TB suka memetik pendapat Anrew Matthews bahawa hidup tidak perlu sentiasa pedih dan sedih.Namun katanya; kepedihan tetap menjadi sebab mengapa kita boleh berubah.Bahkan kedapatan sehingga kita berasa pedeih yang mendalam, kita masih lagi boleh bersikap berpura-pura menutup kepedihan dengan ego kita sendiri;"aku masih serba ada.."
Dan apabila keadaan sudah amat memedihkan dengan kesepian dan ketakutan yang kian banyak menyelubungi diri kita baharulah kita dapat memberi jawapan dan bersikap terbuka. Justeru, kepedihan membuatkan kita menjadi serius tentang kewujudan dan permasalahan yang melingkari kehidupan ini.
Dalam erti kata lain, kita juga dituntut agar bersikap sabar dan bijaksana memahami kepedihan yang dideritai oleh orang lain.Misalnya apabila kita melihat sahabat kita Kamal, dan kita berkata," Jatuh bangkrap atau muflis adalah suatu pengalaman yang banyak mengajarnya." Kita melihat Shazlina pula dan lalu berkata,"Penceraian membantunya berdiri atas kaki sendiri." . berdasar kes-kes tersebut, kita semua bersetuju: "Cabaran menjadi kita semua lebih gigih."
Namun apabila kita sendiri menghadapi sendiri cabaran itu, mengapakah kita sendiri tidak gigih menyambutnya atau menghadapinya?. Bahkan kita sendiri akan berkata atau mengeluh;" Ya Tuhanku mengapa cabaran yang perit menimpa diriku?", "Ya Tuhanku mengapa Engkau tidak memberi cabaran yang mudah dan selesa?" Walhal sebenarnya, cabaran itu tidak pernah selesa!
Hayati petikan kata-kata puitis Joseph Campbell di bawah:
"Hanya dengan turun ke jurang derita
kita dapat memungut semula permata hidup
Di mana kau tersandung jatuh
di situlah letaknya permata kesayanganmu.
Gua yang kau takut memasukinya
rupa-rupanya adalah tempat wujudnya
apa yang kaucari itu."
TB: Setiap orang yang muncul dalam hidup anda adalah guru. Seandainya mereka menyakiti hati anda, mereka tetap mengajar anda tentang batas-batas anda.Apatah lagi kita sedia maklumi guru tidak sentiasa disukai oleh murid-murid.
Kepada rakan seperjuangan TB; Dr Haji Abdullah Awang Lampoh Timbalan Ra'es/Rektor KUPU Seri Begawan,Brunei Darussalam , En.Mohd Nor Ghani, Pengarah Pendidikan JPend.Johor, dan Dr Haji Ali Mahmood, Timbalan Pengarah IPGM (KBM),Lembah Pantai,Kuala Lumpur yang baharu menempuh alam persaraan perkhidmatan awam, TB alu-alukan dengan doa sejahtera dan berbahagia.Kepada sahabat yang akan menyusul bersara, hadapilah kehidupan mendatang ini dengan penuh ceria dan menyeronokan. (TB).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan