Salam Perjuangan

12 Mac 2011

INSURANS HISAP DARAH RAKYAT: PARLIMEN SEBULAT SUARA MENGECAM!

PENYOKONG  kerajaan dan pembangkang kelmarin 'bersatu' menyelar syarikat-syarikat insurans kerana mengenakan premium yang tidak masuk akal terhadap kenderaan lama berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.


Sambil menyifatkan dua langkah itu sebagai tidak munasabah, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, peraturan baru tersebut telah menyusahkan rakyat terutama penduduk di luar bandar.
Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji semula kadar dikenakan itu sejak dua tahun lalu kerana jelas membebankan rakyat ekoran harga premium insurans yang terlalu tinggi.

''Ini isu serius. Oleh itu Kementerian Kewangan dan BNM perlu melihat masalah ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada rakyat di kampung-kampung. Kebanyakan kenderaan mereka adalah kenderaan lama. Peraturan ini langsung tidak munasabah.

''Munasabah ke premium insurans kereta lama lebih tinggi daripada kereta baru. Begitu juga dengan pembelian insurans pihak ketiga, mengapa kadarnya terlalu tinggi?'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat kelmarin.

Isu mengenakan premium insurans pihak ketiga yang terlalu tinggi pernah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula operasi syarikat-syarikat insurans kerana perjalanan perniagaan mereka adalah secara menipu.

''Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Berlaku sahaja kes kemalangan berpuluh tahun baru selesai. Saya minta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau operasi mereka kerana mereka ini adalah penipu paling besar di negara ini," katanya.

Mohamed dalam pada itu turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu syarikat insurans yang baru sebagai alternatif bagi syarikat insurans sedia ada.

''Kalau masalah ini tidak selesai, apa kata Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans baru yang boleh menjual insurans dengan harga berpatutan. Namakan sahaja insurans ini, insurans 1Malaysia. Jangan terima lagi syarikat-syarikat insurans yang sedia ada sekarang," ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee ketika mencelah telah meminta isu yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading itu meliputi pembelian insurans hayat.
Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) di dalam perbahasannya juga bersetuju supaya kadar premium insurans pihak ketiga diturunkan bagi meringankan beban rakyat.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bagaimana syarikat-syarikat insurans ketika ini memaksa pelanggan membeli polisi insurans kemalangan peribadi sebelum dikeluarkan polisi insurans pihak ketiga walaupun kerajaan tidak membenarkan ia berlaku.

''Itu belum dikira caj tambahan (loading) yang turut dikenakan kepada pelanggan. Apabila dicampur kedua-duanya dan ditambahkan dengan bayaran premium insurans pihak ketiga sudah tentu harganya tinggi dan membebankan.
''Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini," katanya.
Akibatnya beliau berkata, harga premium insurans pihak ketiga yang dahulu dibayar sekitar RM70 sehingga RM80 tetapi sekarang harganya antara RM100 hingga RM200.

''Bank Negara ini butakah, takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Mengapa kerajaan tidak ada penyelesaian sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya.
Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat trak penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk caj tambahan.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa Bank Negara dalam mengawal syarikat-syarikat berkenaan.
Meskipun katanya, telah ada arahan supaya syarikat-syarikat insurans tidak boleh memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan namun perkara itu masih berleluasa.(sumber:UM,11/3/11).TB mohon Kementerian Kewangan dan  Bank Negara Malaysia prihatin dan bertindak segera! Rakyat didahulukan!!!

INDIA OH INDIA : KAMI RAKYAT MALAYSIA MEMBANTAH!

PADA September 2010, kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan bilangan pekerja asing daripada 1.8 juta kepada 1.5 juta orang dalam tempoh tiga tahun. Ini bermakna setiap tahun pengurangan sebanyak 100,000 pekerja asing. Tetapi baru-baru ini, kita dikejutkan pula dengan keputusan jemaah menteri meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing dari India.

(Gambar Hiasan)
Kadang-kadang kita sebagai rakyat bingung dan tidak memahami apa sebenarnya pendirian, polisi atau perancangan jangka masa panjang kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing ini. Satu ketika kerajaan memutuskan untuk mengurangkan pekerja asing, tidak sampai beberapa bulan kemudian, meluluskan pula kemasukan pekerja baru ini. Apa sifir yang digunakan?

Andai kata kemasukan pekerja asing ini benar-benar berlaku, satu lagi persoalan yang harus kita bimbangkan ialah kesan kebanjiran pendatang dari India ini terhadap struktur sosial masyarakat tempatan di Malaysia.
Kita jangan lupa beberapa tahun dahulu seramai 30,000 warga negara India yang masuk ke Malaysia, sama ada sebagai pelancong, pekerja ataupun pelajar, telah ghaib dan gagal di kesan sehingga sekarang. Ke mana hilangnya mereka ini? Tidak mustahil kebanyakan mereka ini mungkin sudah 'menyelinap' di kalangan kaum India tempatan dan mungkin juga sudah pun menjadi warganegara dengan memperoleh kerakyatan Malaysia.
(Gambar Hiasan)

Tidak keterlaluan saya katakan terdapat sebilangan warga India ini pandai mengambil kesempatan, ditambah pula dengan usaha parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India yang giat memperjuangkan isu dokumen kerakyatan sejak kebelakangan ini.

Akhirnya, setiap kali pilihan raya (sama ada kecil atau umum), akan adalah segolongan 'masyarakat India tempatan' mengadu kononnya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Walaupun mengaku lahir dan membesar berpuluh-puluh tahun di negara ini, kita rakyat tempatan yang membesar serta bergaul bersama kaum India dan Cina tempatan, sudah tentu dapat membezakan antara kaum India Malaysia dengan warga India ini. Walaupun berasal daripada susur bangsa yang sama, cara penampilan diri serta berpakaian mereka ternyata berbeza.
Justeru diharap kerajaan benar-benar serius dalam usaha menangani masalah pendatang asing ini. Semoga keluhan rakyat berhubung pendatang asing yang kerap dipaparkan melalui media akan diberi perhatian sewajarnya.
(sumber : UM,11/3/11)

11 Mac 2011

MEMOIR TUN MAHATHIR : SKANDAL SEKS & PERANG PERSEPSI.....

REAKSI masyarakat umum terhadap ' A Doctor ln The House' catatan memoir oleh Tun Dr Mahathir yang berbelah bahagi terutama berhubung dakwaan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai salah laku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi memoirnya menolak Pakatan Rakyat ke dalam “perang persepsi” mengenai kewibawaannya selaku perdana menteri sedang menanti.

Malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga berkata mereka kini perlu bekerja keras untuk menangkis dakwaan bekas perdana menteri yang digariskan dalam autobiografinya, yang dipasarkan sejak kelmarin.

Dr Mahathir (gambar) menulis bahawa Anwar dibekalkan dengan empat wanita untuk tujuan seks dan pada masa yang sama bekas timbalan perdana menteri itu tidak pernah menafikan aktiviti liwatnya sebelum dipecat pada September 1998.

Kelmarin, Anwar membidas pelbagai dakwaan dibuat oleh Dr Mahathir dalam bukunya sambil berkata: “Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif.”

Kata Anwar, dakwaan-dakwaan yang digariskan Dr Mahathir dalam bukunya bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten telah menjawab perkara tersebut sejak sebelum dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997.

“Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan,” katanya.
Masih diselubungi dengan kekalahan dalam dua pilihan raya kecil serentak di Kerdau dan Merlimau Ahad lalu dengan peningkatan majoriti kepada BN, Pakatan Rakyat kini mempunyai tugas baru iaitu perlu berhadapan dengan tamparan terbaru daripada Dr Mahathir ke atas perikatan berusia tiga tahun ini.
“Itu sebabnya beliau lakukan ini. Hanya mahu menambah dakwaan terhadap Anwar, cuba memasukkan satu lagi paku ke atas keranda,” kata anggota biro politik PAS Khalid Samad.

“Dr Mahathir tahu bahawa Anwar adalah pengikat dalam Pakatan Rakyat. Dengan menyerang Anwar dan memusnahkan beliau, ia serupa dengan tindakan memusnahkan Pakatan Rakyat,” kata Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua manakala BN pula menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai sudah tidak relevan lagi selepas kekalahan berganda di Kerdau dan Merlimau.

“Dr Mahathir sangat berpengaruh dan apa yang dikatakan oleh beliau sangat berpengaruh. Kita telah menyaksikan bagaimana beliau telah menyerang penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kesannya ke atas BN.
“Cerita-cerita beliau hari ini akan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat dan membawa imej negatif mengenai Anwar tidak lama lagi, kami dalam perang persepsi sekarang,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.
“Beliau cuba untuk memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin Islam dengan dakwaan mengenai salah laku seks. Memang jelas ini adalah isu-isu sensitif bagi orang Melayu,” kata Khalid.

Kedua-dua Loke dan Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, walaupun kekurangan bukti, ramai akan menelan kata-kata Dr Mahathir.
“Oleh kerana ia datang daripada beliau, ia sudah pasti akan mencetuskan satu persepsi, sama ada benar atau tidak. Persepsi sangat penting dalam politik,” kata Loke.

“Sesetengah akan berfikir oleh kerana Dr Mahathir yang mengatakan begitu, ia pastinya benar,” kata Khalid merujuk kepada dakwaan bekas presiden Umno itu dalam bukunya bertajuk “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan-dakwaan Dr Mahathir akan membawa kesan ke atas pengundi dan penyokong atas pagar yang masih belum membuat keputusan sama ada Anwar ada melakukan perbuatan sedemikian.

Ahli Parlimen Machang itu berkata sasaran utama adalah mereka yang berusia antara 21 dan 25 tahun, yang masih muda apabila Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat pertama pada 1998.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa dari PAS juga bersetuju pengaruh politik Dr Mahathir dan “perkataan-perkataan tajamnya” kemungkinan akan memberi impak ke atas pembaca meskipun kekurangan bukti.
“Biasanya, orang ramai akan terima isu-isu sensasi,” katanya lagi.
“Ramai tidak kisah sama ada cerita-cerita itu benar atau tidak dan penulis-penulis seperti Dr Mahathir mempunyai impak ke atas pembaca,” kata beliau kepada media.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu menerimanya sebagai “perang persepsi” menghadapi BN meskipun ia pertarungan yang tidak adil ketika kerajaan terus mengawal akses kepada media.(sumber disesuaikan daripada :TMalaysiainsider,10/3/11).

Bagi TB, kemunculan buku terbaru Tun Mahathir selepas 'The Malay Dilemma" telah berjaya mencetuskan suasana baru dalam menarik keghairahan masyarakat untuk mendampingi buku sebagai sumber bacaan dan informasi.Dalam era teknologi maklumat yang mana masyarakat lebih memfokuskan informasi melalui teknologi digital bukanlah perkara mudah mengajak masyarakat membaca.Sama ada ada info di sisi lain menerusi memoir Tun Mahathir, tentulah kini menjadi polemik di sana sini.

Dan paling menarik, tentulah orang ramai juga menanti edisi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia bagi menyebarluaskan memoir Tun kepada auidien segenap lapisan. Dan tidak mustahil akan juga diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain seperti Arab, Mandarin, Thai, Tagalog,Tamil dan sebagainya.Tahniah,kepada Tun Mahathir!

10 Mac 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE (The Memoirs of Mahathir) : WHAT MUKHRIZ SAID?

MESKIPUN  mengakui beliau merupakan antara individu bertanggungjawab mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad menerbitkan buku memoirnya secepat mungkin, namun Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mendakwa beliau tidak sedikit pun mengetahui apa yang terkandung dalam buku yang baru dilancarkan kelmarin

Menurutnya, sepanjang tempoh buku itu ditulis, Dr. Mahathir tidak pernah mendedahkan isi kandungannya kepada anak-anak termasuk memberikan salinan awal untuk dibaca.

"Saya belum baca lagi buku itu dan seperti orang lain, saya juga tidak sabar untuk mengetahui apa yang ditulis ayah.
"Kami (anak-anak) sering mendesak ayah mempercepatkan penerbitannya kerana berpendapat ramai yang ternanti-nanti rasional di sebalik tindakannya selama ini. Alhamdulillah, kini ia sudah terbit dan ia merupakan benda baru bagi kami, sama seperti orang lain," katanya.

Buku memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamadsetebal 800 muka surat itu nyata mendapat perhatian ramai apabila lebih 1,000 naskhah terjual pada hari pertama pelancarannya kelmarin.

Ditanya berhubung reaksi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tampak cepat melatah dengan memberi kenyataan kepada media propembangkang sebaik buku itu dilancarkan, Mukhriz berkata, terpulang kepada mereka untuk menafikan segala tulisan bapanya itu.

"Pada saya, ia hak ayah untuk menyentuh perkara yang diketahuinya secara terperinci. Sebelum ini, beliau tidak berpeluang menerangkan satu persatu apa yang diketahuinya.

"Dengan terbitnya buku ini, ayah boleh huraikan segalanya dan tentunya ia melibatkan pihak lain yang terasa lalu melatah. Rasanya, itu tidak boleh dielak dan terpulang kepada mereka bagaimana untuk menidakkan apa yang didedahkan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut pernah meminta ibunya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali untuk menerbitkan memoir seperti mana yang dilakukan bapanya.

"Sebenarnya ibu turut gemar menulis. Beliau sering kali menulis dalam buku nota mengenai kehidupan dilalui bersama ayah seperti ketika ayah di hospital, apa dilakukannya dan kebimbangannya mengenai kesihatan ayah.
"Pernah juga saya tanya tidakkah berminat menulis seperti ayah kerana sudut tulisannya mungkin berbeza selain akan mendapat sambutan seperti buku ayah tetapi sehingga kini saya masih tidak tahu jawapannya," katanya.(sumber disesuaikan daripada UM,10/3/11). TB menyokong penuh agar Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menulis memoir dari kaca mata beliau sebagai seorang isteri pemimpin, ibu, isteri dan teman setia Dr Mahathir, kisah zaman remaja dan didikan keluarganya yang terkenal kerana disiplinnya. Walaupun telah terdapat di pasaran buku yang ditulis mengenai dirinya oleh orang lain namun diharapkan catatan memoir daripada dirinya sendiri amatlah dinantikan.Semoga Tun Dr Hasmah dikurniakan kesihatan dan kekuatan daripada Allah SWT dan dapat menghasilkannya. 

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA - Ditayangkan di Pawagam Sekarang

HIKAYAT Merong Mahawangsa (HMM) bukanlah teks klasik kesusasteraan Melayu yang tidak asing bagi TB. Bahkan angkatan TB yang pernah berada di Tingkatan Lima era l970-an pernah mendalami teks ini sebagai satu maha karya untuk SPM/MCE.Hikayat ini memaparkan susur galur pembukaan dan salasilah Kerajaan Melayu Lama/Tua Kedah dari era zaman Hinduisme hingga lslam.Tentu kita sedia ingat alkisah seorang raja yang bersiong yang minum darah rakyat jelata, permusuhan tradisi antara orang Melayu-Siam, tentang mimpi raja yang akhirnya memeluk lslam dan lain-lain lagi.Semuanya ada terangkum dalam HMM.

Usaha KRU Production menerusi arahan Mohd Yusry serta garapan penulis skripnya, Amir Hafizi tentulah amat dipuji.Amir Hafizi, walaupun 'muka baru' tetapi tentulah mempunyai daya imaginasi dan komitmen yang tinggi. Tidak ramai yang menyedari bahawa kekuatan sesebuah filem banyak juga bergantung kepada olahan skripnya.

Apatah lagi versi filem yang diadaptasi daripada teks HMM mendapat juga pandangan daripada tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang masing-,masing seperti Datuk Dr Siti Hawa Salleh (ahli filologi,pakar rujuk Kesusasteraan Melayu Tradisional), Prof.Emiritus Khoo Kay Khim (Sejarawan) dan sebagainya.


Awal bulan Februari ini TB ada menyaksikan promo filem HMM di pawagam dan juga menerusi Youtube.Terasa bangga dan meresap jiwa kemelayuan (walaupun pelakon utama berwajah Pan-Asian) menyaksikan beberapa babak dan aksi tangkas bagaikan tidak menyangka sebuah produksi KRU yang umpama diam-diam ubi, ibarat resmi padi.Namun apa yang diharapkan janganlah audien kelak dihampakan jika terlalu ketara 'scene' dan 'shoot' dibuat berdasarkan 'copy n paste' daripada filem-filem lain.Walau bagaimanapun TB percaya Mohd Yusy tidak bertindak sebegitu mudah.

Jika HMM berjaya sebagai suatu permulaan perakam sejarah, TB menyokong penuh andainya KRU Production meneruskan usaha mengolah kembali untuk adaptasi filem hasil karya epik dan klasik khazanah bangsa warisan Melayu seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda, Hikayat lnderapura, Hikayat Gol Bakawali, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan sebagainya.Bahkan dalam teks klasik Melayu,kitab 'Sejarah Melayu' dan Busatanul-Salatin  boleh digali dan digarap semula dijadikan filem seperti kisah Wan Empok Wan Malini ,Kerajaan Bukit Seguntang,Temasik dan  Sang Nila Utama, Hang Nadim, kisah-kisah  Kesultanan Melayu Melaka dan banyak lagi.

Sudah tiba masanya kita jangan asyik menyogokkan anak generasi bangsa kita dengan terlalu banyak filem tahyul dan seram serta lawak bodoh yang tidak banyak membantu perkembangan minda walaupun boleh memenuhi saku 'taukeh wayang' Bahkan filem-filem klasik yang sarat dengan mesej,indah muziknya dan berjiwa Melayu boleh dilakonkan semula dengan versi baru seperti filem Lancang Kuning, Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang, Lampung Karam, Hang Jebat, Lela Manja , Gurindam Jiwa dan sebagainya.Sebenarnya usaha begini pernah dibuat dalam filem-filem Tamil,Hndi,Mandarin dan lnggeris.

Apapun jika para pembaca belum menonton filem SHAOLIN yang baru ditayangkan Februari lalu lakonan terkini Andy Lau, Jackie Chan dan lain-lain,silalah menontonnya.Tentulah banyak yang tersurat dan tersirat yang boleh dijadikan pelajaran dan pengajaran baik kepada para pembikin filem mahupun untuk manusia sejagat.Syabas kepada Mohd Yusry,KRU Production dan seluruh tenaga produksi yang menjayakan HMM. Bersabarlah  menanti apa komen TB kelak setelah ditayangkan khabarnya mulai 10 Mac lalu. Hai, Yusri, ini promo percuma tahu....

09 Mac 2011

EMPAT SASTERAWAN NEGARA SOKONG INTERLOK

EMPAT  Sasterawan Negara sepakat menegaskan bahawa novelInterlok karya Datuk Abdullah Hussein langsung tidak menghina mana-mana kaum. Malah, mereka berpendapat bahawa tujuan sebenar penceritaan dalam novel itu merupakan sebuah harapan tanpa melihat masalah pada istilah yang digambarkan oleh penulis.

Sasterawan Negara yang terdiri daripada Profesor Dr. Muhammad Salleh, Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Datuk Noordin Hassan turut bersetuju Interlokadalah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latar sejak 1910 hingga sebelum merdeka.

"Tujuan penulis cukup mulia iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini dengan masalah dalamannya sendiri dan akhirnya bersatu untuk menerima negara dan harapan baru. "Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia terutama watak Maniam yang besar hati dan jiwanya yang masih ingin membantu orang lain walaupun dia pernah menjadi mangsa,'' kata mereka dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mereka berkata, pindaan pada beberapa perkataan yang ingin dibuat terutama istilah yang ditujukan kepada kaum tertentu bakal memberikan gambaran tidak seimbang kepada kaum lain. Kata mereka, sekiranya perubahan dibuat kepada satu kaum, maka akan wujud lukisan tidak benar yang hanya cantik pada suatu kaum.
"Kami berasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka dicairkan,'' katanya.

Justeru itu, kumpulan Sasterawan Negara itu menyeru semua pihak untuk memberi kebebasan kepada sasterawan untuk menulis, berfikir dan berpendirian. "Benarkan penulis negara melukis kenyataan Malaysia walaupun kenyataan itu tidak manis.

"Penulis juga berfikir bagi pihak kita dengan sudut pandangan mereka sendiri. Walaupun berlainan tetapi ia masih diperlukan di negara yang demokratis,'' katanya. Dalam pada itu, mereka menegaskan bahawa teks sastera bukan sebuah teks politik, sejarah atau geografi sebaliknya sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaan nilai dan kepentingan dalam konteks zaman dan sejarahnya.

"Sastera bukan dokumen rasmi pemerintah atau maklumat yang dirapikan dan dicantikkan untuk disebarkan.
"Sastera adalah lukisan kehidupan dan sudah pasti, kehidupan tidak selalu rapi dan cantik,'' kata mereka.(sumber : UM,9/3/11)

08 Mac 2011

MEMOIR TUN MAHATHIR: ANTARA SEDUTAN CERITA SENSASI





DR. RAJIEE HADI @ TB



TUN DR MAHATHIR

TB juga sedang menekuni dan mula membaca sedikit demi sedikit buku terbaru tulisan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Buku beliau ini memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.


Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.
Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir.

Menurutnya, kemudiannya pada tahun 1997, beliau menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Ummi Hafilda Ali di mana kandungannya berisi tuduhan khusus yang terperinci mengenai dakwaan liwat terhadap Anwar.

Sementara itu, Mahathir berkata polis telah meneruskan pemantauan mereka terhadap aktiviti timbalan perdana menteri itu, kerana ia merupakan amalan biasa mereka.

Mahathir berkata, walaupun beliau meminta mereka berhenti, beliau ragu yang mereka akan berbuat demikian. Dan kali ini, tambahnya, mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan mereka yang terlibat.



Menulis mengenai peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.


Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.

Mahathir berkata beliau kemudian memanggil Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri dari parti Umno ke Seri Perdana dan memberi taklimat kepada mereka mengenai apa yang diketahuinya tentang Anwar dan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saksi tersebut.


Ini adalah antara bab-bab dalam memoir tersebut, yang turut mencatatkan memorinya ketika zaman kanak-kanak; perjuangan Tanah Melayu pada  zaman penjajahan British, Perang Dunia Kedua dan Kemerdekaan,' serta kehidupannya sebagai seorang doktor perubatan. ( disesuaikan daripada MKini, 8/3/11) .

Bagi TB ada secebis memori antara TB dengan Tun Mahathir (sayangnya surat daripada Tun Dr Mahathir yang ketika itu baru  menjawat  Perdana Menteri telah hilang dalam simpanan) yang mana setpol beliau ketika itu Aziz Shamsuddin (kini Datuk) telah membalas surat permohonan bantuan kewangan daripada TB yang sewaktu itu kesempitan wang tatkala melanjutkan pelajaran.Walaupun permohonan TB mengecewakan dengan alasan-alasan yang TB boleh terima tetapi cabaran itu menjadi pembakar semangat untuk TB belajar hingga ke peringkat lebih tinggi tanpa bantuan tongkat sakti atas nama bumiputera!. Alhamdulillah, TB berjaya membuktikan bahawa tidak semua anak Melayu bersikap pasif dan hanya mudah menyerah kalah.Apapun semuanya sudah menjadi sejarah kehidupan.

07 Mac 2011

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT UTUSAN MALAYSIA 7 MAC 2011

 

TB petik apa yang AWANG  SELAMAT  komen berhubung kemasukan pekerja asing khusnya dari lndia yang menjadi isu panas baru-baru ini. Kata Awang beliau bersetuju dengan pandangan MTUC supaya Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan statistik sebenar pekerja asing mengikut negara asal yang masuk ke negara ini.
Langkah itu perlu supaya jumlah mereka yang masuk ke negara ini tidak melebihi daripada keperluan negara kita.

MTUC berpandangan anggaran dua juta pekerja asing yang sah sekarang, selain pendatang asing tanpa izin (PATI), adalah berlebihan.

Dalam keghairahan membawa masuk pekerja asing, Awang juga sependapat dengan MTUC bahawa rakyat tempatan perlu sentiasa mendapat keutamaan, selaras dengan usaha mengatasi masalah pengangguran.
Pekerja tempatan yang kehilangan kerja ekoran masalah yang dihadapi oleh syarikat tempat mereka bekerja, juga perlu diberi peluang mengisi ruang yang ada.

Perlu difikirkan juga usaha secara serius ke arah mengurangkan guna tenaga asing secara beransur-ansur tanpa mengganggu kerancakan ekonomi kita.

Penguatkuasaan membanteras PATI, selain sikap majikan yang perlu mengutamakan pekerja tempatan pasti membantu usaha ke arah tersebut.

Pengurangan pergantungan kepada pekerja asing bermakna semakin kuranglah pengaliran wang ke luar negara, sekali gus memanfaatkan sebaik mungkin pekerja kita.

Lagipun kemasukan terlalu ramai pekerja asing dari sumber yang sama, berkemungkinan sekali meninggalkan kesan sosioekonomi yang kita sendiri tidak gemari.Tidak salah jika TB atau Awang Selamat atau sesiapa warganegara Malaysia, sebagai orang awam rakyat bawahan yang menjunjung hak-hak asasi manusia mahu mengetahui maklumat terkini tentang status masuk-keluar pekerja@pendatang asing sama ada yang sah atau tidak sah yang kini berada di Malaysia. Justeru Kementerian Sumber Manusia wajib bertanggungjawab dan sila dedahkan segera perangkaan dan statistik  yang dimaksudkan dengan segera demi kepentingan negara dan awam.Ayuh, Mr Subramaniam, sila ambil perhatian dan tindakan!

BANTAH DAN TERUS BANTAH BAWA MASUK 45,000 PEKERJA ASING

SSEORANG pembaca menulis komen berhubung gejala kemasukan pekerja asing sejumlah 45ribu dari lndia yang menjadi isu nasional dan mendapat bantahan daripada majoriti NGO. Tulis beliau , "saya terpanggil untuk memberikan pandangan apabila membaca kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkaitan persetujuan kerajaan membenarkan kemasukan pekerja asing seramai 45,000 terutamanya dari India.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian, saya merasakan kerajaan perlu mengkaji semula keputusan yang telah diambil. Keamanan, kesejahteraan dan kedamaian yang dikecapi sebelum ini telah diragut dek kerana negara tercinta ini sudah dipenuhi pekerja asing.
Umum tahu kebanjiran pendatang asing baik yang datang secara sah mahupun secara tidak sah telah mendatangkan banyak masalah kepada negara selain dari memenuhi kehendak peniaga-peniaga yang kekurangan pekerja kononnya. Jenayah, penyakit, bunuh, dadah, arak dan bermacam lagi boleh kita baca di dada akhbar saban hari. Perasaan saya bercampur baur, hairan, marah, sedih dan geram apabila membaca berita tersebut.

Hairan bila melihat pendatang- pendatang dari India sudah menjadi taukeh cuci kereta, kedai gunting rambut, kedai jahit (beberapa tempat di pekan Pelabuhan Klang), pendatang Myanmar sudah ada kedai menjual beg dan pakaian. Hairan bagaimana mereka boleh berniaga dan atas kelulusan apakah yang diberikan kepada mereka datang ke sini? Pernahkah kita bertanya status kewarganegaraan,visa dan permit mereka? Pernahkah kita berusaha melaporkan kepada mana-mana pejabat imigresen yang berdekatan?

Pendatang Indonesia tidak perlulah saya nyatakan, kerana negara kita, dibuat macam negara mereka. Bebas bergerak dan boleh berbuat sesuka hati. Warga Afrika pula umum tahu sebagai warga yang gigih menjual jam, tali pinggang dan sebagainya secara bersendirian dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Sedihnya pula kerana mereka berniaga tanpa diganggu oleh mana-mana pihak yang berwajib, malah mereka sudah berniaga bertahun-tahun. Sikap kurang ajar dan tidak menghormati budaya kita juga merupakan masalah yang menghantui kita. Arak bebas dibeli di kedai-kedai 24 jam.

Mabuk buat kacau, botol arak dibuang bersepah-sepah. Anak bini orang diusik. Saranan saya adalah supaya kerajaan selesaikan dahulu masalah pendatang haram yang ada dalam negara secara menyeluruh, memperkenalkan sistem biometrik di semua pintu masuk negara agar kerajaan dapat menyimpan data.
Pendatang yang telah ditangkap tidak dibenarkan masuk ke Malaysia untuk satu tempoh jangka waktu (mungkin 5-8 tahun).

Adakan serbuan dengan lebih kerap, pihak Imigresen juga boleh memberikan e-mel mereka atau nombor telefon mengikut kawasan masing- masing agar semua maklumat dan bukti dapat disalurkan terus bagi membanteras pendatang asing ini, seperti yang dilakukan oleh pihak polis sekarang ini (Syabas PDRM).
Saya menyokong penuh saranan Datuk Ibrahim Ali, bahawa kerajaan harus mengkaji semula keputusan membenarkan lagi kemasukan pekerja asing.

Kerajaan harus peka rungutan rakyat, tempias dan masalah yang dibawa oleh pendatang ini ditanggung oleh rakyat" Begitulah komen dan tulisannya yang panjang lebar kepada sebuah akhbar.Kini tanggungjawab kita sebagai warganegara membantu bagi membanteras bersama. (sumber disesuaikan daripada Forum,UM,7/3/11)

TANAH REZAB MELAYU: ADUH.... 1.3 JUTA HEKTAR TELAH HILANG!

 
   
"Usah cakap banyak lagi.. Umno kena perjelaskan ke mana hilangnya tanah rezab Melayu yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris sebelum berbicara tentang Umno pembela Melayu, " kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah (foto kiri).

Beliau yang berucap di majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Melinium, Kepala Batas kelmarin turut meletakan kesalahan tersebut di tangan Umno yang kononnya menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi sebenarnya pengkhianat.

Selepas penjajah pergi, orang Melayu mempunyai 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia tetapi kenapa pada tahun 1995 ia berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar.

Kejadian itu sampai kini masih tidak dijawab oleh kepimpinan Umno sejak dulu sehingga sekarang, dakwa beliau.

Mereka bimbang jika diberikan jawapan secara ikhlas dan jujur maka tidak mustahil rakyat Melayu akan marah dan tidak lagi bergantung pada parti perkauman itu lagi.

"Jangan biarkan lagi Umno berkuasa kerana tanah milik melayu sendiri tergadai apatah lagi dulunya mereka asyik menang dan ingat kemenangan itu boleh menyembunyikan penyelewengan yang dilakukan, " tegasnya.

Sambungnya, itu di tahun 1995 kini tahun 2011 tentunya terus berkurangan ekoran kerakusan kepimpinan Umno melakukan pembangunan yang yang berat sebelah.

Sepatutnya mereka mengantikan tanah yang melibatkan tanah rezab Melayu bukan terus ambil dan mengaut keuntungan peribadi.

Umno bertanggungjawab memberikan penjelasan kenapa terjadi kehilangan 1.3 juta tanah rezab Melayu di waktu  mereka berkuasa penuh terhadap pembangunan di setiap negeri, tegasnya. (sumber: Harakahdaily, 4/3/11)
TB juga mahu tahu...Ke manakah hilangnya tanah itu? Siapakah yang dapat? Siapakah pengkhianat itu? lnilah dilema kita, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Mahu mengadu kepada Umno? Mahu mengadu kepada Pas? Mahu mengadu kepada PKR?DAP? hahaha...Perkasa? Bagaimana?Bocor terus bocor!

06 Mac 2011

MERLIMAU - KERDAU : KEPUTUSAN TERKINI

KEPUTUSAN BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi.
Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.
Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.
Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak ialah 90




(sumber asal: English Version)


TB mengucapkan  tahniah kepada semua pihak;  baik yang menang mahupun yang kalah adalah saudara seagama sebangsa. Semoga biduk berlalu kiambang bertaut.  Salam perjuangan.

MRS NAJIB'S KINDLY OUTFIT ACCUSED OF 'MEDDLING'

 A  ASSOCIATION representing educationists has voiced out against the Permata programme spearheaded by the wife of the prime minister Rosmah Mansor (right), saying the body has overstepped its boundary by intervening in several ministries' scope of work.
Dr Rajiee Hadi, president of PENDIDIK, the Malay acronym of the Education Practitioners Association, said the government-financed pre-school programme had undermined the existing pre-school programmes by the Education ministry.
“Permata Negara project aims to train children who are categorised as smart in pre-school. This project seems to dispute and belittle the existing pre-school programmes organised by Education Ministry.
"This also includes other pre-school programmes run by the Women, Family and Community Development ministry under its children's nursery (Kemas),” said Dr Rajiee.
According to Dr Rajiee, the Permata project mimicked the now discontinued practice of accelerating 'smarter' children to bypass classes, an idea mooted by Rosmah's husband when he served as the Education minister years ago.
“Is this a manifestation of a return to such a practice??” asked Dr Rajiee.
Rosmah's infant Permata programme received RM111 million in the 2011 Budget
Saying Permata's objectives have long term implications, Dr Rajiee warned the programme would widen the gap between the poor and rich children and contradict the national education policy which aims to close social gaps and forge unity.
“We do not want this project to isolate children from the realities of the world,” he said, adding that education was "a life-long learning process" and being smart at the early stage would not determine the end results.
He said young children should not be taught to remain in different social classes, with gaps "between the rich and poor, between the urban and rural, between minister’s and civil servants' children, between the smart and not so smart".
He also questioned the huge budget of RM111 million recently allocated for Permata.
"Imagine if this RM111 million is channeled to help poor students at the higher institutions of learning," he added. (sumber: Harakahdaily,6/3/11)


MERLIMAU - KERDAU: JANGAN BERTIKAM SEPERTI TUAH-JEBAT!

DUN N27 Merlimau, Melaka dan DUN N28 Kerdau,Pahang menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon UMNO dan calon PAS. Dalam erti kata yang jelas: Melayu-lslam berlawan sesama Melayu-lslam. Perlawanan dua bersaudara.

Kedua-dua pihak telah berkempen secara rasmi sejak 26 Februari lalu hinggalah tamat menjelang hari pembuangan undi malam 6 Mac nanti.Berbagai-bagai isu, cerita, insiden telah kita dengar sama ada daripada sumber media mahupun dari mulut ke mulut.

Apa yang penting, biarlah semasa berkempen berjalan dilakukan secara sihat,profesional dan penuh berhemah. Jangan sesekali membuka pekung di dada. Jangan sesekali meludah ke langit. Jangan sesekali mencurah air  tempayan apabila mendengar guruh di langit. ltulah pesanan orang-orang tua dahulu menerusi perumpamaan dan kiasan agar kita tidak terlajak perahu; bahkan cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.

Apabila bercakap tentang robohnya kota Melaka, rata-ratanya kita tahu sejarah Melaka yang roboh dek angkara sesama sendiri, penaklukan Feringgi(Portugis), Belanda dan bersilih ganti lnggeris,Jepun.lnggeris dan akhirnya kita dikatakan merdeka, 31 Ogos 1957. Apakah kita; termasuk bumi Melaka sebenar-benarnya merdeka sekarang? Hanya ilmu yang ada pada kita sahaja yang boleh merungkai persoalan dan pertanyaan tersebut.

Justeru; baik di Merlimau mahupun di Kerdau yang ada sejarah Hang Tuah dan Tun Perak , Tok Bahaman dan Mat Kilau, kita bangsa Melayu umat lslam ingatlah pesan bijak bestari; ibarat kiambang di air, carik-carik bulu ayam.Usahlah berpecah sengketa walaupun ada perlawanan dan persaingan; anggaplah umpama perjuangan nelayan di samudera yang matlamatnya membawa sebanyak mungkin hasil tangkapan di laut untuk santapan manusia di daratan.

Kepada UMNO dan PAS (mungkin termasuk PKR), lihatlah MCA,DAP,Gerakan, SUPP,dll yang ada kaitan dengan kecinaan; pun begitu MIC dan parti-parti bilis ciptaan sekutu-sekutunya(TB malas menyebutnya satu persatu:sedia maklum) yang ada kaitan dengan ketamilannya mereka baik bersuara dalam BN atau PR namun matlamat mereka tetap satu; MEREKA SEMUA MENGAKU MEREKA MASIH MISKIN, MEREKA MAHU MEREKA SEMUA KAYA TIADA ADA YANG MISKIN .
Soalnya; apakah Melayu,lslam.Bumiputera yang dominan dalam negara ini sudah kaya,selesa dan tiada yang miskin daif lagi????

BAHASA MELAYU DIANCAM: AMARAN KEPADA UNIVERSITI MALAYA


 SUSURILAH jalan-jalan utama di sekitar Universiti Malaya (UM) dan anda akan berasa seolah-olah berada di tanah asing. Hampir semua kain rentang (kecuali Bahagian Keselamatan UM) sepenuhnya dalam bahasaInggeris tanpa adanya versi bahasa Melayu.

Rasa lebih bangga kepada bahasa Inggeris begitu ketara dalam urusan rasmi. Jadi, apa bukti kononnya UM mengamalkan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi seperti yang dinyatakan dalam maklum balas pihak pentadbiran UM tempoh hari?

Tajuk ucapan dan taklimat Naib Canselor sepanjang sejam 29 minit yang kontroversi itu pada 14 Februari lalu dalam bahasa Inggeris malah banyak dalam bahasa rojak. Bukankah ucapan tersebut dalam kategori urusan rasmi?

Jika benar penggunaan bahasa Melayu, mengapa Naib Canselor menggesa warga UM bercakap dalam bahasa Inggeris sepanjang masa dan di mana-mana sahaja; mendesak Majlis Perwakilan Mahasiswa akan datang membuat program berkaitan penguasaan bahasa Inggeris serta bersetuju pendapat seorang pelajar Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) yang meminta segala-galanya mesti dalam bahasa Inggeris dengan kata kuncinya mentaliti mesti berubah?

Mohon Kementerian Pengajian Tinggi mengambil maklum tindakan pimpinan universiti yang tidak membantu peradaban dan keperibadian bangsa sendiri (sumber disesuaikan daripada UM,5/3/11).
Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail, Pejuang Bahasa Unggul

TB: Sudah banyak kali diperkatakan, bahasa lnggeris bukanlah tidak penting dan tidak dititikberatkan.Tetapi pelaksanaannya janganlah lebih kuah daripada sudu. Di bumi Malaysia yang dibangunkan dengan asas Perlembagaan Persekutuan maka wajib kita sebagai rakyat Malaysia meletakkan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa limu dan bahasa komunikasi di tempat yang wajar,sejajar dan bermartabat.

 Apakah ini semua gara-gara Naib Canselornya yang tidak patriotik, jahil dan bagaikan katak di bawah tempurung?Kemungkinan Naib Canselor berada di luar pengetahuannya. Mungkin juga.Bolehlah dimaafkan. Namun memberi ruang dan peluang di peringkat awal adalah amat merbahaya.lni sudah menjadi tradisi bagi masyarakat Malaysia sejak dahulu. Jangan mula memberi ruang atas nama toleransi dan tolak -ansur

Apakah reaksi Majlis Perwakilan Pelajar UM? (dahulu PMUM dikenali cukup hebat)Khabarnya anggota perwakilan pelajar daripada kelompok 'Pro M' berjiwa pejuang. Ayuh! Bagimanakah reaksi Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)? Tahukah kalian PBMUM pada sekitar 1970-an awal 1980-an adalah persatuan yang digeruni lagi dihormati kerana ketegasannya sebagai pejuang bahasa Melayu unggul di Universiti Malaya?

Bukalah lembaran sejarah lama; tanya-tanyalah para pemimpin terdahulu. Apa kata sila rujuk Presiden Alumni Universiti Malaya sekarang; tanyalah tentang simpang-siur perjuangan sejarah Bahasa Melayu dan Universiti Malaya dahulu.Tanyalah dan bergurulah dengan beliau.Kepada Datuk Nordin Abdul Razak, apa khabar Datuk sekarang?

05 Mac 2011

BRUNEI DARUSSALAM: SEKILAS RENUNGAN & PERINGATAN

Negara Brunei Darussalam telah beberapa kali dipelihara, diselamatkan dan diberi perlindungan oleh Allah Taala dalam beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah seperti Perang Kastila 1578, cubaan Inggeris menjadikannya tanah jajahan Inggeris pada 1948 dan undangan turut serta dalam penubuhan Malaysia pada 1963.

Sehubungan dengan itu Khatib dalam Kutbah Jumaat kelmarin mengingatkan warga negara Negara Brunei Darussalam supaya bersyukur dan jangan menjadi orang yang lupa daratan sebagaimana orang-orang yang diceritakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran iaitu mereka berdoa minta diselamatkan ketika dalam bahaya tetapi selepas diselamatkan mereka jadi lupa daratan.

Mereka menjadi golongan yang tidak menghargai pertolongan Allah, tidak mensyukuri Allah, bahkan lebih parah lagi mereka telah menderhakai Allah Taala, sebagaimana diceritakan melalui Ayat 22-23, Surah Yunus, ujar Khatib.

"Kita perlu faham dan sedar bahawa dengan 'diselamatkan' daripada bergabung dengan persekutuan negeri-negeri bekas naungan dan jajahan Inggeris iaitu Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah dengan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) itu, negara dapat wujud dengan nama Negara Brunei Darussalam.

"Dengan tidak bergabung tersebut, Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka lagi berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam Mazhab Syafi'e Ahli Sunnah Wal Jamaah," ujar Khatib.

Dan tidak kurang penting lagi, Negara Brunei Darussalam dapat mencapai kemerdekaannya sendiri pada 1984 dan seterusnya layak menduduki kerusi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai negara anggota ke-159, tambahnya.

"Sementara itu, rahmat di sebalik diselamatkan daripada menjadi tanah jajahan Inggeris pada 1948 itu pula ialah kekalnya kedaulatan Brunei sebagai negara Melayu Islam berpemerintahan beraja, memandangkan kuasa Sultan Brunei sudah mengalami kemerosotan ke atas wilayah dan pembesar-pembesar negeri sejak 1888 dan 1905-1906." Semenjak Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien menaiki takhta, Baginda dengan bijaksana berusaha mengembalikan kuasa Sultan untuk benar-benar memegang tampuk kerajaan dan negeri, ujar Khatib.

Khatib seterusnya berkata, maka menerusi Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dan Pemasyhuran Mengangkat Raja dan Pemangku Raja 1959, Baginda telah berjaya mengembalikan kuasa tersebut secara bijak dan berkesan.

"Manakala diselamatkan daripada penaklukan Sepanyol pada 1578 itu pula menyebabkan Sepanyol gagal bertapak di Brunei sebagaimana ia bertapak di wilayah-wilayah yang ditaklukinya di rantau sebelah sini, dan natijahnya Negara ini dapat mempertahankan dan memelihara agama Islam dan pemerintahan beraja turun- temurun."

Menurut Khatib, sebagai rakyat dan penduduk negara ini, kita juga patut mensyukuri rezeki yang telah dikurniakan kepada negara kita yang berupa hasil minyak dan gas.

Adapun cara yang betul untuk mensyukuri nikmat dan rahmat Allah Taala ialah dengan mentaati-Nya, mengenang dengan insaf akan kurnia dan nikmat serta rahmat-Nya sambil mempergunakan kurnia dan nikmat-Nya itu dengan sebaik-baiknya, kata Khatib.

Janganlah kita mempersia-siakan dan menyalahgunakan segala kurnia dan nikmat Allah Taala itu kerana akibatnya Allah Taala akan menarik balik kurnia dan nikmat tersebut sebagaimana firman-Nya dalam Ayat 7, Surah Ibrahim, peringat Khatib. (sumber disesuaikan daripada MediaPermata, 27/2/11)

TB turut serta berdoa agar NBD kekal berdaulat dan rakyat sekaliannya patuh akan ajaran lslam,taat kepada pemerintah Beraja dan berterusan mencintai dan mengamalkan bahasa dan budaya Melayu . lngatlah bahawa bahasa itu jiwa bangsa! Hidup M.I.B!!!

BY-ELECTION DRUMS BEATING IN MERLIMAU- BUT FOR WHOM?



Dr Rajiee Hadi
Feb 24, 11
5:44pm

A Merlimau-born child staying outside the constituency told me that he was feeling the beat of the by-election drum for the Merlimau state seat in Malacca.

The winner will be demanded to discharge his responsibilities to the people.

Every empty promise will be evaluated by the people from time to time.

As such, we will see several surprise allocations and development budgets to win the hearts of the non-Malay voters, the fence-sitters and voters who know to play their tricks.

What we do not want is the party which promises projects, not be deceived by the shrewdness of the minority voters who surface suddenly to take advantage of the situation.

Justice does not mean the concept of equality, but justice has to be done in the right place.

We do not want the almost 100-year-old Kampung Simpang Panti mosque to be left rotten.

We also do not want the religious school, with its wooden wall, to collapse, and we also do not want the road stretch between Merlimau town to Jasin to be in darkness at night and dangerous to motorists.

These are the things that should be given greater focus and are among the requests by the Merlimau constituency to improve their living standards.

No need to shout about construction aid and promise of a site for SJK Tamil. Provide the assistance for the Indian children moderately and based on their needs.

We do not want projects, costing millions of ringgit, that lead to cronyism and corruption.

We know and realise that in any by-election, the effort to win the hearts of the voters is the main agenda.

Nevertheless, we do not want a situation like 'ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan'.

Therefore, it is better that the campaign and promises are focused on the people who are being burdened with the increase in prices of goods and to ensure employment opportunities in the public and private sector for the thousands of unemployed graduates.

And not forgetting, to focus on efforts to protect the Malay/Muslim and bumiputera children in tandem with their rights in the Federal Constitution.
Bear in mind more than 60 per cent of voters in Merlimau are Malay/Muslim.

Another thing to remember , in promising projects and drafting the tenders, have the Malay/Muslim and bumiputera leaders ever think for a while how children of the natives in institutions of higher learning have to go on an empty stomach because their PTPTN loan is only enough to pay for their study fees and for hostel accommodation which are very costly now?

Is this the effect of the privatisation policy which has ignored the people's welfare?

The answer is in the people's hands.

What is wrong with giving conditional scholarships to all bumiputera students in public institutions of higher learning (IPT) as motivation for them to excel because their success will uplift the image of religion and race.

Initially, many of us did not believe the complaints by students in the IPTs and accused them of not wanting to be independent.

However, after I have scrutinised the fees and other charges imposed by the IPT and only now do I realise their hardship.
Even if there is no scholarship, hostel charges should be abolished or minimised. (sumber : Malaysiakini, 24/2/11)

03 Mac 2011

LAGI DESAKAN BATAL KEPUTUSAN BAWA MASUK PEKERJA INDIA

Kerajaan digesa membatalkan serta-merta keputusan untuk membawa masuk 45,000 pekerja dari India bagi mengisi kekurangan tenaga kerja kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan negara. Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, keputusan itu akan meningkatkan lagi jumlah pekerja asing di negara ini sekali gus membangkitkan masalah berkaitan keselamatan.

Selain itu beliau berkata, ia juga boleh menyebabkan konflik antara mereka dan penduduk setempat ekoran berlakunya pertembungan budaya."Kta khuatir kemasukan beramai-ramai pekerja asing akan menyebabkan kehidupan masyarakat kita semakin tidak tenteram kerana berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan.

"Apatah lagi jika jumlah mereka semakin ramai. Apabila sudah semakin ramai dibimbangi kedudukan mereka di negara ini menjadi semakin tidak terkawal. Jika ini yang berlaku, ia boleh menyebabkan berlaku masalah keselamatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengumumkan kerajaan meluluskan pengambilan 45,000 pekerja dari India bagi membantu Persatuan Peniaga-peniaga India Malaysia mengisi kekurangan tenaga kerja.

Permintaan tersebut berikutan pihak pengusaha mendakwa gagal mendapatkan tenaga kerja tempatan kerana keengganan mereka untuk bekerja dalam sektor-sektor yang ditawarkan oleh persatuan.
Ekoran kenyataan tersebut, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mahu kerajaan mengkaji dan memperhalusi semula keputusan itu kerana dikhuatiri ia boleh membawa kesusahan kepada rakyat dan negara.

Kamaruddin berkata, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat sebelum mengambil sebarang keputusan berkaitan pengambilan pekerja asing."Memang tidak dinafikan Malaysia merupakan antara negara yang menjadi pilihan bagi pekerja-pekerja asing tetapi kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk ke negara ini," katanya lagi.

Mengenai jalan penyelesaian terhadap isu tersebut beliau berkata, keutamaan hendaklah diberikan kepada penduduk tempatan.Malangnya jelas beliau, sehingga kini pihak industri yang berkehendakkan pekerja dilihat tidak bersungguh-sungguh mendapatkan pekerja tempatan hingga menyebabkan ramai rakyat negara ini menganggur. "Sebenarnya mereka mahu mengurangkan kos dan sebab itu mereka sanggup menggaji pekerja asing. Pekerja-pekerja tempatan langsung tidak diberi peluang untuk bekerja dengan mereka," ujarnya.

PERKASA: BERITA TERKINI- Majlis Maulidul Rasul

NGO Melayu PERKASA menjemput muslimin dan muslimat ke Majlis Sambutan dan Forum Maulidul Rasul  pada hari ini, Khamis 3 Mac 2011 jam 9 malam bertempat di Padang Permainan Perumahan PPR Kerinci Blok ABC, Jalan Pantai Permai, Parlimen Lembah Pantai, KUALA LUMPUR.

PENCERAMAH: 1. Prof Dr Sidek Baba,  2.Prof Dr Uthman el-Muhammady.
MODERATOR  : Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Naib Presiden Perkasa.

Dipersilakan menghadiri majlis ilmu agar kita memperoleh ganjaran daripada Allah SWT jua.

PEKERJA ASING 45RIBU DILULUSKAN ANCAM KESELAMATAN JANGKA PANJANG: NGO BANTAH!

Gambar Hiasan
 Kerajaan diminta mengkaji dan memperhalusi semula keputusan membawa masuk 45,000 pekerja dari India bagi tujuan mengisi kekurangan tenaga kerja dalam 13 jenis perniagaan milik persatuan peniaga-peniaga India Malaysia baru-baru ini. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali  berkata, kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat segala keputusan kerana jika dibuat secara terburu-buru, bimbang ia boleh membawa kesusahan kepada rakyat dan negara.

Kata beliau, sepatutnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu meneliti permohonan pengambilan pekerja asing dan bukannya Kementerian Sumber Manusia sahaja. "Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya membawa masuk seramai mungkin pekerja asing kerana ada kalanya jumlah yang diluluskan tidak memenuhi keperluan sebenar, sebaliknya ia hanya permainan politik pihak tertentu.



"Kalau yang sudah menjadi warganegara Malaysia pun tidak taat kepada negara, apatah lagi dengan membawa masuk seramai ini jelas ia akan menambahkan lagi masalah sosial," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengumumkan kerajaan meluluskan 45,000 pekerja dari India bagi membantu persatuan peniaga-peniaga India Malaysia mengisi kekurangan tenaga kerja.
Permintaan tersebut berikutan pihak pengusaha mendakwa gagal mendapatkan tenaga kerja tempatan kerana keengganan pekerja negara ini untuk bekerja dalam sektor-sektor yang ditawarkan oleh persatuan.
Ibrahim berkata, sebelum ini kerajaan telah membekukan kemasukan pekerja asing, bagaimanapun secara tiba-tiba pula sejumlah 45,000 pekerja asing diluluskan atas dasar kelulusan khas.
Gambar Hiasan

"Saya minta kerajaan agar mementingkan keselamatan negara walaupun melibatkan perniagaan. Negara lain tidak semudah Malaysia dalam urusan seperti ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Datuk Zainal Rampak yang kurang senang dengan keputusan kerajaan dan alasan yang diberikan itu berkata, bukan pekerja tempatan enggan bekerja tetapi gaji yang ditawarkan tidak berbaloi.
Jelas beliau, selagi kerajaan tidak menetapkan gaji minimum, maka selagi itu kerajaan tidak boleh menjamin tempat untuk rakyat tempatan bekerja. (sumber , UM, 1/3/11)

TB ucapkan syabas dan salam perjuangan kepada Datuk Ibrahim Ali Presiden Perkasa dan kepada semua yang peka terhadap keselamatan negara pada masa akan datang.  TB juga minta kerajaan khususnya KDN kaji semula isu di atas dan berharap tidak akan berulang lagi. Kepada semua NGO seperti PEKIDA, GAPENA, Persatuan Pengguna lslam Malaysia (PPIM), Fomca, Cap, Powaris, Pendidik, dan banyak lagi wajar bersatu hati berganding bahu bekerjasama buat kenyataan bantahan kan keputusan kerajaan yang meluluskan 45 ribu pekerja asing yang juga pendatang asing dari lndia. Ramai berpendapat bahawa mereka ini tidak akan balik ke lndia lagi yang mana akan memberi impak atau  kesan kepada senario politik dan keselamatan jangka panjang.Kita juga tidak mahu gejala mendapat komisyen dengan membawa masuk pekerja asing ini akan menular semula dan bertambah parah lagi penyakit masyarakat kita. Bersatulah sekalian NGO!

02 Mac 2011

MELAKA MAJU: ADA JUGA PROJEK TERBENGKALAI










Antara beberapa premis bangunan di atas yang 'terbengkalai' yang menggusarkan pelancong di Melaka Raya




SEBAGAI pelancong ke Negeri Melaka yang kononnya maju, TB berhak menyatakan,mencatatkan,merakamkan,mencadangkan apa jua asalkan tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.Dari sebelah utara; Masjid Tanah, Sungai Udang, Alor Gajah, Melaka Tengah, Merlimau, Jasin, Sungai Rambai, Simpang Bekoh, Asahan,Air kuning, Batang Melaka, Selandar dan hampir setiap sudut dalam negeri Melaka telah TB lawati.Sebagai pelancong sama ada TB mahu menobatkan Melaka Maju atau Kurang Maju ataupun Belum Maju ataupun Masih tTdak Maju; itu biarlah di sisi catatan lain.Bak kata seorang  teman yang sering datang ke bandar raya Melaka, ' nak cari restoran yang konsisten masakan asam pedas pun susah di sini'. Komen seorang lagi 'bayangkan ada hotel yang air shower di bilik mandi airnya terlalu perlahan!'. Tambah kawannya di sebelahnya,' paip air hotel di Singapura pun jauh mengalahkan Melaka walaupun air Singapura datang dari Malaysia'. Begitulah antara beberapa telatah lucu yang menyakitkan.Maju oh Maju!

01 Mac 2011

SAKI BAKI HINDRAF PATUT DIDAKWA

BERHUBUNG ketegasan pihak polis menggagalkan cubaan perhimpunan haram serpihan kumpulan haram Hindraf,  tahniah kepada PDRM kerana bertindak awal menahan beberapa saki baki pengikut pertubuhan Hindraf sebuah pertubuhan haram tidak berdaftar di persekitaran Jalan Ampang - KLCC Kuala Lumpur kelmarin yang mahu mengadakan perhimpunan haram tanpa permit.
  
Percubaan  mengadakan perhimpunan anti rasis sebenarnya lebih menampakkan perhimpunan rasis kerana didalangi oleh kaum tertentu. Bagi mengelakkan menjadi barah yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan bersifat provokatif maka tindakan awal adalah suatu langkah bijak dan tepat.

Apabila sudah ditahan  sudah lumrah,  memberi berbagai-bagai taktik helah yang semua pihak sudah masak akan perangai mereka. Mereka boleh memberi seribu macam alasan putar alam. Bagaimana jika percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram itu dibiarkan? Hai, alamat karamlah kapal dibuatnya!

Mengadakan demo anti lnterlok atas nama hak asasi manusia adalah perbuatan bodoh. Apakah penulis novel tersebut tidak ada hak asasi manusia? Apakah suara majoriti bukan hak asasi manusia? Apakah keputusan kerajaan demokratik pilihan rakyat bukan hak asasi manusia?

Justeru kenyataan Perdana Menteri bersedia berjumpa pemimpin pertubuhan haram Hindraf adalah tidak wajar. Apakah wajar pertubuhan haram tidak berdaftar dilayan sebegitu? Apakah menidakkan suara majoriti, menidakkan keputusan kerajaan demokratik, menidakkan kreativiti pengarang novel lnterlok, SN Datuk Abdullah Hussain bukan melanggar hak-hak asasi manusia?

Baik Hindarf mahupun HRP usahlah bercakap soal hak-hak asasi manusia jika anda tidak faham; bahkan melanggar dan mencabuli hak-hak asasi manusia yang mahukan kehidupan yang tenteram dan damai tanpa sengaja mahu menimbulkan konflik perkauman.

Oleh itu mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Bahkan mereka patut didakwa di mahkamah.  Janganlah berhimpun atas perkara yang remeh. Jika yang menyangkut hal isi perut dan beban hidup, kita semua pun boleh memikirkannya bersama. Bertegas dan mengenakan tindakan undang-undang kepada yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam wajar dilakukan tetapi biarlah tegas dan adil pada tempatnya.Tahniah PDRM. Semua rakyat Malaysia berbilang agama,budaya dan keturunan yang cintakan kedamaian menyokong ketegasan pasukan polis!