PERHIMPUNAN Bersih yang bakal diadakan oleh sebuah kumpulan yang dikatakan dipelopori oleh pro pakatan pembakang dan parti-parti pembakang pada 9 Julai 2011 dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Seeverasaan. Bagi pendapat peribadi TB jika perhimpunan rakyat diadakan bagi menzahirkan ketidakpuasan hati rakyat tentang beberapa dasar kerajaan yang banyak tidak menitikberatkan kebajikan kesusahan dan keperitan rakyat terbanyak yang rata-ratanya dihimpit kemiskinan termasuk pesara-pesara kerajaan, buruh-buruh, para nelayan, petani,penarik beca dan sebagainya maka TB sokong seratus peratus.
Apatah lagi TB terima aduan majoriti rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barangan, bahan api dan yang ketara harga rumah melambung lantaran tidak terkawal dan naik sewenang-wenangnya mengikut cita rasa para pemaju perumahan, ejen-ejen hartanah dan juak-juak kapitalis.Jika inilah hasrat BERSIH mahu menganjurkan perhimpunan demi rakyat bukan kerana kepentingan politik tidak siapapun akan menentangnya. Cuma mungkin cara pelaksanaan perlu diperkemaskan dan tidak mendatang huru-hara yang akhirnya bagaikan menang jadi abu,kalah jadi arang; menang sorak kampung tergadai.
Yang amat menyedihkan, PM Najib Razak sendiri mencanangkan rumah mampu beli khusus rumah pertama harganya sekitar RM220,000.00. Cuba pembaca fikir, berapakah bayaran bulanan seorang kakitangan kerajaan terpaksa membayarnya bagi pinjaman RM220k dalam tempoh 30 tahun? Berapakah gaji mereka ketika itu jika penjawat awam tersebut berusia di bawah 35 tahun? dan bagaimanakah kemampuan sara hidup untuk menampung kos keperluan lain-lainnya? Sepatutnya Najib Razak mewar-warkan rumah mampun beli adalah sekitar di bawah harga RM150 ribu bagi rumah pertama mampu milik! Siapakah Najib Razak? TB rasa tidak usahlah TB membuka autobiografi beliau. Apa yang TB ingat beliau telah pun menjawat jawatan Timbalan Menteri sewaktu beliau berusia (22 tahun: jika tidak silap TB) setelah kematian ayahnya, Tun Abdul Razak, PM Malaysia kedua.Secara jujur adakah Najib Razak dikatakan pernah dihimpit kemiskinan?
Walau bagaimanapun jika kumpulan PERKASA mahu menongkah arus dan mengadakan perhimpunan bantahan yang dikhuatiri wujud pertembungan, itu adalah hak PERKASA. Mungkin Perkasa ada alasan tersendiri. Mungkin Perkasa tidak mahu bangsa Melayu/Bumiputera yang turut mendukungi perhimpunan Bersih akan ditipu bulat-bulat dan secara halus demi kepentingan politik puak-puak yang bagaikan membaling batu sembunyi tangan. Siapa tahu? Apatah lagi daripada sumber PERKASA yang dihebahkan oleh Datuk lbrahim Ali, Presiden Perkasa; siapakah dia Datuk Ambiga itu?
Dikatakan bahawa Datuk Ambiga Seeverasaan Pengerusi Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 wanita beragama Hindu ini ialah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia yang paling kuat mempertahankan kes Lina Joy sebagai Peguam dan pembela.Beliau juga dikatakan pendokong dan penggerak lFC (lnterfaith Comission) yang kuat mempertahankan kes-kes murtad. Ambiga juga dikatakan menyeru rakyat Sarawak bangkitdan berhimpunan seperti rakyat Mesir di Tahrin Square.Dan beliau dianggap kuat menyokong pakatan pembakang.Dan dengan penglibatan Haji Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Pas sebagai Timbalan Pengerusi Perhimpunan Bersih ini akan terus-terusan menjadi tanya tanya. TB tahu Mohamad Sabu yang kuat memegang prisip keadilan tentu tahu apa objektif dan hala tuju yang mahu dibawanya bersama ahli-ahli Pas kelak.
Kepada pembaca TB sama-sama kita fikirkan dalam suasana yang serba mungkin. Selagi perjuangan itu terus memperjuangan golongan rakyat majoriti yang tertindas dan dihimpit kemiskinan khususnya majoriti bangsa Melayu lslam dan bumiputera maka TB tetap sokong. Perkasa atau kumpulan Bersih, terserahlah!
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.

14 Jun 2011
TIPU DAYA LAMAN SOSIAL INTERNET: AWASI RAMAI PENIPU BERPANGKALAN DI MALAYSIA
KELICIKAN 11 pelajar warga Nigeria menggunakan ayat-ayat cinta bukan sahaja memperdaya seorang wanita warga Perancis untuk bercinta di alam siber selama enam tahun, malah turut mendorong mangsa datang ke negara ini.
Awal bulan lalu, mangsa berusia 52 tahun datang menjejaki 'kekasih sibernya', seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menetap di negara ini sejak enam tahun lalu kerana kononnya dia mengalami kemalangan dan memerlukan pembedahan segera.
Mangsa dihubungi oleh dua suspek dikenali sebagai Dr. Jerry dan Dr. Abby yang memaklumkan teman lelakinya itu perlu menjalani pembedahan dengan kos sebanyak 200,000 Euro (RM872,147).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mangsa yang percaya dengan 'cerita' itu telah memasukkan wang pendahuluan 1,000 Euro (RM4,357) sebelum ke negara ini untuk melawat 'teman lelakinya'.
"Hasrat mangsa untuk melihat keadaan teman lelakinya itu bagaimanapun ditolak malah diugut supaya menjelaskan baki 'wang pembedahan' sebelum teman lelakinya itu dibebaskan dari hospital.
"Mangsa yang dinasihatkan pihak kedutaannya telah membuat laporan polis sehingga membolehkan kesemua suspek diberkas pada 6 Jun dan 7 Jun lalu hasil siasatan dan perangkap yang dipasang.
"Hasil siasatan mendapati teman lelaki mangsa tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata sejak enam tahun lalu," katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Chin Wah berkata, kesemua suspek menggunakan pas pelajar untuk masuk ke negara ini dan dipercayai wanita tersebut bukan mangsa pertama yang ditipu.
Katanya, perancangan rapi dibuat dengan modus operandi menggunakan laman sosial Internet untuk menjalin persahabatan sebelum memupuk kepercayaan dan keyakinan mangsa.
"Sindiket warga Nigeria tersebut menyasarkan mangsa yang mempunyai kewangan kukuh dan terdesak untuk mendapat pasangan hidup.
"Kesemua suspek ditahan reman sehingga 21 Jun ini mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan kesalahan Akta Imigresen,"
katanya lagi.(sumber: UM, 14/6/11)
TB: Bersama-samalah kita saling mengingatkan kepada anak-anak kita , anak-anak bangsa kita dan semua agar berhati-hati dan mengabaikan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri.

10 Jun 2011
1Malaysia Vs PERKASA
SEJAK 1Malaysia 'dilahirkan' dua tahun lalu, ia mendapat pelbagai reaksi
- sesetengah memuji, tidak kurang yang mencemoh dan ada pula yang tidak
ambil kisah.
Hasil
ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1Malaysia bagi
penyokongnya dilihat mampu menyatukan rakyat majmuk di negara ini.
Tetapi pengkritiknya menganggap 1Malaysia sekadar slogan kosong kerana dasar kerajaan dan politik yang diamalkan masih berkisar kepada soal bangsa dan kerapuhan perpaduan rakyat semakin parah.
Antara mereka yang menyokong padu 1Malaysia adalah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengetuai parti politik yang hanya menerima orang Cina sebagai ahlinya.
Dalam wawancaranya baru-baru ini dengan Malaysiakini, Chua berkata 1Malaysia tidak boleh dicapai dalam sekelip mata dan meramalkan sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun sebelum perubahaan sikap mula kelihatan.
Titik persamaan
Katanya, rakyat Malaysia masih terikat dengan identiti bangsa sehingga mereka mampu mencari titik persamaan.
Chua juga percaya 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.
"Kerana (keputusan pilihan raya) itu, semua orang terburu-buru mengatakan ia baik untuk negara ini. Jadi sekarang kita mempunyai sistem dua parti,” katanya.
Kesan pilihan raya, kata Chua menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.
"Ini kerana semua ahli politik di mana-mana di dunia ini adalah sama... berbalik kepada asas dan fundamental - bangsa dan agama - bagi mendapatkan sokongan. Ini agak malang,” katanya.
Meskipun
huraian ciri-ciri itu mengambarkan sikap yang diambil oleh ahli
parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali namun Chua tidak mahu diheret untuk
berdebat dengan presiden kumpulan pendesak Melayu - PERKASA.
Sama seperti 1Malaysia, PERKASA juga lahir selepas pilihan raya umum 2008 tetapi berkonsepkan perjuangan Melayu kerana gusar penguasaan politik Melayu semakin pudar.(sumber:MK,10/6/11)
TB ingatkan Chua janganlah hendak mengada-ngada tidak siapapun tergoda.
Tetapi pengkritiknya menganggap 1Malaysia sekadar slogan kosong kerana dasar kerajaan dan politik yang diamalkan masih berkisar kepada soal bangsa dan kerapuhan perpaduan rakyat semakin parah.
Antara mereka yang menyokong padu 1Malaysia adalah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengetuai parti politik yang hanya menerima orang Cina sebagai ahlinya.
Dalam wawancaranya baru-baru ini dengan Malaysiakini, Chua berkata 1Malaysia tidak boleh dicapai dalam sekelip mata dan meramalkan sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun sebelum perubahaan sikap mula kelihatan.
Titik persamaan
Katanya, rakyat Malaysia masih terikat dengan identiti bangsa sehingga mereka mampu mencari titik persamaan.
"Kerana (keputusan pilihan raya) itu, semua orang terburu-buru mengatakan ia baik untuk negara ini. Jadi sekarang kita mempunyai sistem dua parti,” katanya.
Kesan pilihan raya, kata Chua menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.
"Ini kerana semua ahli politik di mana-mana di dunia ini adalah sama... berbalik kepada asas dan fundamental - bangsa dan agama - bagi mendapatkan sokongan. Ini agak malang,” katanya.
Sama seperti 1Malaysia, PERKASA juga lahir selepas pilihan raya umum 2008 tetapi berkonsepkan perjuangan Melayu kerana gusar penguasaan politik Melayu semakin pudar.(sumber:MK,10/6/11)
TB ingatkan Chua janganlah hendak mengada-ngada tidak siapapun tergoda.
BALAK OH BALAK: TAIB MAHMUD DISIASAT!
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa ia
sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud
berhubung dakwaan rasuah balak.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.
“Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu
berkenaan).
Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa
juga tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini,” katanya
kepada wartawan pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar
integriti korporat kepada SPRM di sini, semalam.
Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan
sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang
baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.
Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut. – BERNAMA
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.
Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut. – BERNAMA
TB: Janganlah jadi 'Harapkan pagar, pagar makan padi.'
Pakaian Seksi Penambat Hati Suami
PRESIDEN Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.
Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.
“Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami
dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah
kelihatan selekeh dan tidak menarik.
“Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat
kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini,
semalam.
Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.
“Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?
“Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.
Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.
Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.
“Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.
Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.
Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.
Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam.(sumber: BH, 10/6/11)
TB: sama-sama kita fikirkan... .

PESERTA KURSUS ASAS LATIHAN PERNIAGAAN PROFESIONAL BIL. 2/2005
HARI ini genap 6 tahun kami para peserta Kursus Asas Latihan Perniagaan Kumpulan Profesional yang terdiri dariapda pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia. Dalam tempoh 6 tahun tentu TB jangkakan banyak liku kehidupan dan cabaran-cabaran ditempuhi sama ada meneruskan hasrat menceburi diri sebagai usahawaa atau sebaliknya. Apapun TB mendoakan teman-teman kalian berjaya memacu kehidupan masing-masing. Kepada para pembaca budiman sila camkan gambar TB di atas. Salam perjuangan.
09 Jun 2011
ANAK SATU MALAYSIA
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menegaskan bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.
"Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa, penentuan keturunan bagi kanak-kanak adalah berdasarkan kepada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak sahaja.
"Jabatan ini tidak dapat mendaftarkan sesuatu keturunan selain daripada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut," kata Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung permohonan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.
Bagaimanapun, JPN menolak permohonan itu dengan mengatakan yang pasangan itu hanya dibenarkan memilih sama ada Cina atau India. Hannah (kanan) akhirnya terpaksa memilih Cina dan memutuskan untuk menulis surat rayuan kepada Najib dan JPN.
"Jabatan ini tidak dapat mendaftarkan sesuatu keturunan selain daripada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut," kata Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung permohonan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.
Bawa ke mahkamah
Susulan itu ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo melalui laman twitter menyokong tindakan pasangan tersebut dan mencadangkan perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.
Sementara itu NGO 'Saya Anak Bangsa Malaysia' (SABM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan JPN menerima pendaftaran semua kanak-kanak sebagai 'Anak Malaysia' berdasarkan tuntutan ibu bapa.
“Kami sepenuhnya menyokong ibu bapa dalam menentukan identiti anak tercinta mereka.
“Kami dengan sepenuh hati memuji Hannah dan Rama di atas keberanian dalam menegakkan pendirian mereka.
“Pendirian mereka mengingatkan kita tentang identiti umum sebagai manusia biasa, dan sebagai ahli kolektif yang dipanggil Malaysia, layak untuk mendapat penghormatan paling tinggi,” kata SABM dalam satu kenyataan hari ini.
Dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk menyemak keperluan dalam kategori 'etnik' dalam semua borang rasmi.
Susulan itu ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo melalui laman twitter menyokong tindakan pasangan tersebut dan mencadangkan perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.
Sementara itu NGO 'Saya Anak Bangsa Malaysia' (SABM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan JPN menerima pendaftaran semua kanak-kanak sebagai 'Anak Malaysia' berdasarkan tuntutan ibu bapa.
“Kami sepenuhnya menyokong ibu bapa dalam menentukan identiti anak tercinta mereka.
“Kami dengan sepenuh hati memuji Hannah dan Rama di atas keberanian dalam menegakkan pendirian mereka.
Dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk menyemak keperluan dalam kategori 'etnik' dalam semua borang rasmi.
Dianggap tempang
“Kami hairan terhadap status semakan terhadap perkara ini. Apa yang jelas JPN belum bertindak terhadap keputusan itu.
“Dalam era teknologi maklumat, alasan JPN bahawa sistem baru belum dibentuk bagi menentukan 'identiti' baru itu boleh dianggap tempang,” kata kenyataan itu.
SABM berkata Najib dan kabinet perlu mengambil tindakan serta-merta bagi menunjukkan keikhlasan kerajaan memperkenalkan konsep 1Malaysia.
“Kita, sebagai rakyat, memerlukan secara sedar menolak etnik yang dicipta oleh ahli-ahli politik dan ahli birokrat yang membezakannya”. Kata SABM
“Kami menyeru semua rakyat Malaysia menyokong Hannah dan Rama dalam perjuangan mulia untuk mencabar paradigma ketinggalan zaman pentadbiran berdasarkan 'keetnikan'” mengulas kenyataan. (sumber : MK,8/6/11)
“Kami hairan terhadap status semakan terhadap perkara ini. Apa yang jelas JPN belum bertindak terhadap keputusan itu.
“Dalam era teknologi maklumat, alasan JPN bahawa sistem baru belum dibentuk bagi menentukan 'identiti' baru itu boleh dianggap tempang,” kata kenyataan itu.
“Kita, sebagai rakyat, memerlukan secara sedar menolak etnik yang dicipta oleh ahli-ahli politik dan ahli birokrat yang membezakannya”. Kata SABM
“Kami menyeru semua rakyat Malaysia menyokong Hannah dan Rama dalam perjuangan mulia untuk mencabar paradigma ketinggalan zaman pentadbiran berdasarkan 'keetnikan'” mengulas kenyataan. (sumber : MK,8/6/11)
08 Jun 2011
BIASISWA: UNIVERSITI TEMPATAN JUGA HEBAT
ISU biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang acap kali disebut oleh pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini. Ada yang mempertikaikan mengenai kuotanya, relevansinya dalam menghantar pelajar cemerlang ke luar negara dan sebagainya. kerajaan perlu mengkaji semula dasar pembiayaan biasiswa JPA yang bak
Lebih menarik lagi, keputusan kerajaan membiayai 86 pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan dan bukannya di luar negara baru-baru ini.
Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga merupakan pemegang biasiswa JPA telah menyimpan impian besar iaitu menyambung pelajaran ke luar negara kerana menjadi satu kebanggaan jika ada anak Melayu berjaya ke luar negara. Impiannya hampir tercapai apabila mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Namun hanya ditawarkan biasiswa di perungkat matrikulasi dan seterusanya disambung ke UiTM oleh pihak JPA.
Apa yang hendak dikongsika adalah rasa kecewa .beliau. Namun berasa syukur kerana berpeluang mendapat tempat di universiti tempatan. Jangan sesekali pandang rendah pada kredibiliti dan keupayaan universiti tempatan. Sistem pendidikan di universiti tempatan jauh lebih baik daripada yang disangka.
Segala kemudahan, kredibiliti pensyarahnya dan keupayaan pelajarnya jangan usah diragui. Sistem pembelajarannya juga semakin meningkat dari sehari ke sehari malah semakin setaraf dengan universiti luar negara.
Segala garis panduan dan sasaran yang ditetapkan telah menyamai keperluan yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Lihatlah setiap tahun, pasti ada pensyarah dan pelajar berjaya merangkul anugerah di peringkat antarabangsa hasil kreativiti dan inovasi mereka.
Mereka begitu komited dalam memastikan nama universiti tempatan terus berada di persada antarabangsa. Masih ketinggalankah universiti tempatan kita?
Bukanlah mempertikaikan kerelevenan menghantar pelajar cemerlang ke luar negara atau merendah-rendahkan kemampuan universiti luar negara, namun adalah satu langkah yang sangat baik dalam memastikan pelajar berjaya menempuh cabaran dan bersaing di peringkat globalisasi.
Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk menyambung pelajaran ke luar negara kerana itu adalah rezeki anda dan anda adalah terdiri dalam kalangan yang terpilih dan terbaik daripada yang terbaik.
Tetapi, mungkin juga ada baiknya langkah kerajaan untuk mengurangkan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara kerana kos perbelanjaan di sana yang semakin meningkat sehingga kerajaan terpaksa memperuntukkan lebih banyak kos untuk mereka.
Tidak salah dan ada baiknya jika kos yang berjaya dikurangkan itu digunakan dan diberi peluang kepada pelajar cemerlang lain untuk menyambung pelajaran mereka dalam negara.
Sesungguhnya, dengan saingan yang semakin kompetitif dalam kalangan pelajar ketika ini, ada relevannya kerajaan mementingkan kualiti lebih daripada kuantiti. Berilah peluang kepada pelajar luar bandar yang lain untuk merasai nikmat pendidikan di universiti tempatan.
Kepada pihak tertentu, hentikanlah daripada terus memainkan isu biasiswa ini kerana segala kuota dan peruntukan telah ditetapkan oleh kerajaan secara adil dan saksama berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Segala keistimewaan, keperluan dan kebajikan yang diperlukan semua kaum dalam sistem pendidikan telah cuba dipenuhi kerajaan sebaik mungkin. Belajarlah erti bersyukur daripada meminta-minta.
Tidak lupa juga kepada semua pelajar cemerlang SPM dan ahli keluarga mereka, janganlah sesekali anda kecewa jika gagal menyambung pelajaran ke luar negara. Sesungguhnya, anda masih memiliki satu sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa di universiti tempatan.
Percayalah kepada keupayaan universiti tempatan dalam memastikan kelangsungan pendidikan yang cemerlang kepada pelajar mereka. Mana tahu jika rezeki anda belajar di luar negara selepas ini. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.(sumber : UM, 7/6/11)
07 Jun 2011
BRUNEI DARUSSALAM: KARNIVAL SEJARAH 2011
DEMI untuk mengukuhkan semangat berbangsa dan bernegara, peristiwa masa lalu negara bangsa perlu disebarluaskan kerana generasi muda perlu mengetahui dan mempunyai penghayatan sejarah kegemilangan bangsa serta liku-liku, jatuh bangun dan maju mundur yang dilalui oleh bangsa dan negara di dalam arus pembangunan sehingga kita mencapai kemerdekaan dan kedaulatan yang dinikmati masa kini.Selain meneroka, mencari, menyelidik dan mendokumentasi usaha menyebarluaskan dan menyerapkan perolehan penyelidikan sejarah Brunei itu perlu berterusan tanpa henti kerana sejarah itu sendiri sentiasa berkembang berdasarkan penemuan-penemuan dalam penyelidikan. Demikian tegas Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Haji Abdullah ketika berucap selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan Majlis Karnival Sejarah 2011 yang berlangsung di Pusat Penemuan Minyak Dan Gas (OGDC) dekat sini hari ini. Yang Berhormat Pehin seterusnya menyeru supaya Pusat Sejarah akan terus berusaha mencari kaedah-kaedah baru sebagai pendekatan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan masyarakat. Selain itu beliau juga berharap supaya karnival sejarah seumpamanya akan dilakukan secara berterusan dan dilaratkan ke sekolah-sekolah serta ke kampung-kampung di seluruh negara. "Pendekatan yang digunakan untuk mengisi karnival juga perlu dicari supaya bersifat lebih kreatif, inovatif dan proaktif bagi memudahkannya 'menyerapi minda' setiap lapisan masyarakat di negara ini. Kita ingin melihat warga Brunei Darussalam celik sejarah bangsa dan negara, dan matlamat untuk merakyatkan sejarah itu dapat dicapai," katanya. Sehubungan itu, tambahnya lagi KBS dengan kerjasama Pusat Sejarah akan menganjurkan 'Pertandingan Penuturan-Analisa Sejarah' bagi belia dan penuntut sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Dalam peraduan itu nanti para peserta bukan sahaja mengungkap peristiwa sejarah tetapi juga menghuraikan signifikannya kepada pembangunan dan pengukuhan bangsa yang berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja. Karnival Sejarah 2011 yang bertema "Sayang Brunei" diadakan untuk memberigakan sejarah Brunei melalui pameran dan aktiviti antara lain bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan Raja, negara, bangsa dan agama (MIB) melalui pameran dan aktiviti sosiobudaya, ianya juga adalah bagi menanamkan minat orang ramai terhadap sejarah tanah air dalam menempuh arus globalisasi. Ia merupakan projek Pusat Sejarah yang julung-julung kalinya diadakan sebagai langkah membawa sejarah Brunei kepada masyarakat supaya mereka dapat bermesra dengannya. Enam aktiviti disusun sepanjang karnival ber-langsung, antaranya pameran oleh Pusat Sejarah Brunei, Syarikat Minyak Shell Brunei, dan penduduk-penduduk kampung Daerah Belait, seterusnya panggung sejarah, diskusi sejarah, kuiz, permainan tradisi Puak Belait, persembahan budaya Puak Belait, kaedah penyelidikan sejarah, pesta makanan tradisi Puak Belait dan gerai jualan buku-buku dan produk kampung. Ianya dibuka untuk kunjungan orang ramai selama tiga hari bermula hari ini, bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Sesuai dengan musim cuti sekolah penggal kedua orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung sambil membawa anak-anak mereka menyaksikan pelbagai pameran termasuklah panggung sejarah yang menayangkan filem-filem sejarah Brunei, legenda dan juga persembahan-persembahan kebudayaan.(sumber: Media Permata:7/6/11) |
HARGA BARANG NAIK : JANGAN BEBANKAN RAKYAT
Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.
Pengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.
“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.
Mahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.
“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.
Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.
Kerja sambilan
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.
Tarif elektrik pula naik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun manakala harga gula meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa pada Mei.
Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.
Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.
“Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah,” katanya.
Namun bagi seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, kehidupan hariannya tidak terjejas secara langsung dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan itu.
Lebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.
“(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.

Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.
Mahu tukar kerajaan
“Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan),” katanya lagi.
Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.
Keadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.
“Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah,” kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.
Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.

Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.
“(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.
'Kerjaaan juga perlu berjimat'
Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.
“Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi,” katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.
Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan “tak sebesar mana”.
“Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal,” katanya wanita berusian 29 tahun itu.
“Kalau boleh turunkan harga barang,” katanya lagi.

Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.(sumber: MK, 7/6/11)
MELAKA OH MELAKA: BATAL BINA RUMAH 4 MUSIM
KERAJAAN negeri terpaksa membatalkan hasrat untuk membina rumah empat musim di Taman Botanikal, Ayer Keroh di sini kerana penyelenggaraan bulanannya melibatkan kos yang tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latif Tamby Chik berkata, bagi menggantikan rumah empat musim itu, kerajaan negeri akan membina Taman Burung terbesar di negeri ini.
Menurutnya, selain Taman Burung, turut dibina calet, pesiar jalan kaki dan pembinaan landskap yang melibatkan kos sebanyak RM30 juta.
''Peruntukan ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan dan tender telah ditutup bulan lalu. Kita sedang meneliti kontraktor yang berkelayakan untuk membangunkan semula Taman Botanikal ," katanya selepas membuat lawatan ke Taman Buaya, Taman Tema Wonderland dan Dataran Sejarah Ayer Keroh .
Latif berkata, projek melibatkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta itu bertujuan menjadikan Taman Botanikal menjadi salah satu produk pelancongan terkenal di negeri ini.
Pada masa ini katanya, taman itu tidak dibangunkan secara menyeluruh menyebabkan ia kurang menjadi perhatian daripada pelancong dalam dan luar negara.
''Kita menjangkakan projek ini akan mula dibina secepat mungkin memandangkan peruntukan daripada kementerian telah diluluskan," ujarnya.
Mengenai lawatan yang diadakan hari ini, beliau berkata, beberapa kerja menaik taraf kemudahan awam, pesiar jalan kaki dan pentas Dataran Sejarah Ayer Keroh perlu dilaksanakan segera.
Ujarnya, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah memohon kepada kerajaan Pusat melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
Beliau menambah, RM1 juta diperlukan untuk membaikpulih pentas dan kawasan sekitar Dataran Sejarah Ayer Keroh, pembinaan tandas awam di luar Taman Buaya manakala RM500,000 lagi bagi pembinaan landskap.(sumber :UM, 7/6/11)
06 Jun 2011
SEKS & WANITA
TIUB BOCOR mendapati kebanyakan wanita sama ada yang sudah berumahtangga atau belum, memandu kereta agak laju.Pemanduannya kekadang tidak berdasarkan sikon (situasi & kondisi).Bahkan ada ketikanya mengundang bahaya.Cara memotong, ketika berada di selekoh, ketika memandu di lebuh raya, ketika traffic jam,ketika mengejar waktu pejabat, meninggalkan anak di dalam kereta yang bertutup dan berbagai-bagai keadaan menyebabkan sesiapa yang ada asas psikologi tingkah laku akan berfikir dan terus berfikir.
![]() |
| (Ketua Puteri Umno) |
Bagi wanita yang berada di dalam pejabat sama ada sebagai ketua atau staf biasa, membiarkan telefon berdering berkali-kali memanjang tidak dipedulikan yang sudah tentu menjejaskan prestasi kerja sesebuah pejabat juga mengundang pelbagai persoalan. Tidak dinafikan, wanita golongan pekerja yang rajin dan komited.Tetapi lumrahnya beginilah terjadi, misalnya di penghujung waktu pejabat atau bersolat; kedapatan agak lama masa diambil kerana berhias dan bersolek.Pelanggan terpaksa menunggu agak lama jika ketua jabatan itu seorang wanita. Mengapa begini?
![]() |
| D.Sharizat Jalil (Gambar hiasan) |
Begitu juga banyak laporan dan andaian dibuat jika sesebuah sekolah itu guru besar atau pengetuanya seorang wanita maka banyak kepincangan yang berkaitan dengan disiplin pelajar terjadi.Apakah wanita banyak diselubungi emosi dalam kehidupannya? Apakah wanita ada kalanya tidak bertindak secara rasional dalam sesuatu kemelut yang berlaku?. Dan ada pendapat yang menyebut bahawa kemahiran wanita berfikir secara kreatif dan kritis agak perlahan; bahkan ada yang "selorong betul bendul". Benarkah begitu?
Justeru TB berharap sudah tiba masanya para penyelidik dan sarjana dalam bidang psikologi tingkah laku, psikologi pengurusan, psikologi bahasa dan sebagainya melakukan kajian dan penyelidikan yang berkaitan hubung kait antara sikap,kecekapan dan kebijaksanaan daya penaakulan dengan gender khususnya ada kajian yang menyatakan masalah seksual atau hubungan batin serta perkembangan seksualiti dan usia memberi kesan atau impak kepada mereka. Ayuh, buatlah kajian lanjutan!!
05 Jun 2011
GURU BAHASA KITA
Dia pernah mengharungi kerikil lembah
dia pernah menuruni kehidupan lurah
tatkala merintis di anjung getir
berbekalkan perguruan sijil dan
dipanah lusuh sang mentari
diraih mahal cekal azam segulung ijazah
dan dia terus berlari di permatang anak tani
tatkala merintis di anjung getir
berbekalkan perguruan sijil dan
dipanah lusuh sang mentari
diraih mahal cekal azam segulung ijazah
dan dia terus berlari di permatang anak tani
meredah hutan garang di perkampungan asli
merentas kental jurang terhalang ganas
menongkah keangkuhan menara kota raya
melaungkan lagu kemerdekaan bunga bangsanya
apabila malam terasing hingga ke tebing hari
wang saku pedih getir menggigit jemari
sambil menghidu suasana rasa dihimpit kesepian
terkenang ibu ayah tua menutur kata tiada putusnya

dan dia terus tidak peduli mengukur bayang diri
demi menatang keyakinan dan kewibawaan dedikasi
yang diperturunkan saban generasi
itulah guru kami, guru kita mengenal jawi dan rumi
menyala obor, menjulang puncak ke puncak hasrat
di dada tersemat, ‘Cintailah Bahasa Kita’

perjuangan keramat!
Seri Kembangan, Serdang,
(Antologi Puisi: Puisi Setia Bahasa, Kuala Lumpur,
Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), 1999.
(Pelita Bahasa, Mei 1994)
HAK BIASISWA PELAJAR MELAYU DINAFIKAN?
TB amat berasa sedih dan amat berdukacita kerajaan lebih sedia membiayai percuma kepada penghuni-penghuni pusat serenti dan tahanan-tahanan pendatang asing, banduan-banduan, dan pelajar bukan Melayu daripada membiayai percuma dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak Melayu/Bumiputera yang cemerlang di universiti baik dalam bidang perubatan, perakaunan, kejuruteraan dan lain-lain. ini ironis!
Justeru TB menyokong Perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan tabung perdidikan tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara.
“Saya menyokong penuh cadangan menghapuskan PTPTN dan ditukar kepada biasiswa kerana pinjaman ini telah menyebabkan ramai antara kita terhimpit dengan hutang,” kata Wakil Pemuda PAS Kamal Ashaari.
Dalam sesi perbahasan dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Kamal berkata pinjaman itu menyebabkan anak muda terhimpit dengan beban hutang yang besar selepas tamat pengajian.
Malah, tambahnya, mereka dikenakan beberapa sekatan, termasuk tidak dibenarkan ke luar negara.
Sebelum ini, usul yang hampir sama dibentangkan dalam muktamar Pemuda kelmarin.
Usul itu antarnaya mendakwa Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 - yang menyenarai hitamkan peminjam - patut dipinda.
Sementara itu, Kamal juga mengharapkan supaya perwakilan dalam muktamar kali ini memperkasakan daftar pemilih dengan menyuruh anak mereka mendaftar sebagai pengundi.
"Dan ingatlah bahawa dalam sistem demokrasi hanya satu undi dapat mengubah kerajaan zalim yang sedia ada,” katanya.(sumber:MK, 04/6/11)
Justeru TB menyokong Perwakilan PAS mendesak kerajaan menukarkan pinjaman Perbadanan tabung perdidikan tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa kerana ia didakwa melanggar perlembagaan negara.
Dalam sesi perbahasan dalam muktamar PAS ke-57 di Gombak hari ini, Kamal berkata pinjaman itu menyebabkan anak muda terhimpit dengan beban hutang yang besar selepas tamat pengajian.
Malah, tambahnya, mereka dikenakan beberapa sekatan, termasuk tidak dibenarkan ke luar negara.
Sebelum ini, usul yang hampir sama dibentangkan dalam muktamar Pemuda kelmarin.
Sementara itu, Kamal juga mengharapkan supaya perwakilan dalam muktamar kali ini memperkasakan daftar pemilih dengan menyuruh anak mereka mendaftar sebagai pengundi.
"Dan ingatlah bahawa dalam sistem demokrasi hanya satu undi dapat mengubah kerajaan zalim yang sedia ada,” katanya.(sumber:MK, 04/6/11)
01 Jun 2011
GURU BAHASA KITA
Dia pernah mengharungi kerikil lembah
dia pernah menuruni kehidupan lurah
tatkala merintis di anjung getir
berbekalkan perguruan sijil dan
dipanah lusuh sang mentari
diraih mahal cekal azam segulung ijazah
dan dia terus berlari di permatang anak tani
tatkala merintis di anjung getir
berbekalkan perguruan sijil dan
dipanah lusuh sang mentari
diraih mahal cekal azam segulung ijazah
dan dia terus berlari di permatang anak tani
meredah hutan garang di perkampungan asli
merentas kental jurang terhalang ganas
menongkah keangkuhan menara kota raya
melaungkan lagu kemerdekaan bunga bangsanya
apabila malam terasing hingga ke tebing hari
wang saku pedih getir menggigit jemari
sambil menghidu suasana rasa dihimpit kesepian
terkenang ibu ayah tua menutur kata tiada putusnya
merentas kental jurang terhalang ganas
menongkah keangkuhan menara kota raya
melaungkan lagu kemerdekaan bunga bangsanya
apabila malam terasing hingga ke tebing hari
wang saku pedih getir menggigit jemari
sambil menghidu suasana rasa dihimpit kesepian
terkenang ibu ayah tua menutur kata tiada putusnya
dan dia terus tidak peduli mengukur bayang diri
demi menatang keyakinan dan kewibawaan dedikasi
yang diperturunkan saban generasi
itulah guru kami, guru kita mengenal jawi dan rumi
menyala obor, menjulang puncak ke puncak hasrat
di dada tersemat, ‘Cintailah Bahasa Kita’
demi menatang keyakinan dan kewibawaan dedikasi
yang diperturunkan saban generasi
itulah guru kami, guru kita mengenal jawi dan rumi
menyala obor, menjulang puncak ke puncak hasrat
di dada tersemat, ‘Cintailah Bahasa Kita’
perjuangan keramat!
Seri Kembangan, Serdang,
(Antologi Puisi: Puisi Setia Bahasa, Kuala Lumpur,
Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), 1999.
(Pelita Bahasa, Mei 1994)
TAKRIF BARU ELEKTRIK : JAMIN TIDAK BEBANKAN RAKYAT?
DATUK Seri Najib Razak menegaskan kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik pada masa depan tidak akan menjejaskan rakyat di samping menggalakkan penggunaan serta penerokaan tenaga alternatif di negara ini.
Perdana Menteri berkata, tarik elektrik ada kaitan dengan keadaan semasa dan realiti semakin banyak keperluan tenaga, termasuk gas yang perlu diimport mengikut harga pasaran.
“Kita akan kaji dari semasa ke semasa supaya apa yang kita lakukan itu setimpal dari segi beban kepada rakyat. Kali ini kita sudah tentukan 75 peratus daripada isi rumah tidak menghadapi kenaikan bil elektrik sama sekali di samping melaksanakan langkah menjimatkan tenaga,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Tindakan Belia 2011, di sini semalam.
Najib berkata, kerajaan memberi jaminan subsidi tenaga elektrik dirangka khusus untuk memberi manfaat kepada rakyat negara ini dan tidak sekali-kali bertujuan untuk memberi manfaat kepada Stesen Tenaga Bebas (IPP).
Katanya, pemberian subsidi itu akan disalurkan terus kepada rakyat menerusi tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan adalah salah untuk membuat andaian ia bertujuan meningkatkan keuntungan IPP.
“Ia adalah subsidi terus kepada pengguna menerusi tarif TNB. Adalah salah untuk menyatakan IPP mendapat manfaat daripada sejumlah tertentu subsidi ini,” katanya.
Kelmarin, kerajaan mengumumkan tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada 33.54 sen/kwj berkuat kuasa, hari ini.
Ia dilakukan selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70MMBtu.
Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang.
Perdana Menteri berkata, semakan tarif elektrik itu dirangka bagi mengurangkan tarif elektrik kepada rakyat, kesan daripada pemberian subsidi ditanggung kerajaan.
“Jadi tidak timbul sebarang dakwaan menyatakan subsidi itu memberi manfaat kepada IPP,” katanya.
Beliau berkata, dalam menimbangkan aspek tarif elektrik kerajaan turut mengambil kira usaha menggalakkan pelaburan dalam bentuk cari gali gas dan minyak.
“Jika harga tempatan terlalu rendah, syarikat minyak termasuk PETRONAS tidak akan mendapat insentif untuk mencari punca gas dan minyak yang baru untuk keperluan tenaga negara,” katanya.
Sementara itu, di PUTRAJAYA, Najib menggariskan tiga kriteria yang perlu dipenuhi untuk mengupaya serta mengarusperdanakan inovasi dalam sektor awam
Berucap pada pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2010 di sini, malam tadi, beliau berkata, tiga kriteria inovasi itu ia perlu memberi impak besar; pengurangan kos atau nilai pada wang serta memendekkan tempoh pelaksanaan penyampaian kepada rakyat.
Kerjasama strategik dalam memperkasakan keselamatan dan pertahanan negara antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), diumumkan sebagai pemenang AIPM 2010. (sumber : Bharian, 1/6/11)

IBU BAPA PERLU SEDAR PENDIDIKAN ANAK
IBU bapa bertanggungjawab memastikan anak yang bakal menduduki peperiksaan awam mendapat bimbingan sewajarnya bagi membolehkan mereka lebih bersedia menghadapi ujian berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin, berkata masing-masing perlu berusaha lebih memberikan yang terbaik kerana pendidikan adalah pelaburan jangka panjang bagi menjamin kecemerlangan akademik.
“IIBU bapa perlu lebih prihatin dengan keperluan anak dengan membawa mereka mengikuti program bimbingan peperiksaan sama ada anjuran sekolah mahupun persendirian,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUNUN) Sungai Udang.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Bimbingan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSUPSUPSR) anjuran Kelab Tabung Haji (TaHa), baru-baru ini.
Program dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKSMKSMK) Kampung Gelam, Melaka Tengah.
Hadir sama Pengarang Pendidikan Berita Harian, Muhd Yusuf Abu Bakar; Pemangku Pengarah Tabung Haji Melaka, Abu Shukor Jangga dan Guru Penolong Kanan (GPKPK) Hal Ehwal Murid (HEMEM) SMKSMKSMK Kampung Gelam, Ramlan Hassan.
Seramai 290 murid Tahun Enam daripada 43 sekolah rendah sekitar Melaka termasuk dari Johor dan Kuala Lumpur menyertai program sehari itu.
Sementara itu, Abu Shukor berkata, program memberi peluang peserta memperoleh maklumat dan pengetahuan tambahan sekali gus membantu mereka supaya lebih yakin menghadapi UPSUPSUPSR September ini.
“Kita berharap menerusi usaha murni Kelab TaHa ini, murid yang menyertainya memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.
Peserta program, Ahmad Nazirul Mubin Nezam, 12, murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Naning melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai program itu, sekali gus bertekad memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSUPSUPSR. (sumber : Bharian, 1/6/11)
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin, berkata masing-masing perlu berusaha lebih memberikan yang terbaik kerana pendidikan adalah pelaburan jangka panjang bagi menjamin kecemerlangan akademik.
Program dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKSMKSMK) Kampung Gelam, Melaka Tengah.
Hadir sama Pengarang Pendidikan Berita Harian, Muhd Yusuf Abu Bakar; Pemangku Pengarah Tabung Haji Melaka, Abu Shukor Jangga dan Guru Penolong Kanan (GPKPK) Hal Ehwal Murid (HEMEM) SMKSMKSMK Kampung Gelam, Ramlan Hassan.
Seramai 290 murid Tahun Enam daripada 43 sekolah rendah sekitar Melaka termasuk dari Johor dan Kuala Lumpur menyertai program sehari itu.
Sementara itu, Abu Shukor berkata, program memberi peluang peserta memperoleh maklumat dan pengetahuan tambahan sekali gus membantu mereka supaya lebih yakin menghadapi UPSUPSUPSR September ini.
“Kita berharap menerusi usaha murni Kelab TaHa ini, murid yang menyertainya memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.
Peserta program, Ahmad Nazirul Mubin Nezam, 12, murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Naning melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai program itu, sekali gus bertekad memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSUPSUPSR. (sumber : Bharian, 1/6/11)
31 Mei 2011
BERJIMATLAH : TAKRIF BIL ELEKTRIK NAIK
Pengguna yang menggunakan kurang 300kW unit tenaga sebulan ataupun mereka yang jumlah bil di bawah RM77, tidak akan terjejas dengan kenaikan tarif elektrik pada 1 Jun ini.
Ini bermakna 4.4 juta atau 75 peratus pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Katanya bagi penggunaan industri yang bervoltage rendah di bawah 200 kW setiap jam atau kurang, kenaikan dalam bil elektrik mereka tidak sepatutnya melebihi 6.2 peratus.
“Gerai-gerai, sebagai contoh, secara kasar bayar tambahan RM4.60. Jika kita bahagikan kepada 30 hari, ia cuma 15 sen sehari,” kata Che Khalib said.
Struktur tarif baru itu terpaksa dilaksankan katanya kerana kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menaikkan harga gas asli kepada pengeluar tenaga pada kadar RM3 bagi setiap mmBtu.
Ini bermakna bil gas TNB akan naik sebanyak RM1.5 bilion.
Meskipun kerajaan membenarkanTNB untuk menaikkan tarif sebanyak dua peratus, Che Khalib berkata syarikat itu terpaksa menanggung bebanan kos yang lebih tinggi bagi menampung operasinya.
TNB membeli arang batu pada harga purata US$80 setiap tan pada suku pertama tetapi membelanjakan purata USD$103.8 setiap tan pada suku kedua 2011.
“Harga arang batu kini mencecah lebih US$120 setiap tan... TNB tidak dapat menampung kos arang batunya buat masa ini.
“Pada 2004, terdapat permohonan untuk menyemak tarif tetapi kerajaan menangguhkannya. Pada 2006, kerajaan meluluskan kenaikan tarif sebayak 12 peratus.
“Pada Julai 2008 kerajaan melaksanakan penyelarasan 24 peratus kepada tarif berikutan kenaikan 123 peratus dalam harga gas asli,” katanya.(sumber: mkini,31/5/11)
Ini bermakna 4.4 juta atau 75 peratus pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Katanya bagi penggunaan industri yang bervoltage rendah di bawah 200 kW setiap jam atau kurang, kenaikan dalam bil elektrik mereka tidak sepatutnya melebihi 6.2 peratus.
Struktur tarif baru itu terpaksa dilaksankan katanya kerana kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menaikkan harga gas asli kepada pengeluar tenaga pada kadar RM3 bagi setiap mmBtu.
Ini bermakna bil gas TNB akan naik sebanyak RM1.5 bilion.
Meskipun kerajaan membenarkanTNB untuk menaikkan tarif sebanyak dua peratus, Che Khalib berkata syarikat itu terpaksa menanggung bebanan kos yang lebih tinggi bagi menampung operasinya.
TNB membeli arang batu pada harga purata US$80 setiap tan pada suku pertama tetapi membelanjakan purata USD$103.8 setiap tan pada suku kedua 2011.
“Harga arang batu kini mencecah lebih US$120 setiap tan... TNB tidak dapat menampung kos arang batunya buat masa ini.
“Pada 2004, terdapat permohonan untuk menyemak tarif tetapi kerajaan menangguhkannya. Pada 2006, kerajaan meluluskan kenaikan tarif sebayak 12 peratus.
“Pada Julai 2008 kerajaan melaksanakan penyelarasan 24 peratus kepada tarif berikutan kenaikan 123 peratus dalam harga gas asli,” katanya.(sumber: mkini,31/5/11)
23 Mei 2011
MENYELUSURI GEDUNG ILMU
Denai ilmu di tanah Seri Begawan kususuri
Jendela menghijau udara alam memagari
Mekar kelopak taman saujana lestari
Tersergam pesona dewan bagai sita dewi
Kampus kuliah pembangunan melakari
Siswa-siswi riang di kampus pagi
Ada gerak azam hasrat melatari
Setiap warga citra potret santun peribadi
lnstitut Teknologi Brunei kian mendepani hari
Brunei Darussalam UBD menara gading di jantung hati
Dan musim kian mendatang
Universiti Kolej Perguruan Ugama bertandang
Martabat dan harapan terus dijulang
Demi agama terbilang dan warisan gemilang
Bagai kampung air sejarah yang tidak menghilang
Gelojak waktu deras arus bergerak
Gedung ilmumu kian berentak pencak
Omar Ali Saifuddin universiti persada puncak
Sarjana ulama semenda bicara daulah lslamiah
Daulat Tuanku Ke Bawah Menjunjung Duli
Menyelusuri gedung ilmu persis segar mentari!

22 Mei 2011
Terkini : Tragedi Tanah Runtuh : 16 Maut, 9 cedera
Mangsa terakhir tanah runtuh dikeluarkan
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira
15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian
tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah
Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.
Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.
Azman berkata, lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.
Katanya, pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), SMART, Tentera 4 Divisyen, dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya. - BERNAMA ( sumber : BH)
Terkini : Tanah Runtuh Batu 14, Hulu Langat
Kerajaan akan beri RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa tanah runtuh
Kerajaan akan memberi bantuan RM10,000 kepada keluarga
mangsa tragedi tanah runtuh membabitkan Rumah Anak Yatim dan Anak
Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, petang
tadi.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bantuan itu selepas melawat tempat kejadian malam tadi.
TB: TB sekeluarga turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi yang amat memilukan itu.
20 Mei 2011
Akibat 'kata-kata cinta' di Internet
Berbekalkan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta, dua lelaki warga Nigeria melalui Internet berjaya memperdaya seorang wanita Taiwan sehingga mengakibatkan kerugian RM380,000. Kegiatan suspek terbongkar selepas mangsa berusia 43 tahun datang ke negara ini setelah menyedari dirinya ditipu seterusnya membuat laporan di Kedutaan Taiwan, di sini Februari lalu.Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, mangsa mengenali suspek yang menggunakan nama John Miller dari United Kingdom melalui laman sosial Facebook sebelum jatuh cinta.
Katanya, hasil perkenalan itu, suspek berjanji untuk memberikan 'hadiah' bernilai 950,000 pound sterling (RM4.65 juta) dan sejumlah barangan kemas, namun tersekat di sebuah ejen syarikat penghantaran di Malaysia.
"Berikutan itu, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang. Mangsa menuruti kehendak suspek dan menyedari ditipu selepas melakukan transaksi ketiga berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.Tambah Mohd. Rodwan, hasil laporan mangsa, polis berjaya mengesan suspek menerusi akaun transaksi terbabit sehingga membawa kepada penahanan dua lelaki Nigeria itu, masing-masing berusia 26 dan 39 tahun di Serdang dan Seri Kembangan, Isnin lalu.
Katanya, siasatan mendapati salah seorang suspek ialah pelajar sebuah kolej swasta, manakala rakannya merupakan pelancong.
"Turut ditahan ialah seorang wanita tempatan yang juga isteri kepada salah seorang suspek. Dia turut menjadi dalang dan wanita beranak satu itu juga adalah pemilik sebenar akaun bank terbabit.
"Hasil serbuan di dua buah rumah itu, polis menemui sejumlah barang kemas bernilai hampir RM100,000, peralatan komputer, buku cek, kad kredit serta kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
"Selain itu, beberapa alat telekomunikasi dan wang tunai berjumlah AS$15,000 (RM45,458) dan RM14,000," katanya.
Mohd. Rodwan memberitahu, berikutan penipuan yang dilakukan, suspek telah membuka sebuah perniagaan menyewa kereta mewah di Serdang."Oleh itu, kita telah merampas empat buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM400,000," katanya sambil memberitahu sedang menyiasat lebih lanjut penipuan itu termasuk kemungkinan turut melibatkan warga tempatan.
Mohd. Rodwan mengingatkan warga tempatan supaya berhati-hati berkawan dengan warga asing dan tidak sewenang-wenangnya membuka akaun bank jika diminta sesiapa untuk membantu perniagaan mereka. ( sumber : Ilah Hafiz Aziz/ UM)
KPPK yakin kerajaan bantu guru kelas biasa
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) yakin kerajaan akan menangani rintihan serta masalah yang dihadapi oleh kira-kira 400,000 guru kelas biasa dan memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, guru-guru ini yang merupakan teras pendidik peringkat akar umbi, seharusnya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa, dan menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
Katanya, kenyataan beliau itu adalah sebagai menyuarakan rasa kecewa dan kebimbangan para guru ini dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang membawa berita gembira kepada lebih 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
Yim Pheng berkata, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan tonggak pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan mereka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.
Sementara itu tinjauan rambang mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.
Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.
"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.
Seorang lagi guru yang dikenali sebagai Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperoleh apa-apa manfaat daripadanya.
"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya. — BERNAMA-( sumber : UM)
18 Mei 2011
Harga barang naik ???
Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diminta mengemukakan usul membantah kenaikan harga petrol RON95 dan tarif elektrik pada persidangan perwakilan bahagian masing-masing.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak bersetuju kenaikan tersebut dibuat sekarang kerana ia akan membebankan rakyat yang sedang merasai kesan kenaikan harga barang makanan secara purata sebanyak enam peratus, lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak tiga peratus.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rem-bau berkata, kenaikan RON95 akan memberi kesan terhadap barangan lain juga kerana ia melibatkan rantaian nilai.
"Pergerakan Pemuda UMNO berpendapat rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol akan menyebabkan mereka terus terhimpit.
"Oleh kerana itu, saya meminta semua Pemuda UMNO bahagian mengemukakan usul membantah kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik pada masa ini," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Zakaria Nordin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Shahrul Ekhsan Othman.
Khairy berkata, beliau akan menyampaikan usul tersebut kepada kerajaan dan terpulang kepada kerajaan untuk memberi pertimbangan terhadap bantahan itu.
"Kalau nak struktur semula subsidi saya setuju tetapi saya tidak setuju ia dibuat sekarang kerana kita tengok harga makanan seperti daging, ayam dan sayur telah pun meningkat dan rakyat rasa terhimpit," katanya.( sumber : UM)
Dukacita Israel tembak kapal
|
|
|
NAJIB Tun Razak dan Rosmah
Mansor yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty
untuk lawatan dua hari ke Amerika Syarikat disambut perwakilan Malaysia
di sebuah hotel di New York, semalam. – BERNAMA
|
OXFORD 17 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Israel menembak kapal bantuan kemanusiaan, MV Finch yang ditaja Malaysia pada awal pagi Isnin lalu sebagai tanda kezaliman rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.
Sambil melahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu, Perdana Menteri menegaskan, tembakan tidak boleh dilepaskan terhadap kumpulan yang membawa bantuan kemanusiaan daripada orang awam tambahan pula tidak bersenjata, walaupun untuk tujuan amaran.
Menurut beliau, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin meskipun menghadapi banyak halangan dan rintangan.
“Saya berasa amat dukacita dengan perbuatan yang begitu angkuh dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis minum teh dengan penuntut-penuntut Malaysia di sini semalam.
Najib mengulas insiden kapal itu yang dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel semasa tiba di perairan berhampiran Rafah, Mesir.
MV Finch yang membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza, diserang pada pukul 6.54 pagi waktu Jordan (kira-kira pukul 11.54 pagi waktu Malaysia).
Menurut Najib, tindakan Israel itu menunjukkan bahawa rejim itu akan melakukan apa sahaja untuk terus menekan rakyat Palestin kerana mereka tidak mahu penduduk di Gaza mendapat bantuan.
Mengenai sama ada Malaysia akan menyuarakan bantahan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perkara itu, beliau berkata, negara telah banyak melakukan representasi dan lantang memperjuangkan isu Palestin kepada badan dunia itu, tetapi ia berlalu begitu sahaja.
Rakyat Malaysia jelasnya, begitu gigih dan bersemangat membantu rakyat Palestin yang sekian lama hidup dalam keadaan tertekan dan menderita akibat tindakan kejam dan zalim tentera Israel.
Perdana Menteri mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Britain semalam dan berlepas ke New York, Amerika Syarikat. Beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Britain pada Julai ini. ( sumber : UM)
17 Mei 2011
BERITA BAIK UNTUK SEMUA GURU
Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru
Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
"Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan."Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan."Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan," katanya.( sumber : UM )
Anwar diperintah membela diri
Anwar Ibrahim diiringi Wan
Azizah Ismail keluar dari mahkamah selepas Mahkamah Tinggi
memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat terhadap bekas
pembantunya di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA
|
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berjaya membuktikan kes prima facie ke atas pertuduhan tersebut.
Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti kesemua keterangan saksi dan berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.
Selain itu, katanya, keterangan saksi utama tersebut disokong dengan keterangan doktor-doktor bahawa berlakunya penetrasi zakar serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kedua-duanya berada di kondominium berkenaan pada masa seperti dalam pertuduhan.
Anwar yang tekun mendengar penghakiman selama satu jam 45 minit mulai pukul 9.08 pagi, sesekali menoleh ke arah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang duduk bersama anaknya, Nurul Izzah serta penyokong-penyokongnya di galeri awam sambil tersenyum.
Raut wajahnya juga kurang ceria dan didengar seolah-olah mengeluh apabila keputusan selesai dibacakan oleh hakim tersebut.Mahkamah menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mula memberi keterangan membela diri.
Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata, Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang jujur dan boleh dipercayai yang memberi keterangan tanpa segan silu atau menokok tambah berhubung kejadian liwat tersebut.‘‘SP1 (Saksi pendakwa pertama - Mohd. Saiful Bukhari) telah disoal balas dengan panjang lebar, SP1 secara konsisten menggambarkan dengan terperinci bagaimana tertuduh memasukkan zakarnya ke dalam dubur pengadu dengan bantuan cecair pelincir.
‘‘Tiada apa yang datang daripada pemeriksaan balas SP1 atau saksi-saksi lain yang boleh mencadangkan bahawa apa yang diberitahu oleh SP1 adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Saya mendapati keterangan SP1 tidak terjejas.
‘‘Saya mendapati SP1 adalah saksi yang bercakap benar dan tanpa segan silu atau menokok tambah dalam keterangannya semasa menjelaskan bagaimana dia diliwat oleh tertuduh pada masa dan tempat sebagaimana dalam pertuduhan,’’ ujarnya.
Beliau sebelum itu berkata, pihak pembelaan cuba menggambarkan pengadu sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dengan mendakwa pemuda itu bukan penganut agama Islam yang baik, datang daripada keluarga yang berpecah-belah termasuk adik perempuannya yang telah kahwin lari selain pengkhianat kepada Barisan Nasional apabila mengundi PKR pada pilihan raya umum.
Hakim Mohamad Zabidin menegaskan fakta-fakta tersebut adalah tidak relevan dalam menentukan kredibiliti pengadu tetapi terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian.
Beliau berkata, mahkamah perlu meneliti hujahan peguam berhubung tingkah laku pengadu seperti tidak lari selepas diliwat sebaliknya makan dan minum bersama tertuduh, melakukan segala arahan tertuduh ketika kejadian, tidak membuat aduan kepada pengawal keselamatan dan tidak membuat laporan polis dengan serta-merta.
Menurutnya, pihak peguam mendakwa tingkah laku sedemikian menunjukkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan mencadangkan pihak pendakwaan menuduh pemuda itu di mahkamah mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu.
Hakim tersebut bagaimanapun berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk beliau menggunakan kegagalan Mohd. Saiful Bukhari melarikan diri, membuat aduan atau membuat laporan polis bagi menunjukkan bahawa kejadian liwat itu tidak berlaku.
Jelas beliau, tidak sukar untuk memahami kenapa pengadu berkelakuan sedemikian kerana dia ketika itu berusia 22 tahun, bukan pekerja biasa tetapi pembantu peribadi kepada tertuduh yang menjadi idola dan dianggap mempunyai karisma selain pengadu diberi layanan istimewa oleh tertuduh malah menghadiahkannya pakaian.
Selepas mendapati kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas dengan tingkah lakunya itu, menurut Hakim Mohamad Zabidin, soalan seterusnya adakah keterangan tertuduh yang mendakwa dia diliwat boleh diterima dan selamat untuk mahkamah memanggil tertuduh membela diri.( sumber : Amiruddin Harun/UM)
Trump tidak bertanding Presiden AS
Hartawan dan pemilik siri realiti televisyen terkenal, Donald Trump semalam mengumumkan dia tidak akan bertanding untuk Parti Republikan bagi mencabar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tahun depan, sekali gus menghentikan spekulasi sebelum ini.Trump, 64, sejak beberapa bulan lepas secara terbuka menimbang kemungkinan untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden.
Hartawan itu juga turut mencetuskan kontroversi dengan mengatakan tuduhan mengenai tindakan meragukan Obama menyembunyikan sijil kelahiran yang menunjukkan Presiden AS itu lahir di luar negara dan tidak memenuhi syarat Rumah Putih."Saya memutuskan tidak akan bertanding jawatan Presiden selepas berfikir panjang dan mempertimbangkannya dengan teliti.
"Saya lebih ghairah dengan perniagaan dan tidak bersedia untuk meninggalkan sektor swasta," katanya dalam satu kenyataan. - AFP( sumber : UM 17/5/2011)
Langgan:
Catatan (Atom)