MAAF, tidak terlambat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada Sdr Norizan bin Kulob (Tuan Haji Norizan bin Kulob) (Dato'?) sahabat lama saya yang saya tidak temui beliau sejak 40 tahun yang lampau! Entah kenapa, mengapa malam tadi saya mimpikan beliau. Kemungkinan sejak kebelakangan ini, apabila saya siap menulis buku memoir saya, kenangan dan peristiwa serta wajah sahabat-sahabat lama silih berganti memutar dalam mimpi dan tidur saya. lni membuatkan setiap peristiwa dan memori tersebut terasa baharu dan segar dalamj ingatan. Barangkali.
Tahun 2015, tahun hadapan adalah tahun bermulanya rakan-rakan sepersekolahan saya yang sekelas dan tahun kelahiran yang sama akan memulakan bersara wajib.Antaranya, Cikgu Abu Hassan Harun (Gred 54) guru kanan ekonomi di sebuah sekolah di Johor, Haji Burhan Amin,( Pengurus Besar Perbadanan lslam Negeri Johor), Haji Ghazali Hamzah (PPD, Shah Alam), Haji Norizan Kulob (Timbalan SUK Negeri Johor) dan lain-lain lagi. Namun ada di antara rakan saya yang telah bersara lebih awal lagi dengan pelbagai alasan peribadi.
Tuan Haji Norizan bin Kulob ialah rakan sekelas saya dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam. Orangnya sederhana, pendiam tetapi seorang pemikir. Siapa sangka beliau boleh berjaya sebagai pentadbir.Saya hanya menerima berita perkembangan kejayaannya daripada cerita kawan-kawannya dan daripada maklumat ICT. Maaf, kerana menggunakan nama sdr sebagai judul tulisan pendek saya ini sebagai memudahkan enjin carian mengesani komunikasi ini.
Dikhabarkan sahabat saya ini telah bertugas banyak tempat dalam perkhidmatan awam Negeri Johor sebagai YDP Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah di Mersing, Kota Tinggi dan lain-lain lagi.Bukan tujuan saya mahu menulis latar diri beliau. Tetapi tujuan saya hanya mahu mengesan jejak sahabat yang terlalu lama saya tidak temui. Semoga suatu hari, kemungkinan setelah bersara, dapatlah kita mengadakan 'reunion' mengisi masa terluang dan hidup bersemangat dengan obor wira walaupun sesudah bersara!
TB: Boleh SMS sahaja ke talian hp: 0192465103.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan