HAJI Sallehuddin Abdul Wahab ,TB memperoleh khabar telah meninggal dunia pada bulan Ramadan yang lalu pada saat-saat umat lslam mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri. Allahyarham, 63 tahun adalah rakan sejawat TB yang sama-sama mengajar di Tingkatan 6 di Sekolah Menengah (SMK) Datuk Mohd.Said, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun-tahun 1980-an yang lalu. Kami adalah guru perintis bagi Tingkatan 6 yang baharu dibuka yang mana pengetua ketika itu adalah Encik Taib Hussin.
TB rasa terkejut dan amat terharu. Beliau cuma mengidap penyakit lemah jantung dan sesak nafas yang TB rasa tidaklah kronik seperti penyakit jantung saluran ateri tersumbat atau kerosakan buah pinggang ataupun diabetis.Beliau yang tinggal di Taman Nilai, Pekan Nilai telah bersara wajib daripada jawatan terakhirnya sebagai Pengarah di Maktab Perguruan Kota Baharu/IPGM-KB,Kelantan beberapa tahun yang lalu.Selepas bersara, TB telah mencari dan dapat menziarahi beliau ketika beliau terlantar uzur di rumahnya.TB lihat beliau mengalami kemurungan, keuzuran dan keletihan setelah menempuh alam persaraan.Apatah lagi hidup diselubungi kesunyian tanpa teman-teman sejawat di sisi.Begitulah putaran kehidupan.
Awal tahun ini TB berpeluang lagi bertemunya yang hanya berkerusi roda kerana menziarahi majlis perkahwinan anak bongsunya. Arwah yang telah berjaya memperoleh ijazah Sarjana Pendidikan (kaunseling) M.Ed UKM pada tahun 1992 adalah rakan yang menjadi 'pesaing positif' ketika kami sama-sama mahu memperoleh ijazah lanjutan di UKM ketika itu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya bersama orang-orang beriman dan para solihin di
'alam sana'- Al-Fatihah. (TB).
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.

28 Julai 2015
17 Julai 2015
SALAM AIDILFITRI 2015
WALAUPUN marah dengan GST, harga barangan dan petrol kian meningkat, dan nilai wang RM yang kian mengecil dan pelbagai masalah kehidupan, TB dapat rumuskan bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini dalam sejarah lebih 40 tahun yang lalu...paling tidak meriah. Di sana sini TB lihat lebih banyak wajah mencuka daripada riang ria. Sungguhpun daripada segi agama, kita semua telah berjaya menempuh pelbagai cabaran ketika Ramadan dan dengan 'semangat fitrah' menyambut Hari Raya Aidilfitri namun realitinya adalah di sebaliknya. Pada petang 'mantai' dan malam hari raya; TB tinjau di kawasan Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra kelihatan suasana masih meriah dengan orang ramai. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu; biasanya kedua-dua kawasan majoriti orang lslam itu telah lengang apabila akhir Ramadan.
TB juga ada kedengaran suara jiran yang mula meniggikan suara; mungkin ada pergaduhan kecil suami isteri yang memecah keheningan malam raya. Dan entah mengapa pula, pada malam hari raya PM Datuk Seri Najib Razak memberi ucapan dengan memakai baju Melayu berwarna hitam. Apakah ini petanda kemuraman hatinya atau kemuraman rakyat? Pembaca boleh jelaskan sendiri. Wallahualam. Dan paling menyayat hati Hari Raya Puasa tahun ini adalah tahun yang paling tinggi kemalangan jalan raya yang membabitkan kematian. Dan apakah petanda ini? lni juga pembaca boleh menjelaskan sendiri.
Apapun TB ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, maaf `zahir batin jika ada kesalahan tutur kata dan bahasa serta halalkan mana-mana ada 'terhutang' , termakan dan terminum.
Salam Lebaran!

15 Julai 2015
puisi: DI RESTORAN MAKANAN SEGERA
DI RESTORAN MAKANAN SEGERA
di kota ini, desa kian menjauh pergi
tidak kudengar pinggan mangkuk berlaga
bergemalatuk dingin air telaga
kami bersila siap siaga
sambil menjengok di luar langit jingga
menggosok pelipis mata merah saga
dinihari malam masih muda
dengan minyak tanah pelita waspada
rumah usang datuk berkumpul sekeluarga
menikmati sahur juadah pulut durian
dengan nasi berbaki lauk yang ada
ada ketikanya perut remajaku tidak menerima
setelah bertahun-tahun ditakdirkan
aku masih bermesra dengan si kecil itu
saujana menadah langit yang damai
membilang bintang dan mahu mendapatkan bulan
sambil menghirup udara segar fajar
sebelum menikmati juadah pelbagai cita rasa
di restoran makanan segera ini
si kecil itu diselimuti dimensi baharu
dan sering aku membayangkan
puluhan dekad waktu mendatang
bagaimana si kecil itu sepertiku kini
memberi takrif sahur ramadan nanti.
RAJIEE HADI,
Bandar Seri Putra, SDE.
15 Julai 2015.

14 Julai 2015
puisi: DI PADANG AWAM ITU
DI PADANG AWAM ITU
di padang awam itu
yang saban dwitahun
cukai majlis perbandaran
tanpa tunggakan dijelaskan
kami menikmati prasarana
di padang awam itu
anak-anak kecil kami
berlari riang bebasnya alam
tanpa gangguan anjing liar
atau onak duri menjalar
kini di padang awam itu
entah bila bertukar gelanggang
kulihat ada pemain nepal & myanmar
ada pemain bangladesh & pakistan
ada pemain vietnam & thailand
ada pemain afrika & sri lanka
serta para pemain lain
yang menanti giliran
demi giliran untuk saling menendang
saling menanduk, saling berlarian
hingga membuat anak kecilku kian bosan
sebenarnya di padang awam itu
di tanah airku malaysia kini
telah berlangsung piala dunia
tanpa tiket tanpa visa
tidak siapapun peduli lagi!
RAJIEE HADI,
Bangi, SDE.
14 Julai 2015.
di padang awam itu
yang saban dwitahun
cukai majlis perbandaran
tanpa tunggakan dijelaskan
kami menikmati prasarana
di padang awam itu
anak-anak kecil kami
berlari riang bebasnya alam
tanpa gangguan anjing liar
atau onak duri menjalar
kini di padang awam itu
entah bila bertukar gelanggang
kulihat ada pemain nepal & myanmar
ada pemain bangladesh & pakistan
ada pemain vietnam & thailand
ada pemain afrika & sri lanka
serta para pemain lain
yang menanti giliran
demi giliran untuk saling menendang
saling menanduk, saling berlarian
hingga membuat anak kecilku kian bosan
sebenarnya di padang awam itu
di tanah airku malaysia kini
telah berlangsung piala dunia
tanpa tiket tanpa visa
tidak siapapun peduli lagi!
RAJIEE HADI,
Bangi, SDE.
14 Julai 2015.
17 Jun 2015
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK
TB dan warga kerja mengucapkan Selamat Menyambut Puasa pada bulan Ramadan al Mubarak pada hari Khamis, 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadan. Semoga umat lslam khususnya diri TB, ahli keluarga, sahabat-handai dan seluruh umat lslam dapat mengamalkan ibadah ini dengan penuh tawaduk dan keredaan akan memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.
Mana-mana ada kesilapan TB, terkasar bahasa, termakan dan terminum harap maafkan dan halalkan.Semoga kit semua kita dilindungi oleh-Nya sepanjang bulan ini yng penuh berkat.
Kepada ahli keluarga Allahyarham Cikgu Saibi lbrahim (pesara Pengetua SMBG Ledang & SMTSL,Felda Bukit Serampang yang telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam, Selasa,16 Jun 2015)didoakan semoga roh beliau dihimpunkan dalam golongan para salihin. Al-Fatihah.
Salam Ramadan al-Mubarak!

16 Jun 2015
PETUA ELAK SAKIT JIWA
Mereka yang suka melakukan 'troll' atau mengeluarkan kenyataan bernada menyindir dengan tujuan provokasi dan menyebarkan keburukan orang lain menerusi media sosial, merupakan golongan 'sakit jiwa.'
Penceramah motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, golongan ini
boleh dikenali menerusi empat ciri dengan yang pertama orang yang
'sakit dari segi rohani.'"Jiwa atau rohani mereka tidak sihat. Orang yang sakit dari segi jiwa
memang tidak mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah untuk
menyebarkan keburukan orang lain walaupun dengan niat berjenaka,"
katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, ciri kedua ialah jahil agama kerana secara jelas
agama menghalang mana-mana pihak menyampai atau menghebah keburukan
orang lain.Yang ketiga, katanya, mungkin dipengaruhi oleh rakan-rakan atau persekitaran."Kalau semua geng dia kongsi atau sampaikan keburukan, keaiban dan
perkara yang negatif maka dia akan terbawa-bawa sifat itu serta
melakukan perbuatan yang sama.
"Yang keempat ialah orang yang sewenang-wenangnya menyampaikan
sesuatu perkara tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran keseluruhan
cerita itu. Ini akan menjurus kepada perlakuan memfitnah dan mengumpat
serta sangat berbahaya," katanya.Menurut Mohd. Fadzilah, pelaku 'troll' sebenarnya terlupa perbuatan mereka itu adalah suatu sabotaj terhadap diri sendiri.
Orang terlepas pandang apabila mereka memberi komen bersifat negatif
terhadap sesuatu isu, secara tidak langsung akan mencerminkan sifat
peribadi pelaku 'troll' dan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri,
katanya.
"Apabila mereka menyampaikan keaiban orang lain dalam media sosial,
dosa pelaku kesalahan itu mungkin terhenti setakat itu namun dosa orang
yang menyebarkan cerita tersebut akan berterusan selagi isu itu masih
dibincangkan," katanya mengakhiri bicara.(disesuaikan)
09 Jun 2015
RAJIEE HADI: ANTOLOGI PUISI PATRIOTISME 'DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA'
BUKU antologi puisi patriotisme 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang mengandungi hampir lebih 150 buah puisi yang sarat dengan tema kalbu insani,pesona alami dan subur lslami telah berjaya diterbitkan dan mula ada di pasaran terhad mulai hari ini. Antologi yang memuatkan 3 bab kumpulan puisi penyair Rajiee Hadi yang bermula dengan bab 'Pesona Alam' kemudian 'Kalbu lnsani' dan 'Subur lslami'. Puisi-puisi yang dimuatkan dalam antologi perseorangan ini mengandungi elemen kasih sayang yang pelbagai terhadap alam, hubungan kemanusiaan dan ketakwaan kepada Allah Yang Maha Pencipta. Segala kasih sayang ini tidak dapat dipisahkan daripada 'di mana bumi dipijak' tanah leluhur ini.
.
Antologi ini diterbitkan oleh Penerbitan Awan Prima dengan harga RM25.00 (SM), Sabah & Sarawak Rm28.00 dan Singapura & Brunei S/B D 11.00. Tambahan kos pos di mana-mana destinasi cuma RM7.00 sahaja. Antologi setebal 155 muka surat boleh dipesan secara pos melalui Pengurus P.Awan Prima, Puan Nor di talian: HP: 01136405523 (pesanan boleh dibuat) .
Anda boleh juga dapatkan di pasaran di kedai-kedai bukiu seluruh Malaysia, selagi stok masih ada., lnsya-Allah.
25 Mei 2015
PELACUR BAHASA
TB bukan mahu menghuraikan apa itu 'Pelacur Bahasa' yang telah digunakan sejak 1970-an yang silam. Mungkin pelacur bahasa digunakan dalam pelbagai 'sikon' (situasi & kondisi). Namun apapun tujuannya adalah semata-mata untuk menegur para pengguna bahasa agar bertanggungjawab, menggunakan bahasa kita, bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara kita,Malaysia tercinta.
Tiga hari lalu, TB berlegar-legar dan membelek-belek buku-buku yang terjual di sebuah toko buku. TB tidak menafikan zaman ini adalah kebangkitan buku-buku agama dan novel-novel pop yang yang 'ghairah diurusniagakan bagaikan di pasaran bursa saham.' TB hanya sedikit peduli hal keghairahan itu; asalkan masyarakat tidak lupa akan budaya membaca yang kita sendiri suka tanamkan anak-anak kita sejak dari zaman bayi lagi.
Walaupun keghairahan pemasaran di sesebuah syarikat penerbitan berusaha dengan pelbagai pemancingan psikologi bakal pembeli (baca,'pembaca') namun orang yang beragama lslam dan berbudaya masyarakat Melayu; janganlah semuanya 'terlampau atau terlajak' dari pelbagai aspek termasuk judulnya. TB naik mual dan mahu termuntah jikalau TB menulis di ruangan ini secara terperinci..(TB kurang menulis cara 'copy n paste').
TB terkejut ada penulis dan penerbit (bukan penerbit PTS) yang menggunakan perkataan/istilah 'KORANG,' CANTEEK', 'SODAP', 'SEDAPPP' dan sebagainya dalam judul buku, keterangan judul di bahagian kulit luar bukunya (adakah terbit sendiri tidak dipantau?) dan seumpamanya. Alangkah malangnya jikalau penulis buku berbahasa Melayu tidak tahu:
1. Apa itu bahasa Melayu persuratan?
2. Apa itu bahasa Melayu lisan?
3,Apa itu bahasa Melayu isyarat?
4.Apa itu bahasa Melayu rojak?
4.Apa itu bahasa Melayu cacamarba?
5.Apakah itu 'keselerasan ejaan sebutan/vokal bahasa Melayu?
Tanpa banyak bicara panjang; TB menyeru agar penulis atau bakal penulis mengenal pasti 5 perkara pokok di atas itu sebelum menulis sesebuah buku atau apa jua penulisan; baik kreatif atau deskriptif.Jika tidak, anda yang berbuat sewenang-wenangnya melakukan kejahilan bahasa dalam penulisan rasmi (menggunakan bahasa Melayu persuratan) dalam buku-buku,jurnal &majalah maka anda adalah manusia tidak bermaruah dan layak dipanggil 'PELACUR BAHASA' (istilah pelacur tubuh adalah berbeza konotasinya). (TB)

21 Mei 2015
GHAZALI HAJI HAMZAH, PPD PETALING PERDANA
TERLEBIH dahulu TB mohon maaf kepada sahabat lama TB, Tuan Haji Ghazali Hamzah yang kini menjawat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah (PP) Petaling Perdana, Shah Alam, Selangor D.E andainya kata-kta TB dalam blog ini mengguriskan hatinya.Namun TB terpaksa katakan berterus terang demi prinsip sebuah janji. Ya, janji yang tidak ditepati.
TB tahu, Haji Ghazali cuma tinggal hanya beberapa hari lagi akan menempuh alam persaraan, bersara wajib daripada perkhidmatan pendidikan kerajaan. lni bermakna, jikalau diikut perkiraan, TB masih ada lagi tempoh perkhidmatan wajib sehingga akhir tahun ini. Namun situasi telah menjadi sebaliknya.
Haji Ghazali adalah sahabat baik TB, rakan semaktab (MPB, 1976-77) dan rakan serumah sewa di rumah kedai bertingkat di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian beliau ditakdirkan menjadi super junior TB di UPM. Setelah TB berjaya meraih ijazah profesional B.Ed., beliau baharulah mencecah masuk ke menara gading UPM untuk mendapatkan B.Ed.selama empat tahun! Begitulah masa dan waktu berlalu, Beliau terus komited berkhidmat di sekolah dan JPN Selangor. Dan TB pun meneruskan perjuangan dalam pendidikan dengan terus meningkatkan kelayakan akademik, menimba ilmu dan berkhidmat di IPGM dan IPT. Kami satu matlamat, tetapi cara dan bentuk sahaja berbeza.
Ghazali yang 'warak' ini begitu aktif dalam aktiviti lslam semasa kami di MPB.. Namun sebagai anak muda 'kisah gosip anak muda' tidak dapat dielakkan namun beliau berjaya menanganinya dengan bijak. Begitulah Haji Ghazali, yang juga aktif dalam pasukan pengakap bersama TB. Difahamkan beliau melanjutkan pengajian dalam bidang kaunseling semasa di UPM. Justeru, TB berharap beliau dapat memanfaatkan ilmunya semasa tempoh persaraannya kelak. Tempoh bersara adalah tempoh yang menguji kita kerana banyak perkara kita telah 'kehilangan' semasa kita hidup dalam 'dunia kita' sahaja nanti.
Namun ada suatu perkara yang TB 'kurang seronok' ialah apabila Haji Ghazali gagal menunaikan janjinya dengan TB. Kononnya sebagai seorang sahabat lama yang karib, TB ikhlas mahu memberi sanjungan dan penghormatan sebagai tanda kenangan dalam buku TB ' Travelog Guru: Seribu Warna Seribu Makna' untuk ruangan Kata Pengantar buku tersebut. Sebelum ini pun buku TB kumpulan puisi 'Cinta Arafah' pernah diringi kata-kata aluan/pengantar oleh Allahyarham Datuk Haji Razali lsmail, mantan Timbalan Menteri Pendidikan yang juga mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Justeru, jika dibandingkan Allahyarham Datuk Haji Razali; siapalah dia Haji Ghazali? Namun TB mahu hargai atas nama persahabatan kepada beliau. Bahkan seorang bekas pengetua (MAS ADEKI,penulis 'muda' dengan menggunakan nama samaran) yang pernah menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Tasik Selatan,Kuala Lumpur pernah buku sastera puisinya "Gurindam" diiringi kata-kata aluan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein!
TB kecewa dengan Haji Ghazali Hamzah walaupun TB telah mengirimkan draf kata pengantar yang merupakan teks penuh melalui emelnya.Apabila dihubungi melalui telefon beberapa kali, beliau menyatakan kesibukannya. Apakah 'sibuknya' setiap minit dalam masa 24 jam? Beliau sendiri yang menyarankan agar TB mengirimkan teks secara emel.Tidak pula dikatakan bertemu muka dan 'serah tangan' . Walau bagaimanapun semuanya sudah menjadi sejarah. TB menanti respons beliau hampir 2 bulan! Hari Guru 2015 sudah berlalu. Alhamdulillah buku tersebut telah pun berjaya diterbitkan tanpa ' Haji Ghazali Hamzah' dengan cetakan pertamanya sudah habis dijual!
Apapun TB ucapkan kepada sahabat lama TB 'Selamat hari Guru' dan 'Selamat Bersara Wajib' dan selamat menempuh kehidupan dengan serba realti!

20 Mei 2015
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM)
TB sudah lama terpanggil untuk menyahut aduan/komen/keluh kesah daripada seorang sahabat dan mungkin juga mewakili sebahagian besar penjawat awam berketurunan Melayu /bumiputera beragama lslam yang agak musykil bersebab mengenai YAPEIM. TB pun tidak pasti adakah YAPEIM didaftarkan atas akta syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun didaftar atas sebuah badan/yayasan kebajikan atas akta ROS. lngatlah, dua tempat ini ada mekanisme yang berbeza tatkala beroperasi.
Dipendekkan cerita, sahabat itu mengadu gaji bulanannya dipotong oleh jabatannya (mungkin melalui Perbendaharaan/Akauntan Negara) sejak lebih 20 tahun lalu. Sama ada ketika itu 'izin dalam paksa' atau 'rela dalam duka' beliau mengizinkan gajinya dipotong secara bulanan (dia hanya mampu RM10/sebulan), dia tidak pasti. Namun segala-galanya atas dasar 'amal jariah'.
Tetapi bukan isu pokok pemotongan dan sedekah itu mahu dipersoalkan. Tetapi mekanisme,perjalanan dan ketelusan YAPEIM selama ini yang dipertikaikan. Katanya, beliau terpanggil bertanya dalam hati, mengapa sana sini sekarang didapati YAPEIM mengusahakan premis perniagaan 'Pajak Gadai lslam'? Apakah rasionalnya? Sedang ar-Rahnu kini banyak dijalankan oleh Bank Rakyat, Bank lslam dan pelbagai ejensi yang berorientasikan lslamik.
Bayangkan jika sekitar 3 juta penjawat awam sejak 25 tahun lalu dipotong gaji bulanan kerana bersedekah jariah sebanyak RM10-RM50 sebulan? Maka berapakah jumlah/amaun yang telah dikutip? Apakah dan ke manakah wang itu dibuat dan dialirkan? Sedangkan Tabung Haji yang menyimpan tabungan orang awam lslam telah melakukan pelbagai perlaburan untuk pulangan baik bagi jangka pendek dan jangka panjang itupun menghadapi pelbagai isu panas.
Jikalau YAPEIM ada objektifnya maka apalah gunanya kita ada Pusat Pungutan Zakat, Baitul Mal dan pelbagai jenis tabung sedangkan di sana sini kita dapati ramai golongan asnaf, OKU, warga emas tidak berpencen , anak-anak yatim, janda miskin ramai anak, penganggur,pelajar miskin, mahasiswa IPT dan sebagainya yang hidup merempat dan meminta-minta belas ikhsan daripada orang ramai atau organisasi yang berkaitan? Tanyalah KKM dan LHDN yang mengendalikan BRIM berapakah jumlahnya individu lslam yang kategorinya miskin layak dapat bantuan BRIM? Tidakkah ini memalukan kita sebagai penderma yang bertahun-tahun tetapi kita tidak tahu ke manakah hala tuju wang itu?
Hari berganti hari, bulan dan tahun juga bersilih ganti, YAPEIM terus mendapat dana daripada pemotongan gaji penjawat awam dan lain-lain sumber. Sehinggalah TB diberitahu sahabat itu telah pun pencen/bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan pemotongan itupun terhenti setakat itu. Apa yang beliau tidak puas hati, tidak ada pun sepatah kata surat ucapan terakhir daripada YAPEIM kepadanya. Dan berpuluh-puluh tahun dia tidak pun menerima apa jua laporan/penyataan atau notis ataupun pembentangan bajet dan sebagainya wang hasil derma orang ramai kepada YAPEIM.lngatlah, tabung surau/masjid pun dilaporkan kepada orang awam di papan-papan notis masjid/surau.lni adalah langkah telus bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, penipuan, tidak amanah, culas dan macam-macam sifat buruk.
Yang TB sedar jawatan esekutif YAPEIM dahulu daripada seorang pegawai biasa kini sudah bergelar Ketua Pengarah. Andainya perjawatan mengikut gred JPA maka pegawai utamanya itu tentulah sekurang-kurang gred JUSA A. Wah, besar dan lumayan gaji dan elaunnya. Tetapi apakah besar juga tugas dan tanggungjawab yang dibuatnya?

18 Mei 2015
MELAYU CEKAP,BIJAK & PANDAI BERNIAGA JUGA
TB sangat benci jika orang-orang Melayu yang berniaga di gerai-gerai tepi jalan, warung-warung, pasar-pasar malam dan sebagainya bersikap tamak dengan menjual makanan dan apa jua produk sama harga dengan yang dijual di restoran atau di pasar-pasar raya atau di kedai-kedai runcit yang terpaksa membayar sewa kedai, belanja air elektrik,pekerja ramai dan seumpamanya. Sebab itu peniaga yang tamak ini bertahun-tahun di takuk itu juga, kerana pendapatan mereka mungkin tidak berkat dan disumpahi orang ramai.Bahkan membayar cukai kepada LHDN jauh sekali. Adakah LHDN malas mahu membuka fail? Pimai pimai para penjawat awam yang gaji tidak seberapa juga 'diratah' oleh LHDN!
Di sebuah restoran segera pagi ini TB perhatikan seorang pemuda Melayu yang dapat 'menarik' seorang pemuda Cina untuk bersama-sama berkongsi perniagaan. Oleh kerana perbualannya jelas, tidak berapa jauh daripada kerusi meja TB maka TB dapat kutip setiap butir perbualannya. Lantaran TB berminat dan mendapat degree dalam bidang komunikasi dan psikologi (psikolinguistik) maka TB dapat tangkap setiap inti perbualan dan memahami bahasa badan mereka.
Sahlah, pemuda Melayu itu seorang 'leader terkenal' sebuah syarikat jualan langsung yang berjenama & berprestij.Dia berjaya 'mengheret' pemuda Cina itu mendengar celotehnya. Dengan bahasa lnggerisnya yang lancar, bahasa badan yang meyakinkan dan dia dapat menguasai situasi maka pemuda ciona itu bagaikan terperangkap secara halus sambil memegang borang keahlian yang belum siap ditulis. Pemuda itu terus berhujah dan terus berhujah pantas tanpa kompromi.Sesekali pemuda Cina itu mencelah dengan bahasa lnggeris rojak yang kurang fasih. Dipendekkan cerita, akhirnya pemuda Cina itu akur dan 'tewas' lalu mengisi borang keahlian syarikat direct selling milik kaumnnya juga.(jika kepunyaan Melayu, bagaimana?).Setelah selesai, TB perhatikan mereka berdua mula berkomunikasi pula dalam bahasa Melayu tanpa masalah. Begitulah peranan bahasa, ada yang digunakan untuk mempengaruhi situasi jangka pendek.Kliennya beredar.
Tanpa disangka, seorang pemuda Cina lain yang sibuk menaip komputer sudah hampir 2 jam tadi mula merapati pemudah Melayu yang petah berbicara itu.Mereka kelihatan tiba-tiba sudah jadi seperti rakan kongsi bisnes yang mula 'buka kedai' berbicara tentang bisnes.
Moralnya cerita di atas bahawa orang Melayu bukan mustahil jika mahu ceburi dalam perniagaan. Janganlah anggap orang-orang cina itu hebat. Tips yang paling penting, banyak memca semua aspek bahan dan galilah pelbagai pengetahuan, rajin merujuk kamus, berlatihlah komunikasi, yakinkanlah diri, tanamkan sikap 'kita boleh' dan sentiasa berjimat cermat, bersabar dan bersikap mesra tidak sombong! Selamat maju jaya!

15 Mei 2015
RAHIMIDIN ZAHARI KEMBALI KE RAHMATULLAH
SEMALAM baharu TB menyebut dan bertanya khabar sosok Rahimidin Zahari penyair muda terkenal abad ke-21 menerusi blog TB. Beberapa hari lalu penyair veteran Le0 AWS ada mengirim SMS memberitahu TB mengenai Rahimidin dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh kerana mengalami pendarahan otak.
Rahimidin (sila rujuk biodatanya di mana-mana website) hari ini selamat dikebumikan di kampung halamannya di Peringat,Kelantan sebelum solat Jumaat. TB terkejut dan amat terharu.Sesungguhnya dunia perpuisian Malaysia kehilangan seorang seniman puisi yang berbakat dan mula menggilap nama di persada puisi tanah air. Berita yang dikirimkan oleh Leo Aws juga menerusi SMS ini juga mengejutkan TB. Takdirnya, Allah lebih menyayangi Rahimidin yang telah kembali dalam usia muda.Menurut Leo antara teman penulis yang hadir menziarahi Allahyarham di kampung halamannya ialah penyair Azmi Yusuf, Marsli N.O, Norhisham Mustaffa. Leo Aws dan Presiden Pena.
TB: Al-Fatihah...semoga roh Allahyarham dihimpunkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.Amin.
Dan setelah pemergian RZ baharulah TB tahu bahawa arwah adalah Bendahari Pena terkini. Dan selanjutnya baharulah TB dapat tahu daripada portal berita bahawa 11 (sebelas) buah buku RZ telah diterbitkan oleh ITBM. Apa yang TB tahu KPM pernah menyumbangkan dana kepada Pena-ITBM untuk penerbitan karya-karya sastera kebangsaan. Dan TB terima banyak aduan mengenai kronisme,nepotisme dan macam-macam telahan termasuk 'penilai hantu' yang mana banyak penulis yang sudah ada nama ditolak oleh ITBM! Dan apabila 'kembalinya 'RZ maka sedikit sebanyak ada sesuatu yang tersembunyi...hingga 11 buku RZ diterbitkan oleh ITBM sahaja. Wallhualam!

14 Mei 2015
FAISAL TEHRANI
TB tidak berniat mahu ulas apa yang Faisal Tehrani (FT) buat atau kemelut yang dihadapi. Bagi TB siapa TB, FT pun tidak kenali dan siapakah FT, TB pun tidak kenali sangat. Walupun kadang-kadang TB sering lepak di tangga depan ATMA UKM. Cuma yang TB tersedar nama penulis ini mendadak naik walaupun TB tidak pernah pun membaca seabarang bukunya (mungkin sudah tidak banyak masa lagi, tidak seperti zaman kanak-kanak/remaja TB banyak baca karya fiksyen Melayu karya Hamka, Abdul Moes,lwan Simatupang, Pramoedya , Ruhi Hayat, Abdullah Hussein, Keris Mas,Arena Wati dan lain-lain ).
Walau apapun TB tidak pasti adakah FT bertugas sebagai pensyarah (berjawatan tetap) atau Felo ataupun Tutor yang bukan berjawatan tetap tetapi bersifat kontrak/sementara. Justeru, Sekiranya berjawatan tetap maka FT dan sesiapun kena faham dan akur apa itu 'Perintah Am Kerajaan'; selagi kita berkhidmat sebagai penjawat awam bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan tatatertib dan sebagainya....(sebab dalam bahasa kasar, "universiti itu bukan bapa kita punya",),lNamun jika bukan pensyarah maka perjawatan seperti felo atau tutor, penjawat itu boleh "belah" bila-bila masa jikalau individu itu mahu kebebasan minda umpama "tukar tiub" yang bekerja sendiri dan boleh menyalurkan idea/pendapatnya dengan bebas (asalkan tidak menyalahan undang-undang negara).
Begitulah FT dalam kemasyhuran namanya dekad ini dan dekad lalu kerana anehnya "menang menjuarai anugerah sayembara menulis novel utama dsb. dan disampaikan oleh VVIP" tetapi anehnya juga baharulah kemudiannya karya-karya dinobatkan dan difatwakan HARAM...(Apa maksud hukumnya 'haram'?)...Apakah langit tidak selalu cerah? Apakah ini bermakna karya-karya FT tidak menepati, tidak mematuhi peraturan-peraturan,syarat-syarat dan objektif peraduan tersebut?
TB: Dua,tiga lalu teman penyair kelahiran pramerdeka dari Pantai Timur beritahu TB mengenai penyair Rahimidin yang dimasukkan wad di Sungai Buluh kerana mengalami pendarahan di kepala (strok?). Apa khabar beliau sekarang? Didoakan cepat sembuh.Amin.

11 Mei 2015
TEMA HARI GURU 2015: GURU MEMBINA ILMU,MENYEMPURNAKAN AKHLAK
SEMPENA HARI GURU 2015 dan mempunyai tema yang bertepatan dan selaras dengan isi kandungan buku "Travelog Guru: Seribu Warna Seribu Makna" maka adalah amat baik dan bersesuain semua warga pendidik memperoleh dan membaca buku ini. Jikalau sudah habis dijual di kedai buku sila buat tempahan secara talian. Cetakan kedua dalam proses.
![]() |
| Kulit buku hadapan dan belakang |
Buku yang mengandungi 365 (fon 14) muka surat terbitan
Penerbitan Awan Prima terbaharu 2015 dan terlaris di pasaran kini
ditulis oleh Dr Haji Rajiee Hadi.
Buku ini menyalurkan sumber utama motivasi, biografi
dan informasi daripada penulis yang berpengalaman dalam dunia pendidikan dan
keguruan. Buku ini adalah kisah guru, kisah kita dan kisah masyarakat yang
secara langsung terbabit sama dalam dunia pendidikan.
Penulis telah
menghimpunkan coretan pengalamannya dalam dunia keguruan lebih 35 tahun.
Sejarah awal kehidupan penulis dan detik hari mulanya menerima tawaran
berkursus asas perguruan di sebuah maktab perguruan terulung di Kuala Lumpur telah
membuka lembaran baharu perjuangannya yang penuh asam garam kehidupan. Suka
lara, duka riang, marah,kecewa dan ceria telah dipaparkan dengan berani dan
berterus terang demi kelangsungan dan kemuliaan profesion keguruan untuk
generasi kemudian.
Dapatkan buku di atas dengan menghubungi: (Tempahan On-Line dan
Terus Daripada Penerbit)
Pengurus: Pn.Nor: H/P:
01136405523 (sms)
Bank-in : Akaun BSN:
10001-41-00001008-6
Harga Semenanjung Malaysia :RM
45.00, Sabah-Sarawak RM48, Brunei Singapura BD/SD 18
Contoh Harga Diskaun Promosi
lstimewa (potongan 10% termasuk Sabah,Sarawak,Brunei,Singapura)
Contoh Harga Selepas `diskaun SM: RM 40.00 & RM7.00 (kos penghantaran pos
ekspres) = RM 47.00 (EMPAT PULUH TUJUH RINGGIT MALAYSIA)+ RM3.00 (sedekah tambahan untuk kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim & Orang Tua. JUMLAH/AMAUN BESAR RM: 50.00 (LIMA PULUH RINGGIT MALAYSIA SAHAJA).
Formula sama digunakan untuk harga dan kos penghantaran bagi Sabah,Sarawak,Brunei & Singapura.

Nota:
Membeli
sambil menderma, bersedekah amal jariah. Terima kasih, pembelian buku ini turut
menyumbangkan 05%Kepada Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Kurang
Upaya serta Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua. Terima kasih!
04 Mei 2015
HASSAN TOPIT, HAJI
TERSEBUTLAH kisah diam tidak masa terus berlalu.Walaupun pergerakan masa dikatakan merangkak namun datang dan perginya deras bagai air sungai yang mengalir dari hulu menuju ke kuala.Begitu juga kisah sahabat semaktab TB, Tuan Haji Hassan Topit yang seingat TB jawatan mutakhirnya sebagai Pengetua Cemerlang di sebuah sekolah menengah sains (SBT) berasrama penuh di Air Keruh,Melaka.
TB pernah hadir dan tinggal di asrama sekolahnya pada tahun 1977 sewaktu TB menghadirinya sebagai peserta di Konvensyen Pendidikan (1) anjuran Persatuan Suluh Budiman pimpinan Allahyarham P.E.Dr.Awang Had Salleh.Banyak kenangan lalu ketika TB berada di sekolah ini.
Dan sehinggakan TB baharu tersentak seringkali tidak sempat hadir datang ke sekolah ternama ini kerana ada sahaja halangan.Dan diam tidak masa telah beralih pergi dan TB teringat sahabat TB Haji Hassan Topit adakah beliau telah bersara? Jika sudah bersara di mana beliau bersemenda sekarang?
Sebenarnya nama Haji Hassan Topit dan sekolah ini ada tercatat dalam buku motivasi,biografi & informasi tulisan TB yang terbaharu berjudul 'Travelog Guru: Seribu Warna Seribu Makna' yang kini berlegar di pasaran. Selain Sdr Hassan, TB terpanggil bertanya di manakah Sahak Wahid, Museri Latib, Arumugasamy, Chew Hock Liong, Dahlan Tampin, dan ramai lagi rakan-rakan TB satu MPB,Lembah Pantai 1976-77? Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat.......... (TB)

02 Mei 2015
AHMAD FADZILLAH MENINGGAL DUNIA
TIGA hari lalu TB dapat tahu daripada staf penerbitan Aras Mega Sdn.Bhd. yang beroperasi di Taman Desa Damai, Sungai Merab Luar, Bandar Baru Bangi, Selangor bahawa penyair Ahmad Fadzillah, 58 tahun telah meninggal dunia hampir sebulan lalu secara mengejut setibannya beliau di rumahnya.Allahyarham. seringkali berulang-alik daripada tempat kerja dan pulang ke rumah di Kuala Lumpur setiap hari kerana bekerja sebagai editor di syarikat penerbitan tersebut.
Ahmad Fadzillah yang TB kenali sejak lebih 25 tahun lalu ketika beliau bertugas sebagai kerani di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur (jika TB tidak silap). Beliau seorang yang pendiam dan gemar menyendiri. Namun apabila didekati beliau juga gemar berseloroh dan berminat apabila membicarakan perkembangan kesusasteraan tanah air. Dikhabakan beliau pergi akibat serangan jantung mengejut. Ada kemungkinan dalam usia sebegitu, beliau terpaksa terus survival demi kehidupan diri dan keluarga. Namun takdir, Allah lebih menyayangi dirinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan Allah dalam golongan para salihin. Al- Fatihah.

30 April 2015
BERMULANYA MENULIS NOVEL......
TB ada terbaca sebuah buku karya Shahnon Ahmad lebih 30 tahun lalu yang menyatakan bahawa permulaan untuk seorang pengarang atau bakal pengarang 'tergoda' mahu menulis novel ialah adanya 'kegatalan' mahu menulis akibat daripada faktor-faktor yang menolak dalam batinnya membusar dalam kalbunya yang meluap-luap mahu coretan pena ditumpahkan di atas kertas (sekarang dalam komputer). Ya, lain orang lain padang, lain orang lain ragam!
Adalah amat bermanfaat jika penulis memiliki asas ilmu bantu pengetahuan sastera sama ada pengetahuan dasar ataupun berilmu sastera tulen.Paling minimum penulis bijak dan tahu mengaplikasi dan memanipulasi tema,mesej,bahasa dan gaya bahasa (stilistik), watak dan perwatakan serta teknik penceritaan. Dan amat-amat dihormati andainya penulis tersebut berpengetahuan dalam ilmu teori dan pendekatan kesusasteraan serta kebahasaan. Justeru, penulis boleh melakar dalam mindanya sama ada mahu menggunakan pendekatan psikologi, persejarahan (histografi), kewartawanan baharu (journalisme) dan banyak lagi.
Kita faham, ada penulis zaman silam hanya menulis dan terus menulis apa yang terakam dalam mindanya tanpa memikirkan aspek struktural atau formalistiknya. Begitu juga seperti pemuzik zaman tuk kaduk yang bermain alat muzik secara 'by hard'. Namun keadaan telah berubah. Kita tidak mahu karya yang kosong, hampas dan hambar tidak ada pembangunan jiwa dan kosong dalam memberi pengetahun yang membangun kalbu insani dan kehebatan manusiawi.lnilah yang terjadi kepada hampir 85% buku-buku fiksyen di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baharu-baharu ini yang mengetengahkan 'TSUNAMI NOVEL POP' yang mengandungi mesej yang hampas! Maaf, TB tidak berhasrat mahu mengupaskan dalam blog kali ini.lnsya-Allah pada waktu lain. Sebenarnya gejala novel-novel pop pernah melanda dalam perkembangan kesusasteraan lndonesia pada tahun-tahun 1990-an lalu.
Berbalik kepada permulaan menulis novel, kata Shahnon lagi; penulis/pengarang mestilah ada rasa sensitivi dalam dirinya sama ada disebabkan persekitaran hidupnya, kehidupan yang melakarinya, beban hidupnya sehinggalah termasuklah lagu-lagu yang boleh menceritakan kisah hidupnya atau yang boleh membuahkan inspirasi. Ah, untuk permulaan ini, TB sudah ada 'mood' kembali apabila 'diusik nostalgik' dengan lagu-lagu yang memberangsangkan motivasi TB seperti berikut:
1. Selamat tinggal bungaku
2.Mimpi yang tak sudah
3.lstana menanti
4.Biarku menjadi lilin
5.Suratan atau kebetulan
6.Aku jambatan buatmu
7.Ayat-ayat cinta
8.Dealova
9.Pamitan
TB: Apa kata jika ada pembaca mendengar semua lagu itu, sila berikan cadangan 2 tajuk/judul cadangan untuk novel TB yang mahu TB tulis/karangi. Ada hadiah misteri menanti jika ada judul yang terbaik dan bertepatan! Silakan.

28 April 2015
DUA KISAH O.K.U (oku)
SUDAH lama TB tidak menggarap idea. Kekadang idea datang mencurah bagai air terjun Niagara tetapi kerana tertangguh maka banyak telah dilupakan dan terlupa terus daripada memori.TB mahu bangkit kembali berjuang di arena pena; mengasah yang tajam ini daripada mata pedang! Terasa TB diberikan Allah SWT seperti 30 tahun lalu. Syukur nikmat yang Allah kuniakan usah dipersiakan asalkan niat murni ke jalan Allah.
Dua kisah yang TB mahu ceritakan kali ini adalah kisah OKU. Terpulanglah sama ada OKU adalah orang kelainan upaya atau orang kurang upaya. Kekadang ada lojiknya ada perbezaan antara kelainan dan keupayaan. Tetapi jangan salah anggap yang menyatakan OKU itu termasuk orang tua yang uzur, sakit tenat, sakit kronik kita mahu gelarkan OKU. itu adalah orang tidak berdaya@uzur (OTB)...hehehe.
Kisah pertama tersebutlah pada abad lalu (abad ke-20...sekarang abad ke-21 mulai tahun 2001) ada seorang isteri mahu 'membenarkan suaminya berkahwin(bernikah). Pada mata zahirnya isteri ini o.k. Tetapi kehidupan bertahun-tahun pasangan suami isteri ini bagaikan api dalam sekam. Suami merasakan dirinya tidak dihormati dan berbagai-bagai lagi tingkah laaku negatif yang tidak perlu TB ceritakan.
Oleh kerana mahu menunjukkan si isteri ini hebat dan 'baik' maka dia mencadangkan calon isteri baharu suaminya mestilah OKU. Hebat sungguh si isteri ini kerana tanpa berfikir jauh seolah-olah dia yang menetapkan dengan syarat wajib bahawa calonnya isteri baharu suaminya (isteri ke-2) wajib OKU.
Maka ditunggu-tunggu mana-mana wanita OKU yang mahu diperjodohkan.
Tahun berganti tahun. Entah siapa sangka akhirnya si lelaki/si suami ini bertemu dengan seorang gadis malang yang mengalami gangguan jiwa.Oleh kerana kejahilan ilmu si isteri ini maka disangkanya juga wanita tersebut tergolong dalam OKU.Mereka bertemu bersua muka.Mereka saling bertakruf.Entah apa yang dibincangkan si suami pun tidak tahu.Entah di mana silapnya kerana 'OKU' ini kelihatan lebih berpelajaran maka si isteri ini merasakan dirinya kekurangan.Dan si isteri ini seperti memungkiri katanya. Maka berlakulah konflik demi konflik. Dipendekkan cerita, bersandarkan bahawa JODOH itu adalah KUASA Allah dan mahu berterusan memberi ujian kepada hamba-hamba-Nya maka si suami itu akhirnya berkahwin juga dengan gadis yang dikatakan OKU.Setelah berkahwin, inilah ujian Allah yang mahu berikan....bukan OKU tetapi wanita itu adalah OBU iaitu Orang Banyak Upaya! Hahaha berperanglah dua wanita yang kedua-duanya OBU! Moral ceritanya: Kita tidak boleh melawan hukum Allah.Akibatnya apa yang dimahukan atas kehendak sendiri, terima akibatnya.
Cerita kedua berlaku dalam abad ke-21 ini. Kisah seorang isteri yang seperti tidak kisah si suaminya mahu mendapatkan pahala seperti mendirikan sebuah masjid apabila berijabkabul. Kata isteri ini, dia tidak mahu mencarikannya (maklumlah hati isteri) dan katanya tidak perlu minta izin (sememangnya betul kata si isteri ini kerana tiada dalam syariat lslam) jika si suami ini mahu bernikahl lagi. Si suami ini memberitahu penulis bahawa dia mahu menikah niat kerana Allah kerana melihatkan zaman sekarang ramai wanita tidak bertemu jodoh (kerana lelaki lslam sekarang ramai yang 'rosak akhlak' dan terbabit dalam ketagihan dadah,jenayah ,porno, penyelewengan seksual dan malas). Niat dia baik. Adakah ini dikatakan sudah ke tahap hukum fardu kifayah? Wallahualam. Demi menyelamatkan umat Nabi Muhammad SAW. Sudahkah agensi berkaitan wanita membuat penyelidikan jujur berapa ramai gadis-gadis lslam sekarang yang sudah rosak akhlak? Menjadi pelacur dan perempuan simpanan? Gejala lesbian, menjadi sugar mummy, mencari sugar daddy dan sebagainya?
Setelah memperoleh penjelasan isterinya maka Ss suami bertekad sama ada ada jodoh atau tidak berserah kepada Yang Maha Berkuasa.Suatu hari si suami bertemu dengan seorang gadis yang mengaku bahawa dirinya telah diberi pengesahan oleh doktor sebagai OKU. Gadis ini ini pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya. Pada zaman keemasan lalu gadis ini menceritakan bahawa hidupnya 'enjoy', tidak menutup aurat, tidak solat dan sebagainya. Apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya, mungkin memandu laju , hancur remuk keretanya maka menyebabkian gadis ini hilang sebelah mata (kecacatan kekal), gangguan saraf minda, dan kerosakan saraf kaki.Gadis ini telah tinggal di hospital selama setahun dan hilang ingatan. Dengan izin Allah yang menyayanginya maka gadis ini kemudian pulih hampir lima tahun kemudian dan seterusnya masih menerima rawatan walupun dibenarkan bekerja semula.Apa yang dia sedar kemudian, abang-abang dan adik bongsunya perempuan telah berumahtangga dan telah pun mempunyai cahaya mata masing-masing.Gadis ini telah berusaha mencari jodohnya dengan macam-macam cara.
Ditakdirkan gadis ini bertemu si lelaki yang telah bersuami tadi yang reda memperisterikannya walaupun gadis ini tidak sempurna kerana telah disahkan OKU. Namun ironisnya gadis OKU ini tidak mahu menjadikan si lelaki itu suaminya. dan diringkaskan cerita maka hubungan dan cerita lelaki itu dengan gadis OKU itu hilang ditiup awan yang menghilang entah ke mana. Dan hanya Allah yang Maha Mengetahui mengapa dan kenapa jodoh si lelaki itu dengan OKU sebenar tidak kesampaian. Wallahualam.
TB: Begitulah dua kisah si lelaki/si suami dengan OKU. Fikir-fikirlah moral cerita ini. Kun fayakun.....

19 Mac 2015
TANAH JOHOR
Ampun
Tuanku. Patik hamba rakyat Johor faham...tetapi Tuanku apa yang menggusarkan
rakyat keturunan patik lama kelamaan '10,20.50 tahun akan datang akhirnya Johor
'dikuasai,ditadbir dsb' oleh Singapura. Contoh Shenzen - Hong Kong boleh
diterima tetapi tidak sama sbb Shenzen-Hong Kong mereka di bawah SATU
NEGARA,SATU BANGSA....Singapura-Johor berbeza politik tadbir dan
bangsanya.Contoh klasik hampir/lebih 100 tahun lalu bagaimana Almarhum Sultan Hussin (Tengku Long Hussin? jika tidak silap
patik) 'memajak' Singapura kepada Raffle Singapura semata-mata mahu mendapat
elaun maka apa sudah jadi dengan Singapura yang suatu masa dahulu 'milik kita'?
Ampun Tuanku....
29 Januari 2015
1978 - 2015
SECARA yang tersirat, cinta kasih TB dalam dunia pendidikan khususnya dalam bidang pedagogi telah hampir atau genap 37 tahun apabila berakhirnya Disember 2015 ini.Segala suka duka yang TB alami, alhamdulillah telah TB dapat rakamkan dalam buku yang TB tulis sendiri, mengandungi lebih 150 halaman berjudul, 'TRAVELOG GURU: Seribu Warna, Seibu Makna' yang bakal dilancarkan jika tidak berhalangan sebelum sambutan Hari Guru 16 Mei tahun ini, insya-Allah.
Jangka waktu 1978-2015 bukanlah suatu tempoh yang singkat, dan juga bukanlah suatu tempoh yang panjang. Tidak disangkakan masa telah jauh ditinggalkan pergi. Sehingga kini, jika TB singgah di bandar Bukit Gambir, Muar, di bandar Nilai, Negeri Sembilan, di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan di tempat-tempat lain adakah ada orang atau 'bekas anak murid' yang masih mengenali TB? Wallahualam. Tetapi TB gembira kerana pernah juga ditegur dan disalam cium penuh hormat oleh bekas anak murid (lelaki) yang telah menjadi guru, doktor, jurutera, peniaga ikan dan sebagainya. Ada juga rakan sekerja daripada kumpulan sokongan yang telah bersara baik kerani, PAR, tukang masak dan tukang kebun.
Selain ramai rakan sejawat, TB juga berkawan dengan rakan-rakan penulis dan 'orang sastera dan budaya'. Sepanjang 1978-2015 ramai juga yang telah kembali ke rahmatullah, dan didoakan Allah menghimpunkan roh mereka dalam kalangan orang-orang beriman.
Alfatiha:
RAKAN PENULIS:
1. Mohd.Noh Atan
2.Haji Masud Abdul Rahman
3.Abd.Kadir Bawok
4.Haji Aris Tahir
5.Haji Said Jamhari
6. Matlob
7.Haji Shukur lsmail
8.Jufri Sitam
9.Mahfar Tahir
10.Saparman Bakri
11.Nordin Yatim
12.Othman Puteh
13.Dharmawijaya
14.Arena Wati
dan ramai lagi.
RAKAN SEJAWAT:
1.Abu Bakar Sobor
2.Ghafar Saad
3.Ali Sugiman
4.Mansor SMBG
5.Maadan Hassan
6. Mohd Jannes Lingau
6.Saeri Basri
8.Hj.Solihin Jurimi
9.Fatimah Sheikh lsmail
10.Bob Mustapha
11. dan lain-lagi.
YANG telah pergi didoakan dihimpunkan ke dalam syurga yang kekal, yang berjaya dalam kerjaya tahniah dan yang bersara agar dapat menghimbau kenangan-kenangan yang manis- TB.

PENGARAH JABATAN VETERINA NEGERI SEMBILAN KENA PENJARA
MAHKAMAH Rayuan hari ini memerintahkan bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr. Noor Soeraya Norsham dihukum penjara dua tahun atas tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan pangkat dan gred antara 2009 hingga 2011.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian sebulat suara semasa menolak rayuan Noor Soeraya ke atas sabitan terhadap empat pertuduhan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban.
Panel tersebut bagaimanapun membenarkan rayuan berhubung hukuman apabila memerintahkan penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dikurangkan kepada dua tahun bagi setiap pertuduhan.
Hukuman penjara tersebut diperintah berjalan serentak manakala hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang telah dibayar dikekalkan.(sumber:29/01/15 Uonline)
TB: selagi kita sebagai penjawat awam ingatlah janganlah mengejar pangkat dan kemewahan dengan cara yang tidak sah kerana banyak akibat buruk yang akan menimpa. Bersyukurlah bagi mereka yang telah bersara yang memperoleh pencen bulanan serta sihat walafiat menjalani kehidupan seharian yang bahagia.
26 Januari 2015
KEMALANGAN JALAN RAYA
TIRAI tahun baharu 2015 dihujani dengan tragedi kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian sepanjang bulan Januari ini.lni adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Kemalangan jalan raya ini tidaklah termasuk kemalangan jiwa penunggang motosikal dan kemalangan-kemalangan lain yang tidak dilaporkan akhbar. Bayangkanlah,kita saban waktu terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di jalan raya.
Suatu waktu dahulu Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) punya seorang penasihat di KPM yang memberi banyak pandangan, tunjuk ajar dan idea-idea bagaimana mahu mengatasi atau mengurangkan kemalangan jalan raya. Kebetulan TB kenali beliau hampir 30 tahun lalu ketika kami tinggal di Seri Serdang, Selangor. Ketika itu ramai di antara ibu bapa muda seangkatan TB bergiat dalam pertubuhan ABIM dan JIM di daerah tersebut.
Dr lr Radin yang memiliki PhD pengkhususan bidang kajiannya dalam keselamatan jalan raya adalah satu-satunya anak Malaysia yang menjuruskan dalam bidang tersebut.Beliau dilantik menjadi penasihat KPM. Kerjayanya meningkat seterusnya menjawat Profesor, Naib Chanselor UPM dan seterusnya sebagai Ketua Pengarah KPT ketika itu.Kerana kepakarannya, beliau banyak mengkaji aspek-aspek struktur binaan jalan raya, komponen jalan raya dan sebagainya bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Namun baktinya tidak berpanjangan lantaran dalam usia mudanya beliau telah terlebih awal kembali ke rahmatullah kerana menghidapi kanser beberapa tahun yang lalu. Kini TB tidak pasti sama ada masih wujud atau tidak 'penasihat' di KPM sekarang.
Secara kebetulan pula semacam sudah menjadi tradisi apabila Menteri Pengangkutan terdiri daripada seorang anggota daripada parti MCA maka seringkali berlaku kemalangan jalan raya yang membabitkan bas,lori dan kereta.Kita berharap ini bukan 'badi' tetapi secara kebetulan sahaja. Nauhuzubillah.
Apapun kepada para pengguna jalan raya ; baik pemandu,penunggang atau pejalan kaki berhati-hati, bertenang dan banyak-banyak bersabar ketika berada di jalan raya. Tips mudah:
1.Jangan memandu laju. Disiplinkan tidak melebihi 100 kmj. Jika ada keperluan tidak melebihi 120kmj.
2.Pandu ikut lorong yang betul Sentiasa pasangkan lampu kecemasan adalah langkah baik. jika ada kecemasan tidak salah bunyikan hon.
3.Jangan lalai memasang lampu isyarat jika mahu membelok.
4.Jika berhenti sekejap pasangkan lampu kecemasan berfungsi kedua-duanya sekali.
5.Pastikan semua kondisi kereta dalam keadaan baik..brek,lampu,minyak enjin dsb.
6.Jangan memandu bertunda-tunda dalam keadaan berlumba-lumba. Beralahlah.jangan mengekori dan diekori dari jarak dekat.
7.Penunggang motosikal..jangan mahu 'bunuh diri' masuk lorong tengah atau kanan sekali...hari ini anda lepas, esok lusa belum tahu.
8.Ketahuilah..paling laju anda memandu paling cepat pun antara 3-10 minit sahaja daripada orang lain.Adakah nyawa anda bernilai 5-10 minit sahaja?
9.Jangan berhenti di lorong kecemasan jika tidak mendesak. Berhentilah kenderaan anda tempat letak awam seperti di R & R.
10.Banyakkan istgfar,
11. Dan banyak lagi.
TB: Banyaklah bersabar.

23 Januari 2015
RINDU DALAM INGATAN
Rindu mendalam
sesekali undur
waktu tenggelam
harmonisnya zaman
masuk darjah satu
kafe tiada
bekalan sendiri
si abu dengan nasi
telur rebus enak
aku hanya berpandangan
Dinding kadbod
bengit bising
cikgu haris bengis
gemar mencubit
ada tangis
dibanjiri jauh
tersimpan di kalbu
di sekolah rendah
kawan-kawan yang
telah menjauh
pergi tiada kembali
Guru muda
kelas peralihan
menjelajahi dunia
dengan geografi
kemahiran komunikasi
bahasa melayu
dedikasiku bersemi
masa terus menganjak
hingga menengah enam
bakti ditaburi
Selaku pensyarah
pendidik guru
telah melahirkan
ribuan kini
guru berbakti
seluruh nusa
hingga manisnya
di luar negeri
negara orang
ada zuriat
guru berbakti
anak-anak didik
kelahiranku kembali!
DR HAJI RAJIEE HADI
Selangor D.E
23 Januari 2015.
sesekali undur
waktu tenggelam
harmonisnya zaman
masuk darjah satu
kafe tiada
bekalan sendiri
si abu dengan nasi
telur rebus enak
aku hanya berpandangan
Dinding kadbod
bengit bising
cikgu haris bengis
gemar mencubit
ada tangis
dibanjiri jauh
tersimpan di kalbu
di sekolah rendah
kawan-kawan yang
telah menjauh
pergi tiada kembali
Guru muda
kelas peralihan
menjelajahi dunia
dengan geografi
kemahiran komunikasi
bahasa melayu
dedikasiku bersemi
masa terus menganjak
hingga menengah enam
bakti ditaburi
Selaku pensyarah
pendidik guru
telah melahirkan
ribuan kini
guru berbakti
seluruh nusa
hingga manisnya
di luar negeri
negara orang
ada zuriat
guru berbakti
anak-anak didik
kelahiranku kembali!
DR HAJI RAJIEE HADI
Selangor D.E
23 Januari 2015.
15 Januari 2015
MANA SIKANA
NAMA Mana Sikana (nama samaran) adalah nama yang tidak asing lagi bagi para peminat drama radio pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an di stesen Radio Singapura mahupun RTM Johor Baharu.Mana Sikana sering mengirimkan naskah skripnya ke stesen radio berkenaan. Para pelakon yang popular drama radio yang sering kedengaran suara mereka ketika itu antaranya S.Sahlan, Osman Zailani, Rubiah Suparman, Rahimah Simin, Jah Lelawati dan lain-lain lagi.
Apakah sebabnya drama radio ketika itu amat digemari para pendengar? Tidak lain tidak bukan kerana mutu skrip yang ditulis penulis seperti Mana Sikana amat berkualiti dan kotemporari. Selain tema dan mesejnya jelas, skrip yang disulami gaya bahasa dan pengolahan watak dan perwatakan begitu hidup dan natural. Para pendengar merasakan watak-watak yang hanya didengarnya melalui corong -corong radio bagaikan hidup dan berlegar-legar melakonkan perwatakan masing-masing dengan hidup dan berkesan sekali.
Teringat TB apabila suatu waktu dahulu ada wartawan bertanyakan kepada Allahyarham seniman Ahmad Mahmud mengenai filem dan drama tempatan ketika itu. Allahyarham spontan menjawabnya, 'Ngantuk..mengantuk...mahu tidurlah!'. Apa yang TB rasakan kini, kenyataan beliau kini banyak betulnya. Apakah sebabnya? Kerana skrip sekarang banyak yang hampas, imaginasi kosong hambar dan membosankan! Filem dan drama Melayu kini tidak ada hala tuju, tidak ada identiti, tidak ada maruah dan roh diri. Bahkan tidak keterlaluan dikatakan drama dan filem Melayu kini tidak ada visi, tidak ada jiwa kalbu!
Justeru apa peranan ASWARA atau pelbagai fakulti perfileman/drama yang bersepah sekarang?Mudah. Kembalilah ke pangkal jalan. Rujuklah filem-filem klasik baik yang dihasilkan oleh P.Ramlee, Huusain Hanif, M.Amil, Jamil Sulung, Omar Rojik dan sebagainya dengan kata bual, muzik dan aneka teknik yang boleh meninggalkan kesan zaman berzaman hingga kini.
Pihak berkaitan wajib mengumpulkan sebanyak mungkin 'bank skrip' sebagaimana penggiat filem lndia,Mandarin/kantonis dan lnggeris. Mesti kekalkan/wujud watak protoganis, antigonis, komedi, dan disulami dengan muzik latar, nyanyian latar, tarian dan pelbagai teknik moden terkini.
Ah, malaslah TB mahu menulis panjang..mengantuklah!

13 Januari 2015
BANJIR BESAR ADA JUGA KEHAIRANAN
APBILA banjir mula melanda penghujung November/Disember 2014 di Cameron Highland,Pahang maka timbullah isu-isu 'haram' yang pelbagai. Lucunya hinggalah seolah-olah pihak yang berkuasa baharu mengetahui betapa ramainya kini pendatang asing (ada permit, tidak ada permit dan pati) termasuk yang menjadi mangsa banjir dan mati akibat banjir dan tanah runtuh. Pendatang asing Nepal,Bangladesh,lndonesia,Myanmar dikatakan ramai yang mendiami tanah tinggi Cameron itu. Apa tindakan kini?
Dipendekkan cerita apabila banjir atau bah besar melanda di negeri-negeri pantai timur termasuk di Perak dan Johor kita sering didedahkan berita banjir, dokumentasi banjir seperti Majalah3 TV3, gambar-gambar TV dan akhbar yang memaparkan foto banjir di pusat-pusat perpindahan banjir; tidak kelihatan sangat mangsanya mangsa-mangsa bukan Melayu (khususnya Cina yang mendiami bandar Kota Baharu,Kuala Kerai,Gua Musang) yang menjadi tanda tanya 'ke manakah mereka pergi'?
Pun begitu yang sedia maklum ramai pendatang asing yang berkerja di seluruh Malaysia.Tetapi apabila banjir melanda ke manakah Pakistan,Bangladesh,Myanmar, lndonesia, lndia, China, Vietnam, Kemboja, Thailand lari? Adakah kerana 'mereka' tidak punya dokumen rasmi maka 'mereka' lebih dahulu cabut lari daripada arus banjir yang datang melanda? lni juga menjadi tanda tanya.
lnilahlah kehairanan yang terus ada di bumi Malaysia ini!

11 Januari 2015
MELAYU SINGAPURA
DALAM satu artikel dalam Berita Harian beberapa bulan yang lalu
seorang anggota Melayu NGO Singapura telah melahirkan rasa amat kecewa mengenai
nasib orang-orang Melayu yang merupakan penduduk/rakyat asal republik itu. Rasa
kecewa, terkilan keluhan dan jeritan kalbu in, bukanlah kali pertama TB dengar
atau terbaca di media-meia massa.
Bangsa Melayu merupakan kira-kira 12-15% berbaki yang kini menjadi
rakyat Singapura. Kata wakil Melayu itu, beliau kecewa kerana nasib dan masa
depan orang Melayu di republik itu kurang terbela. Mereka dianaktirikan dalam
pelbagai aspek termasuk peluang kerjaya, kenaikan pangkat dalam sektor
awam,pendidikan,perniagaan dan sebagainya.Orang Melayu Singapura boleh
kelihatan setakat menjadi pengawal keselamatan, bekerja di restoran makanan
segera, pemandu kenderaan dan buruh kasar.
Kebetulan dalam 10 tahun kebelakangan ini, TB seringkali juga ke
Singapura, minum teh tarik di Geylang Serai sambil makan otak-otak di Gerai Pak
Mustar yang menghidangkan lagu-lagu klasik 1950-an,1960-an yang mengasyikkan.TB
juga penah singgah makan nasi berlaukkan asam pedas di Restoran Labu-Labu yang
sering menayangkan filem-filem P.Ramlee yang nostalgik.Di 'Malay Village'
Geylang Serai ini kerap terjumpa warga emas yang turun naik mendiami rumah pangsa
hingga 15 tingkat.Orang Melayu Singapura (tidak kira asal usul kaum sukuan;
asalkan beragama lslam, berbudaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu)
boleh kita temui di Bedok, Tanjung Katung, Paya Lebar , Woodland dan lain-lain
lagi secara terpisah.
TB tidak perlu katakan secara terperinci apa yang patut kita
simpati. Di mana-mana bumi pun hatta di Tanah Melayu sekalipun nasib orang
Melayu terus merempat lantaran tidak bersatu. Walaupun ajaran lslam mengajar
kesepakatan dan kesatuan ummah tetapi 'roh dan kalbu' orang Melayu masih lagi
bersikap individulistik.Apa silapnya?
Melayu Singapura adalah rakyat asal Singapura..ltu hakikat
sejarah. Melayu Singapura (termasuk orang Seletar, asli nelayan yang tinggal di
sebelah utara Singapura) telah sedia wujud sejak zaman kerajaan Melayu Temasik
(nama lama Singapura). Temasik dan kini Singapura juga menjadi pelabuhan
penghijarahan orang-orang Melayu persekitaran daripada Kepulauan Melayu
Nusantara termasuk pulau-pulau yang pernah TB jelajahi seperti Pulau Bentan,
Bangka, Daik, Pulau Penyengat, Batam dan kepulauan Riau.Mereka berdagang dan
berurus niaga sejak zaman berzaman dahulu. Namun di manakah kehebatan nenek
moyang mereka dahulu yang menjadikan Singapura terkenal sebagai pusat seni dan
budaya dan sebagainya?
Kepada Melayu Singapura jadikanlah penduduk Malaysia keturunan
lndia (kebanyakannya Tamil hindu) yang hanya 7.5% mendiami Malaysia sebagai
renungan dan bandingan tetapi bernaung di bawah tidak kurang 4 buah parti
politik. Walaupun berbeza parti politik tetapi mereka mungkin 'berlakon bising'
tetap menyuarakan satu suara mengatakan 'Kaum lndia miskin perlukan bantuan
kerajaan' . Walaupun kaum lndia telah berjaya menjadi juatawan tersohor di
Malaysia tetapi nada suara mereka tetap isu yang sama sejak 1957 yang lalu.Kaum
lndia di Malaysia yang datang dari sebuah 'benua asing' kini lebih FOKUS
memajukan anak kaum mereka dalam pendidikan khususnya di bidang perundangan dan
guaman, kedoktoran dan kejuruteraan. Apa kata anak-anak Melayu Singapura
tumpukan masa hadapan dengan melahirkan ramai peguam Melayu? TB rasa
peguam-peguam ini kelak ada di antaranya akan 'berani bersuara' mezahirkan
nasib dan soal keadilan kepada bangsa Melayu Singapura.
Justeru, tidak berguna dan cerita lama jikalau orang Melayu
Singapura asyik mengeluh menangisi nasib itik di kepuk mati kelaparan sepanjang
masa dan zaman.Buatlah rangka dan blue print untuk 15-25-50 tahun akan datang.
TB yakin bukan mustahil Melayu Singapura boleh menjadi PM!
02 Januari 2015
PT3 HANCUR LULUHKAN HATI BANYAK PIHAK?
ANTARA sebab mengapa Penilaian Menengah Rendah (PMR) dihapuskan dan diganti dengan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah kerana desakan masyarakat agar pendekatan pendidikan kementerian dikaji semula. PMR dilihat sebagai terlalu berteraskan peperiksaan lantas mengekang percambahan kemahiran berfikir dengan kreatif dan sikap proaktif di kalangan pelajar.
Namun begitu, apabila dilihat bagaimana PBS dan PT3 dilaksanakan di sekolah, saya kira masih ada banyak persoalan yang perlu kita jawab dengan jujur.
Masih lagi sebuah peperiksaan awam
Petikan perenggan ketiga ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Mac menyebut, “PBS adalah sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.”
Namun begitu, saya sedikit kesal apabila visi asal PBS yang wajar dipuji ini seperti sudah lari daripada landasan sebenar. Hakikatnya, PT3 yang merupakan komponen besar dalam PBS, masih lagi berfungsi sebagai peperiksaan awam serta turut memainkan peranan penting dalam mencorak pendekatan kita terhadap pendidikan.
Penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata PT3 akan menggantikan PMR sudah cukup membuktikan bahawa ia masih lagi sebuah peperiksaan awam, hanya dipakejkan dalam bungkusan berbeza.
Keputusan PT3 masih berfungsi untuk permohonan ke sekolah sains dan sekolah berasrama penuh di samping menempatkan pelajar mengikut pengkhususan subjek mereka di tingkatan 4. Ini menyebabkan pelajar akan tetap meletakkan prioriti terhadap PT3.
Apabila prioriti ini ada maka guru juga akan mengkaji format dan bentuk soalan untuk menyediakan pelajar terhadap teknik-teknik menjawab soalan. Perkara ini seterusnya akan membuatkan kita berada dalam pengulangan kitaran seperti PMR iaitu guru mengajar pelajar untuk peperiksaan.
Kecelaruan prioriti subjek
Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan fokus penilaian terhadap sesuatu subjek. Contohnya subjek Kemahiran Hidup, salah satu subjek teras PT3. Ketika PMR, pelajar dinilai berdasarkan 40% ujian bertulis dan kerja kursus sebanyak 60% markah. Melalui cara ini, pelajar turut dinilai berdasarkan penglibatan dan hasil kerja kursus mereka.
Walaubagaimanapun, dalam PT3, markah diambil seratus peratus daripada ujian bertulis manakala kerja kursus tidak memberikan kesan ke atas markah keseluruhan mereka. Pendekatan ini saya lihat sebagai bertentangan dengan prinsip penilaian berasaskan sekolah itu sendiri.
PBS dan PT3 = beban kerja bertambah
Dalam PBS, guru-guru masih perlu menyimpan data dan menyediakan fail PBS secara offline yang lengkap dengan pencapaian pelajar bagi setiap bab, markah mereka dan evidens. Hal ini hanya menambahkan lebih banyak kerja untuk guru. Apakah kepentingan diadakan fail untuk merekod pencapaian pelajar bagi setiap bab yang diajar?
Pada saya, salah satu sebab adalah untuk memudahkan pihak atasan menilai pengajaran menggunakan data tersebut. Namun dengan jumlah tugasan dan kerja yang sedia ada, penambahan tugasan seperti ini hanya membebankan para guru dan memalingkan masa serta tenaga mereka daripada tugasan sebenar iaitu mengajar.
PT3 adalah langkah pertama
Bagi saya, peperiksaan awam berpusat adalah satu cara yang berkesan untuk menilai pencapaian pelajar kita secara umum. Justeru, pada masa ini ia wajar dikekalkan. Apabila pelajar dihadapkan dengan PMR atau PT3, mereka akan lebih serius terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dari satu segi, kelebihan PT3 berbanding PMR terletak pada jenis soalannya yang menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan standard gred yang lebih tinggi. Namun begitu, usaha awal kementerian untuk berpaling ke arah penilaian berasaskan sekolah sebenarnya tidak begitu berjaya ekoran daripada besarnya pengaruh peperiksaan dalam PT3 itu sendiri.
Demi memenuhi hasrat asal PBS seperti yang disarankan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam petikan ucapannya di atas, saya menyarankan agar pihak kementerian mengambil kira cadangan-cadangan berikut sebagai langkah awal dalam merombak pendekatan pendidikan kita ke arah penilaian yang lebih berasaskan sekolah:-
Pecahkan peratusan markah subjek-subjek PT3. Pembahagian peratusan markah contohnya 60% daripada ujian bertulis dan 40% lagi diberikan hak kepada guru untuk mentaksir sama ada berdasarkan penglibatan pelajar di dalam kelas, kerja kursus, purata markah ujian bulanan, tugasan bulanan, eksperimen, pembentangan atau lain-lain cara yang sesuai. Lembaga Peperiksaan boleh memainkan peranan regulasi bagi memastikan keadilan penilaian guru.
Menghapuskan dokumentasi PBS yang rumit dan leceh. Untuk tujuan data, ujian bulanan boleh digunakan sebagai kayu ukur pencapaian dan buku serta kertas latihan pelajar pula sebagai evidens. Tiada keperluan signifikan untuk ditambah beban kerja guru dengan dokumentasi PBS.
Substance over form. Pelaksanaan projek seperti kerja kursus Sejarah dan Geografi boleh dipermudahkan sekiranya hal-hal seperti format pendokumentasian diberikan kelonggaran. Sebaliknya pelajar wajar diberikan ruang bereksperimentasi dari segi penyampaian isi kandungan. Ini akan turut menggalakkan kreativiti dan sikap proaktif dalam pendidikan.
Skema jawapan yang lebih luas. Salah satu kebaikan soalan jenis KBAT adalah para pelajar perlu berfikir dengan sendiri. Namun begitu, antara kekangan yang dihadapi adalah jawapan pelajar perlu mempunyai kaitan dengan fakta di dalam buku teks. Ini adalah satu hal yang membingungkan dan kurang adil bagi pelajar sekiranya dia dapat menjawab mengikut logik namun jawapannya tidak tersenarai dalam skema.
PT3 sebagai tabir reality
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menempuh PT3. Berbeza dengan PMR pada tahun-tahun yang sudah, gred PT3 kali ini telah membuktikan tahap pencapaian anda yang sebenar. Gred ini juga membuktikan bahawa apabila guru diberikan tanggungjawab menilai pelajar, majoriti akan melaksanakannya dengan adil lantas menerangkan perbezaan pencapaian PMR dan PT3.
Mungkin inilah kejayaan sebenar PT3 yang paling harus dikekalkan. Petanda yang menunjukkan bahawa kita tidak lagi mahu bersembunyi di sebalik manipulasi graf dan sugar-coated reports semata-mata untuk melihat yang indah-indah dalam pendidikan kita.
Warga Malaysia sudah bersedia menghadapi realiti pendidikan. Tahniah! (sumber: Faez,Hdaily02/01/15)
01 Januari 2015
ABDULLAH HUSSAIN: SASTERAWAN NEGARA MENINGGAL DUNIA
SASTERWAN Negara, Datuk Abdullah Hussain, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam tadi.
Berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ialah isteri, Datin Siti Saroja Basri dan lima anak berusia 32 hingga 47 tahun.
Anak lelaki Allahyarham, Ahmad Patria Abdullah, 47, berkata jenazah bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini sebelum solat Zuhur, hari ini.
"Ayahanda menghembuskan nafas dengan tenang dan kami reda dengan pemergiannya," katanya ketika dihubungi.
Abdullah yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996.
Penulis kelahiran Kampung Sungai Limau, Sikh, Yan, Kedah itu menghasilkan lebih 25 novel, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam biografi.
Anugerah lain diterimanya ialah SEA Write Award dari kerajaan Thailand pada tahun 1981 dan hadiah pertama Sayembara Novel Nasional - mengenang Pak Sako.
Interlok adalah novelnya yang paling popular. (disesuaikan daripada sumber: BH, 01.01.15)
TB ucapkan takziah kepada ahli keluarganya. Sebelum ini adik Allahyarham lbrahim Hussein, pelukis negara tersohor yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu dan disusuli Allahyarham Pendeta Prof.Emeritus lsmail Hussein aktivis budaya dan sastera negara yang telah meninggal dunia juga beberapa bulan lalu.
TB terasa amat sedih lantaran apa yang TB masih ingat; suatu masa dahulu TB pernah berhajat mahu membuat penyelidikan ke atas karya-karyanya cereka prosanya (cepen dan novel) di peringkat master dan PhD. Tetapi lantaran masalah ketiadaan penyelia, TB telah beralih ke arah penyelidikan di bidang psikologi sastera yang mengkaji aspek-aspek batini dalam puisi-puisi Melayu/Malaysia.TB kagum dengan novel 'lnterlok' yang telah menyerlahkan gagasan Satu Malaysia sewal tahun-tahun 1970-an lalu.Gaya penceritaannya yang lebih ke arah pendekatan journalisme atau gaya kewartawanan membuat pembaca mahu terus membaca. Tidak banyak penulis muda sekarang yang kaya pengalaman seperti Abdullah Husain.
INTERLOK yang TB baca sewaktu sekolah menengah rendah dahulu, sehingga kini amat terkesan.Banyak fakta yang bersumberkan sejarah dan ilmu dipaparkan.Hanya orang yang tidak berilmu dan rasis sahaja yang mempertikaikan segala sumber ilmu yang benar dan betul. TB harap agar generasi kini dan kemudian akan berani membuat penyelidikan ke atas karya-karya SN Abdullah Hussain (Datuk) yang dikatakan telah melangkaui zaman.
Sesuatu yang TB tidak lupakan suara Bung Dollah yang lembut,lunak dan perlahan tetapi jelas ini dan sering mengemukakan pendapat-pendapat dan hujah (seperti juga Allahyarham SN Arena Wati) dalam seminar-seminar Hari Sastera dan hari Puisi lalu masih terngiang-ngiang di cuping TB. Abdullah sering memberitahu bahawa disiplinnya menulis sehari 10 muka kertas dan sentiasa berpakaian kerja dan kemas walaupun berada di rumah amat memberi makna besar akan erti disiplin dan kerja sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi 'bukit'.Bagi warga Brunei Darussalam yang mana Abdullah pernah bertugas di DBP Brunei pada tahun-tahun 1980-an tentu ada memori indah yang tersimpan.
TB: Salam takziah dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dalam kalangan orang beriman. Kaji dan selidiklah novel IMAM sebagai amanat agama yang mahu disampaikan Abdullah lewat novel tersebut.Al-Fatihah.

PT3 KPM : SUATU KEGAGALAN ATAU MUSIBAH TERSEMBUNYI?
PENILAIAN TAHAP TIGA (PT3) sistem peperiksaan baharu yang mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada para pelajar sekolah menengah tingkatan tiga yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mlai tahun 2014 menjadi teka-teki dan tanda tanya kepada sebilangan besar mereka yang terbabit khususnya dalam kalangan majoriti besar ibu bapa.
TB tidak bercadang mahu menulis panjang atau menganalisis secara ilmiah dalam kolum blog yang bersifat ringkas dan mudah ini untuk pembaca.TB tidak ada sebarang tujuan atau niat politiking. Bagi TB,Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, TPM merangkap Menteri Pendidikan telah melakukan suatu tanggung jawab dan anjakan paradigma yang AMAT TERBAIK DAN AMAT CEMERLANG selaku Menteri Pendidikan yang telah berani dan telus melakukan perubahan drastik dalam hal kebajikan penjawat pendidikan/guru kususnya dalam kenaikan pangkat dan prasarana institusi-institusi pendidikan di seluruh pelosok tanah air.
Namun PT3 adalah suatu kegagalan atau musibah tersembunyi haruslah dijadikan post mortem (bedah siasat) di peringkat KPM, JPN dan PPD seta di peringkat sekolah yang terbabit. TB sejak awal lagi difahamkan (termasuk difahamkan oleh para pelajar oleh guru-guru mereka) mulai tahun 2014 lalu PMR telah digantikan PT3. PT3 dikatakan dinilai oleh pihak sekolah masing-masing bersandarkan pencapaian kurikulum bulanan di peringkat sekolah dan pembabitan kokurikulum sebagai aktiviti luar bilik darjah yang akan dinilai.
Dipendekkan cerita PT3 lalu yang dijalankan di sekolah-sekolah secara serentak di seluruh negara sebagaimana PMR (khabarnya soalan-soalan daripada pusat, TB tidak dapat pastikan) telah mengumumkan keputusan rasmi KPM sebelum hari krismas lalu) telah memeranjatkan seluruh negara! Keputusannya merudum jatuh! Tidak seperti masa lalu (zaman PMR) yang mana keputusan peperiksaan PT3 kurang dilaporkan oleh media elektronik mahupun media cetak. Mengapa dan kenapa?
Dan apa yang memeranjatkan TB, permohonan masuk ke Tingkatan Empat di SBP, MRSM, KVM, SMT masih lagi bersandarkan penilain gred cemerlang di peringkat PT3. TB dimaklumkan ramai pelajar kurang memperoleh gred A atau B dalam peperiksaan PT3 lalu. Fenomena ini menjadi kemusyikilan dalam kalangan masyarakat awam dan ibu bapa.
0leh kerana negara dilanda bencana banjir besar tahun ini dan disulami tragedi akhir tahun AirAsia lndonesia QZ8501 maka isu PT3 senyap dan tidaklah menjadi isu besar negara.
Semoga anak-anak kita semua tidak menjadi 'percubaan' dari semasa ke semasa oleh 'mereka' yang mahu pembaharuan tetapi 'pi mai pi mai tang tu juga'.
TB: Sedih dan sayu kerana 'suara' kesatuan-kesatuan guru sekarang dan PIBG Nasional kian menyepi kini.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2015
TAHUN 2015 membuka tirai pada hari ini. Walaupun tahun demi tahun hanyalah angka-angka yang berubah seperti mana tahun baharu hijrah tetapi selagi kita tidak ada merubah dan mengubah sesuatu dalam kehidupan maka segalanya tidak bermakna.
Digit tahun yang datang hanyalah perubahan angka-angka. Apakah kita sudah menganalisis segala pencapaian dan kegagalan sepanjang tahun-tahun yang telah kita lewati/lalui sepanjang kehidupan kita? Adakah kita telah membuat banding beza, peratusan,unjuran dan sebagainya sama ada dengan cara carta yang kepelbagaian? Seandainya dalam kerjaya kita banyak KPI dan audit telah kita buat namun pernahkah anda melakukan penilaian KPI dan mengaudit diri sendiri?
Apa kata sempena tahun 2015, kita membuat sesuatu perubahan dengan membuat penilaian semula atau penilaian kendiri (muhasabah) secara analitik dan kritis? Di samping itu, buatlah di atas kertas, buku catatan harian atau di papan 'white board' apakah azam kita pada tahun ini sama ada sempena tahun Masehi atau tahun Hijrah ataupun sempena sambutan Maulidul Rasul. Sebagai contoh mudah; katakan pada tahun ini anda berazam mahu:
i.Mengurangkan gula,garam,lemak dan manis dalam makanan dengan tidak lagi makan di kedai/restoran ataupun di restoran mamak.
ii. Cuba sedaya upaya makan di rumah dengan masakan sendiri.
iii.Akan terus menabung sebanyak 10-20 0/0 sebulan daripada pendapatan bulanan ke dalam akaun Tabung Haji, ASB atau Sijil Simpanan Premium ataupun lnsuran.
iv.Bersedia wajib membuat perancangan terlebih dahulu dengan menyenaraikan semua item yang mahu dibeli sekiranya anda mahu pergi ke pasar raya ataupun mahu membeli-belah di mana-mana jua. lni mengelakkan bagi anda tidak melakukan pembaziran masa, wang petrol dan tenaga.
v.Bagi lelaki Muslim, akan sedaya upaya pergi ke masjid sekurang-kurang 3 kali seminggu untuk solat jemaah pada waktu solat fardu sama ada di masjid atau surau.
vi. Masuk tidur malam wajib paling lewat/lambat jam 10 malam.
vii.Patuhi dan berdisiplin dalam semua hal/perkara yang telah dirancang.Anda boleh kenakan denda penalti sekiranya anda sendiri yang gagal mematuhi KPI diri anda.Buatlah jadual perancangan harian,mingguan,bulanan dan tahunan. Saya yakin anda akan rasai perubahan pada tahun ini.Percaya dan yakinlah!
viii. Dan banyak lagi yang boleh kita lakukan keazaman!
TB: Tahun 2015 kian ramai sahabat TB akan bersara wajib!

31 Disember 2014
PBMP UPM 1983-1986
TB ucapkan syabas kepada teman-teman sekuliah lama yang pernah menuntut di UPM 1983 program PBMP yang telah mengadakan 'reunion' atau pertemuan kembali kai ke-2 di Hotel de Palma Shah Alam, Selangor D.E Malaysia pada 29-30 November 2014 lalu.
Jurucakapnya Haji Rafaie Mustaffa, mantan Pengetua Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memberitahu bahawa teman-teman sekuliah yang hadir termasuk dari Sarawak dan Brunei Darussalam.
Rata-ratanya teman kami kini ini sudah lama bersara, baharu bersara dan sesetengahnya masih berkhidmat menghabiskan sisa-sisa usia di penghujung perkhidmatan. Ramai di antaranya telah menjawat jawatan, pengetua, ketua PPD, pengarah dan timbalan jabatan, pensyarah kanan, profesor, profesor madya dan memperoleh gelaran datuk anugerah dan 'datuk biologi'.
Namun sayangnya, majlis yang amat bermakna tidak dapat TB hadiri kerana TB berada di luar kawasan.Kepada para sahabat yang hadir dan tidak dapat hadir, TB sampaikan kirim salam dan mohon maaf zahir batin, halalkan mana-mana yang termakan terminum semasa kita bersahabat sepanjang tempoh lalu.
Dan kepada sahabat yang telah meninggal dunia seperti Allahyarham Nordin Yatim, Mustapha (Bob),Fatimah Sheikh, Saeri, Mohamad Jannes, Haji Juraimi dan lain-lain yang TB tidak ketahui, sama-samalah kita sedekahkan surah al-fatihah kepada mereka.Semoga roh mereka yang telah mendahului kita dihimpunkan dalam kalangan ahli jannah. Amin....

13 Disember 2014
PENDATANG ASING MALAYSIA
APABILA timbul isu banjir dan tanah runtuh di 'pusat peranginan' Cameroon Highland,Pahang pada bulan lalu maka gemparlah satu negara. lsu pembalakan haram, penerokaan tanah haram, perkebunan sayur haram dan termasuk isu pendatang haram (PATI) duperkatakan hangat hingga ke Dewan Rakyat, mesyuarat dalam kabinet dan turut disuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO baharu-baharu ini.
Tidak kita duga bahawa ada kira-kira 6.5 juta pendatang asing yang membanjiri seluruh Malaysia dewasa ini. Daripada jumlah tersebut kira-kira 2.2 juta adala PATI. Angka-angka ini sungguh menyeramkan! Jumlah ini sebenarnya yang dapat direkodkan dan dapat dikesankan. Bayangkan berapa banyak lagi yang tidak dapat ditangkap dan 'ghaib di tengah-tengah komuniti rakyat Malaysia yang begitu berbangga dengan masyarakat majmuknya!
Apabila PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (yang British sebut "Malaya") mencapai kemerdekaan pada 1957, penduduk Tanah Melayu (Semenanjung termasuk Singapura) yang mana rakyatnya berbangsa Melayu berjumlah 11 juta orang. Manakala kaum-kaum lain (Cina,Tamil dan lain-lain) tidak lebih 1 juta orang sahaja. Cuba para pembaca dapatkan daripada Jabatan Perangkaan terkini berapa pecahan kaum terkini pada Malaysia? Jika para pembaca menggunakan aras pemikiran tinggi, anda akan dapat menyimpulkan apa yang tersurat dan tersirat. lsunya: 1.Bagaimana kelompok 1 juta bukan Melayu pada 1957 atau pascamerdeka boleh meningkat hingga kini? 2. Bagaimanakah mereka boleh mendapatkan taraf warganegara 'kad pengenalan biru'? 3. Bagamanakah mereka boleh mendapatkan 'kad pengenalan merah' (PR)? 4, Bagaimana mereka yang tiada sebarang dokumen boleh mendapat taraf kerakyatan?
TB ambil contoh terkini mengenai kebanjiran pendatang asing. Jika TB ke hujung kampung di daerah Muar seperti di Bukit Kepong atau di Kundang Hulu dan di kampung-kampung pedalaman di kawasan Johor Lama, bukan mustahil dan aneh apabila TB boleh bertemu komuniti Nepal, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya. Yang datang dari lndonesia tidak perlu disebut.Sehingga sukar mahu membezakan khususnya di daerah Batu Pahatdan Tangkak antara Melayu keturunan Jawa dengan pendatang Jawa/dsb dari lndonesia.
Dipendekkan cerita, sungguhpun Malaysia telah mencapai 57 tahun meredeka, tetapi sebenarnya 'hati jiwa nurani' rakyat Malaysia sebenarnya resah,gelisah bagaikan masih dibelenggu penjajahan.Apa guna 2020 negara maju tetapi jiwa kita tidak merdeka. Kita saling mencurigai. Apatah lagi warganegara bukan Melayu masih mengidentifikasikan kaum asal migran negara leluhur mereka. Apabila kita mahukan perpaduan kebangsaan dan bersifat penyatuan kemalaysian dikatakan rasis atau perkauman. Justeru adakah salah jika TB minta kerjasama DBP memasukkan entri baharu dalam Kamus Dewan istilah baharu yang TB cipta daripada isu ini:
i. PATI: Pendatang Tanpa lzin.
ii. PADDI: Pendatang Asing Dengan Dokumen lzin
iii. PAWAR: Pendatang Asing Warganegara
iv: PAPEM: Pendatang Asing Pelancong Melencong
TB: Fikir-fikirlah wahai anak bangsaku yang dikasihi!

22 November 2014
MAAFKAN SAYA, WANITA
Maafkan saya,
Shazlina yang ditemui
di rumah makan
tidak saya perkenalkan
wanita itu, isteri saya
menyebabkan kamu
tunduk malu
Maafkan saya,
tidak memperkenalkan Farhan
kepadamu Lela
yang kematian suami
ketika dirundung malang
kerana Farhan
menghilang entah ke mana
Maafkan saya,
ketika di Brunei Darussalam
saya mahu membantu Noreen
mendapatkan pekerjaan
di kementerian pendidikan malaysia
setelah pulang dari united kingdom
kerana telah kehilangan
nombor telefon bimbitmu
Maafkan saya,
kerana tidak mengetahui
kelahiran anakmu, Shazrin
untuk diucapkan tahniah
setelah kehidupan tegar
di kota metropolitan ini
bahang matahari mencengkam
kau hadapi rapi
topi seorang jurutera
Maafkan saya,
Atiqa wanita malang
mahu dilacurkan temannya
lelaki hidung belang
kerana saya tidak berkesempatan
membawamu jalan ke syurga
di kementerian pembangunan keluarga
Maafkan saya,
Ereen sahabat isteriku
yang kian lanjut usia
tidak dapat saya bantu
mencarikan untuk dirimu
calon suami baik
mengikut acuan seleramu
Maafkan saya,
maimon rakan sejawat lama
yang kutemui di khemah mina
seakan saya tidak mengenalinya
kerana hati saya ini
tidak mahu terluka dilukai
mengenang sepuluh tahun
pedih kalbu di kolej itu!
HAJI RAJIEE HADI,
B.B.Mahkota Bangi,
22 November 2014.
### Nama-nama 'watak' dalam puisi di atas, tidak ada kena mengena dengan sesiapa; baik yang masih hidup atau mati.Jika ada persamaan, dari segi nama dan peristiwa, anggaplah ia suatu kebetulan sahaja.

Langgan:
Catatan (Atom)