Salam Perjuangan

30 Julai 2010

TANGKAP! TANGKAP! JANGAN TAK TANGKAP

TIUB dah mula bocor sana sini.Bekas Presiden MCA,Ling Liong Sik dilaporkan didakwa di mahkamah kerana menghadapi pertuduhan  rasuah dan menipu Kerajaan Malaysia.Kita sama-sama tunggu hari-hari perbicaraan akan datang,kes berprofil tinggi ini.Sebenarnya mengheret mereka yang rasuah,penyalahgunaan kuasa, pengkhianatan, penipuan dan pecah amanah ini tidak kira siapa. Bukan mereka yang daripada parti komponen BN sahaja tapi juga daripada komponen parti pembangkang. Ya, tidak mengira bangsa,kaum,suku-sakat,agama atau apa jua latar.Bahkan pegawai kanan kerajaan kumpulan Jusa tidak terlepas daripada pendakwaan jika ada sabitan. Zaman mendakwa prebet,konstabel,PAR, pak-pak pacak dan pemegang tombak sahaja sudah berakhir.Ha..ha..ha..Tangkap,tangkap,jangan tak tangkap!!! -TB

Tiada ulasan: