Empat petua Imam Syafie untuk sihat
Empat perkara menyihatkan badan:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian daripada kapas
Empat perkara melemahkan badan:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan yang masam
Empat perkara menajamkan mata:
1. Duduk menghadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan golongan ulama
Empat cara tidur:
1. Tidur golongan Nabi - Tidur terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.
2. Tidur golongan ulama dan ahli ibadah - Mengiring ke sebelah kanan bagi memudahkan terjaga untuk menunaikan solat malam.
3. Tidur golongan raja yang haloba - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan - Menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka. (sumber:nimosy.blogspt.com)
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.

26 Julai 2011
IMAM SYAFIE : PETUA UNTUK SIHAT
BAHASA MELAYU : PUNCA KRISIS JATI DIRI 'SEBENTAR NAIK, SEBENTAR TURUN'- DATUK DR HASSAN AHMAD
SIKAP menganggap bahasa Melayu bahasa yang “belum maju” berbanding bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Inggeris merupakan punca asas ia berhadapan dengan “krisis martabat”, kata tokoh bahasa Datuk Dr Hassan Ahmad.
Beliau yang juga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, ia merupakan salah satu daripada dua punca utama bahasa Melayu berhadapan dengan situasi “tidak tetap, tidak stabil sehingga kemajuannya tidak menentu, sebentar naik, sebentar turun, akhirnya berlaku semacam krisis martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.”
“Ada dua sebab... pertama, sikap yang salah terhadap bahasa Melayu, sikap menganggap bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang ‘belum maju’ berbanding, misalnya dengan bahasa Inggeris oleh yang demikian bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa kemajuan negara ini manakala bahasa Melayu bolehlah terus digunakan dalam urusan biasa pentadbiran kerajaan atau sebagai ‘bahasa perpaduan’,” kata beliau.
Sebab kedua, menurut Hassan ialah pendidikan bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan nampaknya tidak berjaya melahirkan generasi warga Malaysia yang lahir selepas Merdeka yang mempunyai komitmen dan keyakinan yang tinggi untuk terus menggunakan bahasa ini dengan betul, baik dan bermutu tinggi sebagai alat pembangunan negara.
“Setelah lebih 50 tahun bahasa ini diajarkan di sekolah sebagai bahasa yang wajib kita perhatikan rata-rata penggunaan bahasa ini dalam komunikasi awam, dalam sektor-sektor profesional dan dalam sektor swasta tidak sahaja tidak meluas bahkan mutu penggunaannya nampaknya kian buruk.
“Merebaknya fenomena ‘bahasa Melayu rojak’ dalam kalangan pengguna bahasa ini dalam hampir semua sektor dan golongan menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa kebangsaan tidak mencapai kejayaan yang boleh kita banggakan,” kata beliau lagi.
Justeru tegas Hassan, fenomena ‘bahasa rojak’ ini juga berlaku kerana pendidikan bahasa kebangsaan tidak berlaku atau tidak dilanjutkan ke dalam masyarakat, ke dalam institusi-institusi awam atau ke dalam sektor awam.
“Pendidikan itu tamat di sekolah sahaja,” katanya lagi.
Malah menurut beliau, “perlu diingatkan bahawa kecekapan dan keluasan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai alat komunikasi kebangsaan merupakan faktor penting yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan dasar bahasa kebangsaan di negara ini.”
Beliau menyatakan demikian dalam kertas kerjanya bertajuk “Dasar Bahasa Kebangsaan Di Malaysia: Melihat Semula Peranannya Sebagai Alat Perpaduan dan Kemajuan Negara” pada ceramah anjuran bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan DBP di Seremban hari ini.
Malah kata Hassan, tidak banyak orang Melayu dan bukan Melayu, termasuk para menteri dan pegawai tinggi kerajaan yang mengetahui atau sedar secara ‘terdidik’ bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang cukup maju di dunia sejak sekurang-kurangnya abad ke-14.
“Oleh sebab mereka tidak mempunyai pengetahuan itu maka akal dan emosi mereka dipengaruhi kepercayaan bahawa mulai tahun 1957 bahasa ini perlu ‘dibina’ semula (seolah-olah seperti rumah lama yang sudah runtuh) dan perlu ‘dimajukan’ supaya mencapai taraf sebagai ‘bahasa maju’. Kepercayaan ini nampaknya kekal sampai ke hari ini,” katanya lagi.
Jelas beliau, sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan atau bahasa urusan kerajaan lama sebelum dasar itu digubal pada1957.
Katanya, pada abad ke-15 atau ke-16, bahasa Melayu mulai berkembang sebagai lingua franca kerajaan, lingua franca ilmu dan kesusasteraan tinggi di seluruh rantau ini, merentas sempadan geografi dan segala tembok etnik dan bahasa-bahasa etnik yang lain sehingga akhirnya dalam awal abad ke-20 bahasa ini menjadi bahasa pemersatuan kawasan, yang kini disebut Indonesia.
“Dalam tahun 1945, Sukarno, orang Jawa, dan rakan-rakan seperjuangannya mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa nasional negara republik Indonesia, tidak bahasa Jawa atau bahasa-bahasa lain yang jauh lebih besar jumlah penutur aslinya daripada jumlah penutur asli bahasa Melayu di Indonesia.
“Hari ini bahasa Melayu (termasuk bahasa Indonesia) merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang kelima besarnya di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta (ada yang berkata hampir 300 juta) orang di serata dunia, khususnya di kawsan induknya iaitu kawasan Malaysia-Indonesia-Brunei-Patani (dan selatan Filipina),” katanya.
Oleh itu kata beliau, penting juga diingatkan bahawa bahasa Islam yang terbesar di dunia bukan bahasa Arab atau bahasa Parsi tetapi bahasa Melayu.“Bahasa ilmu atau bahasa pengajian tinggi yang terbesar di rantau ini bukan bahasa lain, bukan bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayu-bahasa Indonesia.
“Di seluruh rantau ini terdapat lebih kurang 3,000 institusi pengajian tinggi yang hampir semuanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. Jumlah buku ilmu yang terbanyak di rantau ini ialah buku dan pelbagai penerbitan ilmiah dan bukan ilmiah dalam bahasa Melayu,” katanya lagi.(sumber:TMinsder, 26/7/11)
TB bukan sahaja bimbang dan keluh-kesah mengenang nasib masa hadapan Bahasa Melayu di Malaysia sahaja tetapi juga tentang nasib baik Bahasa Melayu di Singapura, lndonesia, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan Negara Brunei Darussalam. Walaupun nasib bahasa Melayu belum teruk terumbang-ambing tetapi TB amat sedar bahawa bangsa Melayu hanya boleh dikalahkan bukan hanya dengan aneka senjata teknologi tetapi boleh kalah dan pupus tamadun dan jati diri budayanya dengan 'membunuh semangatnya' melalui bahasanya.
Orang Melayu kini diasak-asak jiwanya agar tidak berjiwa besar, tidak membanggakan tamadun budayanya, tidak menghargai ketinggian nilai akal budi khazanah persuratan dan kesusasteraannya dan memperlekehkan apa jua yang berjenama 'Melayu'. Walhal Melayu itu lslam, lslam itu Melayu mempunyai rahsia besar yang tersembunyi yang berkaitan dengan peradaban dan ketamadunan bangsa.
Justeru TB mengambil sekadar contoh tanpa prasangka bahawa andainya Negara Brunei Darussalam yang menjunjung falsafah dan paksi negara dengan 'MIB" atau Melayu,lslam,Beraja maka adakah dapat dipertahankan pada masa akan datang sekiranya Bahasa Melayu juga mula terancam dan segelintir orang Melayu di sana juga mula memandang 'dingin' terhadap bahasa Melayu sendiri?
Walhal MIB itu ada kaitan dengan jiwa dan jiwa bangsa itu adalah bahasanya.Dan kita juga berasa sedih mengenangkan darjat dan jati diri bahasa Melayu yang kian terhakis di Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Manakala di lndonesia walaupun penuturnya kian melebar tetapi kita juga tidak mahu melihat bahasa Melayu lndonesia 'dirosakkan' oleh elemen cacamarba dan sembrono dalam sosok bahasa itu sendiri. Amalkan dan sebarkanlah Bahasa Melayu yang betul,indah,baku dan gramatis dengan apa jua sekalipun selagi kita ada kuasa dan berkuasa. Wallahualam.

25 Julai 2011
BAHASA MELAYU MESTI DIJUNJUNG, BAHASA INGGERIS KENDONG SAHAJA
RENCANA tulisan Rejal Arbee yang disiarkan dalam akhbar ini bertarikh pada 7 Julai lalu bertajuk 'Mengapa orang tidak fasih bahasa Inggeris diperlekeh' berkaitan dengan komen ahli politik veteran DAP, Karpal Singh amat menarik direnung. Sebenarnya hal ini bukanlah perkara baru. Sejak di bangku sekolah 70-an, 80-an hingga kini tidak banyak berubah. Inilah antara kejayaan terbesar penjajah yang ditanam ke dalam minda rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, status ekonomi dan sosial.
Malah untuk menyebut nama bahasa Melayu pun rasa malu, takut-takut sehingga disebut nama bahasa Malaysia, sedangkan itulah nama yang sah dan betul seperti tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu sedia menerima bahasa Mandarin, Tamil, Inggeris dan bahasa lain bagi diajar dalam sistem pendidikan negara kita.
Tentulah tidak wajar untuk sesiapa pun menolak istilah atau nama bahasa Melayu yang sah dan betul itu sehingga perlu menggunakan nama bahasa Malaysia yang tidak betul. Semua bahasa asalnya dituturkan oleh sesuatu bangsa di sesebuah negara dan bukannya oleh negara rupa bumi itu.
Berbalik rasa megah bahasa, keghairahan rakyat Indonesia, Thailand, China, Korea, Jepun, Jerman, Perancis, Finland, Norway dan lain-lain mempelajari bahasa Inggeris ditonjolkan secara mengelirukan seolah-olah di negara mereka wujud aliran Inggeris dan sains, matematik dan teknologi diajar dalam sistem pendidikan mereka secara berleluasa sedangkan hakikatnya di negara itu bahasa Inggeris digunakan secara amat terhad.
Istilah tepat mungkin banyak orang kita sudah ‘kemabukan’ bahasa Inggeris. Jika pun kita ‘perlu’ mabuk, biarlah ‘mabuk’ bahasa Melayu dan ‘teguklah’ bahasa Inggeris itu seteguk dua agar kembali normal. Sepatutnya bahasa Melayu dijunjung dan bahasa Inggeris dikendong, bukan sebaliknya.(sumber: BH 14/7/11)
KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI,
Timbalan Presiden Persatuan
Linguistik Malaysia.
Nota: TB turut sama berjuang bersama sahabat dan rakan pejuang bahasa Melayu bukan sahaja di tanah air sendiri bahkan seluruh rantau Nusantara yang mana TB turut menyaksikan bahasa Melayu bagaikan diperlekehkan dan tidak diambil peduli serta diremehkan oleh bangsanya sendiri. Bukan salah ibu mengandung andainya orang Melayu sendiri tidak lagi dapat menghayati apa itu 'Bahasa Jiwa Bangsa'; sedangkan kaum Cina dan lndia merupakan kaum pendatang minoriti di Nusantara ini dapat mengembangkan bahasa dan tulisannya kerana semangat mereka yang tidak luntur. Seandainya 'semangat' orang Melayu secara beransur-ansur dilemahkan dan dimatikan; bukan mustahil jika bahasa Melayu yang menjadi bahasa utama di Singapura, Brunei dan lndonesia suatu waktu nanti akan menerima nasib seperti Lebai Malang yang menimpa ke atas orang-orang Melayu di Selatan Thailand. Beringat-ingatlah sebelum nasi menjadi bubur wahai orang-orang Melayu! (pertama kali disiarkan pada 18/7/11)
KASIH SAYANGKU TERHADAP WANITA
KASIH sayangku kepada wanita umpama bunga yang mekar.Apatah lagi wanita ibarat permata yang terkubur di lembah kejahilan.Kemudian kehebatan wanita lantaran kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum mawar yang mekar mewangi disinari cahaya dek insan yang berbudi luhur.
Justeru Rasulullah S.A.W telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi sehingga pengorbanan wanita sentiasa dikenang oleh setiap insan lantaran lagi kelembutannya yang luhur menyejukkan hati insan yang memandangnya.
Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan kehinaan akibat dosa yang dilakukan.Namun wanita yang suka mendedahkan aurat dan 'bersahabat' dengan iblis serta melakukan dosa menyebabkan mereka menjadi penghuni neraka. Nahuzubillah.....
0leh itu wanita yang memahami hakikat kewanitaannya sahaja akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya sendiri ke jalan yang diredai Allah S.W.T. (diolah dan disesuaikan daripada buku 'Curahan Kasih Suami,Penerbit Darul Nu'man: Kuala Lumpur:2009)
TB amat merasakan betapa wanita amat perlu hadir dalam kehidupan seorang lelaki.Bahkan jikalau dari sudut positif ada dinyatakan kejayaan mercu puncak hidup seorang lelaki (suami) boleh dinilai; siapa pendamping atau suri dalam kehidupannya.Teringat TB sebuah lagu nyanyian lto yang ada menyebut bahawa perempuan itu adalah penawar dan juga racun....perempuan itu adalah ibu,anak, isteri dan kekasih bagi seorang lelaki.....Sayangilah wanita ke arah kebaikan ke jalan Allah kerana Allah jua.

SEPULUH (10) SAHABAT IBLIS!
TB sukacita mengingatkan diri sendiri dan para pembaca TBD yang budiman bagi mengenali 10 kategori mereka yang tergolong dalam sahabat iblis laknatullah:-
1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang/peniaga yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut kepada orang lain
6. Orang yang beramal kerana inginkan nama (riak)
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. 0rang yang mempermudahkan solat
9. 0rang yang tidak mahu berzakat
10.0rang yang suka termenung (mengelamun)
TB: Semoga kita saling ingat mengingati.Amin.(disesuaikan daripada: ILUVISLAM,21 Julai 2011)

PENGIRAN ANAK PUTERI 'AZEMAH TERIMA SARJANA : TAHNIAH DAN SYABAS!
|
24 Julai 2011
KURANG HORMON PUNCA UBAN?
MEWARNAKAN RAMBUT SERING DILAKUKAN UNTUK MENUTUP UBAN.
|
SAHABAT saya Nuri mengeluh kerana rambutnya nipis dan beruban. ‘‘Kalau tak pergi ke saloon sebulan sekali bagi mewarnakan rambut sudah tentu saya akan kelihatan seperti berusia 70-an,’’ katanya. Nuri berasa hairan kerana ibu dan bapanya mempunyai rambut yang hitam dan lebat. Jika dikira faktor keturunan sudah pasti dia dari jenis keturunan berambut lebat tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Usia Nuri baru menginjak empat 4o tahun namun rambut banyak yang beruban. Ini membuatkan Nuri mencuba pelbagai jenis rawatan bagi memulihkan semula rambutnya. Sebut saja jenis rawatan pasti dia telah pun mencuba. Namun hasil yang diperolehi kurang memuaskan.
“Mengapakah sesetengah orang macam saya cepat beruban? Apakah rawatan terbaik? Adakah harapan bagi saya untuk memiliki rambut hitam dan lebat semula?” tanya Nuri bertalu-talu.
Menurut kajian seorang profesor anti-penuaan, kekurangan melanocyte stimulating hormone (MSH) boleh menyebabkan rambut cepat beruban. Menurutnya MSH merupakan hormon jenis peptide yang dihasilkan di dalam otak kita. Hormon ini dihasilakan dari satu molekul panjang (pro opiomelanocortin) dan akhirnya berpecah kepada beberapa hormon lain. Kekurangan hormon ini boleh jadi disebabkan faktor kurang protein tertentu dalam darah atau berkaitan dengan faktor hormon adrenal yang kurang.
Fakta menarik mengenai hormon MSH
- Penting bagi menstimulasi sel sel melanosit yang mengeluarkan pigmen pada kulit dan rambut kita. Pigmen berwarna ini dinamakan melanin.
Apabila matahari memancar MSH akan bertindak meningkatkan pengeluaran melanin yang turut menjadi sunblock iaitu sel tabir suria yang penting. Secara tidak langsung ia melindungi diri daripada terkena kanser kulit atau sebarang masalah berkaitan matahari.
- MSH juga menghalang rambut daripada menjadi beruban. Kajian saintifik menunjukkan kehadiran MSH memulihkan rambut uban menjadikan ia hitam semula. Lebih-lebih lagi apabila rawatan dibuat dengan menggunakan hormon yang saling bertindak secara synergistic keputusan yang didapati adalah memuaskan.
- MSH mengurangkan selera makan. Seseorang yang kurang MSH didapati mudah menjadi gemuk disebabkan peningkatan ini.
- MSH turut mengurangkan keradangan kulit dan membantu seseorang yang mengalami ekzema
- MSH meningkatkan keupayaan seksual menjadikan seseorang itu lebih berminat terhadap hubungan seks. Bagi wanita ia meningkatkan rangsangan seks terhadap sentuhan dan bagi lelaki pula meningkatkan keupayaan seks menjadikan seseorang lelaki itu mampu berereksi lebih lama.
- MSH mungkin meningkatkan jangka hayat. Seseorang yang berambut hitam dan lebat hidup lebih lama dari seseorang yang tampak tua dan berambut putih.
Satu lagi kaedah menarik bagi meningkatkan pertumbuhan rambut ialah pengunaan PRP (Platlet rich plasma). PRP merupakan ekstrak daripada darah kita sendiri. Darah diambil daripada tubuh sebanyak 10 hingga 12 cc dan kemudian diproses menggunakan mesin khas. Darah yang diproses diambil patinya di mana ia mengandungi bahan-bahan yang kaya dengan stem sel dan juga hormon tertentu. Ia kemudiannya disuntik pada kulit kepala.
Di negara-negara maju seperti Korea, Amerika Syarikat dan negara Arab, mereka menggunakan PRP meskipun setelah rawatan tanam rambut dibuat. Ia kerana PRP menjadikan rawatan tanam rambut lebih berjaya dan peratusan rambut tumbuh adalah lebih banyak. Suntikan PRP juga sering digunakan untuk memudakan kulit muka dan hasilnya amat baik sekali. Suntikan PRP pada muka mengurangkan garis halus membuatkan kulit tampak mulus dan lebih baik.
PRP juga sesuai digunakan bagi menyembuhkan luka kerana ia mempercepatkan pertumbuhan sel baru. Bagi pesakit kencing manis yang mempunyai luka yang sukar untuk sembuh, luka yang sedikit boleh menjadi parah sehingga membawa kepada potong kaki. Maka kaedah sebegini boleh digunakan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka itu. Biasanya PRP disapukan sahaja pada kawasan luka selepas luka dicuci. Proses ini membuatkan luka cepat sembuh.
Meskipun Malaysia merupakan sebuah negara membangun dan belum mencapai taraf negara maju, namun kita tidak ketinggalan dalam bidang perubatan anti penuaan. Selain sikap terbuka kerajaan, sokongan perlu diberikan kepada doktor serta saintis dalam bidang ini bagi membolehkan kita mencapai tahap yang lebih tinggi. Kritikan berasakan pengetahuan yang cetek tanpa memberi ruang kepada penigkatan ilmu dalam bidang ini akhirnya akan merugikan negara kita. Pelancongan perubatan bukan sahaja menyaksikan orang luar datang menjalani pembedahan. Mereka turut mahu meningkatkan penampilan dengan mencuba pelbagai jenis perubatan anti penuaan di negara ini kerana kosnya jauh lebih murah berbanding di negara mereka.(sumber: UM,24/7/11)
TB dimaklumkan bahawa hormon MSH ini boleh didapati dengan menemui doktor di klinik.
KOLESTEROL TIDAK MENGIRA BADAN
MAZUIN Kamarulzaman ketika bercakap mengenai paras kolesterol.
|
APABILA bercerita mengenai kolesterol, biasanya hanya mereka yang berbadan gemuk atau berisi dikatakan akan berdepan dengan masalah ini.
Bagaimanapun tanggapan itu sebenarnya memang salah.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang.
Jadi tidak pelik jika seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah.
''Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh," katanya.
Katanya, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.
''Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,'' katanya.
Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.
Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.
Mazuin memberitahu, ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok yang merupakan antara pembunuh utama kepada rakyat negara ini.
Jelas Mazuin, lebih baik jika menjaga pemakanan setiap hari supaya tahap kolesterol tidak merbahayakan kesihatan.
"Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)," katanya.
Mazuin menambah, elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (HDL).
Katanya, hadkan pengambilan makanan itu kerana ia akan merendahkan kolesterol baik (HDL).
"Makanan yang mengandungi lemak tak tepu pula dapat mengurangkan risiko serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL),'' katanya.
Bagaimanapun katanya, jika diambil dalam jumlah berlebihan akan meningkatkan berat badan seseorang.
Jelas Mazuin antara makanan itu terdiri daripada jenis minyak seperti zaitun, bijan, kacang, jagung, kanola manakala ikan dari jenis salmon, tuna, mackerel, cencaru, tongkol, tenggiri, selain bijian, kekacang dan marjerin tidak tepu (soft).
Bagi mengelakkan penggunaan lemak yang berlebihan kata beliau, sebaiknya gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak seperti goreng ikan.
''Gunakan minyak jenis lemak tak tepu jika ingin memasak dengan minyak yang sedikit seperti mengoreng sayur dan sebagainya,'' katanya.
Selain itu, katanya elakkan menggunakan menggunakan minyak berulang-kali terutama apabila ia adalah minyak lemak tak tepu.
''Toskan dan keringkan minyak daripada makanan bergoreng dengan menggunakan tisu dapur sebelum dihidangkan,'' katanya.
Mazuin memberitahu, elakkan juga penggunaan bahan mencelup tepung kerana ia akan menyerap lebih banyak minyak.
Sebaiknya pelbagaikan teknik masakan dalam seminggu iaitu mengukus, membakar, merebu dan sebagainya dan gunakan kuali tidak melekat.
Selain itu, gantikan masakan yang menggunakan santan dengan susu rendah lemak.(sumber:UM 24/7/11)
HARIMAU MALAYA: SKUAD YANG MESTI KUAT SEMANGAT
BAIK pemerhati,penganalisis,pengkritik mahupun pengulas dalam apa jua bidang pun sama ada bidang teater dan filem, politik, kebudayaan dan sukan; tidak semestinya mereka terlibat secara langsung di lapangan. Bahkan golongan ini dianugerahkan Tuhan mempunyai pandangan mata yang tajam dan daya akal yang tinggi untuk memberi tafsiran dan penambahbaikan yang membina.Begitu juga di arena bola sepak; golongan ini diperlukan selain pandangan jurulatih dan mereka yang berada di sekeliling padang stadium ketika itu.
Justeru pada 23 Julai 2011 kita menyaksikan pasukan Harimau Malaya yang mewakili Malaysia kecundang 3-5 di tangan pasukan Lion, Singapura di pertandingan bola sepak perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Jalan Besar, Singapura.Sebenarnya pasukan Malaysia tidak sewajarnya kalah memandangkan pendedahan lasak yang telah dialami termasuk menentang pasukan Taiwan dan beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan luar negara Manchester United, Arsenal dan Chelsea. Wow... hebat pengalaman kalian!
TB percaya setiap pasukan mesti ada cara tersendiri untuk saling menumpaskan. Bagi TB fokuskan: TEKNIK dan TAKTIK (2T) dari segi sepak, bawa, hambatan, lari dan tendang. TB tidak mahu mengulas panjang.TB mahu kita sama-sama berfikir.Ada masa penjaga gol perlu menendang jauh bola ke hadapan melepasi separuh padang. Ada masa penjaga gol melontar atau membaling bola ala kadar kepada rakan sepasukan yang berhampiran. Masihkah anda ingat, penjaga gol Malaysia asyik membaling bola kepada rakan yang berdekatan yang kekadang begitu mudah disambar pihak lawan. Kekerapan seperti ini wajar dikurangkan atau dijauhkan.
Apa yang patut difikirkan oleh pasukan Malaysia ialah pemberatan bola wajar berada di sebelah gawang musuh.Jangan biarkan bola sentiasa ada di kawasan Malaysia.lni membahayakan kerana keadaan kelam-kabut dan sarat dengan pemain-pemain boleh mengundang pelbagai kemungkinan.
Pemain Malaysia wajar bergerak pantas.Jikalau mahu memperlahankan rentak pun bagi tujuan mengatur strategi sebelum terus mengasak dan menyerang,menendang bola ke sasaran. Elakkan menendang bola tanpa tepat ke sasaran rakan.lni membuang masa dan memberi peluang musuh secara percuma.
Tekanan dan faktor psikologi sering menghantui pasukan Malaysia sejak zaman Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin hingga kini. Adalah wajar jika pasukan Malaysia memanggil pakar motivasi yang bukan di kalangan mereka yang berijazah sains sukan atau psikologi sukan.Sesekali panggillah pakar motivasi di bidang sains sosial agar pemain-pemain ini didedahkan dengan semangat dan tanggungjawab kepada negara dari aspek kesan kepada sosial dan budaya, pendidikan dan patriotisme.
Tujuannya agar para pemain memperoleh input yang berbeza tetapi bermakna.Kita mahu pasukan bola sepak kita konsisten dari segi semangat tanpa mengejar habuan kebendaan semata-mata.Kita mahu walau di mana mereka beraksi, mereka tetap utuh dan konsisten. Seperkara lagi adakah wajar pasukan yang paling terkuat yang menjuarai Piala Malaysia atau mana-mana pertandingan bola sepak berprestij di Malaysia dicuba untuk mewakili pasukan kebangsaan. lni memudahkan keserasian antara mereka lantaran memilih mereka daripada pasukan berlainan negeri atau kelab untuk mewakili pasukan negara menimbulkan masalah ketidakserasian, latihan dan kerenah birokrasi dan peribadi yang tenggelam timbul. Apakah FAM mahu mencubanya?(TB)

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH: SUARA MENUNTUT PERUBAHAN
IZINKAN saya mengucapkan selamat datang kepada saudara saudari sekalian, para
rakan sealiran dan sahabat sekalian, ke majlis pelancaran Angkatan
Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH ini. Saya berasa amat terhutang
budi atas kehadiran saudara sekalian pada hari ini.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan yang membantu untuk menjayakan Majlis Pelancaran ini. Saya percaya bahawa di hujung jalan yang kita mulai dengan langkah awal ini, kita akan dituntut untuk membuat beberapa pilihan yang sangat penting bagi masa depan negara kita - pilihan yang mesti kita buat tidak kira apakah masalah, cabaran dan rintangan yang terpaksa kita hadapi.
Pagi ini mungkin merupakan suatu peristiwa sosial yang biasa sahaja dalam lanskap (senario) seharian Malaysia atau ia mungkin juga boleh merupakan suatu permulaan dalam perjalanan ke arah sesuatu yang belum pernah terjadi, yang mungkin dapat mengubah arus arah tuju masa depan negara kita.
2. Biar saya katakan dengan tegas, tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah-bagi bahawa saya sayangkan negara ini sepertimana saya percaya saudara sekalian pun begitu. Kita berkumpul di sini, bekas kediaman rasmi Perdana Menteri Pertama kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik.
Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini.
Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita. Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.
3. Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan. Sejak masa sebelum kemerdekaan sampai sepanjang tempoh 54 tahun yang lepas Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni, dan timbang rasa antara satu sama lain. Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luarbiasa sekali sifatnya, dan kalau kita mengimbau kembali masa-masa yang lepas kita dapati bahawa interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau rasa timbang rasa keagamaan tidak pernah menjadi masalah kita. Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau "model" negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya. Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi - sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari - tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar.
4. Saya memerhatikan, dengan hati yang sangat gusar, melihat keadaan yang amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terang dan barangkali dengan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini untuk kepentingan mereka, maka saya katakan terus terang bahawa saya amat sedih dan risau.
5. Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan.
6. Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka. Inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama-sama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya: "Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan". Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini
berdiam diri dan tidak bersuara berkata: "Saya mahukan masa depan untuk anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri".
Ini masanya orang muda-dewasa yang bekerja berkata "Kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar". Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang, dan berkata, "Berhentilah! Cukuplah"! dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan dan ketika yang lebih mendesak daripada keperluan ketika kini untuk kita semua berdiri menentang keadaan yang buruk itu.
7. Apabila Bapa Kemerdekaan kita Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang penduduk pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: "Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi - Orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian, dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ihklas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. Sebagai anggota keluarga yang iklhas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia..."
8. Alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah ini. Dia mahukan kita hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. Selepas 54 tahun, di mana kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Seperti yang telah saya katakan tadi, jikalau belum, tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama dalam gerakan ini, gerakan untuk menyatakan hasrat dan suara kita - dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.
9. Tunku Abdul Rahman mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain. Oleh sebab kerajaan pada masa itu tidak mempunyai wang yang cukup, dia berjaya memujuk kawan-kawan bukan Islamnya dan beberapa pihak lain untuk memberi sumbangan kepada tabung pembinaan Masjid Negara. Masjid itu dibina dengan kos RM10 juta sahaja. Projek itu tidak sahaja merupakan tanda jasa Tunku tetapi ia juga menjadi lambang kerjasama antara orang Islam dan bukan Muslim dalam memupuk persefahaman yang lebih baik dan rapat antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara ini. Tunku juga giat berusaha mempertemukan negara-negara Islam untuk menggalakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan memupuk keamanan dan kestabilan. Akhirnya idea atau gagasan yang dia cetuskan itu menjadi kenyataan apabila dia berjaya mempertemukan 52 negara Islam, besar dan kecil, yang kaya dan yang miskin, dalam sebuah pertubuhan Persidangan Islam setelah Tunku mendapat restu dan sokongan Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (yang kini terkenal dengan nama singkatnya dalam bahasa Inggeris 'OIC'). Pertubuhan ini kini menjadi monumen sebagai saksi kepada usaha jerih Tunku memupuk perpaduan di kalangan umat Islam sedunia. Tunku tolak kezaliman dan diskriminasi apabila dia perang Apartheid sehingga Rejim Rasis Afrika Selatan itu disingkir dari Commonwealth dan dari badan-badan dunia yang lain untuk mengajak seluruh dunia mengutuk dasar Apartheid yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.
10. Dalam bidang sukan, Tunku memajukan bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan lain-lain lagi. Saya terpaksa mengulangi apa yang pernah saya ucapkan dalam majlis-majlis yang lain tentang betapa dunia sukan dipromosi oleh Tunku sebagai wadah untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan di negara ini: Saya pernah berkata, "Apabila terfikir tentang bola sepak, saya terkenang bagaimana Tengku berjaya membawa pasukan dari Timur Tengah dan serantau Asia untuk bermain di Kuala Lumpur dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka. Pasukan dari Korea dan Jepun datang mengambil bahagian dan dah jadi kebiasaan pada masa itu pasukan bola sepak kita mengalahkan mereka. Hari ini, menurut ranking FIFA, kita jatuh ke tahap bilangan ke-157 daripada 203 buah negara. Ini bererti ranking kita lebih rendah daripada Maldives yang rankingnya terletak pada nombor 149. Maldives ialah negara paling kecil di Asia; penduduknya cuma 400,000 orang, mereka hidup lebih kurang 1.5 meter dari paras laut. Di ASEAN, kita berada di belakang Indonesia, Negara Thai dan Singapura yang suatu ketika dahulu kita menguasai mereka. Nama-nama wira bola sepak kita pernah bermain di bibir kanak-kanak sekolah kita; mereka meniru mereka di padang bola sekolah mereka. Di manakah mereka sekarang? Jaguh bola seperti Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, sudah tidak ada lagi dalam arena bola sepak negara. Ini bukan soal kita hendak menjadi pasukan yang terbaik di dunia; ini soal semangat dan rasa ghairah kepada sukan. Masa dulu kita pernah melihat budak-budak kecil di kampung memukul bulu tangkis (badminton) dengan raket yang patah dan rosak di sekitar kampung mereka dan menggelar diri mereka Wong Peng Soon. Ya, Peng Soon adalah hero (wira) badminton Malaya, sama seperti wira-wira bola sepak kita. Hari ini rasa ghairah sukan itu tidak ada sedikit pun lagi dalam nadi kebangsaan kita. Ke mana perginya mereka?
11. "Pencapaian kita dalam pertumbuhan ekonomi yang saksama (dengan ekuiti) diakui seluruh dunia. Kumpulan negara sebaya kita dalam bidang pembangunan ekonomi pada masa itu adalah Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, dan kita mendahului mereka. Saya teringat masa dahulu kita pernah menerima delegasi dari Korea Selatan untuk datang belajar sedikit sebanyak daripada proses pembangunan kita. Hari ini, malangnya, kita berada jauh di belakang kumpulan negara-negara itu. Dan hari ini taraf kita sebagai negara pilihan atau sasaran pelaburan adalah sama dengan Cambodia, Myanmar dan Filipina. Tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang melunsur ke bawah
Namun, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam keadaan selesa. Orang berkata ini bukan kerana pengurusan kita baik dan cekap tetapi kerana negara ini mempunyai kekayaan (sumber asli) yang luar biasa. Malaysia diberkati oleh sumber kekayaan, baik sumber asli, baik sumber kekayaan budaya dan sosial tetapi, malangnya, disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot." Ya, memang orang berkata Malaysia kaya, tetapi berbanding dengan jiran-jiran kita, kita masih secara relatifnya tidak bebas.
12. Apabila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan negeri ini 54 tahun dahulu, kita diberitahu bahawa Malaysia akan menjadi negara demokrasi berparlimen dengan institusi kehakiman yang bebas.
13. Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri, menjadi pemerhati yang tidak terlibat (komited), melihat perkembangan berlaku dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukan sesuatu seperlunya. Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti
Kita perlu melakukan sesuatu yang baru, yang berlainan, dan untuk melakukan perubahan itu saya minta saudara sekalian menyertai kita dalam gerakan yang kita rintiskan hari ini. Demi masa depan anak-anak saudara sekalian dan cucu-cucu kita, kita tidak boleh gagal dalam gerakan pembaharuan ini.
14. Kita akan menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah MERDEKA (ringkasnya AMANAH) untuk menggembelingkan suara dan tenaga kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai wadah Semangat Malaysia yang baru. Suara ini ialah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran, dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran. Kita akan berkata, "dahulukan kepentingan kebangsaan, yakni, kepentingan negara, dan kepentingan rakyat. Ini matlamat utama kita. Segala prioriti, keputusan dan pilihan dasar yang lain mesti tertakluk kepada matlamat kebangsaan yang utama ini."
15. Keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar - mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini - mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan keseluruhan dasar pembangunan sosio-ekonomi berdasarkan prinsip Keadilan, Kesaksamaan dan Perimbangan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu "di-remodel" sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa
Kita akan mempromosi Visi Tunku tentang pembinaan atau pengwujudan "Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu". Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara.
16. Saya sendiri akan pergi ke merata ceruk rantau negeri kita yang hebat ini (dan saya mengajak saudara sekalian menyertai saya) untuk meruntuhkan segala tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain. Saya tahu bahawa orang Melayu - demikian juga kaum-kaum lain di negara ini - tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi mereka bersikap perkauman kerana mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai "komunalis", yakni kaum yang bersikap perkauman
Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang "Islamik" mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah (dan menyeru kepada perpaduan ummah, tidak kira kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya).
17. Kita boleh dan kita akan berikrar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain.
18. Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai misi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu. Kini terserah kepada kita semua, kepada saudara dan kepada saya, untuk melakukan perubahan. Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara mara dan sahabat handai saudara untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha yang mulia ini. Galakan mereka seterusnya untuk menghantarkan rayuan yang sama kepada rakan-rakan mereka pula.
Mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat "menjangkit" Ke seluruh Negara. Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan Perkongsian dan sahabat sekalian kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan suara saya pada pagi ini. Jangan kita gagal dalam misi cinta kita kepada Negara ini.
19. Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): "Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu - jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)". Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia
Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita - usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka.
20. Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul dan dengan jujur dan ikhlas, negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi suatu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanan dan perdamaian untuk semua penduduk (warga/rakyat) Malaysia. Terima kasih.
(sumber: Ucaptama Y.B. Tengku Razaleigh semasa merasmikan pelancaran AMANAH pada 22 Julai 2011 jam 9 pagi di Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur)

23 Julai 2011
TAHNIAH LANJUT PhD
TB ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan MK salah seorang team TBD kerana mendapat dan menerima tawaran daripada salah sebuah IPTA tempatan terkemuka untuk melanjutkan pelajaran ijazah lanjutan peringkat kedoktoran (PhD).
TB dan ahli keluarga TBD mengucapkan syabas dengan iringan doa salam perjuangan dan selamat berjuang agar terus tabah dan kuat azam. semangat dan iltizam menghadapi liku-liku cabaran yang mendepani.
Kepada Puan NH yang berjaya dan lulus untuk menyambung pelajaran ke pengajian tahun akhir peringkat sarjana (Master) tidak lupa TB kalungkan jutaan tahniah dan terus mara dalam perjuangan dan kerjaya.
TB: Alangkah manisnya zaman ini peluang keemasan tersaji di mana-mana untuk melanjutkan pelajaran. Rebutlah peluang yang mana jika boleh TB ingin juga belajar lagi; belajar lagi bahkan teringin mahu mengambil pula ijazah dalam bidang perubatan walaupun mungkin itu hanya berlegar di kotak fikiran sahaja. Syabas kepada kalian!

'NAJIB RAZAK JANGAN LUPA CUEPACS MAHU BONUS DUA BULAN '
![]() |
| TB (tengah) diapit oleh Najib Razak dan Sabaruddin Chik dalam suatu majlis rasmi di Kuantan,Pahang DM tahun 1985 (gambar hiasan). |
KONGRES Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.
"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan."Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan hanya dapat bantuan khas RM500,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan kali ke-24 ANULAE cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini. – Bernama. (sumber: UM, 15/7/11)
TB: Sokong jangan hampakan kakitangan kerajaan lagi.....bahaya jika tiada bonus!

MENTERI BESAR JOHOR: OH, ALANGKAH.......
TB sering juga terdengar desas-desus daripada masyarakat setempat berhubung keluhan dan aduan negatif berhubung dengan kawasan di bawah tadbiran DUN Serom ini; antaranya wajah pekan utama iaitu Pekan Serom dan Pekan Sungai Mati. Pekan-pekan ini tidak jauh berbeza dari segi infrastruktur atau prasarananya 10 atau 20,30 tahun yang lalu. Dalam erti kata lain masih di takuk 'pekan koboi' dan tertinggal jauh dari arus perdana pembangunan moden. Kata mereka, walhal pekan-pekan ini termasuk dalam kawasan Menteri Besar. Alahai,TB tidak mahu komen. Tentu ada pro dan kontra.MB ada alasan-alasannya. Biarkanlah...
Apa yang TB mahu agar MB; termasuk BN atau khususnya Umno bahagian Ledang melakukan penyelidikan serius mengenai jumlah pengundi Melayu masa kini, jumlah aset dan tanah orang-orang Melayu yang berbaki dan telah terjual atau terlepas ke tangan bukan Melayu dan perkara-perkara 'dalaman' yang berkaitan dengan survival dan nasib masa depan orang-orang Melayu dalam DUN Ledang ini yang mana sejak dahulu merupakan salah satu kubu kuat Umno di Johor. Kawasan-kawasan perumahan mini yang tumbuh bagai cendawan juga harus diselidiki agar peratusan penduduk yang tidak seimbang bukan menjadikan ancaman secara 'halus dan diam-diam'.
TB tidak mahu terjadi suatu perkara 'lucu tetapi memilukan' apabila TB dimaklumkan bahawa MB telah 'merasmikan' sebuah tokong yang baru dibina di Kampung Serom 2 Hilir jalan Sungai Keladi yang tentu dengan kebijaksanaan AJK tokong kemungkinan mendapat sedikit peruntukan bukanlah mustahil dan belum ada menerima peruntukan pun bukanlah mustahil ataupun pada masa akan datang boleh memohon peruntukan bukanlah mustahi juga.. Perkara ini adatlah. lngat, kena faham betul-betul ayat TB di atas. Dapat atau tidak itu bukan persoalanlah.Tapi mungkin MB mahu menunjukkan keprihatinannya.
Namun apa yang ironis dan sedihnya kemungkinan MB tahu atau tidak, bahawa tanah tokong yang didirikan itu adalah satu contoh tergadainya sebuah tanah milik orang Melayu/lslam di kawasannya. Bahkan MB menyedari atau tidak bahawa tanah tokong itu adalah tanah warisan asal daripada saudara-mara atau kaum keluarganya sendiri. Jikalau tidak silap TB, tanah itu adalah tapak rumah Allahyarham Salleh bapa kepada Cikgu Mansor Salleh (pesara) yang mana isteri Salleh ialah Allahyarhumah Zaharah Abdul Hadi. Mereka adalah saudara rapat kepada Allahyarham Cikgu Hj Othman Kechik (bapa Menteri Besar Johor sekarang).
lronisnya, adakah Dato Hj Abdul Ghani 0thman menyedari bahawa tokong yang dirasmikan adalah asal-usul tanah milik kaum keluarganya? lnilah 'tragedi' metafora yang perlu kita tafsirkan secara halus dan bermakna dengan akal budi dan saksama. Usahlah hanya memikirkan survival politik bagi menentang Pakatan Rakyat khususnya Pas andainya warisan milik kita hilang sedikit demi sedikit dari hari ke hari, dari semasa ke semasa. Wallahualam.(TB).
22 Julai 2011
21 Julai 2011
NEGARA BERKEBAJIKAN: DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT KERANA RAKYAT
BUKU negara berkebajikan ditulis Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilancarkan pertengahan bulan depan ( Ogos 2011) dan ia akan menekan tiga aspek
penting bagi menjawab kritikan pesaing politik parti itu.
Setiausaha Akhbar Hadi, Nasaie Ismail berkata, buku setebal 50 muka surat itu menekankan soal pentadbiran negara yang gagal dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah negara.
Jelas beliau, buku negara berkebajikan yang akan dilancarkan serentak dengan dokumen negara berkebajikan menekankan tiga aspek utama yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
Jelas beliau, buku negara berkebajikan itu tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 hari pertama, yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
“Kandungan buku (negara berkebajikan) lebih kepada untuk memahami konsep negara berkebajikan kerana ada dua persoalan yang orang tanya sekarang ini, yang pertama adakah negara berkebajikan ini sama dengan ‘welfare state’ dan yang kedua Umno kata dah buat negara itu tapi yang kita jawab dalam buku itu tidak sama dengan apa yang Umno buat dan yang ketiga yang menjadi persoalan bagaimana dengan Buku Jingga.
“Negara berkebajikan ini bukan satu tawaran sehala bagaimana Buku Jingga, Buku Jingga adalah perkara-perkara yang ada dalam negara berkebajikan tetapi negara berkebajikan adalah konsep bernegara yang kita nak tunjukkan sebab yang kita hendak betulkan ini bukan satu bab sahaja.
“Kalau dalam Buku Jingga adalah janji 100 hari (pertama) Pakatan Rakyat tapi negara berkebajikan ini, kita nak tunjukkan konsep bernegara sebab yang rosak bukan aspek ekonomi sahaja, negara ini dirosakkan BN dalam semua aspek. Jadi kita nak gantikan negara yang BN bina sekarang ini dengan negara apa, negara berkebajikan,” kata Nasaie kepada The Malaysian Insider.
“Negara berkebajikan ini ada tiga ciri yang pertama negara berkebajikan ini mesti dipimpin oleh pemimpin dan rakyat yang berintegriti, berwibawa kalau dalam Islam kita sebut yang beriman.
“Pemimpin kalau dalam sudut agamanya dia jaga kemudian amalan-amalan yang diterima oleh semua pemimpin yang tidak rasuah, pemimpin yang tidak jadikan negara ini kepunyaan dirinya dan sebagainya.
“Yang penting pemimpin mesti berintegriti, kalau rakyat berintegriti tapi pemimpin tidak, tidak ada gunanya... kalau pemimpin berintegriti tapi rakyat porak-peranda tak guna juga,” katanya.
Panel pelaksana konsep negara berkebajikan dipengerusikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Difahamkan dokumen negara berkebajikan sudah berada di peringkat akhir perincian.
Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS pada 3 Jun lalu.
Ucapan dasar itu bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasaie yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan berkata, konsep negara berkebajikan turut memberi penekanan terhadap pengagihan ekonomi yang adil kepada keseluruhan rakyat.
“Yang kedua agihan ekonomi yang adil, di situ termasuk Buku Jingga tapi Buku Jingga untuk 100 hari jadi tiada pencanggahan di situ. Keadilan ekonomi yang kita nak beri bukan bermakna ada satu pihak didahulukan dan ada satu pihak di kemudiankan, maknanya sama rata.
“Yang ketiga, negara yang berakhlak, negara yang berakhlak ini dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai ciri seperti tepati janji terutamanya dengan orang bukan Islam dan golongan minoriti, bersikap adil kepada semua, kalau mengenai ‘welfare state’, kita lihat pada hari ini, banyak yang sudah jatuh dari segi ekonomi tapi konsep yang kita nak bawa ini adalah konsep bernegara daripada pemimpin, rakyat dan agihan ekonomi,” katanya.
Selain itu, beliau berkata kandungan buku negara berkebajikan itu turut menyentuh agar pemerintah turut memberi tumpuan kepada hak minoriti dan rakyat kebanyakan yang diketepikan dalam pentadbiran BN.
“Negara berkebajikan juga memberi keutamaan kepada hak-hak minoriti sama ada ia berasaskan kaum atau etnik seperti di Sabah dan Sarawak atau Orang Asli ataupun jantina.
“Yang selama ini diketepikan adalah hak kebanyakan seperti petani, nelayan . . . mereka tiada slip gaji tapi perlukan rumah, nak kahwin dan golongan ini yang kerajaan perlu bagi inisiatif dalam negara berkebajikan.
Kita nak buat lain daripada apa yang Umno dah buat, lawan kepada negara berkebajikan adalah negara keangkuha, ini adalah dalam buku itu,” katanya.
Kata Nasaie, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam tulisannya turut membuat perbandingan antara negara berkebajikan iaitu negara keangkuhan.
“Negara keangkuhan ini contohnya Firaun, Namrud dan sebagainya kalau dalam sejarah tapi zaman sekarang Umno ini kita sebut negara keangkuhan,” katanya. (sumber : TMI,21/7/11)
TB sarankan pembaca budiman menambahkan bacaan lanjut dengan merujuk jurnal PEMIKIR ,Julai-September 1997 tulisan Dr Chandra Muzaffar yang berjudul 'Negara Kebajikan'.

ALTANTUYA : SEBUAH MISTERI YANG DATANG LAGI....
|
"SELANGORKU"
“SELANGORKU” akan dijadikan slogan baru kerajaan negeri Selangor mulai Ahad ini.
Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, slogan “Selangorku” itu adalah kesinambungan program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat menguasai negeri itu pada pilihan raya umum 2008.
“Kerajaan Selangor akan melancarkan slogan baharu Selangorku pada Ahad, 24 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam.
“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama -sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggung jawab.
“Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Khalid, selepas dilancarkan, slogan ini akan digunapakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.
“Bersempena dengan pelancaran pada Ahad ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan secara percuma kepada pengunjung seperti pertandingan futsal, pocket bike, pony ride dan gerai-gerai jualan.
“Kerajaan Negeri juga akan mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman yang di gerai-gerai yang disediakan,” katanya.
Sehubungan itu, seluruh rakyat Selangor dijemput menghadiri program pelancaran “Selangorku” yang akan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.(sumber:MK,21/7/11)

20 Julai 2011
DAP PARTI PELBAGAI KAUM?
Dr Rajiee Hadi
Jul 20, 11
5:42pm
Jul 20, 11
5:42pm
DILAPORKAN Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat berikutan penguatkuasaan penuh Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 yang melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadan.
Pua melahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi Twitter. Namun hasratnya ini 'disejukkan' oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
DAP akronim bagi Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokratik seperti nama parti tersebut yang memperjuangkan kebebasan demokrasi dianggotai ahli pelbagai kaum dan agama.
Sebab itulah DAP pernah mempunyai seorang ahli parlimen Melayu yang pernah menang kerusi parlimen di Pulau Pinang pada suatu ketika; Allahyarham Ahmad Nor bekas pemimpin Ceupacs yang terkenal pada suatu masa dahulu.
Saya tidak mahu komen apa yang dikatakan demokrasi dalam DAP. Apa yang saya tahu DAP yang didominasi oleh kaum Cina walaupun mendakwa parti tersebut pelbagai kaum.
Namun saya sedih kerana apa yang saya amati sejak dahulu DAP asyik bercakap dan berjuang isu yang berkaitan dengan kepentingan kaum Cina sahaja. Saya ingin melihat DAP juga memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan negara.
Saya juga impikan DAP turut memperjuangkan hak-hak dalam negara demokrasi seperti kepentingan dan hak-hak orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti biasiswa pelajaran untuk anak-anak bumiputera dan pembahagian nisbah kekayaan serta kek ekonomi negara berlandaskan peratusan penduduk yang kini kita masih menyaksikan Melayu dan bumiputera masih ketinggalan dan berada dalam lingkungan kemiskinan. Apakah DAP pernah menyuarakannya; baik di parlimen atau di mana-mana?
lnilah anjakan paradigma yang patut ada dalam minda para pemimpin DAP andainya DAP mahu diterima parti pelbagai kaum dan selari dengan perubahan semasa kini.
Apatah lagi era sekarang semua parti berjuang untuk '1Malaysia' yang adil bersandarkan perlembagaan tetapi bukan kesamarataan. Sementelahan pula Umno sekarang agak 'dingin' menyuarakan suara hati orang-orang Melayu maka apakah DAP bersedia?

(sumber: MKini,20/7/11 oleh DRH)
BRUNEI: OH, ASTERAWANI BRUNEI: KAMI RINDU "GEMA NUSANTARA"
TB menerima pertanyaan beberapa teman berhubung dengan penerbitan antologi GEMA NUSANTARA yang merupakan antologi puisi sempena Pertemuan Penyair Nusantara di Bandar Seri Begawan,Brunei Darussalam, Julai 2010 lalu (jikalau silap,TB pohon maaf).
TB secara peribadi pernah juga bertanyakan kepada Sdr ZefriArief, Setiausaha Asterawani Brunei yang tampak sibuk , hilir-mudik dan mundar-mandir sewaktu berlangsungnya pertemuan tersebut. Zefri memberitahu segala-galanya dalam proses penerbitan dan akan menyusul kelak. Namun hingga saat ini, sudah hampir satu tahun, khabar dan bayangannya pun TB tidak pernah dengar, tidak pernah tahu lagi.
TB harap apa yang dikata sewajarnya dikotakan. TB pernah mengenali baik teman-teman Brunei di sana; mesra dan kerap ingatkan sahabat-taulan di Semenanjung Malaysia ini. Apa khabar Hj Daud Taha,Hj Mohamad Haji Omar, Awang Pawi, Dr Haji Abdullah dan lain-lain? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak! (TB).

Langgan:
Catatan (Atom)