Salam Perjuangan

14 Jun 2012

SIEM REAP CAMBODIA


Siem Reap merupakan ibu kota wilayah Siem Reap di Kemboja (Cambodia). Kota ini terletak di bahagian barat laut negara dan merupakan pusat pelancongan dan budaya penting di Kemboja .lanya menjadi gerbang masuk menuju kawasan purbakala kota Angkor yang terkenal. Kota ini memiliki iklim tropika. Pada tahun 2006, kota ini memiliki jumlah penduduk sebesar 139,458 orang.
Siem Reap memiliki bangunan tua kolonial dan seni bina  China di sekitar lingkungan Perancis dan di sekitar Pasar Lama. Di kota ini terdapat gedung pertunjukan yang menggelar tari tradisional Apsara, pusat candera mata, kraftangan dan kain sutera, sawah padi, desa nelayan, dan suaka burung berhampiran danau/tasik Tonle Sap. Tasik Tonle Sap ialah tasik yang terbesar di Asia Tenggara. Lapangan Terbang Antarabangsa  Angkor-Siem Reap menerima pendaratan daripada beberapa syarikat penerbangan antarabangsa dari seluruh dunia.

TB Berada Di Salah Sebuah Kaunter Bas Di Siem Reap
Kata Siem Reap bermaksud 'Kekalahan Siam' — kini Thailand— dan merujuk pada permusuhan dan pertumpahan darah selama berabad-abad, peristiwa yang diperingati dalam ukiran relief dan monumen. Kota ini menjadi laluan lintas masuk dari Kemboja kuno menuju ke Thailand.
Pada 1901 École Française d'Extrême Orient (EFEO) mula menghubungkaitkan dengan Angkor.Beliau memulakan ekspedisinya  memasuki Siam (Thailand) dan Bayon. Pada 1907 Angkor, yang telah direbut daripada kerajaan Siam dengan paksa, dikembalikan kepada Kemboja. EFEO bertanggung jawab membersihkan situasi purbakala ini daripada diliputi hutan rimba  dan pada tahun yang sama pelancong perintis pertama tiba di Angkor kira-kira  200 pelancong perintis yang tinggal di Angkor selama tiga bulan. Angkor kembali diselamatkan daripada  hutan dan mendapat perhatian dunia.

Penari tradisional di Siem Reap yang menjadi produk pelancongan.
Pada saat ditemukan oleh penjelajah Perancis pada abad ke-19, Siem Reap hanyalah berupa desa sederhana. Dengan dikuasainya Angkor oleh Perancis pada 1907, Siem Reap mulai berkembang dan menerima gelombang kunjungan pelancong pertamanya.

 Grand Hotel d'Angkor dibuka tahun 1929 dan candi-candi di Angkor menjadi salah satu daya tarik pariwisata Asia utama hingga akhir 1960-an. Tokoh pesohor seperti Charlie Chaplin dan Jackie Kennedy, adalah mereka yang pernah mengunjungi Angkor.

 Pada 1975, sebahagian besar penduduk kota Siem Reap bersama seluruh penduduk kota lainnya di Kemboja terkesan oleh kezaliman regim komunis Khmer Merah yang kebanyakan lari bersembunyi di desa pedalaman.


Menuju Pub Street Menjelang Malam di Siem Reap
Seluruh negara dan rakyat Kemboja menderita dibawah regim maha zalim Khmer Merah. Sehinggalah   misi pengaman PBB (UN) dan kematian Pol Pot pada 1998 keadaan menjadi stabil  dan keamanan wujud. Sejak itu industri pelancongan menjadi sangat penting untuk memulihkan ekonomi Kemboja. Maka setelah sekian lama sepi Siem Reap mulai bangkit sejak pertengahan 1990-an.
Kini, Siem Reap adalah kota yang paling pesat pertumbuhannya di Kemboja sebagai kota kecil yang menawan tempat singgah sebelum mengunjungi artifak terkenal candi-candi di Angkor. Berkat daya tarik Angkor, Siem Reap telah bangkit menjadi pusat pelancongan utama dan menjadi kota yang hidup dengan dipenuhi hotel dan pusat membeli-belah serta tempat bersantai.




Sekolah Rendah di Kampung Terapung di Tasik Tonle Sap.
Penulis (TB) berada di kota Siem Reap sejak 2 Jun 2012 lalu. Sebenarnya di mana-mana sikap rakyat Kemboja lebih suka berurusan jual beli dengan Dolar USA kerana mahukan keuntungan. Sebenarnya nasihat TB, bertegaslah gunakan wang Kemboja (Riel Kemboja). Dengan gunakan Riel kita akan dapat harga yang lebih menguntungkan.

Perjalanan menggunakan jalan darat dengan bas dari Phnom Penh sekitar 7 jam dengan tambang 11,000 riel dengan bas Syarikat Sorya yang agak lambat dan banyak kerenahnya. Dengan bas Paramount sekitar 5USD agak lancar. Harga hotel sekitar 2-3 bintang puratanya antara 15 USD- 25 USD. Manakalah 'guest house' bagi pengembara yang mementingkan bajet harganya satu malam sekitar 2-5 USD.(TB)

Di Siem Riep masjid yang berhampiran bandar terletak di perkampungan lslam kira-kira 2km dari bandar iaitu di Stueng Thmey Village. TB telah menjamu selera di Restoran Muslim Kemboja (Cambodian Muslim Restaurant) milik Encik Yan Soffy yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa lnggeris dengan baik.Pelbagai menu termasuk makanan Thai yang sudah sebati dengan selera orang Malaysia.Restoran dan perkampungan lslam ini (ada kira 350 buah keluarga) terletak di Stueng Thmey Village.

Tarian Tradisional Tempatan







Buaya juga diternak 




Floating Houses di Tasik Tonle Sap





Tiada ulasan: