Ustazah Dr. Hajah Mahnessa A.Kadir memperoleh ijazah PhD dalam bidang dakwah dan kepimpinan daripada Fakulti Pengajian lslam UKM,Bangi,Malaysia. Beliau
berpengalaman menjalani kerja lapangan dakwah di perkampungan Orang Asli
dalam daerah Gua Musang, Kelantan.
Beliau memperoleh ijazah Sarjana
Agama (S.A) dalam bidang Usuluddin di jurusan Akidah dan Falsafah lslam daripada
Universiti Negeri Imam Bonjol, Padang, lndonesia dan Sarjana Pendidikan
(M.Ed.) dalam bidang kaunseling lslam di Fakulti Pendidikan UKM.
Sebelum itu,
beliau juga memperoleh Diploma Pendidikan KPLI ( kepujian) daripada
Maktab Perguruan lslam,Bangi. Beliau bertugas sebagai pensyarah kanan dan
mantan ketua kursus/program di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Tulisan-tulisan beliau termuat dalam Jurnal Pengajian lslam dan akhbar-akhbar arus perdana. Antara buku beliau yang telah diterbitkan ialah lslam Sains Teknologi & Kejuruteraan (2016, Penerbitan Awan Prima).