TB terima mesej (SMS) daripada seorang sahabat berhubung dengan Dasar Pendidikan Negara(DPN) terkini. SMS beliau tercatat begini: 'Dasar Pendidikan Negara (DPN) yang baru dilancarkan menggantikan PIPP telah dibentangkan kepada semua guru di peringkat bawahan/dasar tanpa pengecualian.
DPN banyak mengandungi penambahbaikan; antara komponennya ialah bagi mengwujudkan daya saing bagi para pelajar Melayu baik sesama mereka atau sesama kaum lain di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.Mengenai penentangan kaum lain, khususnya kaum Cina, jika tidak menguntungkan mereka maka mereka akan menentang.Jikalau MCA membawa memorandum dan resolusi maka kerajaan/KPM terpaksa layan kerana tidak cukup kuat (?) untuk ditentang sebab Melayu dalam tiga(3)kapal...' (edit:TB)
TB faham maksud tersirat sahabat pengirim SMS ini.Maksudnya, kini orang Melayu telah berpecah kepada tiga parti terbesar. 0rang Melayu kini, dalam erti kata yang lain sudah tidur dengan bantal berasingan dan mimpi yang juga berbeza.Dengan ringkasnya, TB merumuskan pandangan sahabat itu bahawa Melayu kini tidak bersatu seperti pada zaman 'kapal layar' dahulu.Adakah ini benar?
Adakah orang Melayu telah kian parah dalam perpecahannya kini? Atau hanya orang yang bercakap pasal politik sahaja yang menyangkakan sedemikian. Sebenarnya jika mahu bercakap mengenai Melayu ini; berbincang dan bersemuka selama 100l malam pun tidak ada kesudahannya.
Sepanjang jalan pengalaman; TB dengan penuh rasa tanggungjawab pernah menulis surat terbuka kepada PM (Datuk Seri Haji Mohd Najib), kepada Pemuda UMN0 , surat terbuka kepada DAP dan sebagainya yang mana telah disiarkan dalam media massa semasa. lni adalah komitmen dan rasa kasih sayang dengan penuh tanggungjawab dan rasa keberanian demi agama,bangsa dan tanah air TB yang dicintai.
Dan sudah tentulah TB memzahirkan seruan ke arah 'kembali ke pangkal jalan'. Oleh kerana TB tidak ada kepentingan dengan mana-mana pihak maka seruan dan tulisan TB itu dirasakan datang dari kalbu nurani yang tulus mendalam.TB tidak pasti sama ada tulisan TB hampir dua tahun yang lalu memberi impak dan gaya perubahan kepada kepemimpinan kerajaan yang memerintah sekarang ataupun sebaliknya.
TB tidaklah bercadang mengupas intipati SMS sahabat itu secara terus dan terperinci. Namun memadailah TB kaitkan dengan kata kunci 'kuasa'. Kita tahu Yang Maha Kuasa hanyalah Allah SWT.Dan soalan TB; siapakah yang ada 'kuasa' memerintah sekarang atau sejak merdeka hingga kini?Apakah yang patut dibuat atau dilaksanakan apabila individu/pihak/kita ada 'kuasa'?
TB mahu ceritakan sebuah analogi: Datuk Seri Dr Rais Yatim ialah Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (termasuk menjaga ehwal warisan bangsa dan negara). Sepanjang ingatan TB, Datuk Rais ialah penyokong tegar dalam pemupukan dan pengembangan semula tulisan jawi yang merupakan salah satu aksara bahasa Melayu,bahasa kebangsaan negara kita.
Beliau telah berkempen meluas dan menyeru semua pihak di peringkat pelaksana agat tidak menagabaikan tulisan jawi. ok,blah,blah,blah...Tetapi apabila TB bertanya dan 'cuba menyuntik semangat' kepada salah seorang Pengarah Jabatan Penerangan di salah sebuah negeri yang di bawah kementerian Datuk Rais dengan mudah dan seakan 'lepas tangan'...'tidak ada peruntukan kewangan untuk meletakkan tulisan jawi pada pintu masuk menghala ke jabatannya' .TB terkedu kerana amat sedih dengan jawapan seorang 'pengarah' yang ada 'kuasa' dalam lingkungannya tetapi tidak mempunyai semangat...ya semangat Melayu!
Sebenarnya terlalu banyak TB mahu menulis tentang Melayu dan apa itu Melayu. Soal berapakah kapal tidak timbul. Yang pasti kaum minoriti terbesar Cina dan lndia di Malaysia bukan berada dalam satu kapal bahkan lebih daripada tiga kapal. Tetapi mereka tetap bersatu apabila menyentuh isu yang berkaitan pendidikan,kebudayaan,kesenian,agama dan adat resam mereka.
Ya, mereka tetap bersatu walaupun berada dalam kapal yang berlayar di langit atau di bumi! Apa kata kita pinta mana-mana pertubuhan politik Melayu menyenaraikan semula; berapakah luas tanah, aset, bilangan rumah kampung tradisi seluruh negara yang dimiliki Melayu/bumpitera; berbanding kaum bukan Melayu/bumiputera?
Sebenarnya terlalu banyak mahu TB tuliskan; tetapi cukuplah setakat ini; memaidailah! (TB)
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.

17 November 2012
16 November 2012
HO CHI MINH: CATATAN KESAN KUNJUNGAN
Sebelum makan tengah hari TB daftar masuk di
Hotel Huang Hai Long 2 yang lokasinya di pusat bandar berhampiran Benh Taht
Market yang manjadi nadi utama membeli-belah barangan murah di kota ini. Namun
awas, pembeli mesti bijak dan wajib menawar sekurang-kurang 70% daripada harga
barangan yang dijual di situ.
Bangunan bersejarah ini terletak kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang. Bangunannya sangat unik dengan senibina berunsurkan Gothik oleh Gustave Eiffel, seorang arkitek terkenal berbangsa Perancis.Setelah makan tengah hari di Restoran VN Halal Muslim Restuarant yang tidak jauh dari Hotel Huang Hai Long 2. Hari kedua hingga 16 Mac TB bertukar ke Hotel Boss yang jaraknya dalam beberapa meter sahaja untuk merasakan kelainannya. . Pada petangnya, TB berjalan kaki di sekitar Saigon Square iaitu kompleks beli-belah yang menjual pelbagai jenis pakaian.
Pengalaman berjalan kaki di Bandar Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon
memberikan kelainan kepada TB kerana dapat melihat banyak motosikal
ditunggang oleh rakyat Vietnam.
Di Ho Chi Minh sahaja terdapat empat juta
motosikal yang menjadi pengangkutan penting rakyat Vietnam.Ada juga di Vietnam
diisi dengan aktiviti santai di atas kapal persiaran yang berlayar di sepanjang
Sungai Saigon selama satu jam dengan bayaran AS$10.
Esoknya TB memulakan aktiviti ke Cu Chi Tunnels
yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Bandar Ho Chi Minh.
TB dapat rasakan usaha rakyat Vietnam
mempertahankan tanah air dari peperangan Vietcong komunis dengan tentera
imperialis USA dengan membina kubu di tempat yang strategik dan perangkap yang
dibuat sendiri. Begitu juga dengan lorong-lorong yang menghubungkan sesetengah
ruang di dalam terowong berkenaan. Kubu bawah tanah ini ibarat sebuah
penempatan, lengkap dengan klinik, dapur, tempat mendapatkan bekalan air,
tempat serang hendap musuh dan menyimpan senjata.Hasil semangat juang yang kuat
dalam menentang tentera AS dan mempertahankan tanah air, mereka berjaya
menghasilkan sesuatu yang menakjubkan. Bagaimanapun disebabkan masalah seperti kemudahan
tandas dan pengudaraan yang tidak baik, ramai askar Vietnam yang menggunakan
terowong mati akibat malaria. Seterusnya pengunjung berpeluang merasai
pengalaman menembak di National Defence Sports Shooting Centre dengan bayaran
AS$17.50 untuk 10 biji peluru
TB juga berpeluang menjamu juadah ubi kayu
bercecahkan kacang tumbuk dan air teh.
Petangnya pula, masa TB diisi dengan lawatan ke WarRemnants Museum, khas untuk memperingati Perang Vietnam. Muzium ini dibuka pada
September 1975 untuk memaparkan jenayah perang AS dan kerajaan boneka (Vietnam
Selatan) yang kemudiannya dikenali sebagai Muzium Jenayah Perang AS.Muzium ini terdiri daripada lapan bilik yang
dilengkapi dengan peralatan tentera.
Di sana tergantung gambar grafik kesan semburan
kimia, penggunaan bom napalm dan fosforus serta kekejaman pembunuhan
beramai-ramai di My Lai.Terdapat juga tiga balang janin manusia cacat yang
diawet akibat pendedahan kepada dioksin. Lawatan ini sungguh menginsafkan TB.
Pada hari ketiga TB meneruskan aktiviti lawatan
ke perkampungan sekitar Sungai Mekong.Perjalanan mengambil masa selama dua jam dari Ho
Chin Minh dengan menaiki bot ke Unicorn Island. TB menaiki sampan menyusuri
denai sepanjang sungai. Di kiri kanan sungai terdapat banyak pokok nipah.Kami
sempat singgah di perkampungan nelayan yang terdapat kolam ternakan ikan dan dusun
buah-buahan.
Di sana terdapat industri gula-gula berasaskan
kelapa. Kemudian kami dijamu dengan buah-buahan seperti nanas, buah naga dan
mangga sambil mendengar Do Ca Ta Tu Nam Bo iaitu salah satu muzik tradisi
Vietnam.Sebelum balik ke hotel, pengusaha bot menjamu kami air kelapa. Penduduk
di pulau tersebut memang memanfaatkan sumber yang ada. Banyak kraftangan
dihasilkan daripada pokok kelapa dan dijual sebagai cenderamata.
Kunjungan menyaksikan pertunjukan puppetair di Thao Dien Village dengan bayaran AS$10. Cerita yang dipersembahkan agak
menarik tetapi disebabkan masalah bahasa kami tidak dapat menghayatinya.Pada
hari-hari berikutnya TB sempat meninjau dan memeerhati gelagat manusia termasuk
membeli-belah di Pasar Ben Thanh.
Pasar ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 6
petang kecuali Sabtu dan Ahad, dibuka seawal pukul 7 pagi.Berdekatan pasar
tersebut ada restoran halal yang diusahakan anak Malaysia iaitu Restoran Nyoya
Penag yang menyajikan teh tarik, nasi lemak, nasi baryani dan menu makanan
Malaysia yang lain.

Tips semasa membeli-belah di sini:
a) Tetapkan mata wang apa yang hendak digunakan.
Peniaga menerima dolar Amerika dan Ringgit Malaysia selain VDong.
b) Terus tawar separuh harga jika memang hendak
membeli barang tersebut.
c) Jangan melancong ketika cuti sekolah atau
musim perayaan. Peniaga akan menaikkan harga sesuka hati. Tambahan pula tiada
tanda harga.
e) Jangan hanya tertumpu kepada satu kedai atau
gerai. Peniaga akan menawarkan harga yang berbeza.
f) Bandingkan dengan harga barang yang sama di
Malaysia
Pada hari terakhir di Vietna 16 Mac, sebahagian
daripada masa TB meninjau semula kawasan membeli-belah di Pasar Ben Thanh.
TB sempat berjalan kaki ke Reunification Palace
tiket masuk USD1.50 dan beberapa kawasan bangunan warisan penjajah Perancis. Bangunan
ini yang sebelumnya dipanggil Independence Palace direka bentuk oleh arkitek
bernama Ngo Vit Th. Istana ini adalah rumah dan pejabat Presiden Vietnam
Selatan semasa Perang Vietnam.
TB tiba di lapangan terbang pukul 3 petang lalu mendaftar masuk. Urusan di sini lancar dan tidak menghadapi masalah. Cuma kesilapan TB tidak memasukkan botol-botol madu lebah yang amat asli ke dalam bagasi tetapi membawa ke laluan kastam maka tidak dibenarkan dibawa ke dalam pesawat.TB terasa amat terkilan. TB berlepas dengan penerbangan Air Asia pada petang 6pm dan tiba ke KLIA selepas magrib. TB bersyukur perjalanan dari KLIA ke Ho Chi Minh, Vietnam dan kembali ke tanah air berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Yang pasti, banyak yang TB pelajari daripada kunjungan ke rantau orang! (TB)
15 November 2012
Sharifah Kasif Johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan dan Antarabangsa 2009: Kecapi Kebahagiaan!
JOHAN Qariah Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak.
![]() |
| Sharifah Khasif madu Datin Sri Shahrul Zakiah isteri Datuk Sri Mohammad Hizal Otham |
Pun begitu, cerita itu tidak berakhir begitu saja apabila isteri pertama Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof pula ‘diganggu’ dengan pelbagai panggilan telefon memintanya agar dia reda dan bersabar di atas perkahwinan itu. Hakikatnya, Zakiah sendiri sudah tahu yang suaminya akan berkahwin dengan Sharifah Khasif dan merelakannya.
Isi kandungan e-mel daripada Zakiah:
“Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.TB ucapkan tahniah kepada semua.Adalah menjadi kewajipan lelaki lslam memperisterkan mana-mana muslimah; baik yang beragama, berilmu,berpekerti mulia, berusia lanjut dan sebagainya bagi tujuan keagamaan kerana Allah SWT. Sememangnya apabila ada keredaan maka datangnya kesyukuran dan apabila adanya kesyukuran maka terbitlah kebahagiaan yang memberi makna ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan. Bagaimana para isteri lain?
“Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.
“Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil ‘adik’. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.
“Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini.” katanya.
14 November 2012
SELAMAT AWAL MUHARAM, SALAM MA'AL HIJRAH & dan DI PINTU MUHARAM
TB dan warga tim TB mengucapkan kepada semua pembaca budiman selamat menyambut Tahun Baharu Hijrah 1 Muharam 1434 Hijrah bersamaan 15 November 2012.Semoga kita semua beroleh keberkatan,keredaan dan keampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Apa jua yang telah berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku sama-sama kita jadikan ikhtibar agar yang baik kita jadikan teladan; yang jelek kita jadikan sempadanKita bersama mohon keampunan agar dosa-dosa maksiat yang kita lakukan sepanjang tahun diampuni Allah SWT dengan permohonan taubat nasuha.Dan pada tahun baru ini dengan iltizam dan doa kita mohon keredaan llahi agar kita dijauhi daripada apa jua godaan syaitan iblis dan dilindungi Allah SWT sepanjang waktu dan saat.Semoga kita tidak alpa segala tipu daya iblis laknatullah. Ya, bak bidalan Melayu ada menyebut; bumi mana yang tidak ditimpa hujan,laut mana yang tidak bergelora; sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan; sesal dahulu berpendapatan,sesal kemudian tidak berguna.Berikut TB titipkan sebuah puisi karya TB di perantauan 'DI PINTU MUHARAM' untuk sama-sama kita tatapi dan hayati. Dipersilakan:
Ya Allah ya Rahman ya Rahim
berikan rahmat-Mu taufik dan hidayah-Mu
kepada kami di kamar sepi ini
agar tidak diselaputi dendam dan sakit hati
hindari karat-karat benci saling memusuhi
sesama insan yang mengotori kasih sayang-Mu
Ya Allah ya Rabbulalamin
di sini kami nyatakan desah bisik kalbu
kepada-Mu Yang Maha Berkuasa
pancarkan sinar-Mu pada nurani kami
agar dalam tawa senda penutup keresahan cuma
tidak mengalpa kami menyebut zikrullah-Mu
![]() |
| Masjid Agung Kota Bandung |
Ya Allah ya Rabbulaljalil
dalam lena diselubungi selimut tidur
dalam asyik butir nasi yang kami suap
biarkanlah kami merasakan kesakitan ujian-Mu
merasai kemiskinan dan kelaparan
kegelapan dalam kebodohan dan kelalaian kami
agar menikmati nilai kesenangan dan kesyukuran
Ya Allah Tuhan Yang Maha Perkasa
turunkan kekuatan kesabaran berterusan
pada hati dan tangan yang menadah ke hadirat-Mu
biarkan bisa menghancurkan tembok angkara
agar kaki yang bersila dalam pasrah kepada-Mu
melangkah menegakkan kebenaran ke jalan-Mu
Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihani
berikanlah cahaya-Mu di pinggir mata kami
berikanlah suara-Mu di rongga telinga kami
agar dapatlah kami melihat dan mendengar
dunia yang luka dunia yang penuh rona
kerana mutakhir usia ini ada bala bencana
Ya Allah Tuhan seru sekalian alam
kami yang menunggu di kamar sepi ini
menanti undangan kawat yang tidak ramah
sedarkanlah kami di penghujung waktu emas ini
mengutip baki permata hayat suatu perjuangan
kerana kami tidak dapat berhenti lagi
pada jalan yang kami pilih ini
di sebuah pintu muharam menuju akhirulkalam.
2010/11
12 November 2012
HINDARILAH AIR PENAWAR PERALATKAN AGAMA
PERASAAN yang sukar diterjemahkan timbul dalam diri apabila melihat deretan botol air yang didakwa telah dibacakan surah-surah suci al-Quran dijual dan dikomersialkan atas dasar perniagaan.
Tambah sayu apabila yang menjualnya orang bukan Islam dan botol air berkenaan disusun di rak bawah kedai-kedai berkenaan. Pasar raya, farmasi dan kedai runcit menjadi tempat pengedaran secara besar-besaran.
Bagi saya yang bukan ahli agama, timbul bermacam-macam persoalan:
* Bolehkah ia dikomersialkan?
* Bolehkah orang bukan Islam menjualnya?
* Tujuan sebenar bukan untuk membantu menyembuh tapi untuk keuntungan.
* Tidak menjadi syirikkah kita yang bergantung kepada air sebagai pelindung diri dan kononnya menjadi penawar bermacam-macam penyakit?
* Apa jaminan tiada pihak yang akan mengeksploitasi air ini dan menggantikannya dengan apa-apa jenis air kerana mereka sedia maklum hanya orang Islam yang akan membeli dan menggunakan air ini?
Saya tidak mahu mengulas panjang lebar. Saya bukan pakar dalam hal ini, tetapi lebih kepada mencari jawapan agar akidah tidak tergelincir dan terpesong. Kita semua dianugerahkan akal fikiran. Sekiranya ada pihak yang arif tentang perkara ini, sama-samalah kita berkongsi ilmu.(sumber: SAYANG, Nilai, Negeri Sembilan, 12/11/12)

DADAH, DADAH, DADAH : HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI DITERUSKAN
DALAM keadaan negara kita yang sering menjadi transit dan diserang dengan pelbagai isu dadah saban hari oleh pelancong dan pendatang asing, kita menjadi nanar apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mahu memansuhkan hukuman gantung sampai mati.
Alasannya kerana kita mahu membela rakyat kita yang telah ditahan pihak berkuasa di luar negara kerana menjadi keldai dadah. Alasan ini amatlah kurang kukuh bagi membela mereka dan kelihatan sangat remeh.
Kita saban hari membaca di dada akhbar dan menonton di TV betapa seriusnya gejala pengedaran dadah ini oleh warga asing yang ditangkap di pintu masuk sempadan negara kita terutama di KLIA dan LCCT.
Dadah disembunyikan di dalam beg pakaian, di dalam bungkusan makanan, di dalam ubi kayu, malah ia ditelan dan disimpan di dalam perut! Jumlah dadah ini jika dinilai dengan mata wang kita adalah dalam kiraan jutaan ringgit Malaysia.
Mereka ini terdiri daripada warga Iran, India, Afrika dan sebagainya. Malah telah dapat dikesan dan dibongkar makmal-makmal dadah yang diusahakan oleh warga tempatan bersama-sama dengan warga asing ini.
Sekiranya dadah ini tidak dapat dikesan pihak kastam dan imigresen, apakah akan terjadi jika ia terlepas ke tangan pengedar dan terus ke tangan penghisap dan penagih dadah yang terdiri daripada anak Melayu? Anak Melayulah ternyata menjadi penghuni nombor 'wahid' jumlah yang paling ramai di pusat pemulihan atau serenti seluruh negara.
Dengan hukuman mati mandatori yang masih dikuatkuasakan pun mereka sanggup dan berani untuk melakukan pengedaran dadah dengan sewenang-wenangnya tanpa takut, inikan pula hukuman yang lebih ringan. Walaupun kadangkala pengumuman dibuat di dalam pesawat semasa mendarat dari luar negara di KLIA dan LCCT berkenaan dengan hukuman ini tetapi masih tetap ada yang tidak ambil peduli.
Kita sebagai ibu bapa dan warga Malaysia yang prihatin kerajaan membuat kajian teliti sebelum membuat keputusan untuk memansuhkan hukuman gantung ini. Adakah hukuman ini dianggap zalim dan kejam? Bagaimana pula dengan beribu-ribu anak bangsa kita yang mati kerana ketagihan dadah berpunca daripada pengedar dadah yang tamak haloba ini?
Bagaimana pula penceraian suami isteri, kehancuran rumah tangga, fungsi kekeluargaan dan masyarakat yang kucar-kacir sehingga ada menjadi bangkai bernyawa dan jangkitan HIV hingga ke anak-anak yang tidak berdosa sebagai pewaris bangsa? Bukankah ini lebih zalim dan kejam kerana ia melibatkan beribu-ribu nyawa lain dan menjadikan penagih dadah sebagai penagih tegar untuk sepanjang hayat?
Kerajaan terpaksa pula mengeluarkan perbelanjaan jutaan ringgit untuk memulihkan penagih ini di pusat pemulihan atau serenti dan mengedarkan jarum dan kondom secara percuma. Apakah kita yang sedang menuju ke arah negara maju ini menganggap masalah dadah adalah perkara biasa dan sebuah cerita klasik yang tidak lagi perlu diuar-uarkan? Adakah sekarang kita telah menjadi lebih prihatin untuk menghukum pengedar dadah ini?
Oleh itu, sebarang keputusan kerajaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan dan kesejahteraan bangsa dan rakyat kita sendiri, bukan kerana desakan pihak luar ataupun cuba untuk mengikut contoh dari negara lain bahawa mereka melakukan sedemikian, maka kita pula mahu mengikut cara mereka. (sumber: SHARIAL OMAR AL-MUNSYI,Rawang Selangor, 12/11/12)
10 November 2012
GHANI OTHMAN OH GHANI OTHMAN
Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya Abdul Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih. Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.
Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.
Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tak mendapat habuan politik. Memang kasihan sungguh MB ini.(sumber: HD, 10/11/12)

SJK CINA MAHU BANTUAN KERAJAAN TAPI TENTANG DASAR PENDIDIKAN NEGARA?
APA sudah jadi? Sudah melampau! Kaduk naik junjung, cacing naik ke mata! Begitulah reaksi orang ramai dengan sikap beberapa chauvinis Cina terhadap usaha kerajaan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.Apa pula respons DS Anwar lbrahim yang suatu ketika adalah jaguh bahasa kebangsaan negara kita?
Begitulah politik dan manipulasi politik. Semua mahu dipolitikkan tanpa memikirkan kepentingan generasi hari ini untuk masa hadapan.Yang terkini, Dong Jong dalam iklan surat khabar Cina tempatan menyeru masyarakat Cina keluar berama-ramai untuk proses menentang Dasar Pendidikan Negara (DPN) pada 25 November ini!
Sama ada MCA pun menangguk di air keruh atau mahu mensensasikan isu agar dapat menarik perhatian pengundi Cina menjelang PRU 13 sesiapapun boleh menjangkakan sedemikian.Justeru MCA berterusan mahu jadi 'jaguh' dan kononnya akan menyerahkan memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bagi menentang tambahan masa untuk pengajaran-pembelajaran BM di SJKC tahun 4. Adakah itu baru pelajar tahun 4 sudah bersikap begitu? Khabarnya MCA ada 25 resolusi untuk menentang DPN.
lnikah double standard masyarakat Cina khususnya MCA? Bantuan untuk SJKC sering didesak dan diperolehi tetapi menentang pula DPN. Walhal Timbalan Menteri Pelajaran kini adalah 'orang MCA'. Adakah Timbalan Menteri Pelajaran daripada MCA ini gagal menerangkan aspirasi negara melalui sistem pendidikan kepada masyarakat Cina? Jika gagal di manakah maruah Timbalan Menteri Pelajaran ini?
Apabila timbul kelemahan penguasaan BM di kalangan murid-murid SJK maka berbuih-buihlah menyalahkan kekurangan guru dan prasarana. Tetapi apabila KPM mahu meningkatkan dan memantapkan BM di SJK maka di sisi negatif pula yang mereka bersuara. Justeru dengan ayat lain, sampai bilakah kerajaan mesti berlembut dan bertolak ansur? Sampai bilakah tidak ada ketegasan bagi setiap pelan pendidikan yang baik?Suatu ketika idea sekolah wawasan yang baik pun ditentang kerana di sudut hati mereka penuh dengan sampah-sarap yang busuk,hanyir dan meloyakan.Ada kemungkinan, jika pemerintah negara ini bertukar sebagaimana Singapura barulah mereka akur dan diam terkedu! (TB)

08 November 2012
OBAMA : TAHNIAH !
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Barack Obama kerana dipilih semula oleh rakyat Amerika Syarikat (AS) sebagai Presiden negara itu.
Perdana Menteri berharap dengan kemenangan tersebut, hubungan antara Malaysia dan AS dapat terus dipertingkatkan antaranya dalam bidang perdagangan dan keselamatan serantau.
Malah, Najib turut berharap pemerintahan Obama untuk penggal kedua kali ini akan meneruskan usahanya memupuk persefahaman dan hormat menghormati antara AS dan umat Islam di seluruh dunia.
"Sebagai sebuah negara Islam sederhana, Malaysia sentiasa bersedia membantu AS dalam usaha mengadakan hubungan yang lebih baik dengan dunia Islam," katanya dalam sidang akhbar di Menara TM, di sini hari ini.
Menyentuh mengenai hubungan perdagangan, Najib berkata, AS merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia dan sudah tentu kemenangan Obama itu membuka lebih banyak peluang kedua-dua negara untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang tersebut.
''Antaranya usaha untuk merumuskan satu penyelesaian terbaik dalam rundingan Perkongsian Trans-Pasifik bagi membuka satu era baru dalam bidang perdagangan serta pelaburan,'' katanya.
Ditanya sama ada beliau menjangkakan kemenangan Obama, kata Najib, berdasarkan pengamatannya, undi popular antara Obama dan pencabarnya Mitt Romney adalah sama.
Bagaimanapun beliau berkata, selepas kiraan undi di peringkat badan perwakilan pemilih (electoral college) didapati Obama jauh meninggalkan Romney.
Sementara itu Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mengikuti dengan penuh minat kempen pilihan raya Presiden AS.
"Dengan kemenangannya dalam pilihan raya bersejarah ini juga, Presiden (Obama) mempunyai peluang yang unik untuk merealisasikan visinya untuk AS," katanya.
Najib berkata, beliau juga berasa bangga bertemu dengan Obama semasa penggal pertama pemerintahannya dan masing-masing berikrar untuk membangunkan perkongsian yang semakin meningkat antara kedua buah negara.(sumber:UM,6/11/12)

05 November 2012
JOHOR TOLAK BN?
PAS Johor mengambil pendekatan untuk 'menjohorkan' PAS di negeri ini dengan menjadikan seluruh aktiviti dan tindak tanduk para pemimpin dan ahlinya sesuai dengan sosiobudaya orang Johor.
Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini semalam.
"Ada dua pendekatan, kita men'johor'kan PAS atau mem'pas'kan Johor. Rasanya yang tepat adalah men'johor'kan PAS iaitu dengan kita di negeri ini mengamalkan budaya orang Johor kerana sememangnya kita orang Johor.
"Dengan cara inilah, kita akan bersama masyarakat dan seterusnya memimpin mereka menuju perubahan," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menggulung perbahasan di Konvensyen PAS Johor.
Pandangan yang beliau mula cetuskan dalam ucaptama konvensyen ini turut disokong oleh para peserta konvensyen ini ketika mereka membahaskan ucapan beliau itu.
Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor, marhaban, berzanji dan sebagainya.
"Masa saya nak kahwin dulu, saya dipaksa berzanji. Lalu terpaksalah saya belajar berzanji sampai pandai. Tetapi lepas itu lupa.
"Lepas ini kita mesti berzanji dan memimpin pasukan berzanji, masuk pasukan rewang (gotong royong kenduri) dan memimpinnya, memimpin tahlil.
"Saya rasa kita ada kelebihan ini. Misalnya, bila tahlil, pemimpin Umno takut nak dekat sebab mereka tak pandai. Jadi kita kena mengambil kesempatan ini.
"Inilah yang dinamakan men'johor'kan PAS," kata Dr Mahfodz ketika menggulung perbahasan konvensyen itu.
Semasa memberikan ucapan dasarnya di konvensyen itu, Dr Mahfodz telah membentangkannya sebagai salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh PAS di Johor untuk membolehkan PAS diterima dan seterusnya menang.
Untuk itu, katanya, PAS di Johor tidaklah perlu membawa budaya dari luar yang diamalkan oleh pemimpin dan pengikut PAS untuk mem'pas'kan Johor.
Cukup sekadar mengamalkan budaya orang-orang Johor yang sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam bahkan jelas ciri-ciri Islamnya.
PAS Johor juga, katanya, sedang mengkaji tentang kesenian yang diamalkan oleh rakyat Johor untuk turut diamalkan atau diterima oleh PAS sekiranya tidak bertentangan dengan Islam.
"Kuda kepang, ghazal dan tarian zapin...saya telah meminta Dewan Ulamak untuk mengkajinya. Mengikut kata Ketua Dewan Ulamak Johor, tidak salah asalkan tidak bercampur dengan pujaan iblis dan syaitan kepada sesetengah upacaranya," kata Dr Mahfodz.

Semasa memberikan ucaptamanya, Dr Mahfodz berkata, PAS perlu memaplikasikan sepenuhnya strategi 'menjohorkan' PAS dalam membina jambatan untuk masyarakat.
"Menjohorkan PAS adalah dalam ertikata kita mengekalkan sosiobudaya Melayu di samping kita berjuang bersama PAS," katanya.
Beliau menggariskan tujuh ciri-ciri 'menjohorkan' PAS yang perlu dipertimbangkan.
Ia termasuklah meraikan budaya rakyat Johor (seperti yasinan, marhaban, rewang/kedarat dan tahlil), budaya kesenian popular rakyat (seperti ghazal, tarian zapin dan kuda kepang), budaya berpakaian (baju melayu teluk belanga, baju kurung Johor dan songkok tinggi Johor).
Selain itu, budaya makanan tradisional (asam pedas, nasi ambeng, laksa Johor, soto, ketupat dll), institusikan kerja kebajikan, budaya engagement dengan masyarakat Melayu dan meraikan budi bhasa Melayu Johor (misalnya menerang bukannya menyerang, memuji bukannya mengeji) dan lain-lain lagi.(sumber: HD, 5/11/12)

04 November 2012
NAZIR MUSA: SEMOGA SELAMAT MAJLIS
NAZIR Musa teman lama sekuliah di UPM mengadakan majlis kenduri/walimatulurus sulung perkahwinan anak lelakinya di Dewan Persatuan Sejarah Malaysia di Wisma Persatuan Sejarah Malaysia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada hari ini. Mengenai sdr Nazir Musa, TB tidak berapa tahu perkembangan kerjayanya secara terperinci.
Apa yang TB tahu, beliau pernah bertugas di lnstitut Perguruan Sultan ldris Tanjung Malim (IPSI//SITC) sebagai pensyarah. Kemudian beberapa tahun kemudian TB dapat khabar beliau ke London UK.TB tidak pasti sama ada Nazir melanjutkan pelajaran atau ada urusan peribadi atau keluarga.Agak lama juga Nazir di kota London sehingga TB dimaklumkan beliau bergerak aktif dalam Kelab UMNO di UK bersama aktivis pelajar Malaysia di UK sana.
TB juga menerima berita angin bahawa pemergian Nazir ke sana atas tiket cuti belajar tanpa gaji. Sebenarnya TB tidak pasti. Sehinggalah TB bertemu wajahnya di suatu majlis ringkas pada penghujung tahun 2011, TB tidak sempat berbual panjang walaupun sudah lebih 20 tahun tidak bersua muka. Alhamdulillah, Sdr Nazir masih ingat pada TB dengan kiriman SMS dan kad undangan majlis perkahwinan anaknya. TB hantar beberapa kali SMS tetapi tidak pernah berbalas
.Beberapa hari lalu,TB buat panggilan telefon dapat bercakap dengannya. Suaranya dan gerak nadanya agak riang,meyakinkan dan sudah pasti dalam sihat ceria.TB bertanya; di manakah dia kini bekerja. Beliau ceria menjawab bertugas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Berdasarkan sejarah kerjaya dalam perkhidmatan di KPM tentulah beliau telah menjawat pengetua atau pensyarah kanan atau pegawai kanan di KPM.Tetapi Nazir memberitahu, beliau menjadi guru biasa; mengajar seperti dahulu.Apa yang TB rasai, beliau gembira kerana dapat kembali dunia keguruan yang mungkin sudah agak lama beliau tinggalkan. Bagi TB asalkan Nazir sihat walafiat, kembalinya beliau bagai sirih pulang ke gagang amat menggembirakan. Sama ada Nazir kini recycle atau sebaliknya; beliau tentu dapat merasai nikmat dan hikmah dalam kehidupan.
Sdr Nazir memberitahu akan ada pertemuan reunion dengan teman-teman sekuliah UPM masa lalu antaranya ada yang kini menjadi Ahli Parlimen (Datuk Dr Shahrum 0sman, Lipis), TNC sebuah IPTA,Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah, Pengetua dan sebagainya, TB ucapkan selamat maju jaya dari jauh. Sayang seribu kali sayang TB berhalangan, TB tidak dapat hadir majlis dan perjumpaan pada hari ini.Walau anda kalian jauh di mata tetapi dekat di hati. Salam semua.(TB).

Puisi: PAGI DI SEBUAH RESTORAN
Pegawai muda tergesa-gesa dengan nota dan laptop
mahu ke pejabat membentangkan projek tranformasi
sambil menghirup secangkir kopi
isteri yang baru dinikahi entah di mana
Seorang pensyarah wanita yang kukenal dari jauh
berpakaian kemas dengan beg tangan berjenama
membuka tablet sambil menggenggam the star
baru kutahu telah pencen sebulan lalu
Di sebelahku sepasang famili memecah sunyi
dengan dua anak kecil yang betah membuli
si suami yang senior luas sulah di dahi
bertali leher rapi menutup lanjut usia
dengan isteri muda hanya santai awal pagi
bersama di meja sarapan
tanpa komunikasi
Dan anak-anak muda bergelak ketawa
dari sebuah institusi ternama
membuka kamus hidup mereka
bantuan ptptn dengan telefon pintarnya
serta kepulan asap rokok
membuatku perlahan-lahan meninggalkan
di sebuah restoran pagi dalam hidupku.
RAJIEE HADI
Glenmarie, TTDI Jaya.
1 November 2012.

31 Oktober 2012
Puisi: SATU DEMI SATU
Para sahabat tinta pena seni
saparman, aris tahir, mahfar,adam di muar
mas'ud,noh atan,gunawan ,di ppj
dino,t.alias,ashaari,maarof saad
sinonim di persatuan penulis nasional
cikgu maaruf, dr.othman puteh lepasan sitc
telah pun berangkat selepas petang condong itu
Begitu juga sabar bohari,sahmad malaya,nora
aziz hm, zubir harmoni yang telah mendahului kita
satu demi satu mengekori jymy asmara,pungguk
keris mas,masuri sn & tongkat warrant
ke negeri sana bukan untuk berpuisi lagi
Satu demi satu suara guru keramat rakan sejawat
bertolak semenda ke alam pemastautin abadi
tan sri mohd rafie pendokong dan pejuang guru
meninggalkan legasi dan bahtera indah mahligai kini
untuk warga pendidik yang berteriak sekian lama
dan teman-teman yang mengasuh bakal guru di mpi
nawai,hassan,adimat,kudus, puteh,,mustaffa
didoakan dapat mereka bertemu di sana bukan
bicara refleksi praktikum lagi
syed,hashim,liza teman persekolahan di sdad
mariam,fatimah,,sairi,jannes sekuliah di upm
yang antara mereka tidak lagi berhibur di radio klasik
dan satu demi satu mereka telah mengusung suka duka
menuju ke taman sana serba haruman mewangi
meninggalkan kekasih,segala kebesaran pingat
kebesaran pangkat,gelaran darjat,harta yang disayangi
dan kita pun menanti gikiran yang sama
di pelabuhan senja ini ketika taufan sandy melanda!
RAJIEE HADI,
Bukit Mahkota,
31 Oktober 2012.

30 Oktober 2012
PANGLIMA AWANG
MURID di Malaysia tahu Hang Tuah adalah pahlawan Melaka, Parameswara adalah pengasas Kesultanan Melaka, Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, tetapi setahu saya tidak ramai yang pernah dengar nama Panglima Awang.
Siapa dia Panglima Awang atau Enrique of Malacca atau Henry The Black? Sebenarnya dia adalah seorang bangsa Melayu dari Melaka yang bekerja sebagai jurumudi dan belayar bersama Kapten Ferdinand Magellan mengelilingi dunia.
Tetapi Kapten Ferdinand meninggal dunia sebelum misi yang disertai lebih daripada 200 orang anak kapal sampai ke destinasi mereka di Lisbon, Portugal yang juga merupakan tempat bermula pelayaran mereka.
Kejayaan Panglima Awang memang mempunyai maksud yang signifikan kepada kita.
Pertama dia berjaya mengelilingi dunia. Panglima Awang dan pasukannya telah membuktikan bahawa dunia bukanlah rata, tapi adalah bulat.
Kedua bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam usaha untuk membuktikan yang bumi adalah bulat, kalau bukan Panglima Awang yang dapat berkomunikasi dengan Raja Humabon di Pulau Cebu semasa pasukan kapal menemui kesusahan selepas Kapten Ferdinand mati, misi mengeliling tidak akan berjaya dan sejarah tidak tercipta.
Misi Panglima Awang telah banyak membantu merapatkan hubungan di antara Timur dan Barat dan juga memajukan teknologi pelayaran dunia.
Misi yang berjaya di bawah pimpinan Panglima Awang juga memperkenalkan tanaman daripada Brazil seperti tomato dan ubi ke Eropah yang kemudian menjadi bahan penting dalam kehidupan moden kita.
Panglima Awang memang orang yang banyak berjasa kepada dunia dan harus dijadikan teladan untuk pemuda-pemudi negara.
Saya amat berharap riwayat Panglima Awang dapat diperkenalkan kepada anak-anak sekolah di tanah air melalui pembelajaran sejarah. (sumber: UM, 30/10/12)

27 Oktober 2012
ZULKIFLI NOORDIN
SENATOR PKR Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya kepadanya bahawa anggota parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada ketua pembangkang itu bertanding.
"Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim ketua umum PKR," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.
Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.
Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".
Menurutnya, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".
Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.
Menurut Syed Husin lagi, Anwar memberitahunya, Zulkifli meminta bayaran RM60,000 sebagai balasan untuk mengosongkan kerusi parlimennya.
Perkara yang sama katanya turut dinyatakan Anwar kepada ahli-ahli biro politik PKR.
"Perkara itu bukan sahaja diberitahu pada saya tetapi juga kepada biro politik," katanya.
Justeru, beliau percaya Anwar bercakap benar tentangnya.
Beliau turut percaya kepada Anwar kerana beliau telah mengenali Anwar buat masa yang lama.
"Beliau adalah pelajar saya (di Universiti Malaya), rakan tahanan saya (dalam penjara) dan kemudiannya pemimpin saya.
"Jadi apabila beliau beritahu (perkara itu), saya percayakannya," kata Syed Husin.
Bercakap lanjut, Syed Husin berkata Zulkifli berbohong dalam tulisan blognya yang menjadi tumpuan utama saman itu.
Menurutnya, beliau tidak pernah menemui Zulkifli sebagai wakil Anwar dan menawarkan jawatan dalam anak syarikat Selangor sebagai balasan mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya.
"Apa yang beliau sebutkan adalah bohong sepenuhnya apabila mendakwa saya mewakili Anwar.
"Beliau juga berbohong tentang dakwaan saya memberitahunya saya dijanjikan jawatan senator jika melepaskan jawatan timbalan presiden PKR," kata Syed Husin.
Tambahnya lagi, kesediaan Zulkifli melepaskan kerusinya walaupun belum bersetuju berbuat demikian jika syaratnya tidak dipenuhi memberikan gambaran salah kepada orang ramai.
"Kepada orang ramai, beliau akan kelihatan seperti malaikat apabila menarik diri (daripada kerusinya).
Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya sementara Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusandan Aziz.
Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera itu akan disambung semula pada 5 November depan.(sumber: MK, 27/10/12)

24 Oktober 2012
TB MASUK PAS?
TB tersenyum panjang apabila diajukan soalan teman-teman ;adakah TB kini sudah menjadi ahli PAS; dalam erti lain menganggotai Parti lslam Se-Malaysia (PAS) yang mana sekaligus menjadi aktivis PAS di belakang tabir?
TB tidak nafikan sejak kebelakangan ini sering menulis dalam portal berita Harakahdaily.net sama ada dalam bentuk kreatif mahupun rencana.TB juga tidak nafikan selain menggunakan nama samaran,TB ada juga menggunakan nama sebenar TB dan jawatan TB dalam NGO yang TB pernah sandangi. Bahkan jika ada sesiapa yang pernah menelusuri perkembangan dunia penulisan TB bahawa TB sering menyumbangkan hasil tulisan untuk akhbar Harakah sejak awal tahun-tahun 1990-an dahulu!
Walaupun sebagai penjawat awam ketika itu TB sedari ada pro dan kontranya tetapi kerana nawaitu TB adalah sebuah salam perjuangan yang murni maka kerana ada wadah yang bersesuaian dengan pemikiran TB yang kritis maka TB atas nama untuk keadilan masyarakat maka TB titipkan untuk Harakah sejak zaman wartawan tersohor Subky Latif dan Shukor Harun.
Justeru, tidak ketinggalan kedapatan jua tulisan-tulisan perjuangan TB disiarkan di Berita Harian/Minggu dan Utusan/Mingguan Malaysia; termasuk di portal berita terkenal 'Malaysiakini'. Walaupun jarang sekali tulisan-tulisan TB dibakulsampahkan tetapi TB sentiasa rendah hati jikalau tulisan-tulisan TB tidak disiarkan.TB tahu akhbar juga ada 'selera dan motifnya'.
Jadi ahli PAS? Bagi TB suara perjuangan lslam sejagat tidak semestinya menjadi ahli parti politik. Jika seleberiti dengan anginnya kini dengan platform parti PAS biarkanlah.Buat masa ini, ya buat masa ini biarlah TB tidak menjadi mana-mana ahli atau memperbaharui keahlian mana -mana parti politik. Sungguhpun TB pernah menjadi 'THINK TANK' untuk BN di kawasan Parlimen Kuala Langat pada PRU tahun l990-an membantu calon-calon BN seperti Dato A.Samad Maharuddin (ADUN MORIB), Dato Mohd Shafiee Salleh (MP Kuala Langat) dan sebagainya itu bukan bermakna TB menjadi ahli UMNO atau sekutu BN.
Bahkan pada PRU l990-an TB juga pernah menjadi 'Think Tank' bidan terjun untuk calon Gerakan Parlimen Batu (Dr Tan) dan memberi ceramah di Dewan Orang Ramai di Segambut,Kuala Lumpur. Dan pernah 'ditawarkan secara lisan' oleh orang kuat parti Gerakan Wilayah Persekutuan untuk jawatan bagi kuota orang Melayu. Tetapi TB dengan 'senyum manis' mengundurkan diri daripada mengikuti hari-hari berikutnya. Apapun kerusi di Batu dan Kuala Langat dimenangi BN. Semuanya menjadi kenaangan dan amat nostalgik.
Namun TB hadiri juga bersama anakanda Haziz pada tahun-tahun 1990-an majlis Adilfitri terbuka parti PAS di Taman Melewar,Kuala Lumpur, Dan pernah juga hadir majlis makan malam dan ceramah-ceramah anjuran PAS. Adakah ini sikap penulis yang mahu mengayakan dan mematangkan minda? lnilah yang TB dapat rasai. Bahkan lucunya, TB pernah mahu mencalonkan diri sendiri sebagai calon bebas PRK Parlimen Kuala Kubu Baru beberapa tahun yang lalu.namun saat akhir, TB batalkan hasrat dan tetap percaya 'mata pena lebih tajam daripada mata pedang'.
Apa yang nyatakan TB tetap kekal mahu sebagai seorang penulis yang mana menulis dan terus menulis sebagai wadah perjuangan. Apatah lagi jiwa TB 'tidak boleh memijak dan dipijak'. Esok lusa TB tidak tahu.TB tetap bebas, bebas menyuarakan pandangan,idea dan misi perjuangan selagi bertunjangkan akidah lslamiah dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Bagi TB, SN Dr Shahnon Ahmad tahu mengapa dan kenapa sikap TB begini......wallahualam. (TB)

22 Oktober 2012
MCA MULAI MABUK ATAU GILA?
PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.
"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.
Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.
Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".(sumber:Koh Jun Lim, MK, 22/10/12)

YASH CHOPRA
PENGARAH filem veteran Bollywood, Yash Chopra, meninggal dunia semalam, kerana demam denggi.
Chopra yang berusia 80 tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Lilawati, Mumbai sejak 13 Oktober .
Menurut pihak hospital, pelakon itu meninggal dunia kerana mengalami komplikasi denggi yang berpanjangan dan juga kegagalan organ dalaman yang tidak berfungsi. -(sumber: UM, 22/10/12)

20 Oktober 2012
CINA MALAYSIA BERSYUKURLAH!
Beliau juga menegaskan, ketika menjadi Menteri Pelajaran, Akta Pendidikan 1996 diwujudkan menggantikan Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran 1961 amat ditakuti kerana memberi kuasa penuh kepada Menteri Pelajaran untuk menukar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan.
Akta Pelajaran 1996, memberikan signifikan amat besar kepada pendidikan Cina. Kerajaan secara langsung mengiktiraf kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina (SPC) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat kekal.
Sekadar makluman, selepas 1996, lebih banyak sumber kewangan diperuntukan pendidikan Cina. Pada masa itu, terdapat 78 sekolah menengah Cina yang memilih untuk mematuhi silibus dan pengajaran kerajaan dan ia menjadi SMJKC, manakala 60 lagi kekal sebagai SPC. Ini tidak termasuk sejumlah hampir 1,300 SJKC yang diterima masuk sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Bilangan SJKC terus bertambah setiap tahun melalui bantuan kerajaan sepenuhnya.
Akta 1996 yang lunak ini membolehkan kerajaan memberi bantuan kewangan, fiskal dan sumber perancangan kepada sistem pendidikan Cina. Namun, sedarkah kita bahawa akta ini juga ditentang oleh NGO Cina seperti Dong Jiao Zong, kerana mereka tidak mahu langsung sekolah Cina diganggu-gugat. Mereka mahu beroperasi dengan penuh kecinaan.
Najib turut menjelaskan kedudukan terkini permohonan pembinaan sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan, Pahang seperti yang dituntut komuniti di kawasan tersebut. Syarat yang dikenakan adalah pelajar-pelajar ini wajib mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika pelajar mahu mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), itu terpulang kepada mereka.
Kerajaan juga menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membangunkan SJKC di seluruh negara. Selain itu, kerajaan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar terbaik UEC dan menyelesaikan segera isu kekurangan guru di SJKC. Itu pun masih ditentang kerana mereka mahu UEC diiktiraf sepenuhnya tanpa mengambil SPM.
Sebagai timbal balas, Perdana Menteri menaruh harapan melihat masyarakat Cina di negara ini fasih berbahasa Melayu. Persoalannya, bolehkah harapan Najib ini dipenuhi oleh komuniti Cina, terutama kumpulan ultra kiasu, setelah kerajaan memberi begitu banyak kemudahan dan begitu bertoleransi.
Tiada negara di dunia ini yang begitu bermurah hati dan bertoleransi seperti apa yang negara kita lakukan. Persoalannya, kenapa tidak dihargai? Apa jua cadangan kerajaan untuk penambahbaikan sekolah Cina adalah ditentang habis-habisan. Toleransi yang tidak ada tolok bandingnya ini masih lagi diterima.
Apa yang dimahukan oleh orang Cina? Apakah mereka mahu tinggal di pulau sendiri seperti Singapura dan sasaran mereka hari ini adalah Pulau Pinang.
Lebih memeranjatkan lagi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan isu pendidikan dan kesaksamaan ekonomi, yang disebut sebagai road map, adalah daya penarik bagi menarik undi masyarakat Cina yang kebanyakannya kini beralih menyokong pakatan pembangkang. Road map yang dimaksudkan mengiktiraf UEC, seperti kerajaan mengiktiraf sijil dikeluarkan Kolej Tunku Abdul Rahman.
Selain itu, terdapat beberapa tuntutan utama lain yang mesti dipenuhi iaitu mengatasi masalah kekurangan guru di SJKC; menghalau keluar guru-guru bahasa Melayu dan Inggeris yang tidak mempunyai kredit Mandarin dalam SPM, kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengarah pengelola sekolah Cina, mencinakan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, meluluskan penubuhan sekolah Cina persendirian Segamat, tambahan peruntukan pembangunan SJKC dan menyediakan rizab tanah sekolah Cina dan peruntukan yang diperlukan untuk membina sekolah.
Kata Saifuddin lagi, sekiranya isu-isu seperti itu berjaya diselesaikan, komuniti masyarakat Cina berkemungkinan besar akan kembali untuk menyokong kerajaan. Persoalan saya, jika semua tuntutan dipenuhi, identiti apa yang akan tinggal? Kita membina negara atau membina bangsa? Raikan bangsa majoriti atau minoriti?
Saya harap kerajaan buat audit akaun-akaun NGO-NGO ini termasuk PIBG dan sumbangan hartawan Cina kepada mereka. Percayalah, jutaan wang telah ditaburkan. Maka tidak hairan jika kemudahan sekolah Cina jauh lebih baik daripada sekolah kerajaan kerana sikap dermawan hartawan mereka. Perkara yang perlu difikirkan adakah pendidikan dan masa depan boleh dijual beli?
Jika semua tuntutan ini dipenuhi maka berlakulah proses pencinaan 100 peratus. Mereka lebih Cina daripada orang Cina di China. Ini tidak termasuk, proses pencinaan IPTS swasta yang hebat berlaku dan IPTS berasaskan parti politik perkauman.
Proses pencinaan berlaku daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Jika semua ini terus dibiarkan berlaku, tidak ada ertinya nama Malaysia, kerana identiti Malay (Melayu) sudah tidak wujud lagi. Yang ada, hanya menonjol Chinesesia.
Hargai toleransi dan sikap murah hati PM. Ini tidak, mereka terus menerus mendesak kerajaan supaya terus mencinakan pendidikan Cina. Mereka langsung tidak memikirkan tentang bangsa majoriti yang semakin hilang identitinya semata-mata meraikan bangsa lain.
Sudahlah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak terdaulat. Hari ini sistem pendidikan tidak menyokong ke arah mendaulatkan bahasa kebangsaan. Peruntukan tahunan sudah menjadi sama rata. Di manakah maksud adil yang sebenarnya? Adil sudah tidak membawa makna meletakkan sesuatu pada tempatnya, tetapi sudah menjadi 1>1. Adilkah namanya?
Percayalah, jika orang Cina terus mengambil pendekatan tertutup yakni terus mencinakan sekolah Cina, lebih Cina daripada negeri Cina. Suatu hari ini orang Cina juga yang akan rugi dan menyesal. Mereka akan ketinggalan. Kecinaan yang keterlaluan tidak akan membawa keuntungan kepada orang Cina, kerana orang Cina tidak tinggal di lubuk sendiri.
Tidak salah menjadi 'Cina pisang' sedikit, sebab kita berada di tempat orang, bukan tempat asal kita dahulu. Saya tidak langsung membantah, jika orang Cina mahu menjadi secina-cinanya jika mereka berada di negara China.
Tetapi hari ini kita berada di Malaysia. Negara yang majoritinya adalah Melayu dan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa untuk orang Cina berinteraksi dengan orang Melayu adalah bahasa Melayu. Bahasa perpaduan dan integrasi adalah bahasa Melayu.
Mustahil orang Melayu akan berkomunikasi dalam bahasa Cina dengan orang Cina. Itu pun orang Melayu sanggup korbankan lenggok dan gaya bahasa Melayu semata-mata meraikan orang Cina.
Janganlah kerana tidak mahu menjadi Cina pisang, kita turut mahu mencinakan negara ini. Sikap seperti tidak akan membawa kepada pembinaan negara bangsa yang sihat. Tetapi hanya akan menambah luka yang sedia ada. Mungkin ketika itu pemimpin NGO Cina yang ultra kiasu ini, sudah tidak ada lagi. Tetapi yang akan menjadi mangsa adalah generasi yang akan datang.
Saya langsung tidak anti Cina, sebab saya juga adalah Cina. Tidak salah jika kita menjadi Cina pisang atau kita tidak rugi sedikit pun jika kurang sedikit kecinaannya, kerana kita sudah dapat yang sepatutnya.(sumber:Mohd. Ridhuan Tee Abdullah , UM , 20/10/12)
19 Oktober 2012
Puisi: JALAN BUNGA PEKAN
Aku singgah di rumah makan ini
monggo mampir gado-gado lontong mbak
ngobrol wak yang keras lembut
bagai mini semarang
Ada juga suara seperti di tiruchirappali
di tamil nadu suatu waktu dahulu
jerit ahling yang pernah kudengar
di tianjin beijing pada musim salji
bersatu dalam derap udara kota kecil ini
Maka yang damai disulam gundah
lantaran papan tanda resah
'Awas Peragut' di sana sini
dan di pengadilan jaksa
di hujung sana seberang menanti
debar episod hitam sosilawati
dan rakan yang malang
Apakah pelaku kejam dihukum saksama
apakah riak kota tenang ini kekal selama
dan bagaikan mimpi hujan tengah hari
di luar menitis basah pipiku
di jalan bunga pekan ini.
RAJIEE HADI,
Kuala Langat, SDE.
18 Oktober 2012.

16 Oktober 2012
Puisi: MORIB, 1965
Pepohon ru yang berbaris
menyambutku, emak dan abah
di pantai Morib ini dengan
memori syahdu 1965 dahulu
Semasa kecilku berombongan girang
bas Pak Ludin North-West Johor Bus Company
dari jauh sebelum subuh tanah Johor
kami bertolak membelah jalan sunyi
aku bergaya dengan sepatu baru
Emak dengan rendang
ketupat dan aneka kuih Melayu
kata abah, kami makan di taman bunga
tasik perdana ibu kota permai tanah airku
Pepohon ru pantai Morib itu
kami bertamu seketika bermakna
abah yang peramah mahu menceritakan
pasir putih dan alam aslinya
pernah menerima hadir tentera asing
zaman perang dunia kedua lalu
Kata abah, perkampungan Melayu yang tradisi
ikan-ikan segar aneka terumbu karang
perahu payang nelayan kerdil
hembus bayu datang pergi ke dini malam
Pantai Morib, aku datang mencarimu
walau dalam debar getar usia
hari ini mengutip butir pasir silam
ada yang kelam,ada yang menghilang!
RAJIEE HADI,
Morib-Banting,
16 0ktober 2012.
15 Oktober 2012
PESTA KONVOKESYEN UNIVERSITI BUKAN JOM HEBOH
ANTARA hari yang paling bermakna dalam hidup seorang pelajar pengajian tinggi adalah hari mereka memakai jubah dan mortar sambil memegang skrol ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktorat mereka.
Dan selepas menerimanya daripada canselor yang biasanya adalah sultan-sultan Melayu, ini kerana ia menandakan mereka sudah berjaya melepasi satu fasa perjalanan ilmu dan akademik sementara menanti fasa-fasa seterusnya yang lebih mencabar.
Acara gilang-gemilang ini adalah acara terbesar sesebuah universiti kerana ia melambangkan kejayaan para graduan tamat belajar dan melibatkan bukan hanya pelajar, namun keluarga mereka, para pensyarah dan juga universiti itu sendiri.
Wajah riang, senyuman puas dan bangga adalah hadiah terindah pelajar kepada orang tua, isteri dan anak-anak mereka.
Ketertiban para sarjana ketika mana mengikuti majlis istiadat penganugerahan, satu persatu dengan jubah dan mortar yang seragam dan suasana bening yang sungguh ilmiah dan mendamaikan.
Ia benar-benar suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa pun yang bergelar graduan khususnya mereka yang mendapat ijazah tertinggi di peringkat doktor falsafah.
Kerancuan budaya
Begitu sekali tergambar ketertiban dan keilmuan selama ini berjaya membentuk mereka menjadi manusia beradab selain memiliki jiwa yang besar dan keintelektualan yang ampuh. Semua begitu cantik dan hanya boleh didapati dalam istiadat ini sahaja.
Namun ironinya suasana tersebut amat kontra dengan apa yang berlaku selepas itu atau di luar dewan yang menghimpunkan segala kemuliaan ilmu dan sarjana-sarjananya.
Biasanya seiring dengan majlis konvokesyen akan berlangsung juga festival-festival sempena dengan konvokesyen yang dikatakan penuh dengan istiadat dan adab keilmuan itu ternyata sangat berbeza.
Entah di mana silapnya, sama ada pihak penganjur dan berkuasa universiti menganggap ia bukan urusan mereka atau bagaimana, kita juga masih mencari jawapan.
Bagaikan dua dunia yang sangat berbeza, festival di luar sempena dengan majlis konvokesyen tidak lebih daripada pasar malam atau ‘uptown' atau semacam konsert Jom Heboh dan semisal dengannya sahaja.
Lebih teruk lagi di sesetengah universiti ternyata meraikan para ilmuwan mereka dengan konsert jemputan penyanyi popular tanah air yang mereka sendiri tidak pernah belajar di universiti dan semua ini seolah mendapat restu dan kebenaran daripada setiap lapisan pentadbiran universiti khususnya di peringkat yang tertinggi.
Lebih teruk apabila dewan yang mulia sendiri juga dicemari dengan persembahan atas nama kebudayaan namun jelas kerancuan budaya itu sendiri dalam persembahan dan ada kalanya menjolok mata, sedangkan yang sedang menonton adalah para sarjana yang diraikan ilmu mereka dan ibu bapa yang kebanyakannya adalah mereka yang sudah lanjut usia dan berkopiah serta berserban.
Entah apa lagi yang kita mahu banggakan daripada universiti kita kalau acara yang paling penting ini pun dinodai dengan rakus hedonisme dan para penguasanya tersenyum sakan melayan rentak irama bersama.
'Gangnam style'
Kita merayu kepada mereka yang punya kuasa dan jawatan yang berbasis kepada kesarjanaan dan bijaksana otak mereka, bahawa jangan lagi samakan pesta konvokesyen dengan apa-apa program hiburan dan jualan di luar sana, cukup dengan apa yang sudah ada di luar sana, jangan universiti yang dimuliakan dengan ilmu dan sarjananya juga mahu "digangnamstylekan"!
Akhirnya, saya tertarik untuk kongsikan satu cadangan daripada adik-adik siswa yang ada nurani iman dan ilmu, kritikal terhadap kerancuan di peringkat tertinggi di seluruh universiti ini.
Mereka mencadangkan. Pesta konvokesyen universiti. Sepatutnya seperti di bawah:
Semoga cadangan beliau ini diambil berat dan kami berharap pihak pentadbiran tertinggi universiti cakna akan isu ini dan memaknakan pesta konvokesyen saban tahun dengan suasana ilmu dan iman bukan sebaliknya.
Ini adalah rayuan daripada hati seorang anak didik yang mahu dididik oleh tuan puan semua. (sumber Zahiruddin Zabidi)

- Jualan mega buku-buku akademik atau bacaan ringan.
- Pameran hasil penyelidikan staf-staf akademik.
- Pameran hasil penyelidikan pelajar universiti.
- Menempatkan diskusi figura dalam pelbagai bidang.
- Memanggil GLC atau mana-mana syarikat untuk menawarkan pekerjaan atau temuduga terbuka.
- Taklimat untuk graduan ke peringkat pengajian pasca siswazah di dalam atau luar negara.
Semoga cadangan beliau ini diambil berat dan kami berharap pihak pentadbiran tertinggi universiti cakna akan isu ini dan memaknakan pesta konvokesyen saban tahun dengan suasana ilmu dan iman bukan sebaliknya.
Ini adalah rayuan daripada hati seorang anak didik yang mahu dididik oleh tuan puan semua. (sumber Zahiruddin Zabidi)
BAHASA ROJAK ATAU ROJAK BAHASA?
KALAU tidak biasa kita mungkin keliru dengan ayat seperti ini: ‘xleh g cos sakit gg.’ Ini satu gaya pemberitahuan menerusi khidmat pesanan ringkas @ SMS. Apa yang sebenarnya hendak dikatakan oleh pengirim ialah: “Tidak boleh pergi sebab sakit gigi.”
Ada macam-macam lagi bahasa telefon bimbit @ hp kita. ‘Tq 4 info’ (maknanya, terima kasih atas makluman), ‘c u there’ (jumpa anda di sana), ‘tgh uat pe?’ (sedang buat apa?), ‘nape x rply sms?’ (mengapa tidak membalas sms?), ‘x mkn umah, ot’ (tidak makan di rumah, kerja lebih masa).
Demikianlah hari demi hari bahasa Melayu baku kita telah dicacatkan dengan teruknya oleh ‘bahasa hp’, iaitu spesies baharu bahasa yang dicetuskan oleh gelombang ICT. Konon, masa dan ruang kini amat terhad, jadi semuanya perlu diringkaskan.
Oleh sebab terlalu berbahasa hp, ada yang terbawa-bawa ke dewan peperiksaan dan menjawab soalan subjek Bahasa Melayu menggunakan bahasa cacat ini. Maka, markah yang diperoleh pun menjadi cacat dan mendatangkan mudarat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bimbang kecenderungan menggunakan bahasa cacat ini dalam SMS, Twitter, Facebook dan lain-lain gajet ICT akan menghakis kekuatan bahasa Melayu.
‘tqvm tpm, moh kite tntg b4 worst’. Maksud saya, “terima kasih banyak kepada Timbalan Perdana Menteri, marilah kita sama-sama memerangi gejala ini sebelum keadaan menjadi bertambah teruk.”
*TURUT menggusarkan Muhyiddin ialah semakin berkembangnya penggunaan apa yang disebut sebagai ‘bahasa rojak’, iaitu bahasa Melayu yang dicampur aduk dengan bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Jawa, Minang, dan lain-lain.
“Penggunaan bahasa Melayu yang betul dilihat semakin dipinggirkan dalam mengharungi dunia globalisasi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 di Nilai, Negeri Sembilan, Rabu lalu.
Sebenarnya bahasa rojak telah diterima sebagai bahasa rasmi sekarang. Stesen-stesen penyiaran, termasuk radio dan TV kerajaan sudah mengiktiraf bahasa baharu ini dan menggunakannya setiap hari, terutama dalam program-program hiburan popular.
Para menteri kita, termasuk menteri Melayu, tidak malu-malu – malah, mungkin berasa megah – apabila di dalam TV berbahasa rojak. Mereka cakap Melayu satu atau dua ayat, kemudian cakap bahasa Inggeris campur Melayu.
Para pemimpin dan orang korporat kita lebih suka berbahasa rojak baik dalam TV, radio, mahu pun acara rasmi, sebab mereka menganggap kalau cakap Melayu tidak campur-campur, orang tidak faham.
Kalau pemimpin dan menteri sendiri sukan bercakap bahasa rojak, rakyat biasa pun menganggap bahasa tersebut telah diterima sebagai bahasa rasmi. Sebab itu selepas 55 tahun merdeka, kita masih melancarkan Bulan
Bahasa Kebangsaan. Sepatutnya Bulan Bahasa Kebangsaan tidak wujud lagi.
*SEORANG artis wanita kita mencetuskan kontroversi menerusi penampilannya pada malam Anugerah Blokbuster Sabtu lalu. Dia memakai gaun hitam yang terdedah di bahagian dada, perut dan paha.
Katanya, seperti yang dilaporkan akhbar, dia tidak menyangka penampilannya itu menjadi bualan hangat sekali gus menyinggung perasaan segelintir masyarakat. Ertinya baginya berpakaian seksi seperti itu adalah biasa.
Buka perut, dada dan paha, bukan perkara biasa, sebab artis ini orang Islam. Kalau pun tidak bertudung litup janganlah terlalu mendedahkan. Tidak malukah kita membiarkan perut ditonton orang?
Ada yang menyalahkan pereka fesyen, ada yang menyalahkan penganjur. Memang sesetengah penganjur majlis seperti ini suka buka-buka, konon hendak samakan artis kita dengan artis Hollywood, sebab itu pereka fesyen pun hendak menunjukkan kehebatannya macam di Hollywood. Kita lupa diri, tidak melihat akar kita.
Apa pun, yang paling bersalah adalah si pemakai. Kalau sudah tahu fesyen itu membuka luas perut, dada dan paha, apa yang megah-megah hendak memakainya? Kalau sudah tahu minuman itu beracun mengapa sanggup meneguknya?
*AKHIR kalam berpuluh ribu orang pelabur dalam beberapa syarikat jongkong emas kini tertekan – sesetengahnya sudah separuh sewel – sebab tidak tahu apa akan jadi pada pelaburan mereka yang nilainya berbilion ringgit.
Ini semua patut dijadikan teladan bahawa tidak kira berapa banyak duit kita, fikir dan kajilah betul-betul sebelum melabur. Tersilap labur duit lebur.(sumber:Tuk Perak, SH,15/10/12)

14 Oktober 2012
Puisi: DI KEJAUHAN LAUT
Malam dan laut di kejauhan
kerdipan dalam tatapan tanpa suara
cangkerawala pun mula kehilangan
ombak mendesah kian menjauh
persis kehidupan di penghujungan
Jejak kembara di bibir pantai
adalah khilaf alpa dan ketakwaan
berbaur dan bersatu nurani
antara kekesalan dan tasawur
perjalanan meniti tanpa arah
Antara kebatilan dan iman
ada mata hati suci ini
akan memandu dalam kegelapan
dengan titis manik rahsia alam
kulepaskan jauh ke tengah lautan.
RAJIEE HADI,
Port Dickson.
14 Oktober 2012.
kerdipan dalam tatapan tanpa suara
cangkerawala pun mula kehilangan
ombak mendesah kian menjauh
persis kehidupan di penghujungan
Jejak kembara di bibir pantai
adalah khilaf alpa dan ketakwaan
berbaur dan bersatu nurani
antara kekesalan dan tasawur
perjalanan meniti tanpa arah
Antara kebatilan dan iman
ada mata hati suci ini
akan memandu dalam kegelapan
dengan titis manik rahsia alam
kulepaskan jauh ke tengah lautan.
RAJIEE HADI,
Port Dickson.
14 Oktober 2012.
11 Oktober 2012
ASTRO
ORANG lain mungkin menganggap perkara remeh, namun saya merasakan perkara ini hak kita untuk mengetahui ke mana hilangnya wang kita. Boleh jadi juga sebuah taktik perniagaan. Saya tidak menuduh tetapi berikut adalah perkongsian saya:
Sepulangnya dari tempat kerja, emak menyerahkan bil ASTRO terkini untuk saya jelaskan bilnya. Saya perasan ada tambahan RM10 pada bil terkini. Kata emak, ada program baru.
Saya melarikan mata sepintas lalu pada butir-butir transaksi. ASTRO Best: The Hunger Games. Bila masa pula emak yang sudah tua dan uzur melanggan program ini. Emak hanya lebih gemarkan program di TV Al-Hijrah dan saluran 119. Bila saya tanyakan pada Emak, jawapannya: Mana tahu. 'Kan, sudah masuk dalam bil. Jadi perlu dibayar.
Emak terpaksa melanggan ASTRO kerana langsung tiada siaran televisyen jika tidak melanggan servis ASTRO. Saya pula lebih selesa mendapatkan maklumat daripada internet.
Saya tidak berpuas hati lantaran yakin tiada antara kami yang akan melanggan program sedemikian. Lalu saya menelefon pihak ASTRO untuk memaklumkan kesilapan tersebut. (Nota: Pastikan anda miliki kredit yang cukup untuk mendail talian 1-300-82-3838 kerana tempoh masa yang lama diambil sebelum dapat bercakap dengan staf. Pastikan juga tekan butang 3 selepas pilihan bahasa.)
Pihak ASTRO memberitahu, dalam rekod mereka ternyata kami tidak membuat sebarang langganan untuk pakej tersebut. Lega saya. Namun di hujung-hujung perbualan tatkala saya yakin staf terbabit akan memaklumkan tentang kecuaian tersebut pada unit kewangan, wujud pula rekod.
Saya dimaklumkan bahawa langganan telah dibuat pada tarikh 16 September 2012 pada jam 6.21 petang oleh nombor telefon 019-569xxxx. Saya sudah menafikan bahawa kami telah membuat langganan tersebut. Bagaimana pun staf berkenaan membuat andaian bahawa ada budak-budak main.
Mustahil, fikir saya. Saya pasti amat bahawa nombor telefon tersebut sangat asing dan memang tidak tersenarai dalam rekod nombor telefon keluarga dan rakan. Sebelum mengakhiri perbualan yang mengambil masa kurang lebih 12 minit, saya diminta untuk tetap membayar tambahan RM10 tersebut.
Saya cuba menghubungi pemilik nombor tersebut dan ternyata dia hanyalah seorang pelajar sekolah menengah dan menetap di Perlis. Sedangkan kami di Perak.
Yang menimbulkan musykil di fikiran saya, bagaimana ada ‘budak-budak’ boleh melanggan serta menggunakan akaun emak saya pada tarikh tersebut walhal kami sekeluarga sedang menghadiri walimah saudara di luar Perak!
Sudah tiba masanya untuk pihak ASTRO benar-benar meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan pencapaian dan keuntungan mereka. Lebih-lebih lagi dalam isu keselamatan begini. Cukup-cukuplah untuk menerima hamburan marah dan segala bentuk ketidakpuasan hati daripada pelanggan.(sumber:HD, 11/10/12)

Langgan:
Catatan (Atom)