Mereka yang suka melakukan 'troll' atau mengeluarkan kenyataan bernada menyindir dengan tujuan provokasi dan menyebarkan keburukan orang lain menerusi media sosial, merupakan golongan 'sakit jiwa.'
Penceramah motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, golongan ini
boleh dikenali menerusi empat ciri dengan yang pertama orang yang
'sakit dari segi rohani.'"Jiwa atau rohani mereka tidak sihat. Orang yang sakit dari segi jiwa
memang tidak mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah untuk
menyebarkan keburukan orang lain walaupun dengan niat berjenaka,"
katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, ciri kedua ialah jahil agama kerana secara jelas
agama menghalang mana-mana pihak menyampai atau menghebah keburukan
orang lain.Yang ketiga, katanya, mungkin dipengaruhi oleh rakan-rakan atau persekitaran."Kalau semua geng dia kongsi atau sampaikan keburukan, keaiban dan
perkara yang negatif maka dia akan terbawa-bawa sifat itu serta
melakukan perbuatan yang sama.
"Yang keempat ialah orang yang sewenang-wenangnya menyampaikan
sesuatu perkara tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran keseluruhan
cerita itu. Ini akan menjurus kepada perlakuan memfitnah dan mengumpat
serta sangat berbahaya," katanya.Menurut Mohd. Fadzilah, pelaku 'troll' sebenarnya terlupa perbuatan mereka itu adalah suatu sabotaj terhadap diri sendiri.
Orang terlepas pandang apabila mereka memberi komen bersifat negatif
terhadap sesuatu isu, secara tidak langsung akan mencerminkan sifat
peribadi pelaku 'troll' dan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri,
katanya.
"Apabila mereka menyampaikan keaiban orang lain dalam media sosial,
dosa pelaku kesalahan itu mungkin terhenti setakat itu namun dosa orang
yang menyebarkan cerita tersebut akan berterusan selagi isu itu masih
dibincangkan," katanya mengakhiri bicara.(disesuaikan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan