Salam Perjuangan

19 April 2017

Puisi: SAJAK DINIHARI

tidak kupinta
dia bertandang hiba
mencurahkan segala rasa
batini terseka
kehidupan silamnya
tidak tercerna

tidak kumahu
berkongsi lara
kerana deritaku
menjadi sejarah
mimpi-mimpi ngeri
mengganggu tidurku

tidak kusudi
melukis hikayat
kisah sengsara
simpati bergema
empati membara
kanvas berdarah luka

tidak kuimpikan
dia berkunjung lagi
menyelak lebaran
cerita air mata
bayangan mendatang
aku di selokan nestapa!


RAJIEE HADI,
Bukit Mahkota, Bangi.
19  April 2017.

Tiada ulasan: