TB bersama SN Baha Zain dalam kesamaran |
TB dan SN Baha Zain bertemu di majlis ITBM |
HAMPIR 10 tahun TB tidak menghadiri majlis-majlis keraian yang melibatkan kegiatan-kegiatan kesasteraan baik di peringkat kebangsaan mahupun tempatan.Banyak faktor yang menyebabkan TB sedaya upaya mengelaknya; paling kurangn pun faktor kesihatan adalah penyebab utamanya.
Namun pada Selasa 19 0gos 2013 TB teruja untuk menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran lnstitut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM),Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. lnilah julung-julung kali TB menjejakkan kaki di ITBM. TB gembira walaupun seketika dapat bersua muka dan bersalaman teman-teman penulis yang begitu lama tidak bersua.
Sungguhpun hadirin yang datang daripada pelbagai kelompok latar namun jelas kelihatan kehadiran penulis dari dua,tiga generasi banyak memaparkan senario perkembangan dunia penulisan tanah air.Penulis-penulis veteran yang kelihatan ialah SN Muhammad Haji Salleh, SN Kemala, SN Baha Zain,Rejab F.I, AGI, Khalid Salleh, Zurinah Hassan , Siti Zainon lsmail dan Pyan Habib. Sementara penulis-penulis yang terus aktif melakar peta penulisan tanah air terkini antaranya yang TB ternampak ialah lbrahim Ghafar, Aminhad, S.M.Zakir, Shamsuddin Othman,Amiruddin Ali, Talib Samat dan lain-lain lagi.(TB)
Tidak kurang 10 tahun atau mungkin lebih TB 'berkurung' dek masalah kesihatan dan suatu waktu dahulu menumpukan studi ijazah lanjutan serta pembabitan dalam NGO maka mujur TB masih ada orang yang mengenali. Apapun perubahan fizikal tetap ada dan itu adalah fitrah. Sesungguhnya kunjungan TB ke ITBM bukanlah sesuatu yang menganehkan tetapi adalah suatu semangat baru untuk TB terus menulis; yang mana pada kali ini mahu menulis dalam penerbitan buku, bukan sahaja dalam penulisan persuratkhabaran yang pernah TB aktif berpuluh-puluh tahun yang lalu.Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan