziarah.
Bagi pihak tuan rumah, Islam menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara antaranya menghormati dan memuliakan tetamu. Pada masa sama, tuan rumah juga disaran menghidangkan jamuan terbaik mengikut kemampuan.
Jangan ada maksud untuk berbangga tetapi tujuannya untuk merapatkan seluruh kawan serta memberikan kegembiraan dalam jiwa tetamu. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu.
Satu lagi adab penting ialah menjaga cara makan minum. Mulakan dengan membaca Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.
Jangan minum air banyak ketika makan kecuali terlalu dahaga atau tercekik, jangan bersendawa atau bernafas dalam gelas ketika minum. (sumber: BH, 6/9/11)
Amalan ini memberi manfaat besar dan faedah berguna dalam konteks persaudaraan serta perpaduan ummah. Amalan ziarah ini membolehkan yang jauh menjadi dekat, renggang menjadi rapat, bersengketa menjadi damai, susah menjadi mudah.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujuraat, ayat 10)
Islam adalah agama yang mempunyai sistem cara hidup sempurna merangkumi bidang politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Islam agama yang sempurna maka ketika mengadakan ziarah, bertamu dan makan pun mempunyai adab tertentu yang melambangkan tamadun, keperibadian dan tama’ninah seseorang.
Berdasarkan ayat al-Quran dan amalan Rasulullah SAW, antara peraturan dan adab yang perlu diberi perhatian umat Islam ketika berziarah dan bertetamu ialah:
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah engkau makan melainkan makanan orang yang bertakwa dan jangan pula makan makananmu itu melainkan yang membawa kepada takwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Sabda Nabi SAW riwayat dari al Barra’ RA yang bermaksud: “Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu, lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah SWT sebelum berpisah.”
Bagi pihak tuan rumah, Islam menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara antaranya menghormati dan memuliakan tetamu. Pada masa sama, tuan rumah juga disaran menghidangkan jamuan terbaik mengikut kemampuan.
Jangan ada maksud untuk berbangga tetapi tujuannya untuk merapatkan seluruh kawan serta memberikan kegembiraan dalam jiwa tetamu. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu.
Satu lagi adab penting ialah menjaga cara makan minum. Mulakan dengan membaca Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.
Jangan minum air banyak ketika makan kecuali terlalu dahaga atau tercekik, jangan bersendawa atau bernafas dalam gelas ketika minum. (sumber: BH, 6/9/11)
Langgan:
Catatan (Atom)