kematian itu pasti
pinta kepada-Mu llahi
dalam aku sendiri
sepi pagi di rumah-Mu
biarlah pemergianku
dalam tenang begini
tidak siapapun
mahu pergi jauh
buat selamanya
kerana seperti kalian
perjuanganku berbaki
belum selesai lagi
bilakah titik temu
ke garisan qadar
ketika dinihari itu
di putar mimpi-mimpi
medan dan pentas
datang dan pergi
suara bisikan itu
di rumah suci ini
bagai bujukan syurgawi
yang pernah kurindui
namun doaku pasrah
aku mahu hidup
seribu tahun lagi!
RAJIEE HADI
Masjid Al-Mustaqim, BSP, Bangi.
14 Jun 2017.
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.


15 Jun 2017
PUISI : DETIK WAKTU
bilakah waktu
akan berangkat
meninggalkan kemanisan
melupakan kepahitan
kehidupan duniawi
di hadapan gua
pedih gelita
kilauan purnama
tidak pasti
bilakah waktu
akan berangkat
di hadapan pulau
getir samudera
kita ke sana nanti
titian mustaqim
menghitung amal
mustajab ibadah
saratkah bekalan
bilakah waktu
akan berangkat
kita tidak pasti
beduk bergema lagi
azan masih kumandang
kokokan terus berbunyi
peluit terus dinanti
di landasan kian sepi
kita terus menanti...
RAJIEE HADI,
Bangi, SDE.
12 JUN 2017.
akan berangkat
meninggalkan kemanisan
melupakan kepahitan
kehidupan duniawi
di hadapan gua
pedih gelita
kilauan purnama
tidak pasti
bilakah waktu
akan berangkat
di hadapan pulau
getir samudera
kita ke sana nanti
titian mustaqim
menghitung amal
mustajab ibadah
saratkah bekalan
bilakah waktu
akan berangkat
kita tidak pasti
beduk bergema lagi
azan masih kumandang
kokokan terus berbunyi
peluit terus dinanti
di landasan kian sepi
kita terus menanti...
RAJIEE HADI,
Bangi, SDE.
12 JUN 2017.
02 Jun 2017
Puisi: AKU JUA
luka itu bara
bara itu nestapa
nestapa itu sengsara
sengsara itu derita
derita itu jiwa
jiwa itu aku jua
resah itu gundah
gundah itu gelisah
gelisah itu panah
panah itu lara
lara itu sukma
sukma itu aku jua
istiqamah itu hikmah
hikmah itu mawaddah
mawaddah itu batini
batini itu kalbu
kalbu itu syurgawi
syurgawi itu aku jua.
RAJIEE HADI,
Bandar Baharu Nilai - Bandar Bukit Mahkota,
5 Jun 2017.
bara itu nestapa
nestapa itu sengsara
sengsara itu derita
derita itu jiwa
jiwa itu aku jua
resah itu gundah
gundah itu gelisah
gelisah itu panah
panah itu lara
lara itu sukma
sukma itu aku jua
istiqamah itu hikmah
hikmah itu mawaddah
mawaddah itu batini
batini itu kalbu
kalbu itu syurgawi
syurgawi itu aku jua.
RAJIEE HADI,
Bandar Baharu Nilai - Bandar Bukit Mahkota,
5 Jun 2017.
31 Mei 2017
07 Mei 2017
TIRAI MALAM
Judul Buku: TIRAI MALAM
Genre: Antologi
Cerpen Perseorangan
Tahun
Terbitan: 1984 (Cetakan Pertama)
Penerbit: Penerbitan
Tra-Tra, Kuala Lumpur.
Hak Cipta: Rajiee Hadi
ISBN: 967-939-060-8
Harga: SM 4.00
S&S: RM 4.50
Muka Surat: 82 Halaman
Antologi Cerpen TIRAI MALAM memuatkan dua belas (12) buah cerpen pilihan karya RAJIEE HADI pada dekad 1970-an dan awal 1980-an yang mengungkapkan persoalan kasih sayang, kerinduan, tanggung jawab, kembara anak muda dan semangat perjuangan dalam cita-cita dan kerjaya. Pengarang dengan olahan inspirasi telah menzahirkan aspirasinya demi masa hadapan yang penuh harapan. Pada keseluruhannya cerpen yang termuat dalam antologi ini pernah disiarkan dalam akhbar/majalah arus perdana tanah air seperti Berita Harian/Berita Minggu, Utusan Malaysia,Watan, Dewi, Penghibur, Jelita, Selekta, Aktual & URTV,
PENANTIAN: HARMONI
LEGENDA HIT: ALLEYCATS
Judul Buku: TIRAI MALAM
Genre: Antologi
Cerpen Perseorangan
Tahun
Terbitan: 1984 (Cetakan Pertama)
Penerbit: Penerbitan
Tra-Tra, Kuala Lumpur.
Hak Cipta: Rajiee Hadi
ISBN: 967-939-060-8
Harga: SM 4.00
S&S: RM 4.50
Muka Surat: 82 Halaman
Antologi Cerpen TIRAI MALAM memuatkan dua belas (12) buah cerpen pilihan karya RAJIEE HADI pada dekad 1970-an dan awal 1980-an yang mengungkapkan persoalan kasih sayang, kerinduan, tanggung jawab, kembara anak muda dan semangat perjuangan dalam cita-cita dan kerjaya. Pengarang dengan olahan inspirasi telah menzahirkan aspirasinya demi masa hadapan yang penuh harapan. Pada keseluruhannya cerpen yang termuat dalam antologi ini pernah disiarkan dalam akhbar/majalah arus perdana tanah air seperti Berita Harian/Berita Minggu, Utusan Malaysia,Watan, Dewi, Penghibur, Jelita, Selekta, Aktual & URTV,
Antologi Cerpen TIRAI MALAM memuatkan dua belas (12) buah cerpen pilihan karya RAJIEE HADI pada dekad 1970-an dan awal 1980-an yang mengungkapkan persoalan kasih sayang, kerinduan, tanggung jawab, kembara anak muda dan semangat perjuangan dalam cita-cita dan kerjaya. Pengarang dengan olahan inspirasi telah menzahirkan aspirasinya demi masa hadapan yang penuh harapan. Pada keseluruhannya cerpen yang termuat dalam antologi ini pernah disiarkan dalam akhbar/majalah arus perdana tanah air seperti Berita Harian/Berita Minggu, Utusan Malaysia,Watan, Dewi, Penghibur, Jelita, Selekta, Aktual & URTV,
PENANTIAN: HARMONI
LEGENDA HIT: ALLEYCATS
04 Mei 2017
CINTA ARAFAH
CINTA ARAFAH ( Penerbit Dwiwangsa Publications & Distributors, cetakan pertama2003, cetakan kedua 2010) sebuah kumpulan puisi pilihan penyair Rajiee Hadi yang mengandung 101 buah koleksi puisi sekitar 1980-2002 yang memanipulasi bait-bait kata yang puitis dan prosaik bagi melakarkan sebuah perjuangan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Tuhan (al-Khaliq).Penyair merakamkan puisi-puisi yang dihasilkan dedikasi kepada para pejuang yang menegakkan keadilan dan kemanusiaan sejagat khususnya takzim kasih buat insan tabah yang mengerti dan memahami hati dan jiwa penyair; baik dalam belai mahupun dalam badai.Rata-ratanya puisi yang termuat telah disiarkan dalam majalah-majalah dan akhbar-akhbar terkemuka tanah air seperti Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Al lslam, Mastika,Berita Minggu,Mingguan Malaysia dan lain-lain lagi termasuk Fikiran Rakyat (lndonesia) dan Nino Bagus (Bandung, lndonesia). Dengan tinta penyair mencipta idealismenya melalui karya-karyanya dengan nawaitu kerana Rabbulamin, estetika seni dan perjuangan kemanusiaan sejagat diharapkan usaha ini memperoleh keberkatan dan nikmat Allah S.W.T jua.
03 Mei 2017
puisi: DUKA MEI
bukan sahaja mendung
gerhana tanah airku
berbayang merah pelangi
di ufuk fajar mentari duka
bumi yang kian merekah
merintih hari dilewati
bukan sahaja mendung
peta berselubung suram
hitam sejarah tercatat
tanah semenanjung terpalit
darah,nanah & air mata
yang kian dilupa & alpa
bukan sahaja mendung
kampung berputar peristiwa
tanah kelahiran tercinta
ladang konglomerat di bumi interlok
di situ kita membesar minda
tanpa prasangka setia
bukan sahaja mendung
watan agenda pascamerdeka
saling berebut harta & kuasa
tanpa peduli marhaen sengsara
di kota desa kini dalam bara
hanya di rimbakah tiada sengketa
bukan sahaja mendung
bahkan aku bagaikan jambatan
buatmu sampai ke seberang
begitu mudah engkau melupai
tanah,air,pepohon yang menaungi
duka mei mimpi tidak kesampaian!
RAJIEE HADI,
Putra Mahkota, Bangi.
3 Mei 2017.
gerhana tanah airku
berbayang merah pelangi
di ufuk fajar mentari duka
bumi yang kian merekah
merintih hari dilewati
bukan sahaja mendung
peta berselubung suram
hitam sejarah tercatat
tanah semenanjung terpalit
darah,nanah & air mata
yang kian dilupa & alpa
bukan sahaja mendung
kampung berputar peristiwa
tanah kelahiran tercinta
ladang konglomerat di bumi interlok
di situ kita membesar minda
tanpa prasangka setia
bukan sahaja mendung
watan agenda pascamerdeka
saling berebut harta & kuasa
tanpa peduli marhaen sengsara
di kota desa kini dalam bara
hanya di rimbakah tiada sengketa
bukan sahaja mendung
bahkan aku bagaikan jambatan
buatmu sampai ke seberang
begitu mudah engkau melupai
tanah,air,pepohon yang menaungi
duka mei mimpi tidak kesampaian!
RAJIEE HADI,
Putra Mahkota, Bangi.
3 Mei 2017.
26 April 2017
DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
Judul Buku : DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
Genre : Antologi Puisi Patriotisme (Malay Poetry)
Terbitan : Penerbitan Awan Prima.
Cetakan 1 : 2015
Tebal/Hlmn.: 154 Muka Surat.
Karya : RAJIEE HADI
ISBN : 978-967-13275-1-7
Harga : SM: RM25.00/ S&S: RM28.00/ NBDS:BD11.00/S'PURA: SD11.00.
".....perjalanan semusim
bermusim dan bermukim
di celahan mendung
ada kesakitan
yang tidak diundang
namun ada keriangan
yang terus mendatang....."
(Rajiee Hadi)
22 April 2017
Puisi: KUASA
yang belum berkuasa
merintih hiba di desa
yang semasa berkuasa
sibuk agenda ke sini sana
yang tiada kuasa hanya
terdaya dengan caranya
yang sudah hilang kuasa
hanya sepi tatkala bersara
yang gila kuasa
iblis terus berseloka
sentiasa berbisik merajalela!
DR HAJI RAJIEE HADI,
Nilai, Malaysia.
20 April 2017.
merintih hiba di desa
yang semasa berkuasa
sibuk agenda ke sini sana
yang tiada kuasa hanya
terdaya dengan caranya
yang sudah hilang kuasa
hanya sepi tatkala bersara
yang gila kuasa
iblis terus berseloka
sentiasa berbisik merajalela!
DR HAJI RAJIEE HADI,
Nilai, Malaysia.
20 April 2017.
19 April 2017
Puisi: SAJAK DINIHARI
tidak kupinta
dia bertandang hiba
mencurahkan segala rasa
batini terseka
kehidupan silamnya
tidak tercerna
tidak kumahu
berkongsi lara
kerana deritaku
menjadi sejarah
mimpi-mimpi ngeri
mengganggu tidurku
tidak kusudi
melukis hikayat
kisah sengsara
simpati bergema
empati membara
kanvas berdarah luka
tidak kuimpikan
dia berkunjung lagi
menyelak lebaran
cerita air mata
bayangan mendatang
aku di selokan nestapa!
RAJIEE HADI,
Bukit Mahkota, Bangi.
19 April 2017.
dia bertandang hiba
mencurahkan segala rasa
batini terseka
kehidupan silamnya
tidak tercerna
tidak kumahu
berkongsi lara
kerana deritaku
menjadi sejarah
mimpi-mimpi ngeri
mengganggu tidurku
tidak kusudi
melukis hikayat
kisah sengsara
simpati bergema
empati membara
kanvas berdarah luka
tidak kuimpikan
dia berkunjung lagi
menyelak lebaran
cerita air mata
bayangan mendatang
aku di selokan nestapa!
RAJIEE HADI,
Bukit Mahkota, Bangi.
19 April 2017.
18 April 2017
Selamat Sejahtera Bulan Rejab, Syaaban & Ramadan
SUDAH agak lama TB tidak bersiaran. Namun isu-isu dalam negara tetap TB ikuti. Doakan pada bulan-bulan yang mulia dan seterusnya kita sama-sama bermunajat agar TB dalam sihat walafiat zahir & batin dalam lindungan-Nya. Semoga TB diberikan kekuatan taufik dan hidayah menghadapi segala ujian-ujian duniawi baik dalam belai mahupun dalam badai dengan semangat kental tidak berundur dan berpatah hati demi suatu perjuangan.
Salam perjuangan!
Salam perjuangan!
20 Oktober 2016
RUMPUN MELAYU
![]() |
| Gadis Sunda |
![]() |
| Gadis Jawa |
![]() |
| Gadis Aceh |
![]() |
| Gadis Bugis |
![]() |
| Gadis Minang |
![]() |
| Gadis Banjar |
![]() |
| Gadis Dayak |
![]() |
| Gadis Melayu Brunei |
![]() |
| Gadis Dusun |
10 Oktober 2016
POLIGAMI ADALAH TEMAN SEJEMAAH
oleh SYEIKH AL- LATIS
APAKAH yang perlu dilakukan oleh seorang isteri termasuk si suami sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin lagi;bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk menerima kedatangan bakal isteri kedua,ketiga atau keempat sang suami dalam satu-satu masa..Alangkah bertuahnya sang isteri, suami yang jujur menyatakan hasrat berterus terang sebelum pernikahan itu terjadi. lnilah sikap "lelaki sejati" yang kebanyakannya wanita terlepas pandang.
Bagaimanakah sikap isteri dalam menerima kedatangan 'madu' ini? Bagi sesetengah isteri, kedatangan ‘orang baharu’ itu dinanti dengan dada berdebar-debar, dan ketika itu mulalah ia tidak lalu makan, tidak lena tidur (tidak semua) dan memikirkan perkara yang bukan- bukan atau sentiasa ditayangkan bayang-bayang palsu yang ditayangkan oleh para iblis syaitan laknatullah itu yang bertujuan menimbulkan perselisihan,perbalahan,perpecahan,persengketaan dan api cemburu melampau yang membara.
“Mungkin aku dah tidak secantik seperti dahulu…. Dah tak mengghairahkan lagi…Dah tua...”Dan pelbagai persoalan seumpamanya bermain-main dalam kotak fikiran. Sesungguhnya Allah turunkan ayat mengharuskan poligami, jauh sekali hendak menganiayai kaum wanita. Sebenarnya, poligami adalah medan perjuangan yang besar untuk menundukkan hawa nafsu dalam diri wanita itu sendiri. Ketika itulah nafsu akan tertekan. Dan amat bersyukurlah jika kita sentiasa diberikan hidayah dan pintu taubat oleh Allah SWT.
Bermadu (istilah budaya Melayu/Nusantara) terasa menyakitkan kerana nafsu meronta-ronta minta diturutkan kehendaknya. Sekiranya kita berjaya menundukkannya, baharulah datangnya nikmat bermadu. Dan bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu, merintih dan menangis di hadapan Allah SWT. Oleh itu mereka yang bersama-sama teman sejemaah itu bukan semata-mata kerana nafsu seks semata-mata. Walaupun hubungan lahiri dan batini adalah wajib bagi melempiaskan pelbagai rasa kasih sayang,kerinduan dan kebertanggungjawaban namun ini adalah salah satu perjuangan. Perjuangan menguji kepemimpinan, daya tahan mental dan stamina kesihatan diri, kemahiran komunikasi dan keibubapaan dan seumpamanya adalah ciri-ciri lelaki sejati sebagai suami/bapa (imam) dan pemimpin atau pengurus dalam rumah tangga.
![]() |
| Tiga isteri sedang bermusyawarah & bersilaturahim berbincang demi kebaikan bersama (Gambar hiasan). |
Bermadu (istilah budaya Melayu/Nusantara) terasa menyakitkan kerana nafsu meronta-ronta minta diturutkan kehendaknya. Sekiranya kita berjaya menundukkannya, baharulah datangnya nikmat bermadu. Dan bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu, merintih dan menangis di hadapan Allah SWT. Oleh itu mereka yang bersama-sama teman sejemaah itu bukan semata-mata kerana nafsu seks semata-mata. Walaupun hubungan lahiri dan batini adalah wajib bagi melempiaskan pelbagai rasa kasih sayang,kerinduan dan kebertanggungjawaban namun ini adalah salah satu perjuangan. Perjuangan menguji kepemimpinan, daya tahan mental dan stamina kesihatan diri, kemahiran komunikasi dan keibubapaan dan seumpamanya adalah ciri-ciri lelaki sejati sebagai suami/bapa (imam) dan pemimpin atau pengurus dalam rumah tangga.
Kita akan menangis, bukan kerana kesal berpoligami tetapi kerana kesal memandangkan selama ini kita lalai dengan nikmat Allah di sebalik tabir kehidupan ini sehingga Allah menarik nikmat itu sedikit demi sedikit, untuk diberikan kepada kita di akhirat kelak. Dalam menerima kedatangan madu yang merupakan orang baharu dalam keluarga, isteri hendaklah berlapang dada. Sebab itu, jika kita mengutamakan nikmat dan keutamaan akhirat maka kita akan dapat nikmat dan keutamaan dunia jua. Percaya dan yakinlah.
Kebanyakan ‘orang baharu’ ini kurang tahu akan dunia rumah tangga yang baru dimasukinya. Isteri pertamalah yang perlu mendidik 'teman jemaahnya' (madunya) dalam soal ini. Contohnya, dia memberitahu madunya mengenai kesukaan suami mereka, mengenai penjagaan pakaian suami, masakan kegemaran suami, dan yang lebih penting bagaimana untuk ‘tackle’ masalah suami. Mereka juga boleh merancang percutian bersama dan bantu membantu dan tolong menolong dalam penjagaan/pengasuhan anak-anak dan apa jua jika ada situasi kecemasan.
Perkara ini memang sulit untuk dipraktikkan kerana adakalanya isteri pertama khuatir madunya akan mengatasi dirinya (tidak semua berfikiran begitu). Sikap ini tidak sepatutnya ada. Sebaliknya, fikirkanlah bagaimana untuk berganding bahu menghiburkan suami agar perjuangan suami di luar rumah berjalan lancar. Jika umpamanya kita tidak mampu memainkan peranan untuk membantu perjuangan suami, biarlah madu kita mengambil peranan itu. Pokoknya wujudkan situasi kebersamaan dalam beberapa situasi. Dan wujud jua suasana 'privacy" dalam sesuatu masa yang tertentu demi mencipta kehidupan peribadi dengan suami yang dikasihi.
Yang penting, isteri-isteri yang bersama dalam kehidupan dengan suami yang sama ini akan dapat saling membantu, saling menyayangi, saling menghormati, saling memahami dan saling mengasihi untuk memberi hiburan kepada suami dan anak-anak daripada suami/ayah yang sama. Inilah yang dikatakan cinta suami kerana Allah. Bagaimana sekiranya isteri pertama,kedua,ketiga dan keempat kurang bijak dalam sesuatu perkara manakala teman jemaahnya pula lebih tahu serba sedikit urusan rumah tangga? Dalam hal ini, isteri pertama perlulah mempunyai sifat tawaduk dan berfikiran terbuka.Konsep dan formula menerima pandangan teman sejemaah yang terbaik secara musyawarah adalah sikap terbuka yang terbaik demi untuk kebaikan rumah tangga mereka.Sebenarnya adalah lebih baik tidak mengkategorikan/mengklasifikasikan isteri-isteri dengan digit/nombor. Lebih baik sebut 'isteri-isteri' . Dan anak-anak yang berbapakan sama tentu seronok dan tidak rasa keterasingan dan kejanggalan jika dari bayi/kanak-kanak mereka telah ada 1.lbu 2.Ummi 3.lbu 4.Mama atau seterusnya mami,emak,ma, dan sebagainya.
Yang penting, jagalah hati teman sejemaah. Ketika memberi pandangan, jangan sekali-kali memperlihatkan kelemahan si ‘kakak/adik”. Dalam banyak hal, isteri-isteri hendaklah bersikap seperti murid/freshie kerana dia adalah orang yang baharu hendak mengenali ahli keluarga suaminya. Jangan sekali-kali bersikap ego apabila si ‘kakak adik’ memberi nasihat. Merendah dirilah dengan banyak bertanya walaupun banyak yang kita telah tahu. Ini akan menimbulkan kemesraan.
Sekiranya kita nampak sesuatu kelemahan atau kesalahan pada ‘kakak adik’ kita, cubalah betulkan secara berhikmah kerana ada isteri biasanya sangat sensitif dengan setiap perkataan dan perbuatan teman sejemaahnya. Jagalah hati masing-masing. Sesama teman sejemaah hendaklah sentiasa bertolak ansur. Sekiranya madu kita payah hendak bertolak ansur atau beralah, kitalah yang perlu bermujahadah. Carilah jalan yang boleh melembutkan dan memikatkan hati dengan cara yang positif. Misalnya,hadiahilah dia dengan sesuatu yang disukainya apabila berpergian, pergi bercuti atau ke luar kawasan. Namun semuanya bergantung kesesuaian bukan kemestian.
Ini memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.Namun manalah tahu, berkat kesabaran kehidupan keluarga yang berpoligami akan lebih dimurahi rezeki dan diberkati serta diberikan rahmat yang berlipat ganda daripada Allah SWT.. Isteri-isteri yang berpoligami sebenarnya tidak dapat lari daripada dilanda sifat resah negatif, cemburu melampau ,pemarah atau buruk sangka sesama sendiri. Kendatipun tidak semua. Apa yang nyata, jika perjalanan awal telah betul pada landasan, insya-Allah belai lebih banyak dinikmati daripada badai yang memusnahkan impian. Apa yang penting di sini, pandulah perasaan itu mengikut syariat. Untuk membuang terus segala sifat hati yang keji itu agak mustahil. Dengan mengutamakan sentiasa bertasbih dengan kesyukuran dan istigfar' kita boleh membendung dan melontarkan perasaan durjana itu daripada bersarang dalam diri masing-masing.
Kosongkan fikiran kita ketika perasaan itu datang, dan isikan dengan memikirkan kebesaran Allah, tentang nikmat dunia yang tidak kekal, atau tentang mati yang belum tahu bila masanya. Fikirkanlah tentang dosa-dosa yang lalu dan selalu ingatkan bahawa ujian-ujian yang datang ini mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa itu.
Sekiranya sifat-sifat hati yang keji itu dibiarkan subur, kita akan menjadi orang yang kecewa, pemarah tidak bertempat dan selalu menyimpan sakit hati sama ada terhadap sesama teman sejemaah atau terhadap suami.
Justeru, jika kita melayan unsur negatif dalam fikiran dan kehidupan kita jadilah kita orang yang tidak tenang dan gopoh gapah dalam bertindak. Di samping itu, perkuatkan keyakinan bahawa Allah Maha Adil.Denngan ini tidak timbul resah gelisah dengan takdir Tuhan yang menentukan kita bersuamikan suami yang sama.. Banyakkanlah mengingati Allah ketika dilanda perasaan berkecamuk.
Berdoalah kerana ia adalah senjata yang paling ampuh ketika dilanda ujian. “Ya Allah, satukanlah hatiku dan hati maduku.Lembutkanlah hati kami supaya dapat berbaik-baik. Ya Allah, tolonglah aku yang lemah ini……”
Kesimpulannya berserahlah kepada Allah kerana semuanya adalah urusan Allah, yang sudah tentu banyak hikmah dan iktibar daripada-Nya. Daripada Allah kita datang kepada Dia kita kembali. Amin ya Rabbal alamin.
04 September 2016
HARGA RUMAH GILA KERANA POLITIK GILA?
AMAT mengejutkan apabila kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati harga rumah di negara ini sangat tidak mampu dimiliki atau sangat mahal berdasarkan piawaian antarabangsa iaitu 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia.
Pendedahan oleh Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Wardini Mokhzani itu sangat membimbangkan memandangkan jumlah pendapatan bulanan khususnya dalam kalangan orang Melayu tidak seiring dengan peningkatan harga rumah secara mendadak walaupun projek tersebut dibangunkan di sebuah pekan kecil.
Sebagai contoh sebuah rumah teres dua tingkat saiz 20 x 70 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kini dijual dari (minimum) RM328,800 dan harga sebuah rumah teres setingkat saiz yang sama adalah dari (minimum) RM198,800.
Itu harga rumah di Batu kikir, cuba lihat pula projek-projek perumahan di sekitar bandar Seremban yang rata-ratanya rumah dua tingkat bersaiz 20 x 70 atau yang besar sedikit 22 x 80 adalah dalam lingkungan RM400,000 hingga RM700,000 iaitu bergantung kepada lokasi projek.
Dengan harga setinggi itu pemilik rumah terpaksa membayar ansuran bulanan antara RM1,800 sehingga RM2,500 selama 30 tahun. Cuba bayangkan berapakah baki gaji mereka setiap bulan selepas sebahagian besarnya digunakan untuk membayar ansuran rumah, dalam masa sama mereka juga terpaksa melunaskan pinjaman lain seperti kereta, pinjaman peribadi, bil-bil, nafkah keluarga dan persekolahan anak.
Sementara itu, bagi kategori rumah berkembar rata-rata harga yang ditawarkan di Seremban bermula daripada RM700,000 hingga ke jutaan ringgit dan rumah banglo pula kebanyakannya sudah melepasi harga RM1 juta hingga RM2 juta yang sememangnya sukar untuk dimiliki terutama bagi mereka yang berpendapatan sederhana.
Melihat harga rumah di Bandar Baru Bangi yang sebahagian besar penduduknya adalah dalam kalangan orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Peningkatan harga di lokasi ini cukup mendadak sehingga tiada rumah yang berharga RM350,000 ke bawah walaupun rumah tersebut merupakan sebuah rumah lama yang pada asalnya dibeli dalam sekitar RM60,000 sahaja.
Malah seorang rakan penulis yang tinggal di bandar itu memberitahu rumah teres dua tingkat yang didiaminya sekarang jika dinilai kini sudah melebihi RM500,000 berbanding harga asal yang dibeli sebelum ini (10 tahun lepas) cuma sekitar RM170,000.
Beliau turut memaklumkan rata-rata rumah di Bandar Baru Bangi telah mencecah jutaan ringgit terutama bagi kategori rumah berkembar dan banglo. Bagi sebuah rumah berkembar katanya, harganya dalam lingkungan RM1.7 juta yang hanya golongan berada sahaja mampu memilikinya dan jika ditinjau-tinjau berapa jumlah orang Melayu yang tergolong dalam kategori itu?
Sedangkan untuk memiliki sebuah rumah teres dua tingkat berharga melebih RM500,000 pun bukan mudah bahkan terpaksa berkongsi dengan pasangan yang bekerja bagi melayakkan pinjaman dibuat di bank-bank. Apatah lagi dengan syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan terhadap pemohon pinjaman perumahan sebelum kelulusan diberikan.
Bukan mudah untuk membuat pinjaman perumahan ketika ini lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Ada seorang rakan penulis yang berusia sekitar awal 30-an membuat permohonan pinjaman perumahan bersama-sama isterinya, seorang pegawai sebuah badan berkanun untuk memiliki sebuah rumah pertama mereka berharga kira-kira RM400,000 tetapi malangnya ditolak. Jika diperhatikan secara zahir mereka berdua tiada masalah untuk membuat permohonan tersebut tetapi masing-masing tidak pula tahu sebab-sebab permohonan itu ditolak.
Lihat pula projek perumahan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, harga yang ditawarkan bagi penulis tidak akan mampu dimiliki oleh pegawai-pegawai kerajaan apatah lagi kakitangan bawahan kerana terlalu mahal sehingga mencecah jutaan ringgit.
Rata-rata rumah yang dibina di Putrajaya harga minimum yang ditawarkan melebihi RM500,000, itu pun cuma sebuah apartment/ kondominium berkeluasan kira-kira 850 kaki persegi (kps) dan harga sebegitu sukar untuk dimiliki oleh kakitangan serta pegawai kerajaan yang berpendapatan sederhana. Hanya pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada Turus dan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) sahaja yang dilihat mampu memiliki hartanah seumpama itu.
Inilah realiti yang terpaksa dihadapi ekoran harga rumah terlalu mahal. Persoalannya, bagaimana keadaan seperti ini boleh berlaku?
Bercakap kepada Utusan Malaysia baru-baru ini, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin, rata-rata pemaju yang terdiri daripada syarikat-syarikat gergasi tumpuan mereka adalah untuk mengejar keuntungan berbanding menyediakan perumahan mampu milik dan selesa kepada rakyat.
“Sedangkan kos bagi membina sebuah rumah yang dijual pada harga RM200,000 hanyalah separuh daripada itu namun para pemaju sesuka hati menaikkan harga bagi memastikan mereka mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda,” ujarnya.
Pandangan yang dilontarkan oleh Amir Hussin ini tidak harus dipandang sepi kerana kerakusan pemaju-pemaju demi mengejar keuntungan semata-mata telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
Menyentuh isu sama Pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Ir. Datuk Dr. Muhyiddin Ramli menekankan berhubung keperluan menggubal undang-undang yang dapat mengawal harga rumah secepat mungkin supaya golongan berpendapatan rendah dan sederhana berpeluang memiliki kediaman sendiri.
Kata Muhyiddin, akta itu penting bagi membantu kerajaan menangani kenaikan harga rumah yang semakin melampau. Meskipun katanya, terdapat polisi yang menetapkan setiap projek perumahan perlu terdiri daripada 30 peratus kediaman kos rendah dan mampu milik namum polisi itu tidak mampu menangani isu kenaikan harga rumah kerana ia hanya berbentuk garis panduan.
“Ada pemaju yang sanggup tidak mengikut polisi walaupun terpaksa membayar penalti kerana keuntungan yang diperoleh mereka cukup tinggi,” kata Muhyiddin lagi.
Pandangan ini cukup berasas dan sesuatu perlu dilakukan terutama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang kenaikan rumah melampau daripada terus berlaku.
Apa pun langkah kerajaan membina sejuta rumah mampu milik (harga RM300,000 dan ke bawah juga berdasarkan lokasi) khusus untuk golongan sasar sehingga tahun 2018 adalah amat dialu-alukan. Antara Januari 2013 hingga Jun lalu sebanyak 17.1 peratus atau 194,456 rumah mampu milik siap dibina, diikuti 15.7 peratus atau 178,922 unit rumah masih dalam pembinaan dan 30.7 peratus atau 349,631 unit rumah pelbagai kini di peringkat perancangan.
Bagi golongan berpendapatan rendah pula mereka layak memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah-rumah murah yang dibina oleh kerajaan-kerajaan negeri. Perlu juga dipastikan hanya permohonan golongan sasar dan mereka yang berkelayakan sahaja diterima berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jangan nanti golongan yang mahu membuat keuntungan diberikan pemilikan rumah seperti itu melalui pelbagai cara sama ada sah atau tidak dan jika itu yang berlaku sudah tentu amat mengecewakan.
Sekiranya isu ini tidak diambil perhatian, masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat negara ini akan terus berlarutan dan paling malang sekali apabila generasi akan datang menjadi mangsa.
Tidak dapat dibayangkan berapakah harga rumah dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang dengan berdasarkan kepada harga rumah sekarang. Mungkin sebuah apartment di Seremban boleh mencecah RM700,000 hingga RM 1juta. Mungkin pada masa itu kategori rumah teres sahaja melebihi RM1 juta manakala harga sebuah rumah berkembar dan banglo tidak tergambar pula harganya. Sehubungan itu langkah memperkenalkan satu undang-undang yang mampu mengekang kenaikan rumah secara melampau adalah antara pilihan yang terbaik. (sumber: UM, 1 September, 2016, saifulizam Mohamad )
05 Julai 2016
SALAM AIDILFITRI 1 SYAWAL 1437H /6 JULAI 2016
TB dan ahli produksi blog TIUB BOCOR dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini 1437H/6 Julai 2016. TB memohon ampun dan maaf sekiranya ada mana-mana kata yang terkasar bahasa dan terlanjur kata sama ada secara tidak sengaja ataupun disengajakan. Dan mana-mana ada yang termakan terminum mohon halalkan dunia akhirat.
Dan berhati-hati ketika memandu dan sentiasa waspada setiap ketika dan saat.
Salam Aidilfitri!
Dan berhati-hati ketika memandu dan sentiasa waspada setiap ketika dan saat.
Salam Aidilfitri!
25 Jun 2016
Puisi: Di Antara Seribu Satu Kisah
Puisi: DI ANTARA SERIBU SATU KISAH
Maaf singgahsana pena istanaku
kerana membiarkan laman mindaku
berbulan-bulan sepi tanpa hadirku
kerana kemabukan rasa
dilambung samudera sendaloka
terleka melakar impian
yang kini fatamorgana hampa
Berbulan-bulan saling bertukar cerita
ikat janji dibuai gelombang
sengsara bahtera pijar mentari
ikan-ikan yang tiada berenang di sini
ganas ombak yang menerpa
buat kita waspada
Berhari-hari juga kita tempuhi
harapan dan seri pagi keesokan hari
namun bulan gersang malam jua
yang engkau kejari sesudah nista itu
tidak kuupaya mengucap kata indah
sesudah merdu kecapi dinikmati
engkau pun meludah bumimu
dan menjilat kembali hanyir lukamu
mahu berangkat pergi
kisah seribu satu paparan ini
bukan kekesalan diri seorang nakhoda
kerana itulah kasih sayang hakiki
kerana-Nya ya Rabbi llahi setulus hati
Yang Maha Mengetahui perilakumu
memberiku kekuatan mahu mengemudi
bahtera pincang usang di jasad dirimu
yang pudar di mata dan buta kalbumu!
DR HAJI RAJIEE HADI,
25 Jun 2016.
Maaf singgahsana pena istanaku
kerana membiarkan laman mindaku
berbulan-bulan sepi tanpa hadirku
kerana kemabukan rasa
dilambung samudera sendaloka
terleka melakar impian
yang kini fatamorgana hampa
Berbulan-bulan saling bertukar cerita
ikat janji dibuai gelombang
sengsara bahtera pijar mentari
ikan-ikan yang tiada berenang di sini
ganas ombak yang menerpa
buat kita waspada
Berhari-hari juga kita tempuhi
harapan dan seri pagi keesokan hari
namun bulan gersang malam jua
yang engkau kejari sesudah nista itu
tidak kuupaya mengucap kata indah
sesudah merdu kecapi dinikmati
engkau pun meludah bumimu
dan menjilat kembali hanyir lukamu
mahu berangkat pergi
kisah seribu satu paparan ini
bukan kekesalan diri seorang nakhoda
kerana itulah kasih sayang hakiki
kerana-Nya ya Rabbi llahi setulus hati
Yang Maha Mengetahui perilakumu
memberiku kekuatan mahu mengemudi
bahtera pincang usang di jasad dirimu
yang pudar di mata dan buta kalbumu!
DR HAJI RAJIEE HADI,
25 Jun 2016.
15 April 2016
![]() |
| s Sedang Mendeklamasikan Puisi 'Ketika Wajah Zaman' |
![]() |
| Penulis/Penyair bersama Pengetua SMA Mahaad Loghatul Quran (berdiri) dan Mantan Senator Parlimen Ledang,Johor. |
KETIKA WAJAH ZAMAN
(MUHAMMAD
YA RASULULLAH)
Ketika wajah zaman
terlalu liar
Gusar mengancam setiap
gurun
Langit kalut gelita
kemanusian tercari-cari
Kehidupan yang mencakar
dan terbakar
Kaum jahiliah yang
hilang nurani
Maka tiba saatnya 12 Rabiulawal
Lahirlah Muhammad
S.A.W pesuruh Allah
Pemimpin sejati ummah
akhiri kini
Umpama setulusnya
kalbu, gemerlapan terserlah
Pengutus kedamaian
kehidupan yang berbalah
Ketika wajah zaman
terlalu gementar
Sengketa bunuh yang
tiada pusara
Muhammad S.A.W cekal tabah dan tekal wibawa
Sopan budi akhlak
al-amin gelaran mulia
Dengan sari yakin
disingkirnya mimpi wasangka
Memulakan tindak uji
dalam ribut duri
Menapis hemah
menghindari bencana
Saat wangsa berkabilah
tradisi tanpa hati
Ternyata Baginda unggul
dalam seru
Membawa nur llahi
terbuka pintu baharu
Ketika wajah zaman
merentasi sempadan
Muhammad S.A.W
mengembang niaga dagangan khadijah
Ketokohan baginda
diyakini semua lapisan
Belas, hormat, amanah
dan setia terserlah
Menambat hati Khadijah
bersatu hati bersama Baginda
Damai berumah tangga
terkelip sinar dan ikhtibar
Ragu awal, bayu yakin
berterbangan menjauh
Bahagia resah segar
mendalami sukma diri
Gurun dan angkasa
bertemu akrab setia temani
Khadijah isteri,
Muhammad S.A.W suami lambang abadi
Ketika wajah zaman
terlalu gersang
Kebendaan adalah
berhala puja di sana sini
Yang diwarisi kemelut
turun-temurun
Baginda beruzlah
mencari sinar mentari takwa
Di Gua Hira’ wahyu baca
ilmu dipinta
Jibril yang memeluk
mesra utusan Allah
Sedangkan musuh di luar
menghidu garang
Berhari-hari Ramadan
sepulangannya dalam resah hati
Khadijah si jelita
setia mendakap syahdu perkhabaran itu
Muhammad S.A.W empat
puluhan pesuruh Ilahi
Ketika wajah zaman
terlalu gusar
Panji perang berkibar
panah menusuk berpusar
Baginda mengepalai
dengan bijaksana akal
Seteru yang ramai tidak
dapat disangkal
Dengan maruah lslami
dibina demi ibadah
Degup kalbu dinyalakan
dengan mercup iman
Dengan kemenangan demi
kemenangan berpihak
Api yang sekian lama
menyala pun terpadam
Deru angin kabut pasir
yang menggila terhenti
Muhammad S.A.W menjadi
cahaya akhir zaman!
DR. HAJI
RAJIEE HADI,
Bukit
Mahkota, Bangi, SDE.
Rejab
1437.
(Puisi di atas menggunakan pendekatan intertekstualiti dan dideklamasikan oleh penyairnya (penulis) di Majlis Baca Puisi Alunan lslami di SMA Mahaad Loghatul Quran, Kesang Tasik, Ledang, Tangkak, Johor DT pada 9 April 2016 bersamaan 1 Rejab 1437H.)
Langgan:
Catatan (Atom)















