Salam Perjuangan

17 Ogos 2011

TUANKU NUR ZAHIRAH PERMAISURI AGONG : MENGENALI KELUARGA TUANKU


To' Puan Seri bersama anak bongsunya Adib Luqman. Sekilas pandang ingatkan Tuanku Nur Zahirah ?


Menurut To' Puan Seri semasa wawancara dengan majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Februari 2009, Tuanku Nur Zahirah semasa kecilnya merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah memberikan masalah. Memandangkan beliau seorang ibu yang garang dan tegas dalam membesar dan mendidik anak-anak, Tuanku Nur Zahirah selalu memberitahu kawan-kawannya bahawa "mama saya garang tau".

Walau bagaimanapun To' Puan Seri memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk memilih kerjaya mengikut minat masing-masing. Mengenai hubungan dengan saudara mara setelah bergelar Raja Permaisuri Agong, To' Puan memaklumkan bahawa Tuanku Nur Zahirah jarang dapat bersama untuk majlis keraian bersama  keluarga memandangkan Tuanku sibuk dengan tugas-tugas rasmi .Cuma sekali -sekali jika jadual Tuanku tidak padat, baginda akan turut serta.

Kehidupan To' Puan Seri juga mengalami perubahan ketara setelah puterinya bergelar Raja Permaisuri Agong. Jadual harian beliau begitu padat kerana mengiringi Tuanku Nur Zahirah untuk lawatan dan majlis rasmi di samping melaksanakan aktiviti kebajikan bersama Tuanku Nur Zahirah.

Waktu untuk keluarga adalah terhad dan To' Puan Seri akan memastikan waktu terluang yang ada akan dimanfaatkan sebaik mungkin bersama keluarganya. To' Puan Seri amat bershukur ke hadirat Allah S.W.T. atas segala rezeki yang dikurniakan kepada beliau dan keluarga dan berdoa agar kasih sayang sayang mereka sekeluarga dirahmati Allah S.W.T.(sumber: MBS.blogspot.com)

Tiada ulasan: