Salam Perjuangan

31 Julai 2010

APA ISTIMEWA HAK ORANG MELAYU?

APA ISTIMEWA HAK ORANG MELAYU?




Nak bergasak..bergasaklah..nak gedebe..gedebehlah..asalkan jangan bengkak…takda istimewa apa orang melayu ni….kerana frasa HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU buat orang lain cemburu. Aku nak Tanya apa yang istimewa? Masuk jamban pun kena bayar..minum air suam kat kedai mamak pun kena bayar..nak parking kereta atas tanah kerajaan pun budak lndia,budak Bangla dah pungut duit parkir..itu belum anak cucu nak belajar dari tadika sampai universiti dah takada yang free…yang betul istimewa macam anak-anak Melayu, peribumi Brunei tu..baru betul..barulah berbaloi jadi warganegara…hahaha jadi cukung lagi best..dapat pulun tanah, balak kat Sabah,Sarawak,Pahang dan dapat banyak projek Mega…jadi sami pulak dapat betapa free dalam gua batu cave…kahkahkah..nak masuk kawasan batu cave pun sekarang kena tol…kahkahkah..apa yang istimewanya jadi anak Melayu Malaysia????????TB dah lama bocor,dah lama meletup sakit hati aje…..Apa jadi ke Khairi Jamaluddin bergocoh dengan Brahim Perkasa Ahad ini,1 Ogos?????



30 Julai 2010

TANGKAP! TANGKAP! JANGAN TAK TANGKAP

TIUB dah mula bocor sana sini.Bekas Presiden MCA,Ling Liong Sik dilaporkan didakwa di mahkamah kerana menghadapi pertuduhan  rasuah dan menipu Kerajaan Malaysia.Kita sama-sama tunggu hari-hari perbicaraan akan datang,kes berprofil tinggi ini.Sebenarnya mengheret mereka yang rasuah,penyalahgunaan kuasa, pengkhianatan, penipuan dan pecah amanah ini tidak kira siapa. Bukan mereka yang daripada parti komponen BN sahaja tapi juga daripada komponen parti pembangkang. Ya, tidak mengira bangsa,kaum,suku-sakat,agama atau apa jua latar.Bahkan pegawai kanan kerajaan kumpulan Jusa tidak terlepas daripada pendakwaan jika ada sabitan. Zaman mendakwa prebet,konstabel,PAR, pak-pak pacak dan pemegang tombak sahaja sudah berakhir.Ha..ha..ha..Tangkap,tangkap,jangan tak tangkap!!! -TB