TB ada terbaca sebuah buku karya Shahnon Ahmad lebih 30 tahun lalu yang menyatakan bahawa permulaan untuk seorang pengarang atau bakal pengarang 'tergoda' mahu menulis novel ialah adanya 'kegatalan' mahu menulis akibat daripada faktor-faktor yang menolak dalam batinnya membusar dalam kalbunya yang meluap-luap mahu coretan pena ditumpahkan di atas kertas (sekarang dalam komputer). Ya, lain orang lain padang, lain orang lain ragam!
Adalah amat bermanfaat jika penulis memiliki asas ilmu bantu pengetahuan sastera sama ada pengetahuan dasar ataupun berilmu sastera tulen.Paling minimum penulis bijak dan tahu mengaplikasi dan memanipulasi tema,mesej,bahasa dan gaya bahasa (stilistik), watak dan perwatakan serta teknik penceritaan. Dan amat-amat dihormati andainya penulis tersebut berpengetahuan dalam ilmu teori dan pendekatan kesusasteraan serta kebahasaan. Justeru, penulis boleh melakar dalam mindanya sama ada mahu menggunakan pendekatan psikologi, persejarahan (histografi), kewartawanan baharu (journalisme) dan banyak lagi.
Kita faham, ada penulis zaman silam hanya menulis dan terus menulis apa yang terakam dalam mindanya tanpa memikirkan aspek struktural atau formalistiknya. Begitu juga seperti pemuzik zaman tuk kaduk yang bermain alat muzik secara 'by hard'. Namun keadaan telah berubah. Kita tidak mahu karya yang kosong, hampas dan hambar tidak ada pembangunan jiwa dan kosong dalam memberi pengetahun yang membangun kalbu insani dan kehebatan manusiawi.lnilah yang terjadi kepada hampir 85% buku-buku fiksyen di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baharu-baharu ini yang mengetengahkan 'TSUNAMI NOVEL POP' yang mengandungi mesej yang hampas! Maaf, TB tidak berhasrat mahu mengupaskan dalam blog kali ini.lnsya-Allah pada waktu lain. Sebenarnya gejala novel-novel pop pernah melanda dalam perkembangan kesusasteraan lndonesia pada tahun-tahun 1990-an lalu.
Berbalik kepada permulaan menulis novel, kata Shahnon lagi; penulis/pengarang mestilah ada rasa sensitivi dalam dirinya sama ada disebabkan persekitaran hidupnya, kehidupan yang melakarinya, beban hidupnya sehinggalah termasuklah lagu-lagu yang boleh menceritakan kisah hidupnya atau yang boleh membuahkan inspirasi. Ah, untuk permulaan ini, TB sudah ada 'mood' kembali apabila 'diusik nostalgik' dengan lagu-lagu yang memberangsangkan motivasi TB seperti berikut:
1. Selamat tinggal bungaku
2.Mimpi yang tak sudah
3.lstana menanti
4.Biarku menjadi lilin
5.Suratan atau kebetulan
6.Aku jambatan buatmu
7.Ayat-ayat cinta
8.Dealova
9.Pamitan
TB: Apa kata jika ada pembaca mendengar semua lagu itu, sila berikan cadangan 2 tajuk/judul cadangan untuk novel TB yang mahu TB tulis/karangi. Ada hadiah misteri menanti jika ada judul yang terbaik dan bertepatan! Silakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan