Saya & Poligami
(Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen)
Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa
meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan
Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda
قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام
مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ
يُؤَخِّر
شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ
عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang
telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang
telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan
dari masanya.....(Sahih Muslim)
Justeru,
1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti
sampai bila tiba masanya.
2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga
adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan
rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak
boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut
neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.
3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat
bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak
termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas
sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk
akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab
atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas
kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan
perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan
pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah
dosa.
5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian
turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin
secara halal lagi menurut tatatertibnya.
6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA
turuti adalah:
a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta
tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan
aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan
menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang
dirancang buat kesemua kami yang terlibat.
c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada
yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh
pernikahan.
d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang
lalu mendapat restu dan redha mereka.
f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia
remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua
sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut
syarak.
g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari
Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab
musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN
Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai
pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak
adil atau terlalu menyusahkan.
h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta
sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting
agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan
fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara
hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam
komunsikasi
k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta
jemputan.
l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan
tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.
‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono.
Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya
menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian
yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.
Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila
berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR
baginda Nabi dan isteri-isterinya.
Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan
spiritual.
Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik
dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan
bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.
Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami.
Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.
Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi
menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun
amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah
diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha
Allah.
Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di
luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh
juga.
PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin
kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam.
Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.
Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami
kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami
tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan
PERKARA DOSA.(sumber: HD, 16/08/13)
TB: Alhamdulillah, rezeki,jodoh,kelahiran dan maut adalah
KETENTUAN Allah Azawajalla. Namun perkahwinan adalah kehidupan sepanjang hayat
(jikalau ijab kabul berpanjangan). Lima,sepuluh,dua puluh atau tiga puluh tahun
akan datang kita tidak tahu apapun berlaku ke atas perkahwinan yang baru
setahun jagung atau belum teruji. Apatah lagi jika pasangan itu telah pun
beranak-pinak dan telah dimakan usia. Semoga ustaz yang dinyatakan di atas
'tidak mudah jemu' memegang 'title' berpoligami yang diamalkan tatkala usianya
masih muda.Cabaran tidak kunjung padam. Kesabaran tiada penghujungnya adalah
aset yang paling berharga.Apapun demi menjauhi maksiat maka tindakan amal
makruf nahi mungkar tetap wajar kita sokong. Wallahualam.