| Penulis Di Pasar Tamu Kianggeh, Bandar Seri Begawan |
PASAR Kianggeh bukan sahaja terdapat pelbagai jenis hasil pertanian,sayur-mayur,barangan keperluan dapur,berbagai-bagai jenis makanan tradisional bahkan bermacam-macam cita rasa yang menjadi idaman termasuk herba tempatan.Yang menariknya purata harganya sederhana,tidak mahal bahkan harganya semurah sehingga 50sen wang Brunei bagi selonggok sayur-sayuran.
Kesibukannya kian terasa sewal pagi dengan pemandangan hilir-mudik bot-bot laju yang melalui terusan bagai terusan Kota Venice ltaly.Terusan ini terus menuju ke muara sungai yang luas terbentang ke beberapa buah kampung air yang menghadap Laut China Selatan.
Pasar Tamu Kianggeh yang berada di persisian degup jantung Bandar Seri Begawan,Negara Brunei Darussalam terus hidup segar meniti setiap pagi yang mana setiap pengunjung tidak jemu bertandang untuk membeli-belah barangan keperluan yang dingini dan diidamkan.TB yang kini berada di Negara Brunei Darussalam setiap Ahad akan merasakan Pasar Kianggeh bagai pengubat rindu di kejauhan sang perantau.


Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pemerhatian daripada trailer filem tersebut menunjukkan bahawa Tanda Putera boleh "membakar api perkauman".
Satu foto publisiti filem di Facebook rasminya juga mencetus kontoversi sebelum ini kerana mendakwa pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang kencing di tiang bendera di depan kediaman menteri besar Selangor.