SENGAJA TB meletakkan 'search' enjin carian dengan nama 'Rojins' . Rojins asalnya Rozain yang mana nama asalnya Rozaidin. Dari mana asal usul nama ini timbul, tidak perlulah TB ceritakan dalam ruangan yang terbatas ini.
Rojins sememangnya nama 'popular' di sekitar tahun 1976-1977 di Maktab Perguruan Bahasa (kini IPGM kampus Bahasa Melayu), Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Rata-ratanya para pelajar atau guru-guru pelatih program PMIA, PIIA, PMS, PIS dan PPAK mengenali nama 'Rojins'. Rojins yang solo tidak punya pacar atau cewek adalah pelajar PMIA-2B yang sekelas kuliah bersama Azizi Zakaria, Arumugasamy, Chew Hock Liong, Teh Khadijah, Cik Puteh, Arshad, Kamaruddin Awang (pesara D.O jajahan Gua Musang,Kelantan), Sahak Wahid, Museri Latib, Asmah Alwi, Rokiah,Rosnah, Hasnan dan beberapa nama lagi.
Rojins juga rakan serumah sewa premis bangunan rumah kedai di Jalan Bangsar,Kuala Lumpur bersama Sazali, Nazir, Azmi, Ghazali Hamzah, Saperi UKM, lsmail Derani, Baharuddin, Ali Mustari, Ali Mamak Kedah, lsmail, Wet Chit, Maung Ban Cheng, Jalil Kedah dan ramai lagi.
Rojins juga yang aktif bersama-sama kumpulan kesenian dan drama serta pengakap bersama Kharuddin Wahab (arwah), Geng Jawa Johor (Omar Selamat & Jailani Ahmad). Geng Johor (Roslan, Hanafi dll), Sahak Wahid, Museri, Azizizi, Hassan Topit, Kamaruzaman Abdullah, Khairuddin Kuala Pilah (arwah),Chan PPAK, Chong PMS dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan Rojins juga adalah rakan sekolah di Muar dan sekuliah universiti bersama Ali Mahmod (Dr Haji Ali bin Mahmood, Timbalan Pengarah IPGM-BM/MPB KL) dan rakan sekolah Mohd Nor Ghani (Pengarah JPn Johor) dan ramai nama lagi yang menjawat di pelbagai sektor kerajaan dan swasta.
Begitulah roda putaran nama Rojins yang terhenti seketika hingga tahun 1977. Tidak ramai yang mengetahui bahawa nama timangan atau nama glamour Rojins ada kaitan dengan nama lain. Tentu ramai yang mencari nama ini di dalam enjin google atau yahoo namun tidak berjumpa. Dengan TB menyiarkannya maka TB harap segala permasalahan dan kekusutan dapat diselesaikan.
Apabila TB mula menulis di akhbar-akhbar dan majalah arus perdana tanah air sebelum 1978 TB menggunakan banyak nama pena; antaranya Adzie Roha, Roha (yang paling popular), Roy dan banyak nama pena selepas itu (tujuannya: meluaskan skop penulisan pelbagai genre).Dan kemudiannya yang paling terkenal dan tekal ialah nama pena RAJIEE HADI yang terus mencipta nama di persada sastera tanah air dalam genre puisi dan cerpen!
Sebenarnya nama TB mengikut surat beranak dan kad pengenalan ialah RAJIEE BIN ABDUL HADI (sebutan baku 'Raji'ee) Begitulah kisah ringkasnya. Semoga kita semua yang pernah bersua dan mencipta persahabatan murni dapat bertemu pada suatu masa.Harapan TB agar ada antara sahabat kita yang masih berdaya saing dan masih bertugas demi bakti kepada agama,bangsa dan negara (termasuk yang masih meneruskan perjalanan ke Jusa C,Jusa B dan Jusa A (?)) dapat mengelolakan suatu perjumpaan reunion
antara kita. Alangkah indah dan sesuatu yang indah dapat bertemu dan berseloka seperti dahulu dalam ceria dan 'gumbira'........
TB: Dr.Haji Rajiee bin Abdul Hadi @Dr Rajiee Hadi (Hp:01136545501). Bagi yang lahir 1954 diucapkan selamat bersara...dan sahabat yang lahir 1955/56 selamat terus bertugas...yang telah bertukar haluan awal..teruskan perjuangan..tiada bersara dalam kehidupan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan